KOH GEN DO Kini Tembusi Pasaran Malaysia

Bukan calang-calang jenama ni!

Jenama penjagaan kulit dan solekan berdefinisi tinggi dan berintegrasi dari Jepun menembusi pasaran Malaysia buat pertama kali.

Image 4 (4)

Koh Gen Do, jenama penjagaan kulit dan solekan dari Jepun, telah dilancarkan secara rasminya di Bukit Bintang oleh Cik Yunje Jang, Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara, Koh Gen Do.

Image 3 (5)

Koh Gen Do diasaskan lebih dari 30 tahun yang lalu di Tokyo dan digunakan di set penggambaraan di seluruh dunia. Jenama ini menggabungkan bahan botani berharga dengan teknologi penjagaan kulit Jepun untuk menyuburkan dan memelihara keupayaan kulit untuk kembali pulih.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat menawarkan produk kami kepada rakyat Malaysia, dan juga kerana memperoleh rakan kongsi yang terbaik untuk pelbagai saluran pemasaran seperti PLAY UP untuk saluran runcit, Hermo untuk saluran dalam talian, Air Asia dan Our Shop untuk rakan saluran bebas cukai. Pelanggan di Malaysia kini dapat menikmati produk kami yang terjual laris secara global dan digemari selebriti terkenal seperti Aqua Foundation, SPA Cleansing Water, Base Color Makeup dan Illuminator”, kata Cik Yunje Jang.

Pelakon terkenal Jepun, Ai Saotome, mencipta produk Koh Gen Do kerana bimbang tentang keadaan kulitnya yang tertekan selepas berjam-jam di set filem. Dengan menggunakan bahan pelembap yang berasaskan tumbuhan, tradisi penjagaan kulit Jepun dan teknologi, produk penjagaan kulit dan solekan ini dapat mengekalkan kulit sihat berseri tidak kira di dalam mahupun di luar penggambaran. Produk Koh Gen Do juga dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk pulih secara semula jadi, justeru menjadikan kulit lembut, licin dan sihat.

Salah satu produk Koh Gen Do yang terlaris secara global ialah Aqua Foundation, foundation muka pilihan ramai bagi jurusolek professional untuk menjadikan kulit mudah bernafas, lembap, tidak mudah comot, dan sesuai untuk pemakaian sepanjang hari. Aqua Foundation dapat menyuburkan kulit menerusi kandungan mineral yang diperolehi dari perairan Bretagne, Perancis. Selain daripada Minyak T3 (formulasi Koh Gen Do yang diperbuat daripada minyak jojoba, minyak ‘squalene’ zaitun dan mentega shea), Moist Drop Powder juga ditambah untuk mengekalkan hidrasi, kelembutan dan kelenturan kulit. Dengan formulasi Gloss Film Powder® pula, krim ini membolehkan sapuan yang sekata, tidak pecah dan tahan lama.

Produk yang terbaik untuk digunakan dengan Aqua Foundation ialah Aqua Foundation Illuminator yang dapat mencerahkan kawasan tepi mata, tulang pipi dan busur bibir dengan segera. Dengan berus solek baharu, kawasan-kawasan yang rumit boleh disapu dengan mudah. Dirumus dengan Gloss Film Powder, highlighter tahan lama ini dapat menyerikan kulit untuk rupa yang terbentuk dan kelihatan sempurna.

Antara produk utama jurusolek artis ialah Makeup Colour Base. Primer berprestasi tinggi dan bertekstur baldu ini direka untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit sebelum penggunaan foundation. Dengan prinsip Koh Gen Do yang menekankan pemulihan kulit, Makeup Colour Base ini mengandungi 14 bahan yang berkhasiat untuk kulit, termasuk akar mulberry putih dan ekstrak mawar. Bahan antioksida di dalam Makeup Colour Base ini juga dapat mengekalkan hidrasi yang penting untuk memulihkan kulit yang sering terdedah kepada penghawa dingin.

Koh Gen Do juga memperkenalkan produk popular SPA Cleansing Water ke Malaysia. Ia merupakan penanggal solekan bebas alkohol yang lembut dan diformulasikan dengan mata air yang diperkayakan dengan mineral, 6 ekstrak herba yang penting dan mengandungi 95% bahan pelembap. Ia menanggalkan solekan dan kotoran dengan lembut tanpa perlu dibersihkan atau dicuci secara mendalam, dan tidak meninggalkan residu yang berminyak. Satu sapuan lembut dengan pad kapas yang dibasahkan penuh produk ini mampu menanggalkan solekan kalis air.

Koh Gen Do berpegang kepada konsep kecantikan pemulihan. Setiap wanita dikurniakan kecantikan dan Koh Gen Do ingin menyerlahkan kecantikan semula jadi setiap wanita. Produk kami langsung tidak mengandungi warna tiruan, wangian atau minyak mineral yang berasaskan petroleum”, tambah Cik Yunje Jang. Berharga antara RM125 hingga RM190, Koh Gen Do kini boleh didapati di PLAY UP, Hermo, AirAsia Duty Free dan Merchandise, Ourshop serta Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Koh Gen Do di https://kohgendo.com.my atau Instagram mereka di https://www.instagram.com/kohgendo_malaysia/.

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: