Kini Tanggungjawab Sosial Boleh Ditunaikan Melalui E Dompet BOOST

Iaitu dengan mengguna E-Derma, satu lagi cara digital masa depan bagi memupuk nilai menderma untuk pembangunan komuniti dan negara

Boost E-Donation_Photo 2

Aplikasi e-dompet Boost telah menganjurkan satu majlis mempamerkan kemampuan ciri e-derma tanpa melibatkan pengunaan tunai dalam kalangan rakyat negara ini yang ingin jalankan tanggungjawab sosial masing-masing.

Boost E-Donation_Photo 1

Yayasan Kebajikan Negara sebuah badan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperkenalkan sebagai rakan kongsi terbaharu dan kini menjadi sebahagian daripada keluarga e-derma Boost.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir sama adalah Datin Paduka Che Asmah binti Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, Pengerusi Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad dan Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.

“Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang penyayang dan pemurah serta sentiasa menghulurkan tangan kepada komuniti yang memerlukan. E-derma memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan peluang mampan buat rakyat untuk memberi kembali kepada komuniti baik secara lokal mahupun seluruh negara,” kata Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri.

Ciri e-derma Boost telah diperkenalkan pada bulan Mei tahun 2018. Sehingga kini terdapat lebih 4 juta pengguna boleh ‘#DoGoodWithBoost’ melalui lebih 30 badan kebajikan & rakan NGO melibatkan pendidikan, alam sekitar, penyelidikan kanser, sosial dan kebajikan haiwan serta lebih daripada 70 institusi keagamaan.

“Kami melancarkan e-derma sebagai salah satu percubaan untuk merapatkan jurang bagaimana badan amal serta NGO dapat berhubung dengan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Kami mendapati ia adalah cara kos rendah dalam mengumpul sumbangan dengan mudah, selamat dan telus. Sehingga ke hari ini, lebih daripada setengah juta ringgit telah dikumpul. Walaupun angka itu masih kecil, namun terdapat penerimaan baharu dalam kalangan masyarakat terhadap derma digital, kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.

Khairil juga menambah, e-derma boleh menjadi pemangkin untuk memupuk nilai menderma dalam kalangan warga digital dan menyediakan badan amal serta NGO platform baharu untuk meningkatkan kesedaran terhadap organisasi masing-masing dan mengukuhkan lagi usaha mengumpul sumbangan. Ujarnya, Boost sejak itu telah berusaha meningkatkan kerjasama dengan lebih banyak yayasan serta organisasi bagi memperluaskan fungsi itu dan berharap ia boleh memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dalam masa terdekat.

“Pengguna digital di Malaysia semakin meningkat, kami mempunyai keyakinan bahawa aplikasi e-derma berkemampuan memperkasa dan membawa lebih ramai orang untuk menjadi lebih terbuka dan bertanggungjawab ke arah lebih baik dalam komuniti dan negara. Kami berharap untuk menjadikannya lebih mudah untuk rakyat beramal”, kata Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s