Hayati Fungsi Bilik Tidur Melalui Kempen IKEA ‘”Make Home Count”

Memang harapan besar IKEA adalah memberi ilham dan inspirasi pada pelanggan mereka untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan menghayati semula fungsi bilik tidur menerusi kempen sepanjang tahunnya, “Make Home Count” 

Photo 3 (Lowres)

Berdasarkan dapatan daripada tinjauan global Life at Home, IKEA mengakui peranan penting yang dimainkan oleh bilik tidur di rumah. Bilik tidur berfungsi sebagai tempat pemulihan, dan asas bagi tubuh dan minda yang sihat.

Bersempena dengan pelancaran Katalog IKEA yang baharu, IKEA ingin membantu rakyat Malaysia memperoleh ketenangan dan keselesaan di bilik tidur demi kehidupan harian yang lebih baik.

Photo 2 (Lowres) (2)

“Kita menghabiskan satu pertiga hidup kita di bilik tidur, berehat dan mengumpulkan tenaga agar kita dapat mengharungi kehidupan seharian kita dengan lebih baik. Namun, kita kini hidup dalam sebuah dunia yang tidak cukup tidur. Secara purata, dunia kini hanya tidur lebih kurang 6 jam sehari. Menerusi kempen ‘Make Home Count” kami, kami berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur, dengan menggunakan penyelesaian bilik tidur yang bereka-bentuk menarik, mampu milik dan lestari, untuk manjadikan bilik tidur mereka sebagai tempat memperoleh ketenangan yang rehat,” jelas Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara di majlis pelancaran tersebut.

Dapatan yang diperoleh daripada tinjauan Life at Home IKEA mendapati bahawa banyak orang berusaha untuk mendapatkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan seharian mereka. Akan tetapi, dalam usaha ini, mereka juga mengabaikan tidur. Tinjauan juga mendapati orang ramai lazimnya menyamakan tidur yang kurang dengan kejayaan; bahawa keadaan terlalu sibuk hingga sukar mendapatkan tidur yang sempurna merupakan harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah tiada jalan pendek kepada kehidupan harian yang baik daripada mendapatkan tidur yang secukupnya bagi melaksanakan hidup yang berkesan.

Jansen menjelaskan, “Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk memulakan transformasi bilik, sama ada disebabkan oleh kekangan masa ataupun bajet. Oleh itu, untuk membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama bagi melakukan perubahan yang positif, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di bilik tidur yang memberikan impak yang besar.”

Mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan kepada orang ramai bagaimana perubahan di bilik tidur adalah mudah dengan menggunakan tekstil yang berbeza, dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan. Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung-gedung IKEA memberi para pelanggan inspirasi yang baharu dan pelbagai yang boleh diambil dan diterapkan di rumah sendiri. Yang baharu pada tahun ini ialah ‘resipi’ produk IKEA yang merupakan satu set produk yang mudah dan mampu dimiliki, justeru membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan yang besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.

Para pelanggan boleh melawat IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau, IKEA Batu Kawan atau gedung dalam talian IKEA untuk mendapatkan idea dan petua daripada set bilik baharu yang dipamerkan atau mula meneliti Katalog IKEA yang baharu. Katalog baharu ini juga akan diedarkan ke rumah-rumah berhampiran gedung IKEA dan juga tersedia di IKEA.my/catalogue.

Para pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY secara percuma untuk menikmati promosi istimewa yang ditawarkan hanya untuk ahli. Untuk mendaftar, para pelanggan hanya perlu berkunjung ke kiosk IKEA FAMILY di gedung ataupun secara dalam talian di IKEA.my/FAMILY.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s