AL Culture, Koleksi Baharu Al-Ikhsan

Rangkaian koleksi t-shirt baharu yang dirasmikan pada 16 Julai lalu diletakkan di bawah jenama AL atau Active Lifestyle.

WhatsApp Image 2020-07-17 at 21.11.15 (1)

AL Culture ini diinspirasikan melalui kehidupan seharian masyarakat tempatan yang berbilang bangsa dan budaya. Hasil yang diperoleh kemudiannya ditukar kepada satu seni kreatif yang moden dan bolehdigunapakai oleh semua golongan dalam kehidupan mereka.

Maka terhasillah koleksi baju t-shirt dari “The State Collection” yang menawarkan 14 rekaan moden yang melambangkan 14 negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Setiap baju t-shirt mempunyai keunikannya tersendiri yang mana ia memperkenalkan kelainan serta keunikan yang ada pada setiap negeri. Sebagai contoh, Kelantan terkenal dengan keunikan Wayang Kulit, maka rekaan berasaskan keunikan itu diterjenahkan pada koleksi baju t-shirt AL Culture.

Selain Kelantan, turut menjadi ilham rekaan AL Culture adalah Caklempong dari negeri Sembilan, Gunung Kinabalu di Sabah, rekaan batik dari Terengganu, Kuda Kepang yang terkenal di Johor, suasana ‘happening’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pengangkutan beca di Melaka, Lombong Emas di Pahang dan juga pepatah Melayu yang terkenal iaitu” Biar ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk yang popular di Kedah.

WhatsApp Image 2020-07-17 at 21.11.15

Menurut Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd:

“Kami sangat berbangga dengan perasmian jenama fesyen AL Culture yang diletakkan di bawah AL. Koleksi pertama AL Culture adalah koleksi unik yang mengambil inspirasi daripada keunikan 14 negeri di Malaysia. Dengan itu, pelanggan kami yang memakai pakaian dari koleksi AL Culture akan merasa bangga selari dengan tagline koleski ini iaitu “Negeriku, Kebanggaanku”.

AL mula diperkenalkan pada tahun 1994, menawarkan pelbagai produk barangan sukan yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Pengenalan produk di bawah jenama AL selaras dengan misi Al-Ikhsan yang inginkan ‘Rakyat Malaysia Menjadi Fit dan Aktif dengan menjadikan Sukan sebagai Satu Aktiviti Yang Mampu Untuk Semua Orang’. Banyak aktiviti dan program dijalankan oleh Al-Ikhsan demi mecapai misi mereka sehingga melangkah jauh dengan memperkenalkan produk sukan yang sesuai untuk kaum wanita yang berhijab. Selain itu, AL juga menaja baju jersi bagi pihak Perak FA pada tahun 2015 dan untuk tahun ini, AL adalah salah satu penaja baju jersi bagi Terengganu FC, PDRM FA dan Melaka United.

Menariknya, majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Nabil Ahmad, selebriti tempatan yang terkenal. Nabil turut menerima baju t-shirt AL Culture Negeri Sembilan memandangkan beliau dilahirkan dan dibesarkan di Mambau, Negeri Sembilan.

Koleksi baju t-shirt AL Culture datang dalam TIGA warna iaitu:

  1. Hitam
  2. Biru
  3. Putih

Ia boleh didapati dalam lengan pendek (RM39) dan juga lengan panjang (RM49), manakala baju untuk kanak-kanak pula berharga RM29.

Jadi mereka yang berminat untuk mendapatkan kolesi terbaharu ini, bolehlah mengunjungi rangkaian Al-Ikhsan, atau membeli di talian http://www.al-ikhsan.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s