Meriahkan Kediaman dengan Dekor Raya 3M Command

Sambutan Raya Aidilfitri bakal membuka tirai tidak lama lagi. Bersedia untuk mengamati kemeriahan rumah-rumah terbuka bersama juadah istimewa berupa rendang dan ketupat, selain berpeluang untuk melihat pemakaian baju-baju tradisional dengan sulaman yang menawan, dan meluangkan masa bersama keluarga serta rakan taulan.

71vcuGkPJFL._SX569_

Bagi menyambut musim perayaan dan kebersamaan ini, ramai yang akan menghiasi kediaman masing-masing. Anda boleh menetapkan mood yang sesuai bagi rumah terbuka Raya anda dengan kolaj dinding foto DIY yang dapat menggamit kenangan anda serta para tetamu. Kumpulkan gambar daripada sesi percutian keluarga ataupun majlis graduasi anda yang bermakna, dan buat gubahan mengikut kreativiti anda.

HTB15m3auHSYBuNjSspiq6xNzpXac

Untuk membantu anda menghasilkan kolaj dinding foto yang sempurna, Command™ Picture Hanging Strips oleh 3M telah menganjurkan sebuah acara kreatif dan serba interaktif pada 1 Mei – 12 Mei 2019 lalu di IOI City Mall, Ruang Dataran Aras LG, Putrajaya.

Pengunjung dapat mempelajari cara untuk menyerlahkan bakat dengan petua-petua yang mudah menggunakan Command™ Picture Hanging Strips yang boleh membantu anda mendirikan galeri peribadi tanpa menebuk lubang, merosakkan dan meninggalkan kesan pada dinding kediaman anda.

Selebriti Malaysia, Diana Rafar telah menyertai acara jerayawara ini pada 11 Mei 2019 dari jam 2 petang hingga 3 petang, dan berkongsi mengenai trend dekor Raya yang terkini.

Hadir dengan tawaran menarik dan aktiviti yang menyeronokkan, peserta  yang berbelanja lebih daripada RM30 memperoleh pek sampel Command™ Picture Hanging Strip yang bernilai RM9 secara percuma berserta dengan cetakan foto segera daripada kios foto yang disediakan untuk melengkapi dinding foto Raya mereka.

Para pengunjung jerayawara ini turut melihat keseluruhan rangkaian produk Command™ yang ditawarkan pada harga diskaun.

Rangkaian produk Command™ juga boleh didapati di AEON, Aeon Big, ACE Hardware, HomePro, Jaya Grocer, Parkson Popular Bookstore, Tesco, Village Grocer, Shopee dan Lazada.

WD 40 Kembangkan Sayap ke Malaysia Bersama Bun Seng Hardware Sdn Bhd

Wah semakin agresif perancangan produk antarabangsa ini.

 

From left Mr. Marcus Chen, Regional Director Asia WD-40 ,Yb. Bhg Datuk Isham Ishak, MITI Deputy Secretary General (Trade) and Mr Wong, CEO of Bun Seng Hardware Sdn Bhd at WD-40 Launching

Produk Pelbagai-Guna WD-40®, produk jenama Amerika Syarikat yang semakin dikenali dan dipercayai di dunia pada masa kini telah bersedia untuk menembusi pasaran Asia Tenggara lebih agresif dalam tahun ini terutamanya di Malaysia.

Sebagai sebahagian perancangan peluasannya, Bun Seng Hardware Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar pemasaran baru di Malaysia bagi syarikat WD-40. Bun Seng Hardware Sdn Bhd akan mengambil alih peranan pengedaran dan jualan bagi semua produk yang didaftarkan di bawah jenama WD-40® termasuk:

  • Produk Pelbagai Guna WD-40®
  • Specialist WD-40®
  • Bike WD-40®.

“Dengan rangkaian pengedaran Bun Seng Hardware Sdn Bhd yang luas, kami menjangkakan untuk mencapai jualan lebih daripada 2 juta botol produk WD-40® bagi tahun 2018, yang mana ia menyumbang kepada lebih 15% pertumbuhan berbanding tahun lepas. Kerjasama ini menandakan permulaan yang lebih agresif untuk produk WD-40® memasuki rantau Asia Tenggara, terutamanya bermula dengan Malaysia terlebih dahulu. Kami akan terus meluaskan operasi dan rangkaian kami di rantau ini,” kata 

-Pengarah Serantau Syarikat WD-40 –Asia, Mr Marcus Chen

dav

WD-40® adalah jenama terkemuka isi rumah yang bukan saja berada di Amerika Syarikat, malah di banyak lagi negara di seluruh dunia pada masa ini termasuk di Malaysia bahkan sehingga setiap rumah atau garaj akan menjadi tidak lengkap tanpa memiliki botol yang berwarna biru dan kuning dengan penutup berwarna merah ini.

Oleh itu, kami sangat berbangga dilantik sebagai pengedar pemasaran baru WD-40® bagi Malaysia dan kami menjangkakan kerjasama yang lebih baik dengan Syarikat WD-40.” –

-Wong Kian Wah, Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn Bhd

Mengenai Syarikat WD-40

Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.

Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia

Mengenai Bun Seng Hardware Sdn Bhd

Bun Seng adalah peneraju alat-alat perkakasan, perkakas perindustarian dan bahan-bahan binaan yang terkemuka di seluruh negara. Dengan permulaan perniagaan sejak tahun 1979 . Bun Seng mempunyai lebih daripada 4,000 pengedar perkakasan dan pembekal perindustrian melalui rangkaian pengedarannya dan kerjasama strategik tempatan di seluruh Malaysia. Pelanggan perniagaan ke perniagaannya (B2B) termasuk rangkaian pengedaran runcit yang popular seperti HomePro, Homefix, Mr. DIY dan peruncit milik peribadi serta pembekal perkakas. Selain daripada WD-40®, Bun Seng mempunyai senarai jenama global dan tempatan yang terkemuka seperti Yale, Worx, Lenox, Aman, Colex, Everlas, Jetech, VIP, Premio, MK, Samurai, Osram, Schneider Electric dan lain-lain