Wah sambutan Krismas di Avenue K tahun ini memang berbeza sekali! Manakan tidak, saban tahun Santa Klaus akan meluangkan masa satu hari memberi hadiah, namun kali ini Santa akan merehatkan diri sampil beriadah musim panas di pusat beli-belah ini.
Pengunjung yang datang membeli-belah boleh berjumpa Santa bersama isterinya, Puan Claus sedang berehat di ruangan santai di Atrium, Aras GF. Menariknya, Santa tidak lagi memakai pakaian sut berwarna merah yang memang sinonim dengan Krismas, tetapi memakai t-shirt gaya Hawai dan seluar pendek Bermuda di bawah pohon setinggi 15 kaki. Manakala kereta luncur pula digantikan dengan van gaya Camper Retro berona merah dengan sebatang pokok Krismas diikat pada bahagian bumbung untuk memudahkan Santa meletakkan pokok Krismas di mana-mana sahaja yang dirasakan sesuai sambil merasai suasana sambutan Krismas.
Tidak jauh dari tempat istirehat pula, Gingerbread Man bersantai di atas permukaan air bersama rusa kepunyaan Santa lengkap dengan pakaian mandi! Memang berehat betul Santa, Puan Claus, Gingerbread Man dan Rudolph!
Disekeliling kawasan Atrium ini turut diletakkan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai produk sempena kedatangan Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi. Antara produk yang ditawarkan adalah biskut Famous Amos, kedai menjual hadiah dan barangan dekoratif dari Living Cabin, peralatan kalis air dari Hypergear dan aneka jenis juadah yang enak daripada Village Grocer.
Avenue K juga telah menjemput pihak Malaysia Official Designers Association (MODA) membuka gerai jualan mereka sempena Kempen Kanser Payu Dara sambil membuat jualan amal. Jadi sambil anda membeli barangan di gerai MODA ini, anda juga dapat membuat amal kebajikan.
Bagi pengunjung yang datang membeli-belah sempena perayaan Krismas ini, mereka yang membeli RM200 dan ke atas dengan gabungan maksimum TIGA keping resit dalam hari yang sama di mana-mana kedai dalam Avenue K boleh menebus SATU tin Krismas AK yang berisi biskut. Jika anda membeli lebih daripada RM100 dalam SATU resit pula, anda boleh mendapatkan khidmat membalut hadiah. Pastinya anda dapat menjimatkan masa untuk membalut hadiah-hadiah untuk diberikan pada yang tersayang!
Banyak aktiviti yang disediakan untuk pengujung antaranya Nyanyian Caroling, Sesi Bergambar dan anda boleh berjumpa Santa dan pembantunya di sekitar Avenue K. Anda juga boleh menyertai pertandingan FB “Count The Surfboards” di mana anda perlu membantu Santa mengira aksesori papan luncur yang diletakkan pada pokok dan jika betul pengiraan anda, maka anda berpeluang memenangi hadiah istimewa yang disediakan oleh Avenue K. Tiada sebarang bayaran atau pembelian barangan diperlukan untuk memasuki pertandingan ini.
Apalagi, jangan lepaskan peluang berjumpa Santa dan krewnya di Avenue K sehingga 3 Januari ini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Maklumat lanjut, layari :https://bit.ly/32VpeXI
Leave a Reply