Program Keusahawanan Belia NESCAFE Perkasakan 5,000 Usahawan Pelajar

Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NYEP) kembali meraikan kejayaan penglibatan belia dalam bidang keusahawanan sepanjang tahun dengan acara Majlis Anugerah Penutup NYEP.

NESCAFE NYEP_9DEC2019_01

Inisiatif NESCAFÉ yang bertujuan untuk menggalakkan peluang pekerjaan wajar dalam kalangan belia dan memupuk diversiti di tempat kerja,

NYEP memperkasakan dan mempersiapkan mahasiswa tempatan dengan pengalaman perniagaan ‘kehidupan sebenar’ yang menyediakan peluang menguruskan gerai ‘pop-up’ serba lengkap yang menyajikan NESCAFÉ di kampus masing-masing.

NESCAFE NYEP_9DEC2019_02

Ditugaskan untuk mengembangkan perniagaan secara keseluruhannya dengan berbekalkan dana permulaan, mahasiswa melibatkan diri secara langsung dalam operasi perniagaan, daripada pengurusan rantaian bekalan dan logistik, sehinggalah jualan dan pemasaran.

Bermula pada 2016 di 3 kampus, program kini telah berkembang meliputi 15 kampus dan menjangkaui hampir satu juta belia serta penggemar NESCAFÉ di seluruh negara.
Majlis Anugerah Penutup NYEP mengiktiraf semangat keusahawanan yang ditonjolkan para peserta NYEP dan pencapaian kampus masing-masing.

Antara anugerah yang disampaikan termasuklah kepada pasukan yang mencapai jualan tertinggi serta pasukan dengan strategi promosi dan pemasaran yang paling kreatif.
Acara yang sama turut menampilkan panel perbincangan melibatkan pakar-pakar yang berkongsi pandangan tentang keusahawanan belia.

Mengulas tentang visi NYEP untuk membangunkan dan memupuk golongan belia, Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,

“Kami teruja untuk mengukuhkan jalinan hubungan dengan golongan belia hari ini. Kami juga percaya bahawa jalinan hubungan ini mampu mencetuskan perubahan sosial yang positif. Justeru, cara yang terbaik adalah dengan menyediakan platform yang membolehkan golongan belia memupuk cita-cita mereka, di samping membantu mereka mengorak langkah menuju alam dewasa berbekalkan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan yang berguna dan praktikal.”

Selain menyediakan pembelajaran berasaskan pengalaman, NYEP juga berusaha memupuk nilai-nilai bersama dengan menyumbang semula keuntungan yang diraih kepada mahasiswa terbabit bagi membiayai keperluan kampus masing-masing. Setakat ini, program ini telah memperkasakan seramai 5,000 usahawan belia, malahan dijangka akan terus berkembang.

“Di samping memperkayakan kehidupan golongan belia, kami berharap pengalaman bersama NYEP akan membantu mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam mengejar cita-cita. Sebagai tambahan kepada NYEP, peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dijemput untuk menyertai satu program latihan industri di Nestlé bagi memupuk kemahiran kepimpinan serta minda keusahawanan mereka,” tambah Chraibi.

Dalam pada itu, Altimet, artis hip-hop yang kini menempa nama sebagai usahawan yang berjaya berkongsi tentang perjalanan keusahawanan beliau. Nasihat beliau kepada golongan belia:

“Jadilah yang terbaik dalam perkara yang boleh anda lakukan dengan terbaik. Hargailah dan berbangga dengan semua pencapaian anda, tidak kira sekecil manapun dan jadikannya inspirasi untuk mencetuskan idea-idea perniagaan yang bernas.”

Kelainan yang dibawakan Anugerah NYEP pada tahun ini termasuk satu Cabaran Bonus yang dianjurkan buat julung kalinya, di mana para pelajar dari 7 universiti bersaing untuk menghasilkan resipi kopi asli terbaik di samping membentangkan idea pemasaran mereka kepada barisan panel pakar.

Keputusan PROGRAM KEUSAHAWANAN BELIA NESCAFÉ (NYEP) ANUGERAH PENUTUP 2019

Kategori Anugerah Pemenang Hadiah
1 Super Baristar Grand Champion Pencapaian keseluruhan terbaik – Juara Bescafé – Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah MYR 20,000
2 Super Baristar 2nd Champion Pencapaian keseluruhan terbaik – Naib Juara [Keputusan seri] MYR 10,000
Gucci Gang – Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah & NESCAFÉ UTM – Universiti Teknologi Malaysia, Johor
3 Super Baristar 3rd Champion Kampus keseluruhan terbaik – Tempat ketiga Sun’Brew – Sunway College, Selangor MYR 5,000
4 Sales Ninja Kampus dengan purata jualan bulanan tertinggi sepanjang bulan operasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah MYR 2,000
5 “Don Draper” Award Kampus dengan strategi promosi dan pemasaran yang paling kreatif Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak MYR 2,000
6 “Clean Bandit” Kampus dengan tahap Sunway College MYR 2,000
Award kepatuhan yang tertinggi
kepada prosedur operasi
standard (SOP)
7 Bonus Challenge Superstar Pemenang Cabaran Bonus NYEP Universiti Teknologi Malaysia, Johor MYR 4,000

Universiti-universiti yang menyertai NYEP 2019
1. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu
2. Sunway University, Selangor
3. Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan
4. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
6. Universiti Sains Malaysia (USM), Penang
7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
8. Taylor’s University, Selangor
9. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor
10. Universiti Malaya, Kuala Lumpur
11. UiTM Shah Alam, Selangor
12. UiTM Kedah, Kedah
13. Universiti Kesbangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor
14. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak, Selangor
15. UIA Kuantan, Pahang

Pasukan-pasukan yang menyertai Cabaran Bonus NYEP 2019
1. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah – 3 pasukan
2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak – 1 pasukan
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, Kedah – 3 pasukan
4. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu – 1 pasukan
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor – 1 pasukan
6. Sunway University, Selangor – 1 pasukan
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak), Selangor – 1 pasukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: