FROZEN Rai Ulang Tahun Ke-2 Dengan Bufet Aiskrim dan Pengenalan Produk Baharu

Rangkaian kedai aiskrim premium ini meraikan ulang tahun dengan bufet aiskrim yang kesemuanya enak sekali. Hanya membayar RM35 untuk seorang, anda boleh mencuba kesemua perisa yang ditawarkan tanpa terhad!

WhatsApp Image 2020-07-29 at 21.27.18 (1)

Namun, anda perlu cepat kerana bufet aiskrim premium ini hanya boleh didapati pada setiap hari Khamis sepanjang bulan Ogos.

Antara perisa aiskrim yang patut dicuba apabila anda di kedai aiskrim Frozen adalah Musang King Durian, Kaya Toast, Sirap Bandung, Weiss Dark Chocolate dan TWG Earl Grey.

WhatsApp Image 2020-07-29 at 21.27.19

Selain dapat menikmati pelbagai perisa aiskrim, pelanggan juga boleh menikmati hidangan sandwic premium daripada Loaf U dan juga aneka jenis wafel. Memang berpatutan malah berbaloi sangat dengan harga yang dibayar!

Menurut Louis Loo, Pengurus Operasi Frozen:

“Tahun lepas, tiket bufet aiskrim kami habis terjual dalam masa beberapa hari sahaja. Maka tahun ini kami membuka lebih banyak slot bagi memberi lebih peluang pada pelanggan kami untuk mencuba kesemua perisa kami”

WhatsApp Image 2020-07-29 at 21.27.18

Frozen turut memperkenalkan Set Hi-Tea ‘Journey for Two’ sempena ulang tahun keduanya. ‘Journey for Two’ meraikan persahabatan sesama teman dengan aneka makanan sejuk dan panas, pastri manis dan gurih diiringi dengan aiskrim Frozen dan teh terpilih daripada TWG.

Set Hi-tea ini dihidangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad di Frozen Bangsar pada harga pengenalan RM69 untuk 2 orang sehingga akhir bulan Ogos.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di kedai aiskrim premium ini.

Layari: www.facebook.com/frozenartisans

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: