BOTANECO GARDEN Chia Seed Oil and Honey Penyelesaian Kulit dan Rambut Kering

Mengguna ramuan tradisional bersumberkan alam semula jadi, rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ini melembap serta melindungi kulit dan rambut kering agar lebih terurus.

dav

Bertemakan ‘Be A Mess Free Beauty’, majlis pelancaran produk itu diadakan di A Cut Above Academy, Bandar Sunway. Dalam majlis itu, tetamu dan pengamal media serta penulis blog didedahkan dengan cabaran bagaimana menghasilkan ramuan kecantikan secara “DIY” mengguna bji Chia bersama madu melalui tutorial di laman Youtube. Pada masa sama berkongsi akan manfaat kedua-dua ramuan it untuk jenis kulit dan rambut kering hingga normal.

dav

Rangkaian baru Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ini menawarkan penyelesaian kepada pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan mahukan produk penjagaan diri yang lembut serta efektif.

Ia terdiri daripada:

  • syampu Deep Moist and Protect
  • perapi
  • minyak rambut
  • cucian badan
  • losyen
  • krim tangan

Kesemuaya adalah produk penjagaan harian untuk kulit dan rambt. Produk-produk di atas memfokuskan pada ciri-ciri melembap dan melindungi kulit serta rambut dari jenis kering hingga normal.

Diformulasikan dengan 100% minyak biji Chia organik yang disahkan eco dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut di samping mengekalkan kelembapan dan diperkaya dengan ekstrak madu organik dari Perancis yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan anti-oksidan. Kombinasi minyak biji Chia organik yang disahkan 100% eco dan ekstrak madu organik menwarkan tahap lembapan serta hidrasi yang ideal untuk kulit jenis kering dan normal. Ia juga telah diuji dan terbukti secara dermatologi serta tidak diuji ke atas haiwan.

Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan & Kecantikan, Malaysia & Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd., Michelle Yeap menjelaskan bhawa rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey dihasilkan untuk menawarkan produk yang berasaskan kepada trend kosmeseutikal global serta memenuhi keperluan pelanggan Guardian di rantau ini.

“Diinspirasikan daripada alam semula jadi, produk yang melembap secara mendalam serta menjadi penyelesaian protektif ke atas kulit dan rambut kering ini sememangnya dimahukan oleh pelanggan kami. Kami sudah mengkaji banyak ramuan yang disahkan eco dan organik sebelum menjumpai kombinasi unik 100% minyak biji Chia dan ekstrak madu organik yang menawarkan tahap lembapan, hidrasi dan manfaat berkesan kepada kulit kering dan normal.

pelanggan tegar kami sukakan prodk kecantikan DIY yang disediakan di rumah tetapi kurang gemar dengan jumlah masa, tenaga dan kos yang terpaksa dihabiskan untuk menghasilkannya. Penyediaan, membersihkan dapur dan kemudiannya mandi memang memenatkan! Risiko juga ada jika mereka mengguna resipi yang salah di mana nisbah ramuan tidak memberikan hasil yang diingini.

Untuk rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey“, Botaneco Garden menawarkan kebaikan dua ramuan bagi memberikan produk penjagaan diri yang mampu milik serta berkesan ke atas jenis kulit kering kepada pengguna. Ia telah diuji dan terbukti secara dermatologi, jadi anda boleh jadi lebih cantik dengan mudah. Gunakan terus dari botol atau tiub dan ia cukup lembut untuk keguaan setiap hari.”

Mereka yang hadir pada majlis pelancaran produk itu juga berpeluang merasai sendiri manfaat produk menerusi sesi cucian rambut, perapian dan kering seperti di salon. Sebelum diikuti oleh sesi merias kuku dan urutan tangan yang disediakan oleh pasukan profesional di A Cut Above Academy.

“Sebelum majis ini bermula, kami telah mencuba syampu, perapi, minyak rambut, losyen badan dan krim tangan Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey. Hasilnya sangat mengagumkan. Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak. Ini bagus kerana buih boleh menghilangkan minyak semula jadi rambut dan membuatkannya menjadi kering. Perapi membuatkan rambut lebih mudah diurus adan mengurangkan kerinting halus. Minyak rambut pla membuatkan rambut mudah digayakan dan tidak berat.” kata Ketua A Cut Above Academy, Peter Wang.

Rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ditawarkan pada harga bermula RM9.34 untuk krim tangan Deep Moist and protect hingga RM18.77 untuk syampu, perapi, mandian dan losyen badan Deep moist and Protect.

Semua produk ini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan melalui e-stor Guardian: www.guardian.com.my

Maklumat lanjut, layari: http://www.botanecogarden.com/en-my/ atau @mybotanecogarden di IG.

SavonnMagic 5 dalam 1, Detergen Antibakteria + Pelembut

Pernah jumpa tak sabun pencuci pakaian 5 dalam 1, lengkap dengan pelembut?

Perkenalkan SavonnMagic, bukan sabun pakaian yang biasa-biasa! 

dav

Ia adalah sabun hygiene antibakteria yang PERTAMA di Malaysia merangkumi LIMA aspek pencucian lengkap dengan pelembut.

Sabun pakaian antibakteria SavonnMagic 5 dalam 1 keluaran D’Haifa Global Sdn Bhd, ini juga adalah sabun yang PERTAMA seumpamanya memberi solusi pencucian total serta aspek keselamatan pada pakaian, barang gunaan dan juga alam sekitar.

Meskipun sudah lama berada di pasaran, penjualannya lebih kepada jualan pukal pada kilang-kilang besar. Tahun ini, D’Haifa Global membuat kelainan dengan memperkenalkannya pada pasaran individu dengan pek kecil-kecilan.

Ia diperkenalkan baru-baru ini di majlis sambutan hari raya dan pelancaran produk yang bertempat di Taman Industri Bolton.

IMG_20180707_130944
Pengasas Dhaifa Group, Tuan Syed Zainol Al Yahya (tengah) bersalam dengan Senior General Manager SIRIM Qas International Sdn Bhd, Tuan Haji Basori Haji Selamat (dua dari kanan). Turut serta Syed Mansor Al-Yahya (paling kiri)

Bagi mereka yang aktif bersukan, bersenam di gim, atlet dan mempunyai anak-anak yang aktif, lasak dan kuat berpeluh, sudah tentu terdapat bakteria dan kuman pada pakaian, kasut dan perkakasan yang digunakan.

Dengan kekuatan formulasi 5 dalam 1 ini, ia dapat menjaga pakaian dan persekitaran yang selamat dari bakteria.

Telah mendapat kelulusan 5 log reduction (99.999%) antibakteria, antihama, antimikrob dan antialahan.

SavonnMagic 5 dalam 1 juga berbeza dari sabun yang sedia ada di pasaran kerana ia mencuci pakaian dari dasar atau deep cleaning ability yang menghilangkan apa-apa jenis kuman dan menjadikan pakaian lebih wangi dan segar di akhir cucian.

Ia juga memberi lebih nilai tambah dengan gabungan multiple enzim, pelembut HG BioQuest, OxiActive yang digubal secara saintifik untuk mengangkat sebarang jenis bau hapak dan busuk dari pembesaran bakteria dan memberi solusi “Pencucian Total Yang Selamat”.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada SavonnMagic 5 dalam 1 adalah:

  • ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam
  • mengandungi pencegah karat
  • bahan anti-endapan semula
  • Pencerah Optik yang memastikan pakaian kekal cerah dan nampak baru
  • Agen Antibakteria
  • kurang berbuih untuk memudahkan bilasan dan tinggi konsentrasi
  • tidak merengsakan kulit malah menjadikan tangan lembut
  • tidak melunturkan warna pada pakaian yang berwarna
  • haruman bunga-bungaan seperti cempaka dan ros segar
  • harga satu pek hanyalah RM18

SavonnMagic 5 dalam 1 ini sangat sesuai untuk mencuci kain langsir, cadar, kasut jenis bergetah seperti selipar, Crocs, sneakers, pakaian berwarna putih, dinding yang kotor akibat contengan anak-anak, perkakas rumah yang sudah berkarat, lampu kereta, sport rim, lantai bilik air dan banyak lagi.

SavonnMagic turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi agen dan juga produk-produk lain keluaran D’Haifa Global seperti Savonn Perfume Mist dan Nonnscents Perfume.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Facebook:

  1. resipi memukau SavonnMagic
  2. SavonnMagic Detergent
  3. Savonn Magic 1001 Guna

ATAU

IG: SavinnMagicOfficial dengan #sabuntapacentral #savonn_magic #savonnmagic1001

FRESH and WHITE Perkenal Ubat Gigi Dengan Ekstrak Kayu Sugi

Penggunaan kayu sugi menjadikan gigi lebih suci dan bersih selaras dengan gaya hidup Islamik

 

Fresh & White memperkenalkan varian yang lebih menyegarkan untuk ubat gigi herba Kayu Sugi semulajadinya yang tersohor. Ekstrak Kayu Sugi mempunyai ciri-ciri penghalang plak dan antibakteria semulajadi yang dapat memberikan kesihatan mulut yang lebih suci dan bersih selaras dengan gaya hidup Islam.

Fresh & White telah berada di Malaysia kira-kira 25 tahun yang lalu. Formulasinya dirumuskan oleh syarikat penjagaan mulut nombor satu di Jepun, Lion Corporation Japan yang mempunyai 125 tahun pengalaman dalam pembangunan dan inovasi penjagaan mulut.

Fresh & White ketika ini berada dalam kalangan tiga jenama ubat gigi teratas di Malaysia. Ia amat dikenali dengan sensasi kesegaran dan menyamankan yang diwakili dengan logo beruang kutub tersenyum.

Fresh & White telah memperbaiki ramuannya dengan memasukkan dua jenis florida bagi memberikan tiga kali perlindungan kaviti termasuklah:

  • perlindungan terhadap asid gula
  • bagi mencegah pereputan
  • memperkuatkan enamel gigi untuk menangani masalah-masalah utama pergigian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Varian ekstrak Kayu Sugi Fresh & White yang semakin popular merupakan ubat gigi yang menggabungkan ekstrak Kayu Sugi semulajadi dengan minyak-minyak penting dari cengkih dan Eucalyptus. Formulasinya mengandungi ciri-ciri terbaik dari kesemua kedua-dua bahan tersebut. Harganya yang berpatutan sangat sesuai untuk pilihan seluruh keluarga.

Kayu Sugi ataupun lebih dikenali sebagai Miswak dalam kalangan pengguna Islam adalah sebatang kayu gigitan yang datang daripada pokok Salvadora Persica. Kayu Sugi telah digunakan sejak ribuan tahun di Asia Barat, Afrika dan sebahagian daripada Asia. Ia merupakan amalan penjagaan mulut yang amat digalakkan di kalangan orang Islam sebagai sebahagian daripada cara hidup mereka.

Kajian-kajian yang telah dijalankan menyokong penggunan Kayu Sugi yang telah dibuktikan secara saintifik mampu mengurangkan tartar; plak; membasmi kuman; bakteria; mencegah gigi daripada reput; mencegah nafas berbau pada masa yang sama memastikan gusi sihat dan kuat.

Minyak cengkih telah digunakan secara tradisi dalam perubatan pergigian kerana ia memiliki ciri-ciri analgesik dan antibakteria manakala minyak Eucalyptus mempunyai ciri-ciri antibakteria bagi mencegah gigi reput yang menghalang perkembangan bakteria.

Fresh & White Kayu Sugi mengandungi ekstrak Salvadora Persica untuk memperkasakan lagi pencucian gigi dan gusi. Bagi memberikan rasa yang lebih segar, Fresh & White Kayu Sugi turut didatangkan dengan ekstrak Kayu Sugi dan minyak penting cengkih dan Eucalyptus.

Ketiga-tiga bahan aktif herba ini memberikan nafas yang lebih segar dan meninggalkan rasa selesa dalam mulut yang membantu anda memulakan hari dengan ceria serta ia akan melindungi gigi dan gusi sewaktu anda sedang tidur.

Fresh & White telah berjaya menuai kuasa dan khasiat yang dibuktikan secara saintifik penjagaan kesihatan mulut semulajadi serta memperkasakannya denga ramuan dua jenis florida untuk memberikan tiga kali perlindungan terhadap kaviti.

Ia mencerminkan betapa Fresh & White membawakan penjagaan mulut berkualiti yang boleh diperolehi oleh lebih ramai pengguna dengan menawarkan nilai yang lebi baik melalui penawaran harganya yang mampu milik.

Kesemua varian ubat gigi Fresh & White disahkan Halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), menjadkannya selamat digunakan oleh orang Islam.

Menurut Cik Loo Mei Fong, Pengurus Kanan Jenama, Bahagian Pemasaran, Southern Lion Sdn Bhd.,

“Fresh & White Kayu Sugi kini semakin digemari oleh pengguna Islam moden yang mahukan kemudahan ubat gigi untuk mendapatkan gigi yang lebih kuat dan nafas yang lebih segar. Dalam masa yang sama, ia juga memberikan jaminan penjagaan mulut dengan herba semulajadi yang dijamin Halal serta mengandungi khasiat ekstrak Kayu Sugi yang diyakini, termasuk minyak-minyak penting daripada cengkih dan Eucalyptus.

Pengguna Islam muda mula menerima produk seperti varian Fresh & White Kayu Sugi kami kerana sains yang menyokong ramuan semulajadi tradisi ini amat kukuh dan dalam masa sama mempunyai inovasi yang nyata. Ia merupakan gabungan antara tradisi dan sains, amalan yang digalakkan dalam Islam dan keselesaan.” 

Fresh & White juga boleh didapati dalam varian Applemint. AppleMint adalah sebahagian daripada keluarga pudina yang mempunyai aroma epal segar. Aroma dan rasa Applemints lebih lembut berbanding peppermint atau spearmint, menjadikan ia sesuai untuk mereka yang lebih memilih rasa kurang pedas atau ubat gigi yang menenangkan sebelum tidur.

Enam varian yang menyegarkan termasuk herba semulajadi Kayu Sugi; Fresh Cool Mint, Extra Cool Mint dan Fresh Applemint; dan gel-gel anti nafas berbau – Fresh Blast Extra Fresh Gel dan Whitening Gel.

Ubat gigi Fresh & White boleh didapati di seluruh negara dalam pek 70g, 100g, 160g, 225g dan pek berkembar 225g pada harga antara RM3.30 hingga RM14.95.