JDX Presto Concept Store Kini di Quill City Mall

JDX Presto Concept Store merupakan gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN.

Photo 1 (23)

Ia dibuka sebagai melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia iaitu gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama seumpamanya.

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN.

Photo 3 (11)

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup.

Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”

Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat,

“Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”

“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.

Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata,

“Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.”

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah,

“Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.”

Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto.

Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.

Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini!

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.

 

Terminal Pembayaran Bersepadu Untuk Transaksi Tanpa Tunai di Sunway Pyramid

Pengunjung dan peruncit dipermudahkan dengan adanya terminal pembayaran yang mempakejkan kefungsian “semua dalam satu”.

Sunway Pyramid 1

Atas sebahagian daripada usaha pendigitalan Sunway untuk membekalkan pengalaman yang serba mudah bagi para pembeli-belah dan peruncitnya, rangkaian pusat beli-belah Sunway (Sunway Malls) telah memperkenalkan Terminal Pembayaran Bersepadu (“Unified Payment Terminal” atau “UPT”), sebuah terminal pembayaran semua dalam satu yang menerima pelbagai bentuk pembayaran tanpa tunai daripada transaksi yang dibuat menggunakan e-dompet (e-wallet), kad debit dan kredit.

Sunway Pyramid 2

Langkah ini akan memberi manfaat kepada para peruncit dan pembeli-belah. Terminal Pembayaran Bersepadu berkenaan dapat menawarkan pembeli-belah lebih banyak opsyen pembayaran tanpa tunai yang dapat membuahkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

Dengan cara ini, pembeli-belah tidak perlu membawa wang tunai yang banyak bersama mereka, sekali gus meminimakan kekhuatiran pengguna terhadap aspek sekuriti. Pembeli-belah juga tidak perlu membimbit duit syiling kerana mereka boleh membayar jumlah yang tepat menerusi kemudahan pembayaran tanpa tunai.

Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini turut mengelakkan para peruncit daripada mengerahkan berbilangan buah terminal untuk menerima pembayaran, lantas dapat menjurus kepada kos sewaan terminal yang lebih rendah. Oleh kerana terminal tersebut membolehkan para peruncit menerima bayaran daripada pelbagai jenis e-dompet, maka jurang batasan untuk menerima pembayaran tanpa tunai dapat disingkirkan.

Setakat Disember 2019, Sunway Malls telah menyaksikan lebih daripada 750 peruncitnya menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai, dan rakan-rakan kongsi e-dompet yang terkini meliputi:

  • Alipay
  • Boost
  • Grabpay
  • GoodKredit
  • Maybank QRPay
  • Mcash
  • NETS
  • Touch ‘n Go eWallet
  • WeChat Pay,
  • lain-lain yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Perungkaian ini juga sejajar dengan komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mengurangkan jejak karbon para pembeli-belah, termasuk pusat beli-belah tersebut dengan memupuk gaya hidup tanpa tunai.

Untuk menggalakkan pembeli-belah menggunakan kemudahan baharu ini, Sunway Pyramid sedang menawarkan pembeli-belah peluang untuk mendapatkan 10x mata ganjaran Sunway Pals apabila mereka menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet pembekal yang terlibat (Boost, GrabPay, Maybank QRPay, dan Touch ‘n Go eWallet) sehingga 31 Disember tahun ini.

Bagi pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas menggunakan NETS, mereka akan menerima mata ganjaran Sunway Pals yang bernilai RM15 sehingga akhir bulan Jun 2020.

HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks sementara itu menyatakan,

“Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini merupakan antara inisiatif kami untuk menambah baik pengalaman buat para pembeli-belah dan peruncit kami di Sunway Pyramid. Kami berharap untuk membekalkan persekitaran yang lebih memudahkan, efisien dan selamat untuk setiap individu yang memilih kami sebagai destinasi pusat beli-belah pilihan mereka pada hari ini dan pada masa yang akan datang.”

Sejak Oktober lalu, Sunway Malls telah melancarkan inisiatif ini menerusi empat pusat beli-belah lain yang meliputi Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Citrine Hub.

Nantikan perkembangan lanjut daripada Sunway Pyramid di media sosialnya.
Ikuti perkembangan daripada Sunway Pyramid di platform media sosial yang berikut:

Sunway Malls sedang bersiap untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi.

Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-

  1. Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
  2. Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
  3. Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor
  4. Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
  5. Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
  6. Sunway Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor
  7. Sunway Giza Mall, Kota Damansara

Pesan Makanan di Kedai Mamak Melalui ‘Smart Oder’ dan Bayar Dengan WeChat Pay

Haaa sekarang nak lepak dan makan kat kedai mamak, tak payah bawak cash dah. Bole order dan bayar dengan WeChat Pay sahaja.

IMG_20190625_171104

WeChat Pay MY, salah satu daripada penyelesaian pembayaran mudah alih yang paling popular, kini memacu era pembayaran digital di Malaysia dengan satu lagi penyelesaian yang inovatif, perkhidmatan ‘Smart Order’ yang pertama seumpamanya.

Image 5 (1)

Pesanan yang didigitalkan ini bertujuan untuk melancarkan serta memudahkan sesi melepak di restoran ‘mamak’ kegemaran para pengguna.

IMG_20190625_171821

Sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018, WeChat Pay MY telah bertungkus-lumus untuk memberikan warga Malaysia suatu aplikasi yang sangat tertumpu kepada pengalaman pengguna.

Tahukah anda?

Malaysia kini menduduki tempat keempat di seluruh dunia dalam penembusan sosial mudah alih dan WeChat Pay MY memahami bahawa memperkenalkan penyelesaian baru yang menggabungkan kemudahan, kemudahan penggunaan serta platform pembayaran dalam satu aplikasi akan memberikan para pengguna ketenangan minda serta kesesuaian dalam rutin harian mereka. Setelah mengetengahkan pelbagai penyelesaian perkhidmatan pembayaran yang berintegrasi dengan gaya hidup pengguna secara lancar, WeChat Pay MY kini mengotakan janji itu dengan menghidupkan perkhidmatan ‘Smart Order’.

IMG_20190625_171831

Smart Order adalah cara yang lebih praktikal serta mudah untuk restoran mamak melayani pelanggan mereka. Pelanggan boleh memesan makanan daripada menu dalam aplikasi dan membayarnya secara langsung dengan hujung jari mereka. Makanan itu kemudiannya akan dihidangkan oleh para pelayan, sekaligus memendekkan waktu pesanan dan meningkatkan kecekapan.

“Restoran Mamak di Malaysia sentiasa menjadi kawasan yang sesuai untuk gangguan tunai, dan melalui Smart Order, WeChat Pay MY berharap untuk menerajui dan menjadi perintis dalam meningkatkan pengalaman ‘mamak’ untuk pelanggan,” kata Jason Siew, Ketua Pegawai Eksekutif WeChat Pay MY.

Beliau menambah bahawa matlamatnya adalah untuk membolehkan pengguna WeChat Pay mengelak daripada perlu menunggu pelayan, atau barisan panjang untuk makanan. Sebaliknya, pesanan dan pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi WeChat Pay. Ini akan secara berurutan memberi pengguna lebih banyak peluang untuk menggunakan WeChat Pay MY untuk transaksi pembayaran yang lebih mudah dan lebih lancar.

WeChat Pay MY membayangkan gaya hidup yang selesa dan bermanfaat bagi kedua-dua pengguna dan pedagangnya dan akan terus memanfaatkan pengalaman, teknologi, serta keupayaan platform pembayarannya untuk menawarkan pengguna satu pengalaman pembayaran mudah alih yang cemerlang bagi memudahkan kehidupan harian semua orang.

Perkhidmatan Smart Order akan tersedia di pedagang yang mengambil bahagian di sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, log masuk ke halaman FB WeChat Pay MY di:

 

Kini Tanggungjawab Sosial Boleh Ditunaikan Melalui E Dompet BOOST

Iaitu dengan mengguna E-Derma, satu lagi cara digital masa depan bagi memupuk nilai menderma untuk pembangunan komuniti dan negara

Boost E-Donation_Photo 2

Aplikasi e-dompet Boost telah menganjurkan satu majlis mempamerkan kemampuan ciri e-derma tanpa melibatkan pengunaan tunai dalam kalangan rakyat negara ini yang ingin jalankan tanggungjawab sosial masing-masing.

Boost E-Donation_Photo 1

Yayasan Kebajikan Negara sebuah badan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperkenalkan sebagai rakan kongsi terbaharu dan kini menjadi sebahagian daripada keluarga e-derma Boost.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir sama adalah Datin Paduka Che Asmah binti Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, Pengerusi Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad dan Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.

“Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang penyayang dan pemurah serta sentiasa menghulurkan tangan kepada komuniti yang memerlukan. E-derma memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan peluang mampan buat rakyat untuk memberi kembali kepada komuniti baik secara lokal mahupun seluruh negara,” kata Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri.

Ciri e-derma Boost telah diperkenalkan pada bulan Mei tahun 2018. Sehingga kini terdapat lebih 4 juta pengguna boleh ‘#DoGoodWithBoost’ melalui lebih 30 badan kebajikan & rakan NGO melibatkan pendidikan, alam sekitar, penyelidikan kanser, sosial dan kebajikan haiwan serta lebih daripada 70 institusi keagamaan.

“Kami melancarkan e-derma sebagai salah satu percubaan untuk merapatkan jurang bagaimana badan amal serta NGO dapat berhubung dengan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Kami mendapati ia adalah cara kos rendah dalam mengumpul sumbangan dengan mudah, selamat dan telus. Sehingga ke hari ini, lebih daripada setengah juta ringgit telah dikumpul. Walaupun angka itu masih kecil, namun terdapat penerimaan baharu dalam kalangan masyarakat terhadap derma digital, kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.

Khairil juga menambah, e-derma boleh menjadi pemangkin untuk memupuk nilai menderma dalam kalangan warga digital dan menyediakan badan amal serta NGO platform baharu untuk meningkatkan kesedaran terhadap organisasi masing-masing dan mengukuhkan lagi usaha mengumpul sumbangan. Ujarnya, Boost sejak itu telah berusaha meningkatkan kerjasama dengan lebih banyak yayasan serta organisasi bagi memperluaskan fungsi itu dan berharap ia boleh memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dalam masa terdekat.

“Pengguna digital di Malaysia semakin meningkat, kami mempunyai keyakinan bahawa aplikasi e-derma berkemampuan memperkasa dan membawa lebih ramai orang untuk menjadi lebih terbuka dan bertanggungjawab ke arah lebih baik dalam komuniti dan negara. Kami berharap untuk menjadikannya lebih mudah untuk rakyat beramal”, kata Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad.

BOOST Pacu Evolusi Digital Pengangkutan Awam

Usahasama antara Boost, KLIA Ekspress, KTM, CatchThatBus, EzCab dan citycarpark mengembangkan evolusi digital pengangkutan awam tanpa tunai di Malaysia.

dav

Boost, aplikasi e-dompet tempatan menjadikan pengangkutan awam lebih mudah, tanpa tunai dan senang diuruskan dengan hanya menggunakan satu aplikasi e-dompet sahaja.

Kerjasama tersebut dijalin bagi menggalakkan pengembangan, transformasi dan pendigitalan industri pengangkutan awam serta tempat letak kenderaan bagi memperluaskan lagi ekosistem tanpa tunai di Malaysia. Pengintegrasian antara rakan kongsi berkenaan membolehkan Boost menjadi aplikasi tunggal untuk pelanggan merancang perjalanan domestik dan meletakkan kenderaan mereka dengan mudah, cepat dan selamat menerusi e-dompet mereka.

“Kami bersama-sama dengan rakan kongsi berharap untuk memacu evolusi pengangkutan awam di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Sebelum ini, kebanyakan transaksi dilakukan berasaskan tunai dan merupakan sesuatu yang agak menyukarkan. Kini, menerusi kerjasama ini, perjalanan pengguna akan menjadi bertambah lancar. Mereka boleh meletakkan kenderaan dan menggunakan perkhidmatan e-hailing, dan kemudiannya menaiki tren antara bandar KTM atau menaiki KLIA Ekspres ke lapangan terbang, semuanya dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin.

“Dengan Boost, rakyat Malaysia kini dapat membuat perjalanan tanpa tunai dengan hanya beberapa langkah mudah. Tawaran ini tiba tepat pada masanya kerana pada kebiasaannya kaunter tiket akan menjadi sesak akibat pertambahan pelancong menjelang musim cuti,” tambah Tiffin.

Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Noormah Mohd Nor berkata,

“Pelanggan kami hari ini mahukan pilihan produk yang lebih banyak dan penyelesaian pembayaran yang inovatif. Kerjasama kami dengan Boost sejajar dengan misi kami untuk menyediakan system pembayaran yang lancar dan selamat, dan berupaya memperbaiki pengalaman pelanggan. Dengan penyertaan Boost, pelanggan kini boleh menggunakan Boost untuk membeli tiket KLIA Ekspres di kaunter tiket, di dalam talian dan juga menerusi aplikasi Boost.”

Kerjasama ini akan memudahkan pengguna Boost untuk:

  • Membayar parkir di dalam Kuala Lumpur yang diuruskan oleh citycarpark dan melanjutkan tempoh letak kenderaan melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket bas daripada CatchThatBus melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket KLIA Ekspres melalui aplikasi Boost
  • Membeli tiket tren antara bandar KTM di dalam laman sesawang KTM dengan menggunakan e-dompet Boost mereka
  • Membeli makanan dan minuman daripada Brahims di dalam tren ETS KTM
  • Membayar perkhidmatan e-hailing EzCab menggunakan aplikasi Boost mereka

Di dalam usaha Boost untuk memperluaskan lagi rangkaian peniaga serta rakan kongsinya, langkah untuk memasuki industri pengangkutan awam bakal mewujudkan pengalaman digital yang lebih menyeluruh kepada pelanggannya di samping memudahkan perjalanan jutaan pengguna pengangkutan awam.

Dengan lebih 3.2 juta pengguna setakat ini dan hampir 50,000 peniaga di dalam dan di luar talian di seluruh negara, Boost telah merevolusikan cara orang ramai menjalankan urus niaga di dalam dunia digital hari ini, menjadikan pembayaran tanpa tunai e-dompet lebih diterima ramai.

Tiffin menegaskan,

“Sebagai jenama tempatan, kami sentiasa mencari rakan kongsi dalam kalangan organisasi serta perniagaan yang mempunyai aspirasi yang sama seperti kami untuk menjadikan Malaysia sebagai masyarakat digital. Itulah yang menjadikan kerjasama ini sangat signifikan – kami bersama-sama dengan rakan kongsi kami akan mendigitalkan perkhidmatan berasaskan tunai yang kerap digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia agar mereka mendapat manfaat daripada kemudahan penggunaan, kelancaran dan keselamatan yang kami tawarkan.”

Sebagai sebuah aplikasi gaya hidup, pengguna Boost boleh menjalankan pelbagai perkhidmatan, daripada membeli tambah nilai dan baucar digital serta menghadiahkannya, hinggalah kepada melakukan pemindahan wang secara percuma dan juga perkongsian pembayaran bil dengan ciri pembahagian bil yang unik.

Pengguna Boost boleh membayar bil utiliti serta tempat letak kenderaan di dalam Kuala Lumpur dan menikmati ganjaran kembalian tunai segera melalui ciri “Shake” yang pastinya akan mewujudkan pengalaman menggembirakan dan mengasyikkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi:

e-dompet BOOST Mudahkan Transaksi Harian

 

Boost merevolusikan industri e-dompet Malaysia. Sekarang tak payah lagi bawa wang tunai untuk membeli barang dan makanan, juga boleh diguna di pasar malam serta Food Truck

You can pay with Boost at more than 5,000 locations nationwide like at the “pasar malam”, food courts and food trucks, online shopping and branded retailers.

Boost, sejenis aplikasi inovatif berunsurkan e-dompet, menawarkan rakyat Malaysia kaedah pembayaran yang mudah, efisien dan sekaligus boleh digunakan untuk menyimpan dan membuat permintaan wang melalui telefon pintar pengguna.

Dalam usaha untuk menjadikan pengalaman penggunaan aplikasi ini bukan sekadar aplikasi digital mudah alih yang biasa, Boost menggabungkan keperluan gaya hidup hari ini dengan teknologi baharu untuk menawarkan pengalaman digital yang menyeluruh dan memuaskan terhadap dunia yang semakin ramai menggunakan teknologi mudah alih.

Boost telah berkembang semenjak pelancarannya sebagai sebuah aplikasi gaya hidup pada Januari 2017 yang lalu. Dari menambah nilai prabayar kepada pembelian baucar, Boost kini terkenal sebagai aplikasi e-dompet pilihan yang mencipta fenomena dalam pasaran teknologi kewangan (fintech) dengan ciri-ciri dan fungsinya melalui usahasama aplikasi tersebut dengan pelbagai peniaga merentasi segmen remaja dan pengguna umum di kedai fizikal, online stores, pasar malam, food truck, medan selera terpilih yang merentasi pelbagai industri seperti makanan & minuman (F&B), hiburan, pengangkutan, dan kedai buku.

Memberi fokus kepada elemen sosial dalam kalangan pengguna, ini telah menjadi pemacu utama dalam menjana perbualan tentang topik ini terutamanya pada hari ini di kemuncak penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna.

Antara ciri-ciri dan fungsi unik aplikasi ini termasuk:

  • Imbas & Bayar,
  • Menghantar/Meminta Wang
  • Membahagi Bil yang dipakejkan di dalam sebuah aplikasi yang menyediakan pengalaman pengguna yang menarik bagi pengguna aplikasi Boost.

Justeru, aplikasi ini tercipta untuk memberikan pengalaman yang ketagihan serta memenuhi keperluan pengguna hari ini dan melangkau sempadan transaksi digital.

Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata,

“Kami amat teruja untuk membawa rakyat Malaysia dengan pengalaman digital yang selamat dan lancar melalui telefon pintar mereka. Kita berada dalam masa yang sangat mengujakan di mana teknologi telah menjadi elemen yang penting dalam kehidupan kita, dan Boost ingin memberi kemudahan dalam cara kita melakukan transaksi seharian. Adalah impian kami untuk menjadikan kaedah pembayaran pilihan bagi pengguna untuk melakukan transaksi digital. Kami percaya dengan menggabungkan keperluan gaya hidup pengguna dan inovasi teknologi digital, aplikasi ini menjadikan transaksi seharian lebih mudah, cepat dan selamat sekaligus memberikan pengguna pengalaman yang menyeluruh dan memuaskan.”

Boost yang dibangunkan sepenuhnya oleh usahawan dalam negara bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna Malaysia dalam melakukan transaksi runcit dengan mencipta pengalaman pembayaran yang lancar tanpa wang tunai atau kad. Boost telah menerima lebih 800,000 pengguna dengan lebih daripada 5,000 online dan luar talian setakat ini.

Sempena Tahun Baru Cina, Boost bakal melancarkan kempen “Paint The Town Red”, dimana kod QR merah boleh didapati di semua peniaga rakan kongsi atas dan luar talian Boost di seluruh negara, dimana pengguna boleh mengimbas kod istimewa ini menggunakan telefon bimbit mereka bagi membuat transaksi harian. Kempen ini telah dirasmikan pada satu majlis pelancaran yang interaktif berlangsung di Bangsar pada hari ini.

Boost bakal memperkenalkan beberapa ciri baharu yang akan memeriahkan lagi penggunaan aplikasi dimana Ang Pow akan diberi melalui aplikasi pengguna bermula dari 30 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018.

Pengguna hanya perlu melakukan langkah-langkah dibawah untuk menerima Ang Pow:

1. Bayar menggunakan aplikasi Boost di premis perniagaan dan online
2. Lakukan pembelian baucar digital, tambah nilai prabayar & pembayaran bil pascabayar Celcom
3. Sertai game Kongsi & Terima Ang Pow

Bukan itu sahaja, banyak promosi lain yang bakal dijalankan dalam masa yang terdekat. Semak aplikasi bagi maklumat terbaharu tentang promosi Boost.

Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi Boost melalui Play Store sementara pengguna iOS boleh memuat turun aplikasi ini melalui App Store.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Boost di https://www.myboost.com.my/ atau ikuti Boost di Facebook dan Instagram.

Tentang Boost

Boost merupakan wallet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan kaedah pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital yang sofistikated, Boost berusaha untuk menjadikan transaksi harian pengguna menjadi lebih mudah, cepat dan selamat dan pengguna mendapatkan pengalaman menyeluruh yang lebih memuaskan.

Boost secara rasminya telah dilancarkan pada Januari 2017 sebagai sebuah platform yang telah mendigitalkan salah satu bisnes teras syarikat tele-komunikasi – kaedah pengguna prabayar menambah nilai kredit mudah alih mereka. Dengan Boost, pengguna boleh memindahkan wang ke dalam aplikasi menggunakan kad kredit, kad debit, atau membuat pilihan dari 17 rakan kongsi perbankan atas talian Boost.

Seterusnya, pengguna boleh memilih amaun bagi tambah nilai prabayar mereka dan semudah itu telefon bimbit pengguna boleh menerima tambah nilai. Semua pengguna prabayar tidak kira rangkaian boleh melakukan transasksi tambah nilai pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Pengguna prabayar tidak perlu lagi ke kedai bagi melakukan pembelian dan memasukkan pin 16-digit untuk membuat tambah nilai.

Mereka juga boleh menikmati pulangan tunai! Pengguna hanya perlu “menggoncangkan” telefon mereka untuk mendapatkan pulangan tunai mereka. Pengalaman pengguna yang unik ini ternyata membezakan aplikasi Boost dari aplikasi tambah nilai prabayar yang lain.

Pada Jun 2017, Boost telah melancarkan “Kedai Digital”. Pengguna Boost boleh membuat pembelian baucar digital dari jenama kegemaran mereka pada tawaran/ diskaun yang menarik dari rakan kongsi Boost.

Terdapat pelbagai baucer untuk memenuhi beberapa segmen seperti:

● Para “Gamers” – Boost menawarkan kredit bagi permainan untuk Steam, Garena, MOL Points, PlayStation, Asphalt8 dan A-Cash
● Para Pembeli atas Talian – 11Street, Lazada, Zalora dan Shopee untuk baucar tunai sehingga 20%
● Para Peminat Makanan – Tealive, Boost Juice, myBurgerlab, KGB (Killer Gourmet Burgers), Inside Scoop, The Chicken Rice Shop, La Juiceria, Krispy Kreme, SushiQ, Nelson’s, DOME
● Musik, Drama & Pencipta Filem – Terima langganan bulanan dari Spotify, Joox, Dimsum dan Tonton. Baucar wayang MBO dan untuk hiburan – kami menawarkan baucar bagi Sunway Lagoon, Redbox, Aquaria KLCC dan Legoland
● Fesyen & Kecantikan – SimplySitim SASA, Fashion Valet

Selain pembelian baucar, pengguna boost juga boleh menghantar hadiah digital kepada teman rapat dan keluarga mereka. Kami telah memperkenalkan ciri terbaharu ini pada Hari Raya, sekaligus menggalakkan pengguna menggunakan kaedah memberi hadiah duit raya dalam bentuk baucar. Baucar ini juga boleh dihantar sebagai hadiah kepada rakan & keluarga dengan bungkusan & mesej peribadi.

Boost membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran melalui telefon bimbit mereka tanpa kerumitan penggunaan wang tunai atau pun kad. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan aplikasi Boost di lebih 5,000 lokasi di seluruh negara seperti di pasar malam, medan selera dan food truck dan buat pembelian atas talian dan juga barangan berjenama. Sebagai tambahan, pengguna Boost juga boleh menghantar wang tanpa perlu membayar caj antara bank tanpa mengira rangkaian mudah alih mereka. Misi Boost adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk tidak menggunakan wang tunai, dan kami berusaha untuk mencapai matlamat ini dengan menjadikan Boost e-wallet pilihan di negara ini.