“CREATE TODAY, ENRICH TOMORROW ” PERKENAL 45 PERKAKAS BAHARU PANASONIC

Kesemua perkakasan alatan rumah ini komited dalam mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan pengguna serta berorientasikan penggunaan masa hadapan.

Photo 1_(L-R) Liew Choon Wah, Associate Director of Consumer Product Sales_ Fumiaki Tanaka, Director of Consumer Marketing & Customer Service & Keisuke Nishida, MD of Panasonic Malaysia (2)

45 perkakas ini merangkumi 9 kategori iaitu:

  • Peti Sejuk
  • Penapis Air
  • Periuk Nasi
  • Mesin Basuh
  • Pancuran Mandian Rumah
  • TV
  • Fon Kepala
  • Pembersih Vakum 
  • Kipas Siling

Pengenalan kepada 45 perkakas ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Panasonic untuk mereka solusi yang menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah, selamat, sihat, meriangkan, terhubung dan produktif.

Berpegang kepada slogan iklan jenama terbaharu syarikat, “Create Today. Enrich Tomorrow.” Panasonic menekankan kesejahteraan holistik dan membantu pengguna menikmati kehidupan yang terbaik melalui penggunaan produk bermanfaat dan bermutu tinggi.

“Matlamat kami dari dahulu seperti diperkenalkan oleh pengasas Panasonic adalah, syarikat kami perlu menyumbang kepada masyarakat. Slogan iklan yang baharu ini benar-benar melambangkan hasrat kami untuk mempertingkatkan mutu kehidupan pengguna di serata dunia, setiap hari. Hasrat ini dicapai berbekalkan dedikasi untuk mencipta produk bermutu tinggi yang memperbaiki kesejahteraan peribadi mereka,”Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

hdr

Seiring dengan kesedaran yang kian meningkat terhadap keperluan mengamalkan kehidupan sihat yang menekankan kebersihan, Panasonic tekad membantu penduduk Malaysia membersih, makan, minum, bernafas dan berpakaian dengan cara lebih selamat. Ini menjadi iltizam di seluruh negara untuk melihat penduduk Malaysia “Kekal Selamat Setiap Hari” bila-bila sahaja dan di mana sahaja, dengan menggunakan produk Panasonic yang menawarkan perlindungan 360° untuk kesejahteraan seluruh keluarga.

Kata Nishida lagi,

“Keluarga-keluarga di Malaysia rentas generasi telah menggunakan Panasonic sebagai jenama dipercayai untuk memenuhi keperluan mereka di rumah dan gaya hidup peribadi selama lebih satu abad. Ini menjadi bukti kukuh keyakinan yang dimiliki mereka terhadap jenama kami, dan menjadi pembakar semangat dan ilham untuk kami terus mereka produk bersesuaian serta solusi yang memperkaya kehidupan dan kesejahteraan pengguna.”

Produk baharu yang dilancarkan pada 22 September lalu terbahagi kepada TIGA kategori kesejahteraan:

  1. Kesejahteraan Dalaman [Front] Product in Environment_pw648 (2)
  2. Kesejahteraan LuaranPrimePE_1920x770_LIGHT_family_211108 (2)
  3. Kesejahteraan Ruang

    dav
    “Menyumbang dan menambah nilai kepada kesejahteraan holistik masyarakat merupakan tunjang produk baharu kami. “Kesejahteraan Dalaman” bermula di dapur dengan pemakanan sihat manakala “Kesejahteraan Luaran” menumpukan kebersihan fizikal. “Kesejahteraan Ruang” pula menyediakan suasana di rumah yang memberi pengalaman terbaik dan selesa, serta selamat dan bersih,” tambah Nishida.

Kesejahteraan Dalaman melalui dapur masa hadapan

Imbangan harmoni antara minda, tubuh dan jiwa bertitik tolak daripada makanan. Ini sebab mengapa Panasonic menumpukan pembinaan dapur masa hadapan untuk menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat sebagai pencetus kesejahteraan dalaman. Memandangkan kesejahteraan bermula dengan pemakanan sihat, Panasonic percaya bahawa ruang dapur perlu dilengkapi solusi memasak mudah akses yang mengoptimumkan ruang penyimpanan produk segar dan memudahkan proses memasak bagi membolehkan pemakanan rencam dan sihat.

  • Peti Sejuk PRIME+ Edition (NR-YW590YMMM) adalah pembantu setia di dapur buat mereka yang mengidamkan gaya hidup sihat. Peti sejuk baharu ini mengandungi PRIME Freeze, sistem pembekuan tahap industri yang membekukan makanan sehinga 5 kali lebih pantas berbanding sistem pembekuan lazim, serta memastikan kesegaran dan khasiat makanan yang dibekukan. Pada hari berjadual padat, menyediakan makanan berkhasiat dalam masa singkat juga menjadi tugas mudah, terima kasih kepada fungsi PRIME Fresh yang memastikan makanan dibeku lembut pada suhu -3°C, lantas mengurangkan tempoh nyahbeku. Fungsi nanoe™ X terbina dalam pula membantu meleraikan sisa racun perosak pada buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Periuk Nasi Pemanas Aruhan (IH) Rendah Gula (SR-HL151KSK) pula mengurangkan kandungan kanji bagi menyediakan alternatif lebih sihat untuk seisi keluarga, termasuk warga emas, wanita hamil, pesakit kencing manis atau individu yang ingin mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Dilengkapi pelbagai fungsi memasak dan 11 menu mudah akses, periuk nasi Panasonic direka supaya berciri moden namun minimal, agar dapat menonjol unik di kaunter dapur tanpa mengorbankan kebolehgunaan dan kemudahan.
  • Siri baharu penapis air Panasonic memastikan air minuman kekal selamat dan bersih untuk seisi keluarga. Pengion Beralkali Panasonic (TK-AS700-WMA) mengandungi sistem penapis air 4 peringkat yang canggih dan berupaya menyingkirkan 19 bahan berbahaya, dan 99.9% virus dan bakteria.

Kesejahteraan Luaran melalui kebersihan fizikal yang terbaik

Meskipun dunia seiring dengan perspektif dan pandangan masyarakat terus berubah, sesuatu yang tidak berubah adalah pentingnya memastikan kesejahteraan luaran terpelihara, bersih dan dalam keadaan terbaik. Oleh itu, Panasonic berhasrat menjadikan kebersihan fizikal dan kesihatan kepentingan nombor satu untuk semua.

Tidak dinafikan yang sebahagian besar kebersihan berasal daripada pemakaian pakaian yang bersih. Oleh itu, Panasonic mereka siri mesin basuh terbaharu supaya menjadi pakar kebersihan yang dilengkapi teknologi antibakteria yang kental. Mesin Basuh dan Pengering Panasonic (NA-S106FR1BM) direka untuk memastikan pakaian harian kekal bersih dan disanitasi untuk kesejahteraan. Teknologi asli Blue Ag+ menyingkirkan 99.99% bakteria dan membawa kesan antibakteria yang berkesan kepada kitaran pembersihan biasa, dengan menampilkan cahaya UV dan ion Ag. Ini disokong oleh StainMaster+ yang mempunyai fungsi pencucian panas untuk menghilangkan kotoran degil, serta menghapuskan bakteria dan 99% alergen. Hybrid Dry pula meringankan beban ketika menjaga pakaian, sama ada di fasa mencuci atau mengering. Ciri pula Auto TubCare membersihkan tab mesin basuh semasa kitaran basuh dengan cahaya UV, menawarkan pencucian baju dengan bersih secara mudah dan berkesan.

Bagi keluarga yang lebih suka mesin basuh berbanding mesin basuh dan pengering tetapi masih mahukan keupayaan pengeringan yang baik, Mesin Basuh (NA-V10FR1) baharu mempunyai fungsi Dry Assist dengan Hybrid Dry Lite yang dilengkapi dengan pemanas. Ini amat berguna untuk pakaian harian yang perlu dipakai secepat mungkin seperti pakaian seragam, pakaian kerja dan pakaian sukan.

Tubuh badan sihat juga menjadi asas kesihatan fizikal, maka Panasonic memperkenalkan Pancuran Mandian Rumah Siri U (DH-3UDP1MZ) untuk memastikan pengalaman mandi harian bersih dan boleh dipercayai. Menampilkan reka yang anggun, siri mandian rumah ini mempunyai 9 ciri keselamatan termasuk pemanas kuprum tahan lama, Earth Leakage Breaker (ELB) terbina dalam dan struktur tertebat yang mencegah renjatan elektrik, kebakaran dan selaran, panel mandian dibina supaya kalis percikan air bagi memelihara keselamatan komponen dalaman, manakala Bahan Kristal Ag+ mencegah pertumbuhan bakteria dan memastikan pengalaman mandi yang santai dan tanpa kerisauan.

Kesejahteraan Ruang melalui persekitaran hidup yang lebih selesa

Kehidupan selesa melangkaui kebersihan dan mengambil kira suasana hidup di rumah yang terbaik dan selamat, bersih dan dilengkapi hiburan meriangkan. Hari ini, solusi hiburan di rumah Panasonic telah ditambahbaik untuk memenuhi permintaan kian berubah untuk hiburan definisi tinggi di ruang kediaman era digital.

Demi pengalaman menonton yang terbaik, siri baharu televisyen Panasonic dilengkapi dengan teknologi terkini yang digunakan dalam industri perfileman dan dibangunkan bersama studio filem di Makmal Panasonic Hollywood selama lebih daripada 20 tahun. Panasonic bekerjasama dengan juruwarna profesional dari Hollywood untuk memastikan mutu imej yang tiada tandingan, di siri OLED 4K (TH-77LZ2000K). Ini adalah OLED sama yang digunakan oleh studio filem di Hollywood dalam pasca produksi.

Untuk pengalaman audio yang memenuhi citarasa peribadi, Fon Kepala B100 Panasonic (RZ-B100WDE-K) memiliki rekabentuk ergonomik yang membolehkan pengalaman audio imersif penuh, dengan bateri yang menyediakan tempoh main semula berdurasi 16 jam. Dilengkapi pemacu dinamik 13mm di setiap fon telinga, B100 memberi bunyi bass tambahan, bagi memberi keasyikan bunyi tanpa tandingan dalam pakej padat; dan juga direka dengan menekankan prestasi, mematuhi standard tahan air dan habuk IPX4.

Pengalaman hiburan yang selesa dikompromi apabila mutu dan aliran udara tidak memuaskan. Untuk memastikan persekitaran kediaman selesa dan bebas daripada bahan pencemar dan habuk di udara, Panasonic memperkenalkan Kipas Siling 5-bilah nanoe™ X (F-M15ME), yang menghalang bakteria, virus, kulat, alergen, debunga dan bahan berbahaya. Udara sepoi-sepoi bahasa yang selamat dan bersih dijamin, memastikan pengalaman yang paling nyaman. Kipas siling juga menggunakan sensor eko pintar, ECONAVI, untuk mengesan dan mengurangkan pembaziran tenaga secara pintar, menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 64%. ECONAVI adalah antara pelbagai inisiatif hijau Panasonic untuk memenuhi hasrat jangka masa panjang mencapai status Neutral Karbon dan Ekonomi Kitaran.

Hidup lebih aman dengan persekitaran bersih, maka Pembersih Vakum Kanister Tanpa Beg Cyclone (MC-CL609HV47) memiliki Sistem Cyclone (Advanced MEGA Cyclone) inovatif yang mengasingkan habuk dan udara dengan efisyen, menyimpan habuk dengan rapi di dalam ruang habuk besar 2.2 L. Pembersih vakum turut menyediakan udara bersih melalui sistem tapisan 7-lapis dilengkapi penapis HEPA bagi memerangkap partikel habuk sekecil 0.5 mikrometer ke dalam kotak habuk, memastikan kediaman kekal bersih untuk orang tersayang dan haiwan peliharaan yang dikasihi. Penapis dalam vakumnya boleh dibasuh.

Dengan usaha tekad untuk menyediakan gaya hidup serba lengkap, selamat, sihat dan selesa yang bermula di rumah, rangkaian produk Panasonic direka khas untuk menjadikan Kesejahteraan Holistik hakikat untuk semua.

Semua produk yang baru dilancarkan boleh didapati di semua pengedar sah Panasonic, serta pelantar jual beli dalam talian, kecuali Mesin Basuh, Televisyen, Fon Kepala dan Pengion Beralkali, yang akan berada di pasaran bermula Oktober.

PENSONIC Lancar Produk Siri Peralatan Pintar Dengan Aplikasi Toush

Dari jauh, peralatan Pintar siri Toush yang mengguna Wifi boleh dikawal dengan hanya  mengguna aplikasi Toush.

IMG_20190808_165822

Dan yang menariknya, peralatan Pintar Toush mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu pengguna menjimatkan kuasa dan wang!!

CCS_3475

Majlis pelancaran peralatan Pintar Toush dirasmikan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri di Hotel W Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Dato’ Seri Chew Weng Khak (Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Pensonic Holdings Berhad), Lembaga Pengarah Pensonic Holdings Berhad, Pengurusan Kanan Tuya Global, Dato’ Andy Kwan (Presiden Persatuan Penyaman Udara dan Penyejukkan), En. Mohd Azanuddin Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS Antarabangsa) dan En.Gan Cheng Swee (Presiden Persatuan Persekutuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia atau FOMEDA), Media, rakan kongsi, peniaga dan tetamu-tetamu.

Majlis pelancaran ini didahului dengan menandatangani ‘Strategic Cooperation Agreement’ antara Pensonic Holdings Berhad, yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew dan Cik.Eva Na, Ketua Pegawai Pemasaran Tuya Global Inc..

Jenama Toush ialah siri peralatan baru IoT pintar Pensonic yang digunakan dengan WiFi dan boleh dikawal secara jauh menggunakan aplikasi tunggal Toush.

CCS_3397

Jadi, apakah itu Toush?

Toush membolehkan anda menikmati, merasai, menyedari, menerokai kehidupan dengan cara yang indah. Peralatan IoT Pintar Toush adalah peralatan intuitif yang dapat menyedari dan bertindakbalas terhadap keperluan pengguna, dan peralatan pintar ini dapat dikawal dari jauh menggunakan peranti skrin sentuh.

Peralatan pintar Toush menghubungkan, mengautomatikkan, mengkuantitikan, mengoptimumkan tenaga dan sumber, memberi pengguna lebih banyak penjimatan sambil memudahkan kehidupan pengguna.

Melalui pengesan-pengesan pintar Toush yang berbeza seperti pengesan suhu, kualiti udara, lokasi, getaran, kelembapan dan pengesan yang lain, peralatan pintar Toush boleh berinteraksi dengan persekitarannya, menyampaikan data yang bermanfaat dan memberikan cadangan praktikal untuk memastikan suasana yang selesa untuk pengguna.

Pensonic, sebagai sebuah syarikat tempatan, menyokong sepenuhnya inisiatif-inisiatif 5G Kerajaan bagi membangunkan bandar pintar dan peralatan pintar. Berdasarkan satu laporan diterbitkan oleh MarketsandMarkets, pasaran rumah pintar global dijangka naik dari US$76.6 bilion dalam tahun 2018 ke US$151.4 bilion menjelang 2024, pada CAGR (Kadar Tumbesaran Kompaun Tahunan) 12.02%.

Bagi pasaran rumah pintar di Malaysia, ia dijangka meningkat pada kadar tahunan 25.5% sehingga tahun 2023. Berdasarkan maklumat Statista, pendapatan pasaran rumah pintar Malaysia dijangka melangkau US$105 juta (RM436 juta) dalam tahun 2019 dan boleh mencapai jumlah pasaran US$260 juta menjelang 2023.

Dalam tahun 2018, terdapat 28.7 juta pengguna internet dari penduduk 32 juta. Daripada nombor ini, pengguna dalam lingkungan umur 20an menggunakan telefon pintar lebih daripada 8 jam sehari. Rakyat Malaysia mempunyai purata 2.4 buah alat perhubungan setiap seorang, dengan telefon pintar menjadi peranti yang paling banyak digunakan.
Rakyat Malaysia meluangkan purata 3 jam dan 43 minit menggunakan internet mudah-alih, yang bermaksud telefon pintar merupakan alat yang paling baik untuk membantu pengguna menguruskan peralatan mereka. Berbanding dengan peranti yang lain, penggunaan telefon pintar sahaja dalam tahun 2018 telah mencapai 93.1%.

Mengikut artikel dalam StarBiz bertarikh 13 Mei 2019, peningkatan pasaran tempatan untuk peralatan pintar di Malaysia akan dipengaruhi oleh penggunaan telefon pintar dan peranti pintar, gaya hidup lebih sihat, peningkatan dalam menyelesaikan penjimatan tenaga dan kos rendah, dan peningkatan dalam lebih banyak pemain pasaran yang mempelbagaikan peralatan rumah pintar untuk memenuhi kehendak pengguna.

Dengan kemasukan peralatan pintar yang dihubungkan menggunakan WiFi, persaingan pasaran peralatan rumah semakin bertambah, telah dipelbagaikan dan lebih berorientasikan pengguna. Terdapat banyak pemain dalam pasaran yang mempromosi peralatan pintar rumah, tetapi kebanyakannya mempunyai satu applikasi untuk menguruskan satu peralatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew menerangkan,

“Pensonic ialah jenama tempatan yang pertama menjual peralatan elektrikal pintar IoT dan jenama peralatan elektrikal tempatan dengan aplikasi yang dapat menguruskan pelbagai produk Toush dengan hanya satu aplikasi. Anda boleh mengautomasikan peralatan Toush yang berlainan supaya beroperasi atau tutup pada masa yang tertentu, boleh menjadualkan pembersihan pada masa yang berbeza sehingga 7 hari, membantu memantau penggunaan tenaga untuk anda menikmati lebih banyak penjimatan, menerima notifikasi penyelenggaraan peralatan dan informasi terkini untuk mengekalkan peralatan anda dalam keadaan baik, mempunyai akses segera kepada manual pengguna, dan anda juga boleh mengajak seorang anggota keluarga untuk menguruskan peralatan Toush bersama anda.

Sekarang kami mempunyai Vakum Pembersih Robotik Pintar, Pemanas Air Pintar, Penapis Udara Pintar, Penyaman Udara Pintar, dan Kit Pintar. Kit Pintar Toush terdiri daripada Pengesan Pergerakkan Pintar, Pengesan Suhu dan Kelembapan, dan Pengesan Pintu dan Tingkap dengan Sistem Kawalan Gateway.

Lebih banyak lagi peralatan akan ditambah dalam siri peralatan Pintar Toush untuk menjadikan rumah pengguna sebuah rumah pintar seperti kipas angin, mesin basuh, peti sejuk, penghidup dan pemutus elektrik, palam dinding dengan USB, palam atas, penapis air dan dapur”.  

En.Vincent menyambung,

“Selain dari ciri-ciri penjimatan tenaga dan mesra pengguna seperti yang telah saya sebutkan tadi, Pensonic prihatin terhadap keselamatan pengguna, oleh itu semua peralatan Toush adalah diperakui dan diluluskan oleh SIRIM, Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)”.

Pengguna bimbang mengenai privasi dan keselamatan data apabila menggunakan peralatan pintar. Dilengkapi dengan wawasan untuk menyediakan peralatan pintar rumah yang memudahkan kehidupan pengguna, Pensonic telah berganding bahu dengan Tuya Global Inc. (Tuya).

Tuya ialah penyedia platform IoT global dengan penyelesaian sehenti untuk peralatan pintar, termasuk akses peralatan, servis ‘cloud’, dan keupayaan pembangunan aplikasi. Pada masa ini, Tuya mempunyai 100,000 pelanggan antarabangsa dengan 100 juta alat perhubungan untuk menyediakan satu platform yang selamat untuk para pelanggan.
Tuya mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan untuk melindungi privasi dan integriti data pengguna. Antara ciri-ciri keselamatan ialah pusat-pusat data global yang bebas, penghantaran data yang selamat dengan TLS, penghantaran AES128 tambahan yang telah dikodkan, dan bagi penyimpanan data, Tuya akan kodkan data yang sensitif dengan kod lazim industri, termasuk kod AES256 dan SHA256 (Algoritma ‘Hash’ Selamat) untuk penyahpekaan data dan simpanan.

Tuya bekerja dengan organisasi keselamatan global seperti NCC Group, institusi-institusi pihak ketiga untuk perlindungan data persendirian dan sokongan keselamatan, dengan TrustArc untuk GDPR, CCPA dan undang-undang privasi antarabangsa dan tempatan. Tuya juga mempunyai ISO27001, 27017 dan 27018 dari SGS.

Oleh kerana anda sudah mengetahui anda boleh menggunakan Peralatan Pintar Toush dengan hati yang tenang, anda hanya perlu mendaftar waranti peralatan Toush anda secara talian (online) menggunakan aplikasi Pensonic dan kami akan menghantar Toush Kit bagi anda percuma (untuk setiap alamat pendaftaran). Anda boleh muat turun aplikasi Pensonic menggunakan QR Code di pembungkusan atau manual pengguna.
Sebaik sahaja waranti peralatan telah didaftarkan, pengguna boleh muat turun aplikasi Toush, hubungkan peralatan Toush menggunakan aplikasi Toush, dan menguruskan peralatan Toush anda dari jauh jika terdapat sambungan WiFi. Sila kunjungi Toush Facebook atau menelefon nombor Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut. Dapatkan peralatan Toush dan uruskan semua peralatan Toush anda dengan hanya satu aplikasi, dan nikmati lebih banyak penjimatan!

Anda dijemput melayari: