TERPUKAU DENGAN SUASANA KRISMAS DI AVENUE K

Memang mempersona! Terasa seperti dalam dunia khayalan!

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (1)

Itu yang sesuai diperkatakan tatkala melihat hiasan dekorasi Krismas di pusat beli-belah ini lebih-lebih lagi kehadiran pokok krismas gergasi yang tersergam tinggi hingga mendongak ke langit!

Berukuran 30 kaki, pokok krismas ini dipenuhi dengan aksesori hiasan bauble berbentuk bulat beraneka saiz dan warna serta bunga poinsettia berona merah.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.38 (2)

Di hadapan pokok krismas gergasi ini pula menempatkan beberapa gerai yang menjual makanan berupa biskut, coklat dan produk dekor untuk sambutan Krismas daripada outlet-outlet yang terdapat di dalam Avenue K antaranya Famous Amos, BreadTalk dan pasar raya Village Grocer juga Mygift.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39

Sempena Krismas ini, pengunjung yang berbelanja antara RM100 atau RM250 dengan maksimum TIGA resit boleh menebus baucar makanan dan beli-belah bernilai RM40 atau RM150 di Kaunter Informasi.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (4)

Pengunjung yang datang ke Avenue K juga berpeluang menyaksikan persembahan sempena sambutan Krismas dan turut serta dalam aktivit-aktiviti yang disediakan antaranya Snow Fall, Tarian Jingle Bell, Nyanyian Karol, kemunculan Santa dan pembantunya dan banyak lagi yang pastinya menghiburkan.

Bagi yang sukakan cabaran, anda  boleh menyertai pertandingan Mengira Baubles yang menjadi aksesori hiasan pada pokok Krismas. Pertandingan ini dijalankan menerusi pertandingan di Facebook.  Apa yang perlu lakukan adalah:

  1. mengira jumlah baubles yang ada
  2. ambil gambar
  3. pos jawapan dan gambar di Facebook Avenue K @AvenueKMY

Cubalah dan anda berpeluang memenangi hadiah yang hebat!

Avenue K juga tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Sempena ketibaan Krismas ini, Avenue K berkolaborasi bersama-sama C.Michael London, Max Fashion dan Nando di mana bersama-sama jenama ini, mereka akan membeli pakaian baharu, memberi perkhidmatan memotong rambut dan makan malam bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary. Bagi yang ingin menderma pada kanak-kanak ini, sangat-sangat dialukan.

Memandangkan tidak lama lagi sahaja sambutan Krismas ini, jadi ambil kesempatan untuk membeli-belah di sini.

ANIMASI FANTASI JADI INSPIRASI KRISMAS DI SURIA KLCC

Berlatarkan suasana meriah sambutan Krismas pada waktu malam di hadapan stesen kereta api di luar negara, sambutan Krismas tahun ini di Suria KLCC diilhamkan daripada animasi fantasi “The Polar Express”. 

Andy_Kho_3036a

Ia lengkap dengan hiasan lampu kelip-kelip yang menerangi pokok-pokok krismas beserta replika kereta api bersaiz sebenar yang boleh dinaiki oleh pengunjung menambahkan lagi rasa keriangan menyambut perayaan ini.

IMG_20211123_170638

Sempena sambutan Krismas ini juga, Suria KLCC menawarkan ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM500,000 melalui program ‘Ganjaran Pembelian Krismas atau Christmas Shoppers Rewards‘ yang mana pengunjung yang membuat pembelian sekurang-kurangnya RM500 dalam SATU resit dari mana-mana kedai khusus dalam pusat beli-belah itu berpeluang memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000!

Wah, ini satu tawaran yang menakjubkan!!

Sebanyak 76 pengunjung bertuah bakal dipilih dari sekarang sehingga 26 Disember nanti. Manakala pengunjung yang membeli sekurang-kurangnya RM1,500 dalam DUA resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100 selagi stok masih ada.

Selain menikmati dekorasi bertemakan fantasi di Centre Court, anda boleh menaiki replika kereta api dan paling teruja, anda boleh membunyikan hon yang disediakan! Memang rasa seperti menaiki kereta api sebenar!

Andy_Kho_3139a

Jika anda dan keluarga ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesen kereta api mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8. Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak Suria KLCC.

Andy_Kho_3084a

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan Santa dan pembantunya yang akan membuat kemunculan di Kotej Santa pada hujung minggu dan hari Krismas untuk bergambar bersama pengunjung. Pengunjung boleh bergambar di kawasan pintu masuk Park Mall di mana di situ terdapat pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan  setiap kali terdapat pergerakan berhampiran punca pencahayaan.

Warna lembut pastel akan dipancarkan seindah aurora yang mampu menghasilkan kesan yang menarik pada foto yang diambil. Terdapat juga aktiviti interaktif di beberapa lokasi terutama di Stesen Keretapi Polar Ekspress di Centre Court yang akan bercahaya dan mengeluarkan bunyi wisel seperti sebuah keretapi tradisional sebenar yang juga menghasilkan kepulan asap yang mampu mengimbau pengalaman bagaimana keretapi berfungsi pada zaman dahulu.

Di perkarangan pusat beli-belah ini terdapat pokok Krismas dengan ketinggian 100 kaki yang merupakan pokok hiasan tertinggi di Malaysia tersergam di Esplanade menanti kedatangan pengunjung. Bukan sahaja penuh dengan dekorasi yang mengujakan, ianya juga menampilkan kereta api wap di sampingnya. Kereta api ini adalah satu lagi tarikan Polar Ekspress yang boleh diabadikan di dalam Instagram ketika pengunjung menikmati suasana sekitar Esplanade, yang disulami dengan pancutan air berirama di Taman KLCC.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien,

Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah bersedia untuk Krismas. Tahun ini kami akan kembalikan kemeriahan dan keterujaan kepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini. Suria KLCC ialah sebuah tempat di mana pengunjung samada pasangan, kawan-kawan, keluarga dan ‘reunion’ yang mampu menceriakan semua.

“Persediaan untuk sambutan Krismas merupakan masa yang dinantikan setiap tahun di Suria KLCC, dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini. Sudah tentu kami sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah kami sediakan untuk mereka.

“Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua.”

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Edit-4432a

Pengunjung di Alamanda Putrajaya juga di sajikan dengan ganjaran istimewa dari 27 November hingga 26 Disember sebagai sebahagian daripada program penebusan Krismas. Setiap hari hingga 26 Disember, 10 pembeli pertama yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam tidak lebih daripada 2 resit dari kedai khusus akan menerima bekas seramik edisi terhad.

Ibu bapa dengan keahlian VIKids juga akan menerima satu pas percuma untuk menaiki keretapi Polar Ekspress untuk seluruh keluarga sekiranya mereka berbelanja RM500 dan ke atas. Terdapat 800 pas percuma untuk diberikan di Centre Court sepanjang tempoh kempen kepada yang layak.

Kepada mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tidak lebih daripada 2 resit akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar membeli belah Alamanda bernilai RM300, di samping menerima bekas seramik edisi terhad yang sama. Ahli VIKids juga akan menerima keistimewaan yang sama seperti yang telah dinyatakan.

Pembeli di Alamanda bukan sahaja akan dapat menikmati dekorasi yang bertemakan Polar Ekspress, mereka juga boleh menikmati pelbagai hiburan yang disajikan. Ini termasuklah persembahan klasik yang akan diadakan di Centre Court, dari pertunjukan silap mata, tarian bertemakan Krismas, persembahan Jazz hinggalah kemunculan Santa Claus pada hari Krismas.

MESRA MALL

2Image

Di Mesra Mall, Centre Court akan dihiasi dengan keindahan warna-warni sempena Krismas dari 1 hingga 25 Disember dimana kempen penebusan untuk pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam 2 resit dari mana-mana kedai khusus. Pembeli berhak menebus sebuah balang eksklusif serta merta. Bagi mereka yang berbelanja pada mana-mana hari Ahad dalam waktu kempen akan menerima ganjaran tambahan dimana, 50 pembeli pertama yang memenuhi syarat pembelian pada hari tersebut akan membawa pulang baucar membeli belah bernilai RM20.

Pada hari Krismas, Santa Clause akan membawa keceriaan kepada kanak-kanak dengan layanan istimewa. ‘Secret Santa’ juga akan memberikan kejutan kepada pembeli bertuah dengan baucar F&B bernilai RM10 pada pukul 2 petang hari yang sama yang boleh ditebus di Baskin Robbins/Secret Recipe/Boost Juice.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Seronoknya Santa Bercuti Musim Panas di Avenue K

Wah sambutan Krismas di Avenue K tahun ini memang berbeza sekali! Manakan tidak, saban tahun Santa Klaus akan meluangkan masa satu hari memberi hadiah, namun kali ini Santa akan merehatkan diri sampil beriadah musim panas di pusat beli-belah ini.

IMG_20201222_141811 (2)

Pengunjung yang datang membeli-belah boleh berjumpa Santa bersama isterinya, Puan Claus sedang berehat di ruangan santai di Atrium, Aras GF. Menariknya, Santa tidak lagi memakai pakaian sut berwarna merah yang memang sinonim dengan Krismas, tetapi memakai t-shirt gaya Hawai dan seluar pendek Bermuda di bawah pohon setinggi 15 kaki. Manakala kereta luncur pula digantikan dengan van gaya Camper Retro berona merah dengan sebatang pokok Krismas diikat pada bahagian bumbung untuk memudahkan Santa meletakkan pokok Krismas di mana-mana sahaja yang dirasakan sesuai sambil merasai suasana sambutan Krismas.

IMG_20201222_141843 (2)

Tidak jauh dari tempat istirehat pula, Gingerbread Man bersantai di atas permukaan air bersama rusa kepunyaan Santa lengkap dengan pakaian mandi! Memang berehat betul Santa, Puan Claus, Gingerbread Man dan Rudolph!

Disekeliling kawasan Atrium ini turut diletakkan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai produk sempena kedatangan Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi. Antara produk yang ditawarkan adalah biskut Famous Amos, kedai menjual hadiah dan barangan dekoratif  dari Living Cabin, peralatan kalis air dari Hypergear dan aneka jenis juadah yang enak daripada Village Grocer.

Avenue K juga telah menjemput pihak Malaysia Official Designers Association (MODA) membuka gerai jualan mereka sempena Kempen Kanser Payu Dara sambil membuat jualan amal. Jadi sambil anda membeli barangan di gerai MODA ini, anda juga dapat membuat amal kebajikan.

Bagi pengunjung yang datang membeli-belah sempena perayaan Krismas ini, mereka yang membeli RM200 dan ke atas dengan gabungan maksimum TIGA keping resit dalam hari yang sama di mana-mana kedai dalam Avenue K boleh menebus SATU tin Krismas AK yang berisi biskut. Jika anda membeli lebih daripada RM100 dalam SATU resit pula, anda boleh mendapatkan khidmat membalut hadiah. Pastinya anda dapat menjimatkan masa untuk membalut hadiah-hadiah untuk diberikan pada yang tersayang!

Banyak aktiviti yang disediakan untuk pengujung antaranya Nyanyian Caroling, Sesi Bergambar dan anda boleh berjumpa Santa dan pembantunya di sekitar Avenue K. Anda juga boleh menyertai pertandingan FB “Count The Surfboards” di mana anda perlu membantu Santa mengira aksesori papan luncur yang diletakkan pada pokok dan jika betul pengiraan anda, maka anda berpeluang memenangi hadiah istimewa yang disediakan oleh Avenue K. Tiada sebarang bayaran atau pembelian barangan diperlukan untuk memasuki pertandingan ini.

Apalagi, jangan lepaskan peluang berjumpa Santa dan krewnya di Avenue K sehingga 3 Januari ini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Maklumat lanjut, layari :https://bit.ly/32VpeXI

Kempen “Gifting Grateful” The Coffee Bean & Tea Leaf Tanam Rasa Kesyukuran

Krismas adalah masanya ahli keluarga dan rakan berkumpul meraikan suasana yang istimewa dan dalam masa sama menunjukkan penghargaan atas perkara-perkara baik yang telah berlaku sepanjang tahun, sama ada membeli hadiah yang bermakna untuk orang tersayang atau membawa mereka untuk menikmati hidangan menyelerakan seperti menu terbaharu musim cuti hanya di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia!

CB&TL Gifting Grateful (2)

“Kita seringkali terleka dengan kemeriahan musim percutian sehinggakan kita terlepas pandang akan erti sebenar sambutannya, iaitu rasa kesyukuran dan berkongsi masa dengan mereka yang dikasihi. Tahun ini, di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kami ingin menjemput anda untuk melangkah ke restoran kami, bersantai sambil menikmati hidangan musim cuti, membawa pulang rasa keraian cuti dengan set hadiah dengan perasaan bersyukur dengan kempen “Gifting Grateful” kami,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

IMG20191120143517

Idea ‘Gifting Grateful’ ini juga termasuklah usaha amal dalam membantu orang lain yang kurang bernasib baik, dari menjadi seorang sukarelawan kepada kutipan dana; selama bertahun-tahun CB&TL telah menjual Tag Hadiah ‘Caring Cup’ (RM2 setiap satu, RM8 satu set) bagi membantu komuniti yang memerlukan, selain projek tahunan yang menyokong usaha murni.

Minuman Perayaan Istimewa untuk Semua!

Bagi menyempurnakan suasana perayaan kali ini, CB&TL menyajikan menu edisi terhad menampilkan gabungan keseronokan baharu bersama dengan kegemaran klasik. Pencinta kopi boleh memilih daripada minuman Ice Blended® Salted Popcorn atau Double Chocolate Peppermint (kecil RM16.50, sederhana RM18), juga tersedia dalam minuman latte panas atau ais (kecil RM15.95, sederhana RM17.45). Terdapat juga Holiday Blend istimewa (kecil RM8.60, sederhana RM9.65) atau, untuk minuman yang lebih kuat lagi menyelerakan, cubalah Peppermint Nitro Latte (RM15.95)!

Bagi mereka yang lebih suka untuk pilihan yang berbeza, Pure Double Chocolate Peppermint dan Pure Red Velvet tersedia dalam Ice Blended® (kecil RM16.50, sederhana RM18) atau minuman koko panas (kecil RM15.95, sederhana RM17.45).

Untuk padanan seleksi minuman lazat ini, antara pilihan menu Holiday yang menyelerakan kini tersedia buat anda – pilihlah dari Comet’s Choc Cheesecake, kek keju ringan bercoklat dihiasi buah beri dan krim segar (RM13.95 setiap keping, RM139.90 untuk kek 1.1.kg), Rudolph’s Sleigh dengan krim coklat lazat, puf krim dan badam rangup (RM13.95 setiap keping); Dasher’s Snow Surprise yang boleh didapati dalam variasi kek buah, red velvet atau brownie (RM148 untuk kek 1.9kg); atau Classic Winter Log (RM13.95 untuk sekeping, RM139.90 untuk kek 1.3kg).

IMG20191120143731

Hidangan bermusim istimewa yang lain termasuk Prancer’s Passion, kek buah markisa dan mangga (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan kek), 101 North Pole gingerbread spice berbentuk rumah (RM125); Blitzen’s Stollen yang kaya dengan sultana, kayu manis dan marzipan (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan roti); Jolly Breadman (RM6.90 sekeping); dan Dancer’s Holiday Cookie, hidangan dengan tiga kali ganda coklat (RM6.90 untuk sekeping).

Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, peminat kini boleh membeli Sampler Gifting Grateful dengan lebih mudah, cara terbaik untuk berkongsi dan menunjukkan rasa penghargaan buat mereka yang tersayang dengan seleksi Classic Winter Log, Jolly Breadman, Tat Strawberi dan Comet’s Choc Cheesecake, semuanya hadir dengan saiz kecil yang senang dimakan, hanya RM99 untuk pek 20 keping!

Di samping itu, seleksi hadiah yang boleh anda berikan: serbuk kopi Holiday Blend dengan tiga panggangan berbeza (RM39 satu pek atau RM118 untuk Set Hadiah); set Hadiah Espresso (RM88); serbuk edisi terhad (RM40 setin); dan cawan dengan rekaan perayaan (RM48) serta botol tumbler (RM138).

Mulakan tahun ‘Gifting Grateful’ dengan promosi awal: diskaun 20% untuk kek Holiday, pek parti dan roti tradisional Holiday pilihan dengan kad CB&TL atau menerusi pesanan dalam talian sehingga 10 Disember 2019, dan nikmati potongan 30% untuk model terpilih Mesin ‘Single Serve’ CB&TL iaitu Bianca, Clio, Venus, Desto, Kaldi dan Contata sehingga 26 Disember!

Untuk maklumat lanjut tentang menu Holiday CB&TL, tawaran terkini, berita dan promosi, ikuti laman Facebook CB&TL http://www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau lawati website http://www.coffeebean.com.my.

 

“A Starry Christmas” dan Star Wars: The Rise of Skywalker Meriahkan Pavilion KL

Pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur ini membawa kemeriahan hari Natal bersama sambutan “A Starry Christmas” yang mengasyikkan, menandakan permulaan yang menggembirakan untuk musim beli-belah, makan dan masa keriangan akhir tahun!

 

dav

Buat pertama kalinya, Pavilion KL berganding dengan The Walt Disney Company Malaysia bagi meraikan kejaiaban Krismas sempena dengan pelancaran filem yang sangat dinantikan iaitu Star Wars: The Rise of Skywalker, filem terakhir daripada francais STAR WARS.

hdr

Mulai 19 November hingga 31 Disember, peminat Star Wars boleh merasai kehangatan pengembaraan antara galaksi yang hebat di Centre Court yang mana anda akan disambut dengan ‘lightsabers’ merah dan biru yang menjulang tinggi. Ketika anda menuruti Spanish Steps sediakan kamera untuk bergambar bersama Sith Troopers manakala terapung di tengah Centre Court adalah Replika Milennium Falcon terbesar yang telah menerima anugerah oleh Malaysia Book of Records.

Berukuran sebesar 30 x 40 kaki, replika yang tersergam indah itu menarik pengujung dengan pertunjukan cahaya pada pukul 8 malam setiap hari. Jangan dilupakan merasai pengalaman interaktif di stesen Hyper Drive and Cockpit Access untuk mengambil gambar kenangan, selain membeli barangan khas Star Wars.

Tahun lalu, Pavilion KL bekerjasama dengan Disney membawa kempen “Disney Celebrate The Magic-Dream Christmas” sempena dengan “Mickey’s 90 Years”. Pavilion KL memenangi Emas di Anugerah “CASC-PPK Best Experiential Marketing 2019”. Jun 2019 hingga Januari 2020, sekali lagi bekerjsama dengan Disney dan Crave Asia untuk membawa pameran “Marvel Studios-Ten Years of Heroes Exhibition Malaysia” buat pertama kalinya di Malaysia.

Kempen Star Wars kali ini tidak kurang hebatnya. Peminat Star Wars akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk peluang bertemu watak-watak Star Wars kegemaran seperti C-3PO, R2-D2, Stormtroopers, latihan ‘lightsaber’ dalam usaha menjadi seorang Jedi di ‘Star Wars Jedi Experience”.

hdr

“Kerjasama kami dengan Disney telah menyajikan pengunjung dan pelawat dengan peluang untuk merasai pengalama bersama Mickey, Marvel dan sekarang Star Wars dengan cara yang sangat menyeluruh dan penuh interaktif. Komitmen kami di Pavilion KL adalah untuk terus meningkatkan mutu standard serta memberi pengunjung dan pelawat pengalaman yang hebat dan kreatif di setiap kesempatan yang ada.” ujar Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan) Pavilion KL.

Jangan lupa bergambar dan hashtag #PaviliomKL #AStarryChristmasXPKL

Semangat Musim Cuti Menjadi Nyata di Pavilion KL

Singgahlah di “YSL Beaute’s Holiday Look 2019 High on Stars Collection” di Pintu Utama Aras 3. Aktifkan “Spritzer’s Sparkling Holiday” di Connection Aras 3 di mana anda akan menemui gerai foto untuk menangkap gambar Krismas dan menebus sampel percuma Spritzer Sparkling 325ml dari 1 hingga 29 Disember 2019.

Dapatkan ganjaran untuk pembelian di seluruh Pavilion KL dengan menebus dan membawa pulang beg bagasi ukuran kabin Edisi Terhad Star Wars percuma dengan pembelanjaan minimum sebanyak RM5,000 dalam satu resit (RM3,000 dengan kad kredit Maybank). Selain itu, anda juga boleh menebus flask vakum Edisi Terhad Star Wars percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM1,5000 dalam satu resit (RM1,000 dengan kad kredit Maybank).

Idea Hadiah

Belilah hadiah sempena musim cuti dan balutkannya di Santa’s Workshop di Dining Lot, Aras 7. Dapatkan koleksi Star Wars di kedai-kedai termasuk konsep Royal Selangor yang baru dibuka dimana anda akan menemui koleksi Star Wars dengan watak-watak ikonik termasuk Yoda, Darth Vader dan Boba Fett yang diabadikan dalam piuter. Di kedai konspe MCM yang baru dibuka di Couture Pavilion pula, dapatkan aksesori kulit dan fesyen terbaru sebelum menuju ke Fashion Avenue untuk mencari koleksi alat solek baru.

Makan, Minum dan Bergembiralah

Perayaan akhir tahun adalah masa untuk berkumpul, bertemu dan mengimbas kembali peristiwa tahunan. Rasailah pengalaman yuletida ketika menjamu selera dengan kepelbagaian masakan antarabangsa di Pavilion Kl, Connection atau bergembira di Red Box Plus, Cloud Nine dan Saro Lounge. Musim ini adalah peluang terakhir melihat Pameran “Marvel Studios-Ten Years of Heroes Exhibiton Malaysia di Aras 10 sebelum ditutp pada Januari 2020. Pelbagai persembahan Krismas, Santa Greet & Meet dan nyanyian karol menanti anda di Paviion KL!

Maklumat lanjut, layari atau hubungi:

GUARDIAN Malaysia Tawar 80 Set Hadiah Perayaan Serba Eksklusif

Memang rambang mata tengok aneka set-set hadiah Eksklusif sempena Krismas dan Sambutan Tahun Baru dari Guardian Malaysia ni. Packaging yang cantik, comel, menarik dengan warna-warna ceria memang rasa nak beli je semua!

(2nd from right) Wong Vai Chi, Head of Marketing and Promotions Guardian Malaysia and Michelle Yeap, Brand Manager Health and Beauty Own Brand Malaysia and Brunei (in black), posing with

Guardian Malaysia kini mencipta satu trend promosi untuk sambutan musim perayaan dengan set-set hadiah eksklusif dan menakjubkan, produk-produk berkualiti, pada harga yang sangat berpatutan serta mampu milik.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd,
Vai Chi berkata:

“80 set hadiah yang cukup menarik, praktikal dan berguna telah dipilih daripada beberapa jenama antarabangsa eksklusif Guardian dan Jenama Sendiri (Own Brand) yang melambangkan nilai hebat untuk wang. Terdiri daripada barangan kosmetik, beg, penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan tangan, set mandian, wangian, set berus dan banyak lagi, kami pasti anda akan menemui hadiah yang tepat untuk orang yang tersayang, keluarga, dan sahabat handai, tidak kira umur dan gaya hidup mereka.” 

Vai Chi turut menjelaskan bahawa Guardian telah membina reputasi selama bertahun-tahun dalam memenuhi keperluan pelanggan untuk produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Kami percaya para pelanggan akan gembira dengan pilihan, kualiti serta harga yang kami tawarkan. Kami telah berkembang dan kini merupakan peruncit utama dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Selaku pakar dalam kesihatan kecantikan, kami berbangga dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pelanggan. Set-set hadiah ini, yang merupakan siri kedua kami, adalah sejajar dengan polisi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan tanpa mengira apa jua musim!”

Promosi yang dinamakan ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ Guardian Malaysia ini telahpun bermula pada 29 November 2018 lalu di seluruh 430 stornya dan bakal berakhir pada 31 Disember 2018.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan apabila berkunjung ke stor, ‘Your Personal Guardian’ diwujudkan untuk membantu pelanggan memilih hadiah yang ideal untuk orang yang mereka sayang.

Mulai 10 Disember 2018, dapatkan khidmat ‘Your Personal Guardian’ yang boleh dikenal pasti dengan mudah dengan lencana yang mereka pakai. Jika anda buntu apa yang patut dihadiahkan untuk ibu saudara atau adik perempuan remaja anda, sila dapatkan cadangan hadiah daripada ‘Your Personal Guardian’. Setiap pelanggan yang membeli hadiah yang disyorkan oleh ‘Your Personal Guardian’ akan menerima beg membeli-belah percuma daripada Guardian.

Dan untuk kekal relevan dengan pelanggan dalam arus zaman yang sentiasa berubah, Guardian Malaysia akan melancarkan ‘Your Personal Guardian’ di Facebook Messenger pada bulan Disember. Ia bertujuan membantu dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mendapatkan hadiah yang sesuai untuk orang tersayang melalui kuasa chat.

Untuk maklumat lanjut tentang Guardian Malaysia, sila layari:

http://www.facebook.com/GuardianMalaysia

IPC Hulur Bantuan Pada 100 Keluarga Sempena Kehadiran Krismas

“Chrismas in a Box” oleh pusat beli-belah IPC pastinya memberi sinar kebahagiaan kepada lebih 100 keluarga yang menyambut kedatangan Krismas

IMG 4

Perayaan Krismas di IPC tahun ini memang berbeza. Jika dahulu dilimpahi dengan serba kemewahan tetapi kali ini, pusat beli belah itu lebih memberi tumpuan dalam menghulurkan bantuan kepada lebih daripada 100 keluarga yang memerlukan.

Bantuan yang dimaksudkan adalah berupa sumbangan barang keperluan dapur, barangan alat tulis sekolah serta permainan dan IPC mensasarkan sumbangan bernilai kira-kira RM100,000.

Sebagai langkah awal,  IPC telah menyumbang sebanyak RM50,000.  Untuk mencapai matlamat RM100,000  itu, IPC memerlukan sumbangan bantuan daripada orang ramai.

Dengan mengambil tema”Christmas in a Box”, IPC telah menyediakan 4 jenis kotak hadiah yang akan disumbangkan kepada 100 keluarga tersebut, iaitu:

  1. Happiness Box-mengandungi permainan IKEA & alatan seni & kraf (RM25)
  2. Home Box-mengandungi barangan keperluan harian (RM48)
  3. Back-to-School Box-mengandungi peralatan sekolah (RM120)
  4. Care Box-mengandungi barangan keperluan harian + peralatan sekolah (RM168)

“Pusat beli-belah IPC lebih kepada memberi kebahagiaan kepada pekerja dan komuniti berdekatan. Setiap hari kami bertemu dengan pelbagai golongan yang berbeza latar belakang mengunjungi pusat kami. oleh itu kami mahu memberikan mereka kepuasan setiap kali berkunjung ke sini. Sebab itu, objektif utama kempen kami kali ini adalah untuk mengembangkan komitmen tersebut kepada mereka.

Setiap hujung tahun memang hari yang istimewa bagi kami di IPC, dan tahunini kami ingin memberi momen istimewa kepada 100 keluarga ini dan ingin berkongsi bersama kawan-kawan, rakan kongsi dan komuniti.” 

-Karyn Lim, Ketua Pusat IPC.

IKEA Damansara adalah rakan kongsi komersil pertama yang bekerjasama dalam kempen dengan membangunkan “Happiness Box”. Ia direka dengan mengambil kira barangan yang sering diterima kanak-kanak sewaktu Krismas. Sebab itu ia dipenuhi dengan permainan IKEA dan barangan seni serta kraf.

IPC turut memperkenalkan rakan kongsi lain yang terlibat iaitu:

  1. Restoran Absolute Thai-sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000
  2. Spotlight-sumbangan barangan keperluan rumah
  3. Kedai buku Popular-sumbangan perkakasan sekolah
  4. HOPE Worldwide Malaysia-mengetuai urusan logistik
  5. Bonsey Jaden-memberi maklumat kepada orang ramai

Kempen “Christmas in a Box’ bakal berakhir 27 Disember ini. Untuk membuat sumbangan, lawat booth HOPE Worldwide Malaysia yang terletak di Concourse, Aras G.

Maklumat lanjut, layari http://www.ipc.com.my

Semarakkan Krismas Dengan Pilihan 50 Set Hadiah Guardian

Set hadiah eksklusif GUARDIAN ini memang sesuai dijadikan hadiah untuk yang teristimewa

Photo A (1)

Guardian Malaysia memperkenalkan rangkaian set hadiah yang menarik seiring dengan trend global terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang inginkan sesuatu yang istimewa tatkala musim perayaan yang bakal tiba.

Set-set hadiah eksklusif, berpatutan dan praktikal itu telah diperkenalkan dalam jamuan khas bersama media yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen bersama pasukan pengurusan kanan beliau.

Soren berkata:

“Set-set hadiah eksklusif ini, yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan kami.

Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Ini kerana kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ianya menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan.” 

 

Beliau turut berkongsi pandangan tentang falsafah perniagaan Guardian Malaysia:

“Perniagaan kami adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sejak kami bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang.”

“Sejak itu, reputasi dan perniagaan kami berkembang ke seluruh negara. Hari ini, kami memiliki lebih 420 stor, yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan setiap bulan!”

Soren yang baru mengambil alih tampuk kepimpinan syarikat bulan April tahun ini, berkata beliau berharap untuk terus berkembang di atas asas kukuh yang telah dibina oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya sepanjang 50 tahun yang lalu.

“Kami telah menetapkan beberapa prioriti perniagaan strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk menjadi sahabat sejati kepada para pelanggan kami. Matlamat kami yang paling utama adalah untuk berhubung dengan pelanggan, seterusnya membantu memenuhi keperluan mereka. Seperti seorang sahabat, yang dicari ketika mereka memerlukan nasihat kecantihan dan kesihatan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal sebagai peneraju pasaran dan sebagai peruncit pilihan utama pelanggan.” 

Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia.

Ia telah digabungkan dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.

Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated.