Pengunjung dan peruncit dipermudahkan dengan adanya terminal pembayaran yang mempakejkan kefungsian “semua dalam satu”.
Atas sebahagian daripada usaha pendigitalan Sunway untuk membekalkan pengalaman yang serba mudah bagi para pembeli-belah dan peruncitnya, rangkaian pusat beli-belah Sunway (Sunway Malls) telah memperkenalkan Terminal Pembayaran Bersepadu (“Unified Payment Terminal” atau “UPT”), sebuah terminal pembayaran semua dalam satu yang menerima pelbagai bentuk pembayaran tanpa tunai daripada transaksi yang dibuat menggunakan e-dompet (e-wallet), kad debit dan kredit.
Langkah ini akan memberi manfaat kepada para peruncit dan pembeli-belah. Terminal Pembayaran Bersepadu berkenaan dapat menawarkan pembeli-belah lebih banyak opsyen pembayaran tanpa tunai yang dapat membuahkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar.
Dengan cara ini, pembeli-belah tidak perlu membawa wang tunai yang banyak bersama mereka, sekali gus meminimakan kekhuatiran pengguna terhadap aspek sekuriti. Pembeli-belah juga tidak perlu membimbit duit syiling kerana mereka boleh membayar jumlah yang tepat menerusi kemudahan pembayaran tanpa tunai.
Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini turut mengelakkan para peruncit daripada mengerahkan berbilangan buah terminal untuk menerima pembayaran, lantas dapat menjurus kepada kos sewaan terminal yang lebih rendah. Oleh kerana terminal tersebut membolehkan para peruncit menerima bayaran daripada pelbagai jenis e-dompet, maka jurang batasan untuk menerima pembayaran tanpa tunai dapat disingkirkan.
Setakat Disember 2019, Sunway Malls telah menyaksikan lebih daripada 750 peruncitnya menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai, dan rakan-rakan kongsi e-dompet yang terkini meliputi:
- Alipay
- Boost
- Grabpay
- GoodKredit
- Maybank QRPay
- Mcash
- NETS
- Touch ‘n Go eWallet
- WeChat Pay,
- lain-lain yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Perungkaian ini juga sejajar dengan komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mengurangkan jejak karbon para pembeli-belah, termasuk pusat beli-belah tersebut dengan memupuk gaya hidup tanpa tunai.
Untuk menggalakkan pembeli-belah menggunakan kemudahan baharu ini, Sunway Pyramid sedang menawarkan pembeli-belah peluang untuk mendapatkan 10x mata ganjaran Sunway Pals apabila mereka menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet pembekal yang terlibat (Boost, GrabPay, Maybank QRPay, dan Touch ‘n Go eWallet) sehingga 31 Disember tahun ini.
Bagi pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas menggunakan NETS, mereka akan menerima mata ganjaran Sunway Pals yang bernilai RM15 sehingga akhir bulan Jun 2020.
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks sementara itu menyatakan,
“Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini merupakan antara inisiatif kami untuk menambah baik pengalaman buat para pembeli-belah dan peruncit kami di Sunway Pyramid. Kami berharap untuk membekalkan persekitaran yang lebih memudahkan, efisien dan selamat untuk setiap individu yang memilih kami sebagai destinasi pusat beli-belah pilihan mereka pada hari ini dan pada masa yang akan datang.”
Sejak Oktober lalu, Sunway Malls telah melancarkan inisiatif ini menerusi empat pusat beli-belah lain yang meliputi Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Citrine Hub.
Nantikan perkembangan lanjut daripada Sunway Pyramid di media sosialnya.
Ikuti perkembangan daripada Sunway Pyramid di platform media sosial yang berikut:
- Facebook Sunway Pyramid – http://www.facebook.com/sunwaypyramid
- Instagram – @Sunway_Pyramid
- Aplikasi Mudah Alih – Sunway Pyramid di AppStore & PlayStore
Sunway Malls sedang bersiap untuk menjadi antara pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek sedia ada dan yang dirancang kini meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, dan angka ini bakal ditingkatkan kepada NLA berjumlah 10.2 juta kaki persegi tidak lama lagi.
Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-
- Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
- Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
- Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar, Johor
- Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
- Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
- Sunway Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor
- Sunway Giza Mall, Kota Damansara
Leave a Reply