KOH GEN DO Kini Tembusi Pasaran Malaysia

Bukan calang-calang jenama ni!

Jenama penjagaan kulit dan solekan berdefinisi tinggi dan berintegrasi dari Jepun menembusi pasaran Malaysia buat pertama kali.

Image 4 (4)

Koh Gen Do, jenama penjagaan kulit dan solekan dari Jepun, telah dilancarkan secara rasminya di Bukit Bintang oleh Cik Yunje Jang, Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara, Koh Gen Do.

Image 3 (5)

Koh Gen Do diasaskan lebih dari 30 tahun yang lalu di Tokyo dan digunakan di set penggambaraan di seluruh dunia. Jenama ini menggabungkan bahan botani berharga dengan teknologi penjagaan kulit Jepun untuk menyuburkan dan memelihara keupayaan kulit untuk kembali pulih.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat menawarkan produk kami kepada rakyat Malaysia, dan juga kerana memperoleh rakan kongsi yang terbaik untuk pelbagai saluran pemasaran seperti PLAY UP untuk saluran runcit, Hermo untuk saluran dalam talian, Air Asia dan Our Shop untuk rakan saluran bebas cukai. Pelanggan di Malaysia kini dapat menikmati produk kami yang terjual laris secara global dan digemari selebriti terkenal seperti Aqua Foundation, SPA Cleansing Water, Base Color Makeup dan Illuminator”, kata Cik Yunje Jang.

Pelakon terkenal Jepun, Ai Saotome, mencipta produk Koh Gen Do kerana bimbang tentang keadaan kulitnya yang tertekan selepas berjam-jam di set filem. Dengan menggunakan bahan pelembap yang berasaskan tumbuhan, tradisi penjagaan kulit Jepun dan teknologi, produk penjagaan kulit dan solekan ini dapat mengekalkan kulit sihat berseri tidak kira di dalam mahupun di luar penggambaran. Produk Koh Gen Do juga dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk pulih secara semula jadi, justeru menjadikan kulit lembut, licin dan sihat.

Salah satu produk Koh Gen Do yang terlaris secara global ialah Aqua Foundation, foundation muka pilihan ramai bagi jurusolek professional untuk menjadikan kulit mudah bernafas, lembap, tidak mudah comot, dan sesuai untuk pemakaian sepanjang hari. Aqua Foundation dapat menyuburkan kulit menerusi kandungan mineral yang diperolehi dari perairan Bretagne, Perancis. Selain daripada Minyak T3 (formulasi Koh Gen Do yang diperbuat daripada minyak jojoba, minyak ‘squalene’ zaitun dan mentega shea), Moist Drop Powder juga ditambah untuk mengekalkan hidrasi, kelembutan dan kelenturan kulit. Dengan formulasi Gloss Film Powder® pula, krim ini membolehkan sapuan yang sekata, tidak pecah dan tahan lama.

Produk yang terbaik untuk digunakan dengan Aqua Foundation ialah Aqua Foundation Illuminator yang dapat mencerahkan kawasan tepi mata, tulang pipi dan busur bibir dengan segera. Dengan berus solek baharu, kawasan-kawasan yang rumit boleh disapu dengan mudah. Dirumus dengan Gloss Film Powder, highlighter tahan lama ini dapat menyerikan kulit untuk rupa yang terbentuk dan kelihatan sempurna.

Antara produk utama jurusolek artis ialah Makeup Colour Base. Primer berprestasi tinggi dan bertekstur baldu ini direka untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit sebelum penggunaan foundation. Dengan prinsip Koh Gen Do yang menekankan pemulihan kulit, Makeup Colour Base ini mengandungi 14 bahan yang berkhasiat untuk kulit, termasuk akar mulberry putih dan ekstrak mawar. Bahan antioksida di dalam Makeup Colour Base ini juga dapat mengekalkan hidrasi yang penting untuk memulihkan kulit yang sering terdedah kepada penghawa dingin.

Koh Gen Do juga memperkenalkan produk popular SPA Cleansing Water ke Malaysia. Ia merupakan penanggal solekan bebas alkohol yang lembut dan diformulasikan dengan mata air yang diperkayakan dengan mineral, 6 ekstrak herba yang penting dan mengandungi 95% bahan pelembap. Ia menanggalkan solekan dan kotoran dengan lembut tanpa perlu dibersihkan atau dicuci secara mendalam, dan tidak meninggalkan residu yang berminyak. Satu sapuan lembut dengan pad kapas yang dibasahkan penuh produk ini mampu menanggalkan solekan kalis air.

Koh Gen Do berpegang kepada konsep kecantikan pemulihan. Setiap wanita dikurniakan kecantikan dan Koh Gen Do ingin menyerlahkan kecantikan semula jadi setiap wanita. Produk kami langsung tidak mengandungi warna tiruan, wangian atau minyak mineral yang berasaskan petroleum”, tambah Cik Yunje Jang. Berharga antara RM125 hingga RM190, Koh Gen Do kini boleh didapati di PLAY UP, Hermo, AirAsia Duty Free dan Merchandise, Ourshop serta Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Koh Gen Do di https://kohgendo.com.my atau Instagram mereka di https://www.instagram.com/kohgendo_malaysia/.

 

GARNIER Kumpul RM15,000 Dalam Memperkasakan Wanita Menerusi TechForGood

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Garnier Malaysia tahun ini amat berlainan dengan menyumbang kepada masyatakat menerusi usaha memperkasakan wanita.

IMG_20190627_114838

Kerjasama dengan rakan runcit MYDIN menerusi kempen Serikan Diri di Aidilfitri ia dilaksanakan bersama kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA).

IMG_20190627_114507

TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti  mikro di Mlaaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi. Sejak penubuhannya pada 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahli.

Pada majlis penutupan kempen yang diadakan di MYDIN USJ, Garnier Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara iaitu:

  1. Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada program
  2. Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24-30 Jun, pembeli menerima tote bag buatan tangan atau beg pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh kaum wanita di bawah program ini.

IMG_20190627_122405

Garnier sentiasa komited dalam menyokong keperluan masyarakat setempat dan DNA jenama ini disebarkan di seluruh Malaysia.

“Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan. Kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami. Sebagi program yang membantu masyarakat dengan meningkatkan kemahiran usahawan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan.” kata Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia.

“Sepanjang kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh kaum wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada pembeli. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi mamfaat kepada lebih ramai ahlinya.” sambung Ian Cheng lagi.

Menyentuh tentang penglibatan Garnier Malaysia telah memberi banyak manfaat kepada ahli TechForGood, Cik Deborah Melissa Bottreau, Preside GEMA menjelaskan:

“Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood kami telah meningkatkan kemhiran 50 ahli wanita program yang mempunyai minat atau latar belakang dalam menjahit. Melalui pembelajaran digital dan bengkel, mereka dapat meningkatkan kemahiran menjahit yang diperukan untuk mebuat bbeg dan beg galas yang boleh digunasemula dan pada masa yang sama dapat memuat pendapatan tambahan. Kami sangat bersyukur atas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada komuniti mikro lain di seluruh negara.”

Bagi ketiga-tiga wanita dari program TechForGood, mempelajari kemahiran baru adalah kelebihan yang amat berguna membantu menjana pendapatan dalam menampung keperluan kehidupan seharian mereka.

“Saya sangat gembira kerana saya dapat belajar kemahiran menjahit yang baru dan menyumbang kepada kempen dengan membuat beg kecil dan galas. Saya berharap boleh terlibat dalam kempen seperti ini, membolehkan saya mengguna kemahiran meningkatkan pendapatan tambahan dan melihat hasil saya digunakan oleh umum.”jelas Nur Nabila Faridil Azha.

Nuridiana Nadira Azizan menyatakan bahawa kemahirannya kini bertambah baik selepas menyertai program TechForGood.

“Terima kasih kepada Garnier saya kini lebih mengetahui akan jahitan, dan saya boleh mengguna kemahiran untuk manfaat pada amsa akan datang bagi menambah pendapatan keluarga saya”

Sempena dengan kempen ini juga, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan di acara itu. Ketiga-tiga mereka ini muncul dalam drama mini bersiri TV3 bertajuk Serikan Hatimu. Buat pengetauan, Garnier adalah penaja drama ini yang boleh ditonton di rangkaian TV3 dalam YouTube. Hari raya mereka juga menjadi lebih bermakna apabila dapat memberi sokongan kepada usaha memperkasakan wanita. Mereka juga menyokong Garnier dan menyatakan produk kegemaran mereka.

Maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/GarnierMalaysia/

 

Siri Prebiotik MURAD Galak Penghasilan Bakteria Baik Untuk Kulit

Dengan itu kulit jadi lebih berseri dan sihat bermula apabila adanya mikrobiom yang seimbang

From left Director of Deacon Medical Sdn Bhd Mr. Jason Choy, Associate Manager, International Marketing Susie Bae, ASIA PAC Sales and Education Manager Katy Bacon, International Marketing Manager Kathy Tran and CEo

Tahukah anda ?

PREBIOTIC 4-IN-1 MULTICLEANSER

Permukaan kulit kita menjadi perumah atau habitat kepada lebih daripada trillion organisma seperti bakteria dan fungus. Mikrobiotik tersebut terdiri daripada bakteria dan fungus yang bermanfaat membekalkan keperluan nutrient yang sangat diperlukan. Secara tidak langsung, ia membantu menjadi lapisan perlindung yang berupaya menghalang sebarang pembentukkan ancaman melalui kulit wajah yang sihat dan menakjubkan

Produk pembersih kotoran degil untuk kulit wajah dari Murad yang dilengkapi dengan Anti bakteria adalah jawapan pada permasalahan di atas.

Ia bukan sahaja memusnahkan bakteria jahat, tetapi juga melindungi bakteria baik dalam mengekalkan kesempurnaan ekosistem permukaan kulit. Tambahan di masa kini, kulit lebih mudah terjejas melalui persekitaran yang kurang baik (pendedahan kepada alergen dan toksin) serta beberapa faktor lain seperti gaya hidup, peningkatan usia, emosi, diet dan beberapa produk pembersihan yang di dapati turut menjadi faktor penyumbang kepada masalah kesihatan kulit

Malah, 93% orang berpendapat bahawa mikrobiotik kulit dan homeostasisnya memainkan pernana utama dalam kesihatan kulit

Bagi menyelesaiakan masalah ini, Murad Malaysia melancarkan inovasi terkini Prebiotic Series: Prebiotic 3-in-1 MultiMist bagi membantu menyuburkan kadar prebiotik kulit untuk menyeimbangi kadar keseimbangan mikrobiotik, Murad’s Prebiotic 4-in-1 MultiCleanser untuk mencuci, menghidrat dan menjaga keseimbangan kulit dan yang terakhir Murad’s Night Fix Enzyme Treatment untuk menggalak pembaik pulihan kulit di waktu malam melalui bahan-bahan yang diilhamkan berdasarkan gambungan prinsip sains ketika tidur

Inovasi terbaru ini teah diumum dan dilancarkan oleh Pengarah Deacon Medical Sdn Bhd En. Jason Choy, Pengurus Pemasaran Antarabangsa Kathy Tran, Pengurus Pemasaran dan Pendidikan Asia Pasifik Katy Bacon

Ketika ucapan pelancaran, En. Choy telah menjelaskan akan potensi terhadap industri kecantikan di Malaysia.

“ Wanita Malaysia hari ini mempunyai kuasa yang lebih besar dan bijak dalam memilih. Mereka lebih memahami apa yang terbaik untuk kulit mereka dan lebih bijak memilih produk yang digunakan. Oleh itu, produk seperti Murad telah mengambil kira segala isu yang dihadapi umum dan telah berjaya menghasilkan atau mencipta produk penjagaan kulit yang ideal dan diyakini dapat menyelesaikan masalah tersebut,” Kata Choy.

PREBIOTIC 3-IN-1 MULTIMIST-Kunci utama penyelesaian hidrasi sepanjang hari

Solusi 3-dalam-1 ini adalah medium terbaik membantu menyihatkan kulit diperingkat asas. Ia menghapuskan dehidrasi dan menyingkir kulit kusam, meminimumkan garis halus dan kedut serta bertindak sebagai ejen asas sebelum lapisan solek dialis
PREBIOTIC 3-IN-1 MULTIMIST berfungsi bak magis dalam menggalak dan meningkatkan kadar bakteria baik disamping mengekalkan kadar hidrasi terbaik pada permukaan kulit melalai 3 bahan utama: prebiotic hydrating sugars yang membantu memperkuat dan meningkatkan kadar hidrasi secara semula jadi untuk kulit yang lembut, sihat dan manakala yeast atau fungus peptide membantu mengekalkan tahap kelembapan semulajadi untuk kulit yang sihat. Secara tidak langsung, penggunaan produk ini menjadi pemangkin kepada persikataran ideal untuk mikroorganisma yang sihat
Sebagai agen asas solekan, biopolymer complex pelbagai guna yang terdapat di dalam produk dapat memastikan kulit bernafas serta melembutkan permukaan kulit secara semulajadi untuk menerima atau memegang lapisan asas solekan yang secara tidak langsung ia tahan lebih lama. Selain itu juga, kaedah penggunaan PREBIOTIC 3-IN-1 MULTIMIST adalah untuk memastikan bedak yang digunakan melekat terus pada permukaan kulit tanap ada sisa yang melekat pada berus. Caranya adalah dengan menyembur produk tersebut pada berus solekan sebelum dicelup di dalam bedak.
MultiMist sesuai disemburkan pada kulit sama ada selepas selesai mencuci muka atau semburan sebelum lapisan asas solekkan di alis. Ia juga susuai dijadikana sebagai semburan penyegar sepanjang hari bagi mengatasi hidrasi berlebihan

PREBIOTIC 4-IN-1 MULTICLEANSER- Mengekalkan kelembapan sehingga 15 lapisan

Segala yang diperlukan oleh kulit anda segalanya terdapat di dalam satu botol PREBIOTIC 4-IN-1 MULTICLEANSER. Produk gel-to-oil yang menjadi pencuci solekkan ini diformula bagi menyeimbangkan mikrobiotik kulit melalui penyuburan prebiotik untuk menggalakkan kulit yang sihat. Ia sesuai digunakan sebagai penaggal solekan, menyingkirkan kotaran dan minyak pada wajah, mengurangkan kekeringan dan hidrasi , serta memperbaiki tekstur kulit tidak sekata.
Sesuai digunakan untuk semu jenis kulit (termasuk yang sensitif) produk 4 dalam 1 yang dilengkapi dengan formula tidak mengeringkan sesuai digunakan di waktu siang mahupun malam. Produk berasaskan Plant-based emollient dan hemisqualane yang dihasilkan dari tebu berfungsi secara berkesan menanggalkan solekkan pada mata, bibir muka (termasuk solekan kalis air) dengan hanya satu kali cucian disamping menyuburkan kulit

Cyclic peptid merupakan kandungan unik pencuci peptide yang berkesan 300 kali ganda lebih baik berbanding kandungan yang digunakan secara tradisional dalam menghasilkan produk penanggal solekkan yang akhirnya menyebabkan iritasi. Ia membantu menyingkirkan minyak dan kotoran yang terperangkap disamping membolehkan permukaan kulit mudah untuk dicuci tanpa mengurangkan kadar kelambapan semulajadi. Kandungan yang terdiri daripada serbuk prebiotik turut meningkatkan kadar pembikaan bakteria baik yang membantu menyeimbangi kesihatan kulit. Sementara itu, kandungan hyaluronic acid dan prebiotic hydrating sugars berfungsi sebagai agen melembut dan melembapkan kulit secara semulajadi.

Murad Prebiotic 4-in-1 Multicleanser- sesuai digunakan terus pada permukaan kulit yang kering dengan cara gosokkan rata di seluruh muka dan mata secara perlahan-lahan. Teruskan menggosok dengan menggunakan tangan yang lembap. Kulit anda akan serta-merta kelihatan sihat, lembut dan segar apabila disentuh

NIGHT FIX ENZYME TREATMENT-Bangun dengan paras muda setiap hari
Baru-baru ini, kajian menunjukkan bahawa kunci utama kepada penampilan kulit kelihatan muda adalah melalui tidur yang optimum atau mencukupi. Mereka yang mengamalkan tidur yang mencukupi serta tidak mudah rasa mengantuk kelihatan 2.5 lebih muda dari yang lain

Apabila kita tidur di waktu malam, didapati tubuh sedang melakukan kerja-kerja baik pulih (dalam keadaan mitosis) di mana pada ketika itu sel yang telah rosak dan musnah diperbaharui atau dibaik pulih. Proses magis ini berlaku ketika pukul 11 sehingga ke tengah malam. Pada ketika ini lah sel memerlukan dan menyerap nutrient paling banyak. Oleh itu, anda perlu sedia bekal dan keperluan secukupnya untuk membolehkan permukaan kulit menyerap segala keperluan.

Memahami akan kepentingan tidur yang optimum memberi kesan kepada kesihatan kulit, Murad menzahirkan produk khas yang diberi nama NIGHT FIX ENZYME TREATMENT yang membantu proses baik pulih kulit menjelang tengah malam. Tambahan, satu kajian yang di lakukan turut mendapati kulit akan kehilangan air lebih cepat di waktu malam. Oleh itu, Murad menggabungkan beberapa bahan untuk menghasilkan produk bagi membantu kulit mengekalkan kelembapan, Melindungi hidrasi kulit diwaktu malam sementara membantu baik pulih kulit secara semula jadi. Sebagai hasilnya, anda akan dapati garisan kedut pada wajah dapat dikurangkan, kulit kelihatan segar dan sihat serta berseri-seri

Inovasi luar biasa yang tercipta menajdi erjimen lengkap penjagaan kulit semasa anda (proses 3 langkah tradisional Murad). Rawatan Chronopeptide yang terdapat di dalam formula harmoni dan menyatu dengan irama circadian yang terdapat di dalam tubuh secara semulajadi. Sementara itu, formula Tri-enzyme yang dihasilkan berupaya menyingkir alga mikro merah dan hijau yang secara tidak langsung membentuk 3 kandungan enzim yang kuat bagi melindungi anti oksidan dan ditoksifikasi bagi mengurangkan kadar Tanda-tanda penuaan pramatang seperti kehilangan keanjalan, garis dan kedutan kulit

Akhirnya, teknologi aroma patent-pending yang menggabungkan sains tidur dengan terapi bau telah ditunjukkan teruji secara klinikal Berjaya meningkatkan kualiti tidur secara tidak langsung. Terapi aroma yang disediakan memberi peluang kepada minda dan deria lainnya berihat sepenuhnya. Hasilnya, penampilan kulit kelihatan lebih sihat apabila bangkit dari tidur yang lena

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.Murad.com.my.

Hashtag: #MuradMY #MuradPrebioticSeries
Tag:
Facebook: @Murad.Malaysia
Instagram: @MuradMalaysia

 

Miliki Wajah Mulus Dengan DUA Esen Baharu SYAHIRAH Korean Secrets

Dua esen terbaharu itu adalah Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence.

IMG_20190430_153253

Ia bakal membantu kulit anda tampak licin, gebu dan mulus persis artis-artis wanita Korea yang dinobatkan antara yang tercantik di dunia

IMG_20190430_154832

Terkini, trend kecantikan di Korea membuktikan betapa halus dan mulusnya kulit bintang-bintang di Korea dan ianya bukanlah daripada hasil solekan yang tebal, tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit mereka.

Trend Glass Skin menjadi semakin tular dan terkenal kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka.

Bagi mendapatkan kulit secantik ini, semestinya regim penjagaan wajah yang betul diperkatakan, maka penggunaan 8 atau 10 produk atau kaedah dalam penjagaan kulit wajah wanita – wanita Korea tidak asing lagi.

Oleh itu, penggunaan esen tidak pernah diketepikan kerana mereka mempercayai ia dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin, serta dapat meratakan tona kulit sehingga bintik hitam makin berkurangan.

Serlahkan Kulit Licin, Gebu dan Lembut Dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence

Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi. Oleh itu, ia memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea.

Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting:

  1. Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit
  2. Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit
  3. Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata.

Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. Katakan selamat tinggal kepada kulit kusam kerana anda kini pemilik kulit yang sihat, licin dan lembut.

Kuasai Kulit Lebih Cerah Berseri Dengan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence

Sementara itu, untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda.

Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah. Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini.

Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju.

Esen ini mengandungi:

  • intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi
  • intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan
  • intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll dari GUARDIAN bakal jadi buruan

Aduhai Kawaii..comelnya..cute sangat-sangat..Geram betul tengok KOLEKSI DISNEY TSUM TSUM X CATHY DOLL sampai rasa nak beli semuanya!

mr. wongwiwat theekhakhirikul (right) and mr. pongwiwat theekahkhirikul from karmarts thailand posing with the cute limited edition disney tsum tsum x cathy doll collection

Guardian Malaysia meneruskan usaha menawan hati pelanggannya dengan menambah satu lagi jenama kecantikan terkemuka ke dalam portfolio tawaran eksklusifnya yang kian berkembang. iaitu Disney Tsum Tsum X Cathy Doll.

disney tsum tsum x cathy doll range now available exclusively at guardian

Koleksi istimewa produk solekan comel yang pertama kalinya ditawarkansempena tahun 2019 kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

Berucap di majlis pelancaran koleksi tersebut hari ini, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata:

“Sebagai peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian mengutamakan kehendak pelanggan dan jenama mana yang sedang menjadi trend terhangat dalam pasaran kesihatan dan kecantikan global. Produk kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll amat menepati citarasa semasa dengan kombinasi karakter Tsum Tsum berilhamkan Disney yang sangat comel sebagai bungkusan kepada produk kosmetik terkenal Cathy Doll.

Kedua-dua anak patung Disney Tsum Tsum dan produk penjagaan kecantikan Cathy Doll merupakan jenama popular dalam kategori tersendiri, masing-masing dengan pengaruh yang luar biasa. Sejak patung Disney Tsum Tsum diperkenalkan pada tahun 2013, berjuta-juta patung telah dijual dan ia telah menjadi item kegilaan pengumpul. Cathy Doll juga merupakan salah satu jenama penjagaan kecantikan yang berkembang pesat di Malaysia dan apabila kedua-dua jenama ini bergabung untuk menghasilkan koleksi produk kosmetik Disney Tsum Tsum x Cathy Doll, yakinlah bahawa ia bakal menjadi satu kolaborasi yang sangat luar biasa. Kami sangat yakin koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll akan menjadi rebutan dikalangan pengumpul dan pelanggan kami yang menghargai produk hebat pada nilai hebat,” 

Rangkaian kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll boleh didapati secara eksklusif di Guardian termasuk:

  • Krim CC
  • bedak kompak dengan perlindungan SPF 40
  • Kawalan MInyak Blur Pact
  • pemerah pipi
  • pensil kening lembut
  • penggaris mata Crazy Black
  • maskara
  • palet pembayang mata
  • pemerah bibir dan pipi 2 dalam 1 rona Chiffon Tint
  • koktel glos gincu

Semua produk ini dibungkus dalam watak popular Disney Tsum Tsum seperti Mickey dan Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Pooh, Piglet, Tigger dan Eeyore dari Winnie the Pooh; Elsa, Anna dan Olaf dari Frozen dan banyak lagi

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Guardian menawarkan tawaran menakjubkan kepada pelanggan. Antaranya hadiah Beg Tali Cerut Edisi Terhad Tsum Tsum Mickey untuk 100 pelanggan pertama yang berbelanja lebih RM100 untuk produk Disney Tsum Tsum di Atrium Lower Ground Midvalley semasa tempoh tawaran berlangsung.

“Oleh kerana perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba diikuti dengan sambutan Hari Valentine, hari untuk cinta, rangkaian produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sangat sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Bermula 1 Februari sehingga 28 Februari, 5 unit beg bagasi vintaj edisi terhad Disney Tsum Tsum x Cathy Doll bakal ditawarkan berdasarkan cabutan bertuah. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu membeli produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sebanyak RM150 dan ke atas, layari laman Facebook Guardian Malaysia untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, muat naik resit pembelian, isi butiran peribadi dan jawab satu soalan mudah.”

Jadi saranan saya, berkunjunglah ke Guardian yang terdekat dengan anda dan mulakan koleksi produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll anda sekarang. Ia hanya boleh didapati sementara stok masih ada,” tambah Cho.

 

Wajah Licin Tanpa Cela Dengan Masker ANJERI

Hasilnya terbukti pada kulit golongan selebriti Asia yang rata-rata licin tanpa cela meskipun berdepan dengan jadual kerja yang padat hingga terpaksa berjaga sehingga lewat malam dan kurang tidur.

VAL_6088

DAN, rahsia mereka terbongkar apabila ramai yang mengguna Masker Anjeri dari Thailand ini. Satu rahsia kecantikan yang membuatkan kulit wajah golongan selebriti seluruh Asia kelihatan berseri, halus dan lembut.

Anjeri_181112_0438

Anjeri_181112_0526

Dicipta oleh pengasasnya, Thanadon Yingsiriworakun dari Rayanskin International Co. Ltd., jenama masker untuk penjagaan kecantikan berpangkalan di Thailand ini, menjadi ikutan dalam kalangan selebriti di Thailand dan Asia Tenggara, termasuk China, di mana ia meraih tempat utama di hati penggunanya.

Siri Masker Anjeri yang bakal memasuki pasaran Malaysia termasuk:

  • Anjeri Gold Facial Mask
  • Anjeri Silver Facial Mask
  • Anjeri Gold Sleeping Mask
  •  Anjeri Silver Sleeping Mask

Anjeri Gold Facial Mask dan Anjeri Silver Facial Mask dihasilkan 100% daripada sutera semulajadi, dengan komposisi dan strukturnya menyamai kulit manusia. Ini membuatkan ia lebih hebat berbanding masker konvensional daripada kertas dan fabrik gentian (woven), memandangkan sutera kurang menimbulkan iritasi, alahan dan kegatalan pada kulit. Dengan ketebalan hanya 0.1 milimeter, kepingan masker Anjeri melekap pada kulit dengan sempurna dan lembut selain selesa pada kulit.

Anjeri Gold Facial Mask direka untuk menjadikan kulit yang matang kelihatan muda dengan kandungan sumber anti-penuaan dan pencerah daripada bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak Centella Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum, ekstrak akar Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis, ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria) dan ekstrak bunga Rose Rugosa. Penggunaan masker ini akan membuatkan kulit lebih lembab, cerah, dan berseri dengan penurunan kedalaman kedut dan pigmentasi selepas hanya 15 minit pemakaiannya yang mengikut masa disarankan.

Mungkin bahan paling menarik dalam masker ini adalah emas 24k, yang diakui mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit, sekali gus mengekang tanda- tanda penuaan.

Anjeri Silver Facial Mask pula diperkaya dengan bahan pelembap dan pencerah yang hebat dengan kandungan seperti ekstrak Centella Asiatica, ekstrak akar Polygonum Cuspidatum, ekstrak akar Scutellaria Baicalensis, ekstrak daun Camellia Sinensis, ekstrak akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), ekstrak daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), ekstrak bunga Chamomilla Recutita (Matricaria), ekstrak bunga Rosa Rugosa, Pentapeptide-1, Hexapeptide-1, Oligopeptide-1, Ascorbic Acid, ekstrak daun Aloe Barbadensis dan Betaine.

Anjeri Silver Facial Mask mengembalikan semula kelembapan yang hilang bagi menghasilkan kulit yang cerah, licin seperti kulit bayi. Penggunanya bakal menyaksikan saiz pori-pori yang mengecil, kedalaman kedut berkurangan, tiada lagi kulit kemerahan atau merengsa, sebaliknya semakin licin, cerah dan berseri.

Anjeri Gold dan Silver Facial Mask boleh didapati dalam kotak 10 helai keping masker pada harga runcit RM89.00 dan RM86.00.

Anjeri Sleeping Mask diperbaharui dengan gel unik di samping pembungkusan berbentuk kapsul untuk sekali guna. Direka untuk dipakai sebelum tidur, masker ini memberikan penyerapan yang mendalam dan menyeluruh bagi mendapatkan kulit yang berseri, nyaman dan sihat pada sebelah pagi. Siri masker untuk dibawa tidur berasaskan gel ini terdiri daripada Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask yang boleh didapati dalam kotak 16 kapsul pada harga RM89.00 dan RM86.00.

Anjeri Gold Sleeping Mask direka untuk rawatan wajah bagi meremajakan, mencerah dan anti-penuaan. Pengguna akan bangun tidur dengan kulit wajah yang lebih cerah selain tanda-tanda kedut, pigmentasi dan cela yang semakin pudar.

Seperti juga Anjeri Gold Facial Mask, masker Anjeri Gold Sleeping Mask ini juga mengandungi emas 24k yang diyakini mampu memperlahankan penurunan kolagen yang pada masa sama meningkatkan keanjalan dan pengaliran darah pada kulit untuk menghalang tanda-tanda penuaan.

Anjeri Silver Sleeping Mask mengandungi ekstrak buah Cornus Officinalis untuk kulit yang licin. Ia mengandungi bahan-bahan anti-oksidan dan anti-bakteria, selain membantu membuatkan kulit tampak lembut, lembab dan berseri.

Semua produk Anjeri mengandungi kod QR unik yang membolehkan pengguna mengimbas dan memastikan produk yang mereka beli asli dari kilang.

“Kami mempunyai matlamat untuk menjadi pendahulu dalam produk masker di Asia Tenggara. Sejumlah besar selebriti yang menjadi pengguna kami adalah bukti testimoni kepada kualiti produk kami. Dengan Anjeri, kulit seakan-akan anda membuat rawatan muka setiap hari dengan hasil yang tiada bandingan. Anda hanya perlu mencuba sekali untuk mempercayai apa yang diperkatakan tentang produk ini dan melihat sendiri mengapa ia menjadi kegemaran para selebriti,” kata Michelle Yin, Ketua Pegawai Eksekutif Black Belt Idea (M) Sdn. Bhd., pengedar masker Anjeri di Malaysia.

“Sudah tentu satu penghormatan apabila dipilih menjadi ‘wajah’ masker Anjeri di Malaysia. Masker ini sangat mudah bagi saya mengekalkan kulit yang cantik walaupun berdepan dengan gaya hidup sangat sibuk. Saya memperoleh seri wajah yang seumpama selepas rawatan muka tanpa berbelanja lebih atau perlu melangkah keluar dari rumah,” kata Venice Min, Duta Anjeri Malaysia.

Rangkaian lengkap Masker Anjeri kini boleh didapati di:

Untuk menjadi ejen untuk jenama ini, sila emel kepada hello@anjeri.com.my atau hubungi 03-27708466

‘Shop Your Way To Korea’ Bakal Bawa Pemenang Bercuti ke Korea Dengan Nilai Pakej RM36,000

EMPAT pemenang utama peraduan ‘Shop Your Way to Korea’ ini bakal memenangi Pakej Percutian Eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan selama 7 hari 5 malam!!

Guardian Malaysia's Head of Marketing and Promotions, Wong Vai Chi (3rd from left) and Marketing Director, Cho Do Youn with the main sponsors of 'Shop Your Way To Korea' contest

Dan lagi hebat, pakej itu termasuk untuk dua orang dan harga setiap pakej bernilai RM36,000!

Hadiah kedua pula tidak kurang hebatnya iaitu Samsung Note 9 untuk 16 orang pemenang bertuah!!

Shop Your Way To Korea

Menyedari betapa hebatnya pengaruh produk dan trend Korea terhadap gaya hidup dan tabiat berbelanja pengguna setempat buat masa kini, Guardian Malaysia menawarkan peluang menarik kepada pelanggannya melalui Peraduan “Shop Your Way To Korea”.

Melalui peraduan “Shop Your Way to Korea” itu, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama berupa Pakej Percutian Eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea untuk DUA orang, dimana mereka boleh menyelami budaya, trend dan gaya hidup masyarakat Korea.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), berkata di majlis pelancaran itu:

“Sebagai peneraju dalam peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami telah menyaksikan bagaimana produk penjagaan kulit dan kecantikan Korea dengan cepat menarik minat pelanggan kami, yang sentiasa mencari variasi, kualiti dan nilai yang lebih hebat. Jadi peraduan ini adalah untuk mengiktiraf kehebatan produk-produk Korea dalam mempengaruhi gaya hidup dan tabiat berbelanja, dalam masa yang sama, memberi ganjaran kepada pelanggan kami.

Jelas Ms Wong lagi, peraduan tersebut juga sejajar dengan polisi Guardian Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Guardian akan terus berusaha untuk menawarkan pelbagai promosi baru dan inovatif yang memberikan produk bervariasi, berkualiti dan bernilai hebat serta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami.

“Kami yakin para pelanggan akan teruja dengan peraduan ini kerana ia sangat mudah dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik! Hadiah Utama adalah Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam untuk DUA orang, bernilai hampir RM36,000!

Dan lagi menarik adalah terdapat EMPAT Hadiah Utama!”

Hadiah bagi pemenang KEDUA pula berupa 16 Samsung Note 9 dan 30 hadiah KETIGA berupa baucar Guardian bernilai RM300 untuk setiap pemenang!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah yang berjumlah lebih RM200,000 ini!

Cara menyertainya:

  1. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit
  2. Selepas membuat pembelian, mereka perlu ‘mengira bilangan Guardian Jeju Mask yang terdapat di dalam bekas akrilik I Guardian Heart yang berukuran 780mm (lebar), 600mm (tinggi) dan 270mm (diameter). Setiap Jeju Mask pula berukuran 11.4cm x 15.9 cm
  3. Setelah mereka yakin dengan bilangan Guardian Jeju Mask tersebut, pelanggan perlu menulis jawapan dan menghantar penyertaan mereka. Peraduan bermula pada 1 November sehingga 31 Disember. Penyertaan pula boleh dibuat melalui borang fizikal atau melalui atas talian, yang berakhir pada 31 Disember.

Sebanyak 38 jenama mengambil bahagian dalam peraduan ini, termasuk LIMA penaja utama iaitu Dove, L’Oreal, Maybelline, Pantene dan Safi.

Maklumat lengkap peraduan serta terma dan syarat boleh didapati di:

“Kami menyarankan agar pelanggan menghantar seberapa banyak mungkin penyertaan, agar peluang untuk mereka memenangi hadiah-hadiah menarik ini lebih besar.” tambah Ms Wong.