Segarkan Musim Panas Anda Dengan Produk SUMMERIE

Hasil gabungan perkataan “Summer” dan “Reverie”, maka terhasillah Summerie, rangkaian pencuci badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkain baru ini mampu memnghidupkan mandian harian dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki!

IMG20200923133330

Summerie adalah rangkaian produk yang dengan bangganya dicipta di Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut; ianya juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-6.

Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.

Rangkaian Summerie terdiri daripada:

  • Grapefruit Purifying Body Wash
  • Chamomile Purifying Body Wash
  • Passionfruit Refreshing Body Wash
  • Ginger Refreshing Body Wash
  • Shampoo for Normal Hair
  • Shampoo for Oily Hair
  • Shampoo for Dry Hair
  • Shampoo for Dandruff Care
  • Conditioner for All Hair Types
  • Instant Moisturising Hand Sanitiser
  • Power Action Spray Sanitiser

IMG20200923144533

” Kami sangat teruja dengan pengetahuan yang Summerie telah melabur dari segi menyelidikan bahan-bahan organik dan asli semulajadi untuk memastikan produk yang dilancarkan ini sememangnya yang dikehendaki orang ramai. Sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia, kami sangat menghargai usaha mereka untuk menghasilkan rangkaian produk yang berkualiti ini. Ini kerana Guardian Malaysia juga mempunyai falsafah yang sama.

Reputasi kami sebagai gedung jualan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka dibina sejak 53 tahun dahulu, adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan produk yang berkualiti, kepelbagaian rangkaian produk yang kami tawarkan serta harga yang berpatutan,” kata Soren Lauridsen, CEO Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty.

Anda boleh dapatkan rangkaian penuh produk Summerie di kedai-kedai Guardian di seluruh Malaysia dengan harga runcit yang disyorkan dari RM4.90 hingga RM17.90.

Maklumat lanjut boleh didapati di: http://summerie.my, FB: Summerie, IG:@Summeriemy Hashtag:#summeriemy #summerieXguardian

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: