Sports Direct Buka Cawangan Terbaharu

Sports Direct Malaysia rai tahun baru 2020 dengan pembukaan cawangannya yang ke 30 di Malaysia.  Bertempat di Bangsar Village 3, ia meliputi kawasan seluas kira-kira 18,000 kaki persegi.

dav

Sebagai tanda meraikan pembukaan awal cawangan itu, wakil media, penulis blog, kumpulan dan syarikat sukan serta rakan kerjasama dari Adidas, Nike, Puma, Under Armour, Asics dan banyak lagi dijemput untuk menghadirinya dimana majlis dimulakan dengan kata aluan daripada Pengarah Urusan Sprots Direct Malaysia, Paul Gibbons.

hdr

“Kami meneruskan usaha mengembangkan konsep cawangan terbaharu sebagai sebahagian dari strategi untuk meluaskan pegalaman pelanggan yang membeli-belah di sini. Matlamat utama kami masih sama iaitu memberi nilai dan kepelbagaian dalam format yang lebih mudah untuk membeli-belah mengguna zon-zon yang ditawarkan. Ia termasuk skrin TV LEd yang diletakkan di pintu utama dan dalam kedai yang memberi perkembangan terkini mengenai promosi, trend dan aktiviti yang diadakan oleh Sports Direct.

Buat masa kini terdapat 8 cawangan yang dibuka di dalam pusat membeli-belah terbesar di beberapa negeri dengan 9 lagi cawangan yang masih dalam tahap perbincangan dan bakal dibuka dalam masa lebih 18 bulan (3 daripadanya akan dibuka sebelum hujung April di Tropicana Garden Mall, One Utama dan Sunway Iskandar Big Box Johor). Evolusi inilah yang menjadi kunci kepada kami untuk mempertahankan hubungan yang dibina dengan semua jenama dan memastikan agar pelanggan kami mendapat pilihan yang terbaik dan menerima perkhidmatan terbaik dari pihak kami dalam suasana membeli-belah yang selesa”

dav

Pembukaan cawangan terbaharu ini juga menandakan keupayaan Sports Direct Malaysia kepada “Export Ready” yang mana konsep itu akan menembusi pasaran antarabangsa bermula tahun ini dengan pembukaan cawangan di Singapura dan perbincangan masih dilakukan untuk pembukaan di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Menariknya cawangan terbaharu ini dibahagikan kepada zon mengikut kategori termasuk: SD Football, SD Running, SD Training (fitness, peralatan jim, angkat berat, boxing, yoga), SD Rackets (badminton, tenis, squash), SD Swimming (pool,, pantai, sukan air), SD Sports (bola jaring, ragbi, sukan lasak, berbasikal, luncur dan permainan dalaman), SD Lifestyle (Kanak-kanaka Wanita dan Lelaki) dan SD Outdoor (Rentas desa, treking, khemah dan memancing).

Buat masa kini, anda juga boleh mendapatkan barangan Sports Direct dalam talian melalui SPORTSDIRECT.COM.

Untuk mendapatkan maklumat promosi, layari my.sportsdirect.com atau ikuti SportsDirect.com di platform media sosial:

FB:@SPORTSDIRECT.com MALAYSIA

IG: @sportsdirectmy

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: