RIVERSIDE Restaurant Buka Cawangan Francais

Berkonsepkan “Cafe on the Go”, kafe ini ditempatkan di ruang legar Menara Dato Onn. Peubuhan kafe ini dicetuskan oleh pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dalam meperkasakan lagi cabang perniagaannya.

WhatsApp Image 2020-07-31 at 15.14.53

Riverside Cafe On The Go ini telah dirasmikan pada 22 Julai lau oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Dr Noraini Ahmad.

WhatsApp Image 2020-07-31 at 15.14.54

Tampil dengan konsep santai dan mesra pelanggan, Riverside Cafe On The Go ini masih lagi mengekalkan menu yang sama seperti di Restoran Riverside dan menumpukan perhatian pada meningkatkan mutu penyediaan makanan yang lebih cepat dan efisien untuk menjamu pelanggan serta sebagai jaminan kepuasan pelanggan yang datang berkunjung.

Pengekalan menu sedia ada di mana-mana cawangan Riverside ini bertujuan bagi memastikan citarasa autentik Restoran Riverside dikenali oleh pelanggannya yang setia mahupun pelanggan baru yang ingin merasainya.

WhatsApp Image 2020-07-31 at 15.14.54 (1)

Dengan mengambil kira gaya hidup masa kini yang sentiasa bergerak pantas, Riverside Cafe On The Go menawarkan pelbagai menu yang mudah dan ringkas serta sedia dimakan seperti aneka jenis pastri seperti pai daging, croissants, kuih-muih tradisional Melayu, nasi lemak, bihun goreng dan banyak lagi.

Dalam usaha meluaskan lagi rangkaian perniagaannya, WTCKL sedang dalam perbincangan akhir dengan beberapa pihak untuk menambah beberapa lagi cawangan Riverside On The Go di sekitar Lembah Klang terutamanya di stesen-stesen minyak terkemuka.

“Kita juga sedang mempertimbangkan untuk membuka cawangan Riverside On The Go di institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Lembah Klang. Pihak kami berpendapat dengan pembukaan tersebut mampu memberi peluang pekerjaan kepada pelajar terutamanya yang datang dari keluarga B40.

Seiring dengan perlantikan terkini Pengarah Eksekutif Dato Seri Dr. Irmohizam Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik Persatuan Pusat Dagangan Dunia, kita bermatlamat agar jenama Riverside ini dapat diketengahkan kepada usahawan francais tempatan dan turut sama membantu mempromosikan jenama ini ke peringkat antarabangsa melalui platform yang tersedia di dalam gabungan ahli-ahli seluruh Asia Pasifik”kata Fauzy Wahab, Ketua Pegawai Operasi WTCKL.

Sejak lebih 20 tahun yang lalu, Riverside Cafe & Restaurant terkenal dengan sajian tempatan yang autentik dan menyelerakan seperti Nasi Lemak, Mee Goreng Mamak dan Teh Tarik yang menjadi menu wajib pelanggan yang datang.

“Dengan mengetengahkan jenama Riverside On The Go dalam bentuk francais terutama di arena antarabangsa, kita berharap mengetengahkan usahawan muda dalam industri makanan dan minuman ke persada antarabangsa. Bakat dan minat dalam bidang perniagaan harus dipupuk dari usia muda. Oleh yang demikian, kita berhasrat untuk bekerjsama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan  Nasional Berhad (PNS) untuk memberi ruang dan peluang kepada bakal usahawan muda kita ini.”

Riverside Cafe On The Go juga menawarkan “Point-Based Reward” pada pelanggan yang berbelanja. Setiap pembelian bernilai RM5, pelanggan dapat memperoleh 1 mata ganjaran. Kad loyalti akan diberikan kepada mereka yang datang dan hanya perlu ditunjukkan pada juruwang untuk dicop. Pengumpulan sejumlah mata ganjaran melayakkan pelanggan menebus tawaran-tawaran berikut:

  • 10 mata ganjaran=1 kopi percuma
  • 15 mata ganjaran=1 pastri percuma
  • 20 mata ganjaran=1 kopi + 1 pastri percuma
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: