Bertemakan “Glory to Glory’ atau “Kemuliaan untuk Kemuliaan”, majlis pelancaran Matxi Corp dan sambutan ulang tahun ini di adakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Majlis penuh gilang gemilang yang dihadiri lebih daripada 2,000 pengedar dari 30 negara menyaksikan Matxi Corp membuat pengumuman mengenai pelaburan strategik dari kumpulan Malaysia. Turut diumumkan dalam majlis itu adalah transformasi dari Matxi S.G. ke MATXI Corp dalam usaha mereka melangkah ke pasaran antarabangsa.
Untuk makluman, Malaysia adalah pasaran ke-dua selepas Vietnam , diikuti Korea dan Amerika Syarikat. Matxi Corp (Vietnam) atau dahulu dikeanli sebagai Matxi S.G. merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd. Syarikat ini mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan bagi menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur.
Selari dengan slogan mereka “Anda berhak memiliki mkehidupan yang lebih baik”, Matxi Corp berusaha untuk memberi kehidupan yang lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan.
Matxi Corp sentiasa bermatlamat untuk kepentingan terbaik bagi pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur. Sebab itu juga, Matxi Corp memberi tumpuan kepada bidang-bidang lain selain latihan dan pembangunan perniagaan kepada pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelaburnya.
Antara bidang yang turut ditumpukan adalah:
- Hartanah
- Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
- Percetakan dan Pembungkusan
- Syarikat Penyelenggara Acara
- Peoduk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
- Restoran
Untuk Penyelelidikan dan Pembangunan, Matxi Corp menubuhkan pusat R7D untuk terus mengkaji dan meningkatkan kualiti produk keluaran mereka disamping mengekalkan harga berpatutan kepada pengguna. Maxti Corp juga telah menandatangani kontrak strategi dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan Malaysia bagi memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan serta aliran operasi mengikut piawaian yang ketat.
Di Vietnam, Matxi Corp adalah pemilik Medino-kilang GMP denagn pensijilan di Amata Industrial Park dengan keluasan lebih daripada 7,000m2 kawasan kilang yang mana mengkhususkan dalam pembuatan makanan berfungsi, produk makanan dan kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk setiap bulan.
Matxi Corp adalah syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada komuniti mereka. Selain menjadi pengasas kepada program ” Anda layak memiliki kehidupan yang lebih baiki”, Matxi Corp telah mengurangkan 10 peratus keuntungan bulanan mereka untuk meringankan kesulitan dan beab beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Mereka menjalankan Yayasan Amal Matxi dengan perlindungan sosial untuk kana-kanak dan warga tua yang diberi nama Rumah Ah Nhien.
Majlis bersejarah itu turut mengundang media dan penulis blog tempatan untuk berkongsi kejayaan Matxi Corp dan dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan yang menghiburkan serta artis-artis terkenal dari Vietnam seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan Rynn Lim.
Turut hadir dalam majlis itu adalah:
- Cik Nhung, Pengarah Matxi Corp Vietnam
- Encik Kenny, Pengarah Matxi Corp Malaysia
- Cik Jenny, Pengarah Matxi Corp Amerika Syarikat
- ‘Encik Luck Kim, Pengarah Matxi Corp Korea
- Encik Matthew James Morris, Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd
Diharapkan sempena sambutan ulang tahun kedua ini, Matxi Corp akan terus berusaha menjadi perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini dan menjangkau dunia dalam tempoh 2019 hingga 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari:
- Facebook:www.facebook.com/MatxiMalaysia
- Instagram:www.instagram.com/matxicorp
- #MATXICorp #YouDeserveABetterLife
Leave a Reply