Wah TAHNIAH Nabila Razali yang menjadi Duta bagi minuman Yogurt Probiotic BeFine!
Perlantikan personaliti industri muzik dan TV Malaysia itu adalah usaha dalam memperkenalkan BeFine sebagai satu-satunya minuman yogurt dengan Bifidobacterium Probiotic Jepun kepada rakyat Malaysia agar dapat menikmati manfaat maksimum bagi kesihatan sistem penghadaman yang lebih baik.
Selain itu, persona unik, ceria dan positif Nabila melambangkan jenama BeFine itu sendiri yang sememangnya tidak asing di dalam bidang seni iaitu penyanyi dan pelakon. Nabila menempa nama di dalam industri hiburan tanahair dengan mempertaruhkan barisan lagu yang menjadi siulan ramai serta bakat lakonannya dalam pelbagai drama. Baru-baru ini, lagu yang mendapat tempat di carta radio, Peluang Kedua melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35.
Kaliber Nabila Razali sebagai bintang yang sedang meningkat naik mendapat pengiktirafan industri apabila dia dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017. Dengan 2.5 juta pengikut di Instagram, Nabila mempunyai aura sebagai personaliti yang berpengaruh, di dalam dan di luar skrin. Diskografi dan lakonan Nabila yang berwarna-warni sering menjadi tajuk utama di surat khabar, platform berita dalam talian dan juga rancangan bual bicara televisyen, yang menunjukkan perkembangan positif kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Untuk makluman, minuman Yogurt Probiotic BeFine dikenali di pasaran sebagai satu-satunya minuman yogurt di Malaysia yang menggunakan Bifidobacterium, probiotik terbaik dan terbukti secara klinikal di Jepun yang melindungi tubuh daripada bakteria jahat, membantu melegakan masalah sembelit, memulihkan kesihatan usus, dan mengoptimumkan sistem pencernaan. Menggunakan R&D Jepun yang terkini dan maju, BeFine tidak mengandungi lemak, sifar kolesterol, tanpa pewarna tiruan dan tanpa pengawet tambahan yang memastikan pengguna Malaysia mendapat manfaat maksimum tertumpu kepada kesihatan usus dan tubuh badan.
Menariknya, minuman BeFine ini sesuai dinikmati oleh semua golongan umur dan juga ibu mengandung. Minuman Yogurt Probiotic BeFine amat disarankan untuk mereka yang mudah jatuh sakit seperti selesema, demam atau ketidakselesaan perut serta keradangan kulit kerana Bifidobacterium Probiotic Jepun dapat membantu dalam penghasilan sistem imun yang lebih baik, mengurangkan risiko jangkitan kepada tubuh, meningkatkan kesihatan usus, mencegah masalah alergi dan memperbaiki keadaan kulit.*
Dihasilkan di bawah garis panduan ketat serta amalan pembuatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, minuman Yogurt Probiotic BeFine dibuat daripada bahan-bahan semula jadi dan berkualiti tinggi dan didatangkan dalam 5 perisa unik;
- BeFine Plain Yogurt Drink
- BeFine Passion Fruit Yogurt Drink
- BeFine Mulberry Yogurt Drink
- BeFine Strawberry Yogurt Drink
- BeFine Kiwi Avocado Yogurt Drink
BeFine Kiwi Avocado yang dilancarkan baru-baru ini iaitu pada bulan Ogos 2020 telah menjadi perisa terlaris daripada semua perisa dan menjadi pilahan utama di kalangan pengguna Malaysia kerana rasanya yang menyegarkan dan unik.
Nabila Razali adalah seorang artis yang juga terkenal dengan gaya hidup aktif selain cintanya kepada dunia nyanyian dan lakonan. Sebagai selebriti yang berpengaruh, dia mempunyai kemampuan untuk mendidik dan mempengaruhi rakyat Malaysia untuk bersama mengikuti gaya hidup sihatnya. Sehubungan dengan itu, Nabila Razali akan mempromosikan kempen jerayawara ‘Switch To BeFine’ di mana pengguna boleh menukar sebarang jenama minuman yogurt mereka kepada minuman Yogurt Probiotic BeFine semasa berlangsungnya 50 kempen jerayawara yang diadakan di seluruh negara.
Objektif kempen ini adalah untuk lebih mendidik dan memberi maklumat kepada pengguna mengenai kebaikan dan manfaat kesihatan Bifidobacterium Probiotic Jepun untuk usus mereka terutama semasa pandemik ini di mana kita perlu memastikan bahawa kesihatan kita adalah pada tahap terbaik. Minuman Yogurt Probiotic BeFine didatangkan dalam DUA saiz iaitu 200 gram serta 600 gram dan dijual di semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara.
Menurut En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd:
“Kami amat berbesar dan menyambut baik penglibatan Nabila Razali didalam keluarga BeFine. Saya amat gembira kerana Nabila melambangkan erti kata sebenar minuman Yogurt Probiotic BeFine iaitu bersifat simple, cantik, dan menitikberatkan kesihatan. Falsafah kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang memberi manfaat kepada pengguna; dan dengan BeFine, kami ingin memperkenalkan ia ke pasaran Malaysia sebagai produk pertama di pasaran yang menggunakan Bifidobacterium Probiotic Jepun dalam format sedia untuk diminum dan ianya amat menyenangkan.
Pelantikan Nabila sebagai duta jenama kami adalah dengan strategi untuk kami membawa kebaikan minuman Yogurt Probiotic BeFine dengan Bifidobacterium Probiotic Jepun yang dapat diakses dengan lebih mudah oleh semua keluarga di Malaysia. Kami ingin memberitahu umum bahawa BeFine adalah satu-satunya minuman yogurt Probiotik di pasaran yang tidak berkompromi terhadap rasa, reka bentuk pembungkusan, kualiti dan yang paling penting, ia sesuai dikala krisis kesihatan yang sedang kita alami kerana mengandungi Probiotik terbaik Jepun – Bifidobacterium. Tambahan pula, BeFine tidak mengandungi lemak, sifar kolesterol, tanpa pewarna tiruan serta tanpa pengawet tambahan.
Dengan penglibatan kreatif Nabila Razali, kami tampil dengan kempen bagi sepanjang tahun dan yakin bahawa kami dapat menempa pasaran didalam norma naharu ini. Kami berharap dan optimis mendapat penerimaan yang baik dari pasaran dengan apa yang telah kami rancangkan. BeFine adalah minuman yogurt yang akan menakluk pasaran sebagai satu-satunya minuman yogurt dengan Probiotik. Dengan termetrainya kerjasama bersama Nabila hari ini, kami percaya kami akan dapat melakar sebuah cerita kepada pengguna Malaysia tentang kebaikan minuman Yogurt Probiotic BeFine.”
Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: http://www.dydo.com.my
Laman sesawang DyDo Jepun: https://www.dydo-ghd.co.jp
Laman Facebook rasmi BeFine: https://www.facebook.com/befinemalaysia/
Laman Instagram rasmi BeFine: @befinemalaysia
Leave a Reply