AYAM BRAND Rai Ulang Tahun Ke-126

Secara tak langsung, Ayam Brand menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan budaya Malaysia sepanjang tempoh itu.

AB_006

Bermula sejak dari zaman British Malaya ke Malaysia lagi, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi terdahulu sehinggalah sekarang menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini.

Setiap orang akan menggambarkan jenama ini dengan frasa “saya membesar dengannya”. 

Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih digunakan sehingga pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dengan nama pengasas, Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis.

Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ sempena gambar ayam jantan itu. Nama tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan sehingga hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat.

Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.

Bermula pada tahun 1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1,200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.

Kualiti sebagai keutamaan

Kilang Ayam Brand telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran.

Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai. Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat, pemprosesan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara.

Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik.

Tahukah anda bahawa Sardin Ayam Brand ditangkap dari lautan sejuk?

Mereka berbeza daripada sardin tempatan kerana mereka lebih berlemak, enak dan lebih lazat.

Walaupun produk ini adalah produk ruji dan dimakan oleh setiap dua orang penduduk Malaysia, sardin Ayam Brand dilihat menjadi sedikit mahal berbanding dengan ikan segar. Ini kerana satu kesilapan dalam persepsi: apabila ikan segar yang disediakan (usus, kepala dan ekor yang dikeluarkan), ia akan kehilangan separuh daripada beratnya, yang akan kemudian dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus semasa memasak. Bandingkan ini dengan kualiti sardin di dalam tin di mana berat ikan sepenuhnya boleh dimakan, cepat dan senang tanpa sebarang gangguan di dapur dan tidak perlu dikemas. Ini menjelaskan mengapa sardin dalam tin kekal sumber ikan yang berpatutan.

Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

Demi Kebaikan Santan, Ayam Brand dan dahmakan Jalin Kerjasama

Jenama isi rumah kegemaran yang mempunyai rangkaian luas produk makanan di Malaysia kini bekerjasama dengan startup peneraju penghantaran makanan tempatan.

Kerjasama ini bertujuan untuk membawa rasa santan kelapa Ayam Brand yang lazat kepada lebih ramai orang di Kuala Lumpur menerusi penghantaran makanan gourmet yang sihat oleh pihak dahmakan.

AB_01

dahmakan menjadikan servis penghantaran makanan setiap hari lebih mampu milik. Pasukan chef hotel 5 bintang mereka menghasilkan hidangan tengah hari dan makan malam yang sihat mengguna bahan-bahan yang terbaik. Ia juga mudah dihantar ke pejabat atau rumah pelanggan dalam masa 45 minit selepas tempahan dibuat.

Ayam Brand sememangnya sinonim dengan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet. Kolaborasi di antara dua jenama ini dibina berasaskan nilai ingin menawarkan makanan yang sihat, selain bebas MSG dan bahan pengawet.

Usahasama ini juga memastikan pelanggan dahmakan dapat menikmati rasa dan kelebihan Ayam Brand™ Coconut Milk di dalam hidangan-hidangan signatur mereka termasuklah Rendang Ayam dan Ayam Percik. Kerjasama ini akan berlangsung mulai Jun 29, 2018 selama TIGA bulan.

“Rakyat Malaysia memang gemar makan dan mempunyai citarasa yang baik apabila menyentuh tentang hidangan kegemaran masyarakat tempatan seperti Nasi Lemak, rendang dan kari. Di dahmakan, kami sangat menitikberatkan aspek kualiti makanan. Kami ingin memastikan kami menggunakan bahan-bahan yang terbaik, sekali gus tidak berkompromi dari segi rasa dan aroma.

-Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama dahmakan, Jonathan Weins.

Ayam Brand™ mengutamakan kebaikan, kepelbagaian dan kemudahan santan sejak bertahun-tahun lamanya. Kerjasama dengan dahmakan membolehkan kami mengujakan kumpulan pengguna baru yang pasti menghargai kualiti rasa santan dalam makanan gourmet hidangan tempatan. Kami harap kelazatan hidangan Ayam Brand™ dahmakan akan memberi motivasi kepada mereka untuk menghasilkan semula resepi-resepi yang sama.”

-Penasihat Pemasaran Strategik Ayam Brand™ Malaysia, Nathan Deverre.

Rakyat Malaysia memang menyukai santan dan produk kelapa yang lain memandangkan kelapa merekodkan penggunaan per kapita paling tinggi (PCC) iaitu 17kg setahun , mendahului carta penggunaan tanaman buah-buahan di Malaysia. Ayam Brand™ pula merupakan jenama santan terlaris di Malaysia.

Apa kata cuba menu baharu dahmakan dengan santan Ayam Brand™ dengan menempah di:

  • laman web https://dahmakan.com/menu dengan harga bermula RM18 hingga RM29 termasuk penghantaran
  • aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai-kedai runcit di seluruh negara.

Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati produk Ayam Brand™!
Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 126 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau ikuti Facebook :Ayam Brand-World of Recipes

Mengenai dahmakan

dahmakan menjadikan usaha makan dengan sihat lebih mudah menerusi gabungan hidangan yang dimasak oleh chef hotel 5 bintang dengan aplikasi mudah alih yang mudah digunakan. Pilih daripada rangkaian hidangan antarabangsa dan tempatan, tempah ketika anda lapar dan ianya akan dihantar terus ke pintu anda. Hidangan akan ditukar pada setiap hari dan ia disediakan di dalam dapur yang bebas alkohol dan khinzir, menggunakan bahan mentah tempatan serta import yang terbaik. Buat tempahan bersama kawan-kawan dan bayar lebih awal menggunakan pakej dahmakan Prime untuk menikmati lebih banyak penjimatan dan kemudahan!

Ayam Brand Untuk Hidangan Iftar, Sahur dan Hari Raya

Mudah dan cepat disediakan menyebabkan rangkaian Ayam Brand jadi pilihan sewaktu berbuka puasa, bersahur dan juadah hari raya.

Ini kerana produk Ayam Brand kaya dengan ikan, serat, lemak bermanfaat dengan kandungan indeks glisemik (GI) yang lebih rendah memberikan perbezaan yang ketara.

Rakyat Malaysia sangat menyukai ikan malah, kadar pengambilan ikan per kapita oleh rakyat Malaysia adalah kedua tertinggi antara negara-negara Asia, dan yang kelima tertinggi di seluruh dunia .

Kelapa juga adalah bahan yang kebiasaannya digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Santan pula digunakan secara meluas dalam pelbagai hidangan serta manisan, sementara minyak kelapa digunakan untuk tujuan masakan dan kecantikan.

Pakar anti-penuaan terkemuka, Professor Dr. Takuji Shirasawa, telah mengkaji kebaikan santan, minyak kelapa dan ikan secara terperinci, dan mencadangkan pengambilannya kerana kandungan laurik acid dan asid lemak rantaian sederhana (MCT) yang tinggi, serta Omega-3 mengikut turutan, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan otak dan juga kesihatan kardiovaskular. Dr Shirasawa adalah pengarang beberapa buku tentang anti-penuaan, termasuk ‘Food For The Brain’ bersama resepi yang disesuaikan untuk menepati amalan kulinari pembaca Asia. Beliau juga adalah duta produk kelapa Ayam Brand™.

Jenama ini memahami keperluan untuk setiap keluarga untuk menyediakan makanan dengan cepat, sihat dan mudah dengan harga berpatutan sepanjang bulan Ramadan, terutamanya waktu sahur. Hidangan wajib Hari Raya yang sihat dan lazat juga akan menawan hati.

Dengan penambahan sentuhan moden, yang menjimatkan masa pada hidangan tradisi, Ayam Brand™ telah menyediakan 10 resepi untuk Ramadan dan Raya:

