RANGKAIAN ANTI-BAKTERIA SHOKUBUTSU LINDUNGI KULIT ANDA

Wah inovasi terbaharu Shokubutsu ini memang patut ada di semua kediaman kerana ia dapat melindungi kulit anda dan seisi rumah daripada bakteria-bakteria bahaya!

Photo 4

Cecair Pembersih Badan Kecantikan nombor 1 di Malaysia kini boleh didapati dalam botol baharu, mengandungi bahan-bahan serta kelikatan yang dipertingkatkan demi untuk memastikan kulit anda dilindungi dengan perlindungan anti-bakteria semula jadi atau yang berasaskan tumbuhan.

Shokubutsu, yang membawa maksud “kisah tumbuhan” dalam bahasa Jepun, adalah pembersih badan yang dirumuskan di Jepun dan diperbuat daripada 100% bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Diilhamkan oleh amalan mandian tradisional, setiap produk Shokubutsu dihasilkan untuk memberikan cara penjagaan kulit dan kesejahteraan secara semula jadi seperti di negara Jepun.

Menurut En. Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd.,

“Reka bentuk botol baharu Pembersih Badan Shokubutsu mendapat inspirasi daripada bekas air ki-oke, yang merupakan ciri istimewa onsen Jepun yang secara tradisional digunakan untuk menyimpan air panas. Reka bentuk botol yang baharu mencerminkan aspirasi kami untuk memberikan pengalaman mandi onsen Jepun di rumah mereka sendiri dengan menggunakan pembersih badan yang memberikan manfaat pembersihan yang sempurna.

Bagi membantu pengguna memilih cecair pembersih badan kegemaran mereka daripada pelbagai pilihan yang kami sediakan, label produk kami direka dengan warna yang jelas dan mudah untuk dikenali. Bagi memudahkan mereka yang kurang upaya dalam penglihatan, semua botol baharu kami dilengkapi dengan kod Braille supaya mudah dikenali”

Photo 1

Selain daripada penampilan baharu, ini adalah antara lain ciri-ciri produk iaitu:

  • Shokubutsu Fresh Body Wash merupakan jualan terbaik jenama ini dan kini dipertingkatkan lagi
  • Varian Clean Fresh kini diperkaya dengan 100% ekstrak protein beras organik, serta asid-asid amino dan vitamin E untuk menyerlahkan semula keserian kulit secara semula jadi. Haruman cecair pembersih badan yang menyegarkan serta tahan lama dapat menenangkan anda dan menghilangkan rasa keletihan setiap kali anda mandi
  • Varian Moisture Fresh mengandungi bahan yang sama dan ditambah dengan Minyak Zaitun bagi memberikan khasiat tambahan dan memberi kelembapan untuk kulit yang berseri. Haruman bunga varian ini menenangkan badan dan minda untuk pengalaman mandi yang mewah.

Ketika kulit anda diliputi buih-buih pembersih yang mewah daripada varian Shokubutsu Fresh, nikmatilah perasaan seolah-olah dikelilingi oleh alam semula jadi dengan teknologi milik Shokubutsu “Living Fragrance Technology”. Ia memberikan suasana haruman bunga seolah-olah baru dipetik dari taman bunga dan meninggalkan bau wangi yang kekal pada kulit yang lembut sepanjang hari.

“Sebagai pengguna setia Shokubutsu Fresh Body Wash sekian lama, saya amat gemar akan pilihan bauan segar dengan adanya produk ini. Setiap kali saya mandi, saya akan merasai suasana yang berbeza seolah-olah saya melalui empat musim yang berbeza apabila menggunakan pilihan sabun yang berlainan setiap hari. Bau cecair pembersih badan ini tidak terlampau kuat namun kekal lama. Saya memang menanti untuk menggunakan Shokubutsu Fresh setiap kali mandi selepas sehari suntuk bekerja!” kata pencipta kandungan May Ho.

Rangkaian Shokubutsu Fresh Body Wash boleh didapati dalam LIMA varian dengan ekstrak tumbuhan yang unik:

  1. Orange Zest
  2. Sakura Whitening
  3. Green Fresh
  4. Floral Bloom
  5. Iris Bliss

Photo 2

Memandangkan peningkatan permintaan bagi penjagaan mandian yang melindungi badan akibat pandemik COVID-19, Shokubutsu memperkenalkan rangkaian Natural Protection Body Wash serba baharu dalam reka bentuk botol yang terkini. Dirumuskan untuk melindungi anda daripada 99.9% kuman dengan bahan anti-bakteria semula jadi, cecair pembersih badan yang diuji secara dermatologi ini sesuai untuk semua jenis kulit berupaya menghapuskan kuman secara berkesan tanpa mengganggu mikrobiome kulit – ekosistem kendalian sendiri yang melindungi flora baik dan mencegah serangan bakteria atau kuman.

Bahan utama Shokubutsu Natural Protection Body Wash termasuk:
⦁ 100% minyak shiso organik, yang diekstrak daripada benih pokok shiso, sejenis herba yang terkenal di Jepun. Kaya dengan asid lemak omega-3, minyak shiso melembap dan memulihkan sel kulit, melindungi kulit daripada kerosakan luar melalui kuasa antioksida minyak ini.
⦁ Prebiotik Tumbuhan, yang membantu menambah mikrob kulit yang sihat, mengimbangi mikroflora dan menambah baik keadaan kulit.
⦁ Gliserin tumbuhan, yang membantu mengekalkan kelembapan kulit selepas setiap mandian.

Rangkaian Shokubutsu Natural Protection Body Wash didapati dalam EMPAT variasi iaitu:

  1. Complete Care (dengan Eucalyptus)
  2. Refresh & Go (dengan Tea Tree)
  3. Energize (dengan Yuzu)
  4. Aqua Cool (dengan Peppermint & Menthol)

Menurut tinjauan Try and Review pengguna-pengguna dalam talian, rangkaian Natural Protection itu diuji di kalangan lebih 200 pengguna dan 9 daripada 10 ibu bersetuju bahawa rangkaian Shokubutsu Natural Protection lembut untuk kulit dan memberikan ketenangan fikiran kepada mereka, kerana ia melindungi keluarga daripada kuman secara semula jadi.

Sebagai ibu kepada dua orang anak, Shima Anuar yang juga seorang pelakon sering bimbang akan kebersihan dan keselamatan keluarganya.

Shokubutsu Natural Protection Body Wash bukan sekadar cecair pembersih badan anti-bakteria yang biasa – ia diperbuat daripada 100% bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Ini memberikan saya ketenangan fikiran apabila digunakan oleh keluarga saya.”

Ibu bapa di Malaysia tahu betapa pentingnya untuk menjaga keselamatan keluarga mereka terutama sewaktu pandemik. Shokubutsu memahami keperluan untuk produk yang boleh digunakan tanpa kerisauan dan kebimbangan tentang kualiti dan sumber bahan. Itulah sebabnya rangkaian Natural Protection Body Wash serba baharu mengandungi 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan bagi melindungi dan menjaga kulit anda secara semula jadi. Kini pengguna mempunyai pilihan rangkaian produk anti-bakteria yang lebih baik untuk sekeluarga!” 

Semua produk Shokubutsu Fresh Body Wash dan Natural Protection Body Wash adalah bebas daripada paraben, pewarna sintetik dan mikroplastik. Kedua-dua produk ini boleh didapati di pasar raya dan farmasi terpilih ataupun membuat pembelian secara dalam talian dengan penghantaran ke rumah anda menerusi Lazada atau Shopee.

Ikuti Shokubutsu di Facebook atau Instagram untuk mendapatkan maklumat dan promosi yang terkini!

#shokubutsumalaysia

Aroma Mocktail Jadi Inspirasi SAFI SHOWER

Dengan rangkaian SAFI SHOWER ini, saat mandi kini jadi lebih bermakna. Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang tenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lebih lemut, licin dan lembap.

 

SAFI, rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun adalah jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER.

Rangkaian gel mandian ini diinspirasikan daripada keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit digabung dengan manfaat alam semla jadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria. Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberi perlindungan harian kepada isi keluarga.

Nuansa SAFI SHOWER hadir dengan keunikan tersendiri. Adunan segar kelazatan mocktail yang hadir dalam botol dengan rona tropika-kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana dalam bilik mandi.

Bentuk pam yang ergonomik memberikan anda kawalan menyeluruh sewaktu mengguna gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga.

Ia boleh didapati dalam DUA bentuk formulasi iaitu gel dan krim mandian yang dihasilkan mengikut cita rasa ramai. Serai Lime Splash dan Passion Honey Extract adalah gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang manakala Kokonut Shake serta Berry Smoothies dalam bentuk krim yang diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol serta bebas paraben.

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam EMPAT variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan seisi rumah. Ia juga boleh didapati dalam pek isian semula (850g).

  • Serai Lime Splash
    -Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan antibakteria semula jadi tetapi mampu memberi ketenangan dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria anda!
  • Passion Honey Frost
    -Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran buah markisa bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi
  • Kokonut Shake
    -Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkn kulit malah menjadikan permukaan kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!
  • Berry Smoothies
    – Buat si pengembara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang, gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semula jadi. Kini anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan lebih yakin!

Rangkaian SAFI SHOWER ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasar raya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau RM12.90 (850g pek eko isian semula).

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, anda boleh menjimatkan masa melalui penghantaran SAFI SHOWER terus ke pintu depan dengan melayari https://shopee.com.my.

Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/SAFI.MY atau Instagram:@safimalaysia, laman youtube:www.youtube.com/safimalaysia dan http://safi.com.my/