Penulen Air Berais JIK. SOO RICH Beri Kehidupan Berkualiti

Memang lain dari lain. Penulen air JIK.SOO RICH ini tawar 7 tetapan suhu air yang berbeza manakala kiub ais yang dikeluarkan jernih bak kristal.

JIK.SOO RICH Launch_Image 4

Ini meletakkan produk terbaharu yang dilancarkan oleh SK magic dari Korea ke satu tahap yang lebih tinggi dengan inovasi sistem penapisan Nonateknologi, saluran air keluli tahan karat sepenuhnya bagi memastikan air yang dihasilkan adalah tulen serta bebas daripada sebarang pencemaran.

Air adalah penting untuk semua hidupan. Tubuh manusia terdiri daripada 70% air. Menyedari bahawa air adalah penting untuk mengekalkan kesihatan, rakyat Malaysia hari ini semakin sedar tentang jumlah pengambilan air harian mereka berbanding dahulu. Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai lagi yang tidak menyedari tentang kepentingan meminum air bersih serta impaknya terhadap tubuh kita.

 

JIK.SOO RICH Launch_Image 3

RICH menggunakan teknologi JIK.SOO yang telah terbukti bagi memastikan air yang mengalir keluar sentiasa bersih, tulen dan penuh mineral. Inovasi sistem penapisan Nanoteknologi berupaya menapis semua virus, mikroorganisma dan logam berat sementara membenarkan mineral penting mengalir terus. Dilengkapi dengan saluran air keluli tahan karat, penulen air berais ini menawarkan perlindungan terhadap jangkitan (atau pertumbuhan) mikrob,” kata Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Namsu Park.

“Di SK magic, kami komited dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat menerusi penulen air kami yang mampu memberikan anda jaminan kebersihan serta air yang kaya dengan mineral. Kami mengutamakan sistem JIK.SOO dalam setiap perkara yang kami lakukan. Kami mahu pelanggan kami berpuas hati dengan memberikan mereka air dan ais yang dijamin bersih,” tambah Park.

Sistem penapisan SK magic telah menjalani ujian air serta analisis dialisis air oleh MyTest*, dan ia berjaya melepasi 60 ujian yang diperlukan bagi memastikan bahawa air tulen yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan alam sekitar Malaysia.

*MyTest Lab Sdn Bhd ialah sebuah makmal ujian berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur yang mempunyai kepakaran dalam bidang penganalisisan makan, air dan alam sekitar. Ujian tersebut telah dijalankan pada 5 Julai 2019 menggunakan penulen air berais JIK.SOO RICH yang baharu menurut keperluan Air Minuman dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 di bawah Jadual Ke-25 (Peraturan 360 B).

Penulen air berais RICH didatangkan dengan penjagaan UV menyeluruh. Takungan airnya menjalani proses pensterilan UV automatik setiap 2 jam selama 10 minit manakala bekas simpanan aisnya disteril dua kali sehari selama 3 jam. Sembilan alat ganti utama penulen air berkenaan turut diganti setiap 12 bulan, seolah-olah anda memiliki produk baru setiap tahun.

Selain daripada menyediakan air sejuk dan suhu bilik, RICH turut menampilkan Sistem Air Panas Lima Suhu. Pengguna boleh memilih air pada suhu 90°C, sesuai untuk secawan kopi, air pada suhu 70°C yang sesuai untuk membuat teh dan air suam pada suhu 45°C, 50°C atau 55°C yang sesuai untuk bancuhan susu formula bayi. Selain daripada itu, pengguna juga boleh memilih isi padu air yang diperlukan sama ada 120ml, 250ml, 550ml atau 1000ml.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah model, pelakon, usahawan dan seorang ibu, Amber Chia.

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mengutamakan kesihatan keluarga saya, di mana saya yakin saya boleh memastikannya menerusi pengambilan air berkualiti. Sebagai seorang model, saya sentiasa menjaga kesihatan saya kerana apa yang ada di dalam tubuh saya akan dapat dilihat di luar. Saya sentiasa menekankan tentang kepentingan pengambilan air yang bersih, tulen dan kaya dengan mineral.”

Penulen air ini direka bentuk bagi memudahkan penggunaannya. Bekas titisan air bermagnet semua penulen air JIK.SOO boleh ditanggalkan dengan mudah bagi membolehkan bekas air beraneka saiz, besar atau kecil diisi sepenuhnya. Reka bentuk pintar pilinya yang boleh digerakkan turut memudahkan untuk mengisi cawan berbeza ketinggian, mengelak air daripada tumpah dan terpercik ke atas produk berkenaan.

Salah satu ciri utama RICH ialah keupayaannya menghasilkan kiub ais yang jernih bak kristal. Kiub jernih ini hanya boleh dihasilkan dengan air yang sentiasa mengalir.
Ia juga boleh didapati dalam dua saiz iaitu 8g dan 11g, memudahkan pengguna untuk keperluan yang berbeza. Penulen air berais ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan ais 0.75kg yang mampu menyimpan sehingga 100 kiub ais bersaiz kecil atau 70 kiub ais bersaiz besar. Saluran aisnya direka bentuk bagi memastikan kiub ais tidak akan memercik ke atas pili atau produk apabila dijatuhkan ke dalam cawan, yang menjadi sumber utama pencemaran.

Sebagai penulen air berais yang bersaiz paling tipis di Korea, reka bentuknya yang rapi dan minimalis amat sesuai dengan rekaan dalaman semua dapur. Teknologi JIK.SOO turut mengurangkan tahap penggunaan tenaga secara signifikan, serendah 530Wh setiap hari.

RICH boleh didapati pada harga pengenalan RM145 (harga asal RM180) sebulan untuk sewaan atau RM6,000 untuk pembelian terus unit. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk SK magic, sila:

Jika anda ingin melihat dan merasai sediri keberkesanan produk kami, sertai JIKSOO RICH Roadshow di:

  1. One Utama Shopping Centre pada 10 Julai hingga 14 Julai
  2. Paradigm Mall Johor Bahru pada 19 Julai hingga 21 Julai
  3. Queensbay Mall Pulau Pinang pada 8 Ogos hingga 12 Ogos 2019.

BIMYOU Creations Perkenal Jenama Kecantikan Halal dari Korea S2J Cosmetics

Tahniah syarikat BIMYOU Creations kerana menjadi syarikat kecantikan tempatan pertama melancarkan jenama kecantikan Korea S2J di Malaysia!

BimyouxS2J_1

Bimyou Creations Sdn. Bhd., sebuah syarikat kecantikan tempatan telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan wajah Korea Selatan berjenama S2J Cosmetics dengan jayanya di Ruang, Shah Alam.

Ini adalah kali pertama S2J Cosmetics berada di pasaran Malaysia. S2J Cosmetics yang merupakan milik sepenuhnya syarikat YGP Co. Ltd. dari Korea Selatan bakal berada di pasaran Malaysia bermula Januari 2018.

Kerjasama antara syarikat Bimyou Creations dan YGP Co. Ltd. merupakan kerjasama positif antara dua negara.

Keunikan produk S2J Cosmetics untuk pasaran Malaysia adalah ia akan dihasilkan di kilang tempatan yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nur Zaty Liyana Indra Gunawan, Pengarah Urusan syarikat Bimyou Creations Sdn. Bhd. berkata:

“Idea untuk membawa masuk produk kecantikan S2J Cosmetics ke pasaran Malaysia adalah untuk mengatasi masalah wanita di luar sana yang mempunyai kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaian dan berkualiti. Saya amat meminati produk kecantikan Korea Selatan tetapi saya mendapati bahawa kebanyakan produk mereka tidak begitu serasi dengan kulit kita. Ini kerana, formula yang digunakan adalah berbeza bagi memenuhi keperluan jenis kulit mereka dan juga iklim di sana yang mempunyai empat jenis musim.

Kita tahu bahawa produk-produk kecantikan Korea Selatan dihasilkan dengan menggunakan formula yang berasaskan teknologi supaya ia memberi kesan yang lebih efektif pada kulit wajah. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan produk wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia dengan menggunakan formula berasaskan teknologi dari Korea Selatan. Dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk menghasilkan produk S2J Cosmetics di kilang tempatan untuk pasaran Malaysia agar ia sesuai digunakan pada jenis kulit wajah wanita Malaysia dan juga iklim di sini.”

Penghasilan produk kecantikan S2J Cosmetics di kilang tempatan yang mempunyai status Halal dan diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah amat penting kerana ia dapat memberi jaminan kepada wanita di luar sana bahawa setiap produk S2J Cosmetics yang dihasilkan adalah berkualiti serta selamat dan bersih untuk digunakan pada kulit wajah.

“Sudah menjadi kebiasaan pada wanita untuk bertanyakan soalan berkenaan produk kecantikan wajah itu sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau pun tidak. Adakah kandungan produk ini Halal? Bagaimana pula dengan kualitinya? Adakah produk ini selamat untuk digunakan pada kulit wajah? Oleh itu, bagi memenuhi permintaan mereka, kami dan rakan kongsi kami dari Korea Selatan telah berjaya menghasilkan formula produk kecantikan wajah yang berkualiti berasaskan teknologi dari Korea Selatan, selamat untuk digunakan pada kulit wajah serta bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

Rakan kongsi perniagaan antara Bimyou Creations dan YGP.

IMG20171216151002

Seo Sujin adalah pengasas kepada YGP Co. Ltd. dan juga S2J Cosmetics. Beliau merupakan Make up Artist “Hallyu” yang pertama di Korea Selatan. Walaupun beliau mempunyai pengalaman dalam bidang kecantikan lebih daripada 20 tahun, namun beliau tidak pernah jemu untuk melopori teknik-teknik dan trend terkini. Oleh sebab itu, Seo Sujin sentiasa berada satu langkah di hadapan dari segi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kecantikan.

Apabila ditanya mengenai perkongsian perniagaan ini, Seo Sujin berkata,

“Saya amat teruja dengan kerjasama antara Bimyou dan YGP. Pelancaran produk S2J “White Fleur” di Malaysia bakal menjadi produk pertama S2J yang menembusi pasaran di Asia Tenggara. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan kami.

Selain itu, saya juga berharap bahawa penghasilan produk S2J di kilang Malaysia yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dapat meluaskan lagi pasaran produk ini dan juga memenuhi keperluan jenis kulit pengguna di Malaysia.” 

 

Produk Pencerahan Kulit S2J “White Fleur”

S2J “White Fleur” ini merupakan produk pencerahan kulit yang mampu menyihatkan kulit agar tampak lebih muda. Produk ini mempunyai tujuh agen pencerahan di mana setiap satu agen itu diekstrak secara organik. Tujuh agen pencerahan ini adalah sangat berkualiti kerana ia diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dan kebanyakannya adalah daripada jenis bunga-bunga yang berwarna putih. Maka, Bimyou telah memperkenalkan produk S2J untuk pasaran Malaysia sebagai produk variasi “White Fleur” yang membawa maksud bunga putih.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” telah diuji secara klinikal dan kesannya juga telah terbukti mengikut laporan ujian makmal.

Set “White Fleur” ini mempunyai 4 barangan yang merangkumi langkah asas penjagaan wajah seperti orang Korea:

  • Cleansing Oil, 115ml, RM65 – Membersihkan setiap kotoran, bakteria dan sel-sel kulit mati agar wajah menjadi lebih bersih, lembut tanpa merosakkan kulit.
  • Cleansing Gel, 115ml, RM60 – Menghasilkan buih-buih ringan yang kaya dengan agen pembersih bagi mendapatkan proses pembersihan muka secara efektif agar wajah tampak lebih segar dan bermaya.
  • Toning Essence, 115ml, RM85 – Menganjalkan kulit secara dwi kali dengan kelembapan dan nutrisi bagi mendapatkan kelembutan dan seri pada kulit wajah.
  • Hydrating Moisturizer, 50ml, RM110 – Krim ringan yang dapat menyegarkan kulit wajah serta dapat menambahkan hidrasi dan kelembapan agar wajah kelihatan lebih lembut dan licin.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” boleh dibeli melalui atas talian dan juga menerusi stokis yang disahkan bermula Januari 2018 dengan harga RM288 bagi setiap set. Untuk butiran lebih lanjut, sila lawati http://www.bimyou.com.my.

Berkenaan Bimyou Creations

Bimyou Creations Sdn. Bhd. diasaskan pada tahun 2016 dan mempunyai visi untuk melahirkan generasi wanita yang mempunyai keyakinan tinggi dan menghargai kelebihan diri mereka dengan menyerlahkan imej dan keterampilan yang cantik melalui kaedah teknologi serta pendidikan.