Tahniah Dolly Dim Sum atas pembukaan cawangan terbaharu di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara pada 19 November lalu.
Oleh itu, satu majlis perasmian cawangan terbaharu itu telah diadakan pada 8 Januari di mana wakil media dan penulis blog dijemput untuk menghadirinya dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina yang turut diadakan serentak pada tarikh berkenaan.
Keunikan cawangan terbaharu ini adalah pada hiasan dalaman restoran yang direka dengan tema ‘villa resort’. Hiasan daripada kayu buluh disusun cantik pada bahagian siling, meja makan berbentuk ‘cocoon’ dan paling cantik adalah pencahayaan yang dihasilkan melalui lampu rotan kayu, memberi suasana santai di dalam restoran secara tak langsung menimbulkan persekitaran yang lebih relaks sewaktu menjamu hidangan.
Tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan tradisional yang memang sinonim dengan Dolly Dim Sum yang menyediakan menu-menu asli menggun bahan berkualiti dan layanan perkhidmatan yang terbaik pada pelanggannya.
Antara yang dihidangkan adalah Siew Mai, Scallop Dumpling, Fuk Luk Sau Parcel, Lemongrass Chicken, Golden Fried Rice dan Lucky Carp.
Turut dihidangkan sajian utama sambutan Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang. Tahun ini tema sambutan perayaan Dolly Dim Sum adalah “The Beautify of Harmony”.
Leave a Reply