Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Tanam 25 Pokok Hutan Hujan Khatulistiwa

Kempen dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperlihatkan 25 Pokok Hutan Hujan Khatulistiwa ditanam di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

BotanecoGarden_2-min

Botaneco Garden, sebuah jenama penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi yang boleh didapati secara eksklusif di Guardian, berjaya mengumpul RM5,000 melalui kempen CSR tahunan Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan yang merupakan satu langkah menyokong usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon di bandar raya ini.

Sebanyak satu peratus daripada jumlah jualan produk Botaneco di rangkaian Guardian pada sepanjang bulan Ogos 2019 telah disalurkan ke arah penanaman 25 pokok hutan hujan khatulistiwa di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, sebuah taman dalam bandar yang diurus dan dikendalikan oleh majlis perbandaran berkenaan.

BotanecoGarden_4

Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan, yang kini memasuki tahun KETIGA penganjuran, menekankan sumbangan Botaneco Garden ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar. Ia seiring dengan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang juga sejajar dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangkan intensiti penghasilan karbon dalam bandar raya Kuala Lumpur untuk berkurang sebanyak 70% menjelang tahun 2030 .

Pokok-pokok yang ditanam di kawasan tepi tasik itu termasuk:

  • Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii)
  • Pokok Kapur (Drybalanops aromatica).

Jabatan Landskap DBKL telah menyenarai pendek LIMA pepohon asli yang bersesuaian bagi tapak di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. Pasukan Botaneco Garden kemudiannya menyenaraikan dalam akaun Instagram jenama itu bagi membolehkan orang ramai memilih spesies pokok yang akan ditanam.

Lima batang pokok Merbau (Instia palembanica) telah ditanam sebagai pengiktirafan statusnya sebagai pokok kebangsaan Malaysia, menegaskan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan tanah negara di bawah teduhan hutan, mematuhi perjanjian yang telah dimeterai di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jenairo pada tahun 1992 .

Lebih 150 peserta menyertai proses pemilihan terlibat dengan pokok-pokok Meranti Temak Nipis dan Kapur terbukti popular di atas fungsi etnobotani, daun yang lebat serta berkanopi luas. Di samping itu, tiga peserta daripada tinjauan pilihan awam itu menerima set penjagaan diri Botaneco Garden di atas penjelasan terperinci mengenai pilihan masing-masing.

“Pelanggan Guardian amat menyokong kempen CSR Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Botaneco Garden kerana mereka amat mencintai keindahan alam semulajadi. Pada tahun ini kami telah memperkenalkan sebuah tinjauan penyumberan awam berkenaan spesies-spesies pokok yang akan ditanam dan sangat teruja dengan maklum balas yang diberikan. Para peserta telah berusaha untuk membuat kajian dan memberi cadangan mengenai pokok-pokok yang telah disenarai pendek agar pilihan terbaik boleh ditanam di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

Kami berharap usaha aktif ini akan menjadikan orang ramai memberi perhatian yang lebih terhadap taman berkenaan, seterusnya membuatkan mereka lebih kerap mengunjungi taman itu untuk mendekati alam semula jadi dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat,” ujar Pengurus Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cik Michelle Yeap.

Rangkaian penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi Botaneco Garden diperbuat daripada gabungan inovatif dan sofistiated ramuan botani dan minyak-minyak pati yang menerima pensijilan eco bersama formulasi yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna dan alam semulajadi.

Jenama tersebut merangkumi rangkaian penjagaan diri dan rambut untuk dewasa serta rangkaian produk untuk bayi dan kanak-kanak. Ia boleh didapati di seluruh negara secara eksklusif di 400 rangkaian Guardian di seluruh negara dan e-store Guardian.

“Guardian dan Botaneco Garden amat berbesar hati untuk menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penambahan pokok-pokok hutan hujan khatulistiwa, termasuk pokok kebangsaan negara, Merbau, di taman dalam bandar yang indah dan mudah dikunjungi ini. Kami mahu menggalakkan lebih ramai orang mengunjunginya dan menikmati keindahan alam yang disajikan,” jelas beliau.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menguruskan dan mengendalikan 17 taman dalam bandar yang luas bagi mengekalkan paru-paru hijau dan poket rekreasi semulajadi di seluruh Kuala Lumpur.

“DBKL mengemudi usaha Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana ia memulihara alam sekitar dan ia merupakan langkah penting dalam mengatasi perubahan iklim, mempertingkatkan kualiti kehidupan dalam bandar dan membawakan lebih banyak elemen semulajadi dalam bandar raya ini. Guardian dan Botaneco Garden membantu usaha kami dengan meningkatkan kesedaran umum dan mewujudkan aktiviti-aktiviti interaktif dalam talian serta di tapak untuk penghuni bandar itu mengetahui lebih lanjut mengenai taman-taman kami.

“Mengurangkan penghasilan karbon akan mengambil masa tetapi dengan usaha bersama dan mampan oleh lebih banyak organisasi dan individu, kita mampu mengurangkan kadar terlibat. Silalah datang ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan saksikan bagaimana anak-anak pokok ini tumbuh kepada pokok hutan yang teguh. Turut diharapkan anda mengurangkan penghasilan karbon dalam kehidupan harian. Ia boleh semudah menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Pn Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL.

Bagi menggalakkan orang ramai untuk mengunjungi Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan melihat anak-anak pokok yang ditanam, Botaneco Garden sedang menganjurkan peraduan foto Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan sehingga 30 November 2019.

Para peserta hanya perlu mengambil gambar kreatif bersama plak peringatan yang disediakan, memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram dan menggunakan ‘hashtag’ #plantaseedgrowaforest.

Hanya seorang pemenang akan dipilih setiap bulan. Mereka akan menerima sama ada set penjagaan badan atau rambut Botaneco Garden. Selain itu, para peserta juga diingatkan untuk berhati-hati dengan pokok yang ditanam ketika mengambil gambar.

“Pokok hutan hujan khatulistiwa tumbuh dengan perlahan tetapi menjelang tahun 2030 apabila inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 tercapai, pokok-pokok ni telah tumbuh dengan mengagumkan. Saksikan tumbesaran mereka,” ujar Pn Norhaslinda.

Untuk maklumat lanjut dan berita-berita terkini mengenai program Botaneco Garden, sila layari laman https://www.instagram.com/mybotanecogarden/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s