  1. Semangkuk Bubur Kacang dengan Jagung ala Kelantan akan memberikan anda rangsangan tambahan tenaga kerana kandungan santan yang kaya dengan asid laurik dan MCT yang membuatkan ia lebih mudah untuk dimetabolismakan oleh tubuh
  2. Sambal Petai dengan Makerel yang dimakan dengan nasi kukus adalah makanan kesukaan ramai yang mengenyangkan dengan tambahan kebaikan DHA dan EPA daripada makarel lautan sejuk yang boleh membantu menambahbaik fungsi kardivaskular .
  3. Cuba pula Fish Cake Siam untuk kandungan proteinnya yang tinggi yang mampu memberikan tenaga berterusan sepanjang hari.
  4. Berbuka puasa dengan kuih Seri Muka yang manis dan lemak kerana santan yang digunakan dalam resepi ini akan dipecahkan oleh tubuh kepada monolaurin yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria
  5. Seterusnya, lengkapi sajian buka puasa anda dengan Pasta Pesto Ayam yang mudah disediakan serta mengenyangkan
  6. Hidangkan bersama Sardin Selasih Thai untuk rasa pedas yang menyengat
  7. Tunjukkan skil masakan pada Hari Raya ini dengan hidangan Kelantan yang beraroma iaitu Ayam Percik
  8. Lengkapkan dengan sajian sampingan tempatan yang klasik, Asam Laksa Sardin. Ikan Sardin yang digunakan untuk masakan asam laksa ini adalah sumber Omega-3 yang bagus yang diperlukan oleh badan untuk meningkatkan pertumbuhan otak serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung.
  9. Hidangkan tetamu anda dengan Kuih Cara tradisional
  10. Akhiri sajian Hari Raya dengan Panacotta Kelapa yang manis dan hiaskan dengan buah-buahan mengikut citarasa anda.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara.

Untuk resepi yang lebih kreatif dan menyeronokkan, layari:

Ayam Brand Rai Ulang Tahun ke-125 Dengan Kempen Inovasi Perlumbaan ke Angkasa

Ulang tahun kali ini diraikan dengan kempen yang sangat kreatif. Bukan sahaja di luar jangkaan tetapi hingga nun di luar angkasa sana!

AB_001

Ayam Brand™ menggapai bintang seiring dengan sambutan ulang tahun ke-125 melalui pelancaran kempen Perlumbaan-Ke-Angkasa (Racing-To-Space) yang julung kali diadakan yang akan mengetengahkan produk-produk utamanya dalam konteks usaha-usaha kemampanan serantau yang sedang dijalankannya ketika ini.

Jenama isi rumah yang tersohor dengan barisan meluas produk-produk bertin yang sihat dan memudahkan; bebas pengawet dan tiada tambahan MSG ini sedang mendefinasikan semula makna kemampanan; hayat panjang; kesedaran alam sekitar serta komitmennya kepada masyarakat.

Tema bagi sambutan ulang tahun ke-125 “Kami Prihatin, Kami Keluarga (We Care, We Are Family)” amat jelas apabila jenama ini berkongsi video altitud tinggi yang dirakamkan di Kahang, Johor di Malaysia.

Video-video itu diambil dari ketinggian 29,000 meter aras laut merakamkan pemandangan menakjubkan kawasan serantau meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand melibatkan empat belon altitud tinggi dengan rig khas dilepaskan bersama empat produk terkemuka Ayam Brand iaitu Sardin Dalam Sos Tomato; Tuna Cili; Kacang Panggang dan Santan.

Tujuan perlumbaan ini ialah untuk mengetahui yang mana antara produk-produk klasik Ayam Brand akan berjaya sampai ke altitud tertinggi terlebih dahulu dan dalam masa sama memberikan jutaan pengguna Ayam Brand pemandangan udara rantau ini yang menakjubkan.

Bagi memastikan video-video berkenaan dapat dirakam dalam suhu beku dan tekanan rendah terlampau persekitran altitd tinggi, Ayam Brand turut mereka bentuk bekas kameranya sendiri.

AB_002

Satu tayangan khas video Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini telah diadakan di Pawagam GSC Premiere Class di Gardens Mall untuk pihak media menikmati kesan layar besar Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand Race-to-Space diikuti dengan tayangan sebuah filem pecah panggung.

Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini  berlangsung pada 20 November hingga 1 Disember 2017 dan peserta yang berminat boleh mendaftar di pautan :

http://www.ayambrand.com.my/racing-to-space

Peserta dikehendaki menonton dua video pendek daripada belon-belon berkenaan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang mana satu antara kedua-dua belon itu yang sampai dahulu ke ketinggian 12,000 meter; yang mana satu terbang paling tinggi; satu soalan mengenai Ayam Brand dan mengarang satu slogan untuk jenama berkenaan sebagai penentu kemenangan.

Pertandingan ini akan diadakan serentak di Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Australia, China, Jepun dan Perancis. Untuk Malaysia, sejumlah 1,000 hadiah Ayam Brand dan 5 gogel VR ditawarkan sebagai hadiah yang mana jumlah keseluruahn hadiah-hadiah ini adalah RM53,000! Para pemenang bertuah yang memenangi gogel VR berkenaan akan dapar menyaksikan rakaman Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand dalam paparan 360 darjah untuk pengalaman yang mengujakan.

Menurut Pengarah Pemasaran Kumpulan Ayam Brand, Herve Simon, kempen Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand ini diilhamkan meraikn rantau-rantau yang menyumbang kepada hayat panjang Ayam Brand serta untuk mendapatkan satu rekod visual rantau ini dari aras tinggi bagi mereka yang tidakpernah menaiki kapal terbang dan juga generasi masa hadapan badi menggalakkan kesedaran mengenai alam sekitar.

“Ayam Brand telah menjadi sebahagian daripada diet pengguna di rantau ini sejak 125 tahun dahulu. Malah untuk mereka yang bekerja denga Ayam Brand, kami amat kagum dengan hayat panjangnya dan ia terus berinovasi; menjadi lebih hijau; lebih mengambil berat serta lebih terhubung dengan masyarakat sepanjang kematangannya.

Ketika mengilhamkan Perlumbaan-Ke-Angkasa Ayam Brand, kami membayangkan untuk berkongsi keindahan rantau ini dengan lebih ramai orang seiring dengan tema ulang tahun ke-125 Kami Ambil Berat, Kami Keluarga. Ketika kami mengusahakannya, pertubuhan World Wide Fund for Nature (WWF) turut berkongsi minat dalam projek ini kerana ia satu cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar yang dapat menjadikan orang ramai lebih peka kepada bagaimana tabiat penggunaan mereka boleh memberi kesan kepada alam sekitar. Ayam Brand berbangga menjadi sebahagian daripada rantau yang indah ini!”

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Denise Westerhout, Pemimpin Program Pasaran Mampan WWF-Malaysia WWF yang memuji perlaksanaan strategi kesedaran alam sekitar Ayam Brand.

“Alam sekitar adalah ekosistem yang perlu dipertahankan. Tindakan individu dan korporat boleh mendatangkan kesan besar kepada legasi yang akan kita tinggalkan untuk generasi masa depan. Ayam Brand sedang memberi sumbangan besar kepada penjagaan alam sekitar melalui Perlumbaan-Ke-Angkasa ini,” 

Baru-baru ini, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai pendahulu dalam Kad Markah Pembeli Minyak Sawit WWF– Malaysia dan Singapura 2017 di atas penggunaan minyak sawit mampan yang disahkan. Jenama ini bertukar kepada penggunaan minyak sawit mampan pada 2010 dan menjadi salah satu daripada sejumlah kecil syarikat tempatan yang membuat komitmen ini.

Syarikat berkenaan mempunyai pelbagai inisiatif mampan yang sedang dilaksanakan untuk menjadikannya lebih mesra alam, hijau dan bersih dalam membekalkan pilihan makanan dalam tin yang lebih sihat dan bertanggungjawab dalam penyumberannya kepada para pengguna yang mana ini termasuklah ikrarnya untuk menjadikan kesemua bangunan dan kilangnya mendapat pensijilan Green Mark menjelang 2030 selain mengurangkan pengunaan tenaga antara 25 hingga peratus dengan pemasangan panel solar 1.4 Megawatt di bumbung enam buah fasilitinya di Malaysia. Pengesan dan perisian terkini akan membolehkan penyeliaan dan pengawalan penggunaan tenaga masa sebenar dilakukan di kilang-kilang dan pejabat-pejabat ini.

“Ayam Brand™ ialah mengenai kemampanan. Kami berpegang kepadanya untuk jangka masa panjang baik dalam soal inovasi dan kesinambungan; penjagaan komuniti; kemesraan kepada alam dan kepuasan pelanggan. Kini kami mendahului dalam kalangan jenama runcit dengan Perlumbaan-Ke-Angkasa ini,” seloroh Simon dalam ucapan penutupnya.

Untuk maklumat lain mengenai Ayam Brand™, sila lawati pautan http://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes atau lawati pautan http://www.ayambrand.com.my/racing-to-space untuk menyertai pertandingan ini.

Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 125 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001) serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari pautan http://www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.