TERPUKAU DENGAN SUASANA KRISMAS DI AVENUE K

Memang mempersona! Terasa seperti dalam dunia khayalan!

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (1)

Itu yang sesuai diperkatakan tatkala melihat hiasan dekorasi Krismas di pusat beli-belah ini lebih-lebih lagi kehadiran pokok krismas gergasi yang tersergam tinggi hingga mendongak ke langit!

Berukuran 30 kaki, pokok krismas ini dipenuhi dengan aksesori hiasan bauble berbentuk bulat beraneka saiz dan warna serta bunga poinsettia berona merah.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.38 (2)

Di hadapan pokok krismas gergasi ini pula menempatkan beberapa gerai yang menjual makanan berupa biskut, coklat dan produk dekor untuk sambutan Krismas daripada outlet-outlet yang terdapat di dalam Avenue K antaranya Famous Amos, BreadTalk dan pasar raya Village Grocer juga Mygift.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39

Sempena Krismas ini, pengunjung yang berbelanja antara RM100 atau RM250 dengan maksimum TIGA resit boleh menebus baucar makanan dan beli-belah bernilai RM40 atau RM150 di Kaunter Informasi.

WhatsApp Image 2021-12-11 at 17.00.39 (4)

Pengunjung yang datang ke Avenue K juga berpeluang menyaksikan persembahan sempena sambutan Krismas dan turut serta dalam aktivit-aktiviti yang disediakan antaranya Snow Fall, Tarian Jingle Bell, Nyanyian Karol, kemunculan Santa dan pembantunya dan banyak lagi yang pastinya menghiburkan.

Bagi yang sukakan cabaran, anda  boleh menyertai pertandingan Mengira Baubles yang menjadi aksesori hiasan pada pokok Krismas. Pertandingan ini dijalankan menerusi pertandingan di Facebook.  Apa yang perlu lakukan adalah:

  1. mengira jumlah baubles yang ada
  2. ambil gambar
  3. pos jawapan dan gambar di Facebook Avenue K @AvenueKMY

Cubalah dan anda berpeluang memenangi hadiah yang hebat!

Avenue K juga tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Sempena ketibaan Krismas ini, Avenue K berkolaborasi bersama-sama C.Michael London, Max Fashion dan Nando di mana bersama-sama jenama ini, mereka akan membeli pakaian baharu, memberi perkhidmatan memotong rambut dan makan malam bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary. Bagi yang ingin menderma pada kanak-kanak ini, sangat-sangat dialukan.

Memandangkan tidak lama lagi sahaja sambutan Krismas ini, jadi ambil kesempatan untuk membeli-belah di sini.

ANIMASI FANTASI JADI INSPIRASI KRISMAS DI SURIA KLCC

Berlatarkan suasana meriah sambutan Krismas pada waktu malam di hadapan stesen kereta api di luar negara, sambutan Krismas tahun ini di Suria KLCC diilhamkan daripada animasi fantasi “The Polar Express”. 

Andy_Kho_3036a

Ia lengkap dengan hiasan lampu kelip-kelip yang menerangi pokok-pokok krismas beserta replika kereta api bersaiz sebenar yang boleh dinaiki oleh pengunjung menambahkan lagi rasa keriangan menyambut perayaan ini.

IMG_20211123_170638

Sempena sambutan Krismas ini juga, Suria KLCC menawarkan ganjaran hebat bernilai lebih daripada RM500,000 melalui program ‘Ganjaran Pembelian Krismas atau Christmas Shoppers Rewards‘ yang mana pengunjung yang membuat pembelian sekurang-kurangnya RM500 dalam SATU resit dari mana-mana kedai khusus dalam pusat beli-belah itu berpeluang memenangi baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000!

Wah, ini satu tawaran yang menakjubkan!!

Sebanyak 76 pengunjung bertuah bakal dipilih dari sekarang sehingga 26 Disember nanti. Manakala pengunjung yang membeli sekurang-kurangnya RM1,500 dalam DUA resit pula akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai RM100 selagi stok masih ada.

Selain menikmati dekorasi bertemakan fantasi di Centre Court, anda boleh menaiki replika kereta api dan paling teruja, anda boleh membunyikan hon yang disediakan! Memang rasa seperti menaiki kereta api sebenar!

Andy_Kho_3139a

Jika anda dan keluarga ingin mencuba menaiki keretapi eksklusif pula, boleh ke Aras 1 Ramlee Mall di mana kawasan tersebut telah diubahsuai kepada sebuah stesen kereta api mini yang boleh dinaiki kanak-kanak dengan harga tiket sebanyak RM8. Setiap RM1 daripada cas yang dikenakan akan disumbangkan kepada pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak Suria KLCC.

Andy_Kho_3084a

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan Santa dan pembantunya yang akan membuat kemunculan di Kotej Santa pada hujung minggu dan hari Krismas untuk bergambar bersama pengunjung. Pengunjung boleh bergambar di kawasan pintu masuk Park Mall di mana di situ terdapat pancaran cahaya umpama aurora yang mempersonakan  setiap kali terdapat pergerakan berhampiran punca pencahayaan.

Warna lembut pastel akan dipancarkan seindah aurora yang mampu menghasilkan kesan yang menarik pada foto yang diambil. Terdapat juga aktiviti interaktif di beberapa lokasi terutama di Stesen Keretapi Polar Ekspress di Centre Court yang akan bercahaya dan mengeluarkan bunyi wisel seperti sebuah keretapi tradisional sebenar yang juga menghasilkan kepulan asap yang mampu mengimbau pengalaman bagaimana keretapi berfungsi pada zaman dahulu.

Di perkarangan pusat beli-belah ini terdapat pokok Krismas dengan ketinggian 100 kaki yang merupakan pokok hiasan tertinggi di Malaysia tersergam di Esplanade menanti kedatangan pengunjung. Bukan sahaja penuh dengan dekorasi yang mengujakan, ianya juga menampilkan kereta api wap di sampingnya. Kereta api ini adalah satu lagi tarikan Polar Ekspress yang boleh diabadikan di dalam Instagram ketika pengunjung menikmati suasana sekitar Esplanade, yang disulami dengan pancutan air berirama di Taman KLCC.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat KLCC, Andrew Brien,

Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah bersedia untuk Krismas. Tahun ini kami akan kembalikan kemeriahan dan keterujaan kepada pelanggan dengan sambutan penuh tradisi ini. Suria KLCC ialah sebuah tempat di mana pengunjung samada pasangan, kawan-kawan, keluarga dan ‘reunion’ yang mampu menceriakan semua.

“Persediaan untuk sambutan Krismas merupakan masa yang dinantikan setiap tahun di Suria