WATSONS MALAYSIA BUKA KEDAI KE-600

Tahniah Watsons Malaysia!

MAIN PHOTO 4444

Dengan pembukaan kedai ke-600 ini di pusat beli belah Pavilion Bukit Jalil, Watsons Malaysia menjanjikan pembeli lebih banyak inovasi dan pilihan konsep kelestarian, penawaran produk dan perkhidmatan.

MAIN PHOTO 222

“Sejak pembukaan kedai pertama kami di Johor pada tahun 1994, Watsons Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dan menjadi tempat untuk membeli-belah dalam sektor kesihatan dan kecantikan. Sepanjang tempoh 27 tahun ini, Watsons telah berkembang kepada 600 kedai dengan lebih daripada 6 juta ahli di seluruh negara. Dengan pembukaan kedai ke-600 terbukti bahawa Watsons akan terus menyediakan produk yang terbaik dan perkhidmatan yang inovatif kepada pelanggan,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia.

Kedai Watsons ke-600 di Pavilion Bukit Jalil ini mempunyai keluasan kira-kira 4,810 kaki persegi,menjadikannya salah satu kedai terbesar di Kuala Lumpur yang dilengkapi dengan pelbagai produk dan perkhidmatan eksklusif.

Sempena dengan pelancaran kedai ke-600, Watsons telah menawarkan jualan sehingga 50%, promosi hadiah eksklusif dan baucar kesihatan & kecantikan tambahan dengan penjimatan sehingga RM186.

dav

Di samping itu, ahli ke-600, ke-6000 dan ke-60000 yang berbelanja di mana-mana kedai Watsons pada hari pembukaan berpeluang memenangi pembeli-belahan secara percuma selama satu tahun.

Satu persembahan khas telah disampaikan oleh Nicole Lai sewaktu majlis pelancaran dengan menyampaikan dua buah lagu terkenal “The Edge of Glory” & Gemilang. Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Kuan Suan Ai, Pengarah Peruncitan Pavilion Kuala Lumpur, pasukan pengurusan Watsons Malaysia, rakan kongsi perniagaan, rakan selebriti Watsons dan wakil media. Dalam majlis itu juga, Watsons Malaysia turut meraikan pemenang peraduan “Shop Your Way to Your New Home”, Arvinder Kaur A/P Surjit Singh yang telah memenangi satu unit pangsapuri servis baharu di Maya Bay Residences, Gamuda Cove.

Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan berbeza di kedai secara intergrasi dengan membeli-belah di kedai dan dalam talian (O+O), kaunter ciri “Style Me” dengan teknologi realiti tambahan (AR) untuk mencuba warna secara maya, Meja W yang menonjolkan produk eksklusif K-Beauty, stesen pengisian semula “Natural by Watsons” dengan jenama pilihan yang lestari, kaunter pembayaran sendiri, perkhidmatan farmaseutikal dan banyak lagi.

“Watsons telah mengukuhkan model perniagaan di kedai dan dalam talian O+O untuk menyediakan pilihan tambahan bagi pelanggan untuk melayari dan membeli-belah. Di kedai baru ini, kami telah meletakkan kod QR pada dinding setiap kawasan dari kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan kulit, penjagaan kesihatan dan banyak lagi untuk menyediakan pengalaman integrasi luar talian dan dalam talian di mana pelanggan boleh mengimbas dan mendarat ke laman web Watsons untuk melayari lebih banyak produk”

Tahun ini, Watsons juga telah menyalurkan sumbangan kepada masyarakat dan barisan hadapan dengan hasrat untuk membuat kebaikan ketika waktu yang sangat memerlukan bagi rakyat. Watsons dengan berbesar hati telah memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik kepada lebih 30 buah rumah, hospital, penjagaan kesihatan dan balai polis dengan sumbangan bernilai lebih daripada setengah juta ringgit.

Selain itu, Watsons turut menyertai Program Penajaan Hidupan Liar, usaha mengumpul dana untuk menaja program haiwan di Zoo Negara bagi menyediakan makanan dan penyelenggaraan Bangau dan Jessy, Tapir Malaya selama setahun.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.watsons.com.my atau dapatkan sorotan harian daripada Facebook, Instagram dan Twitter Watsons Malaysia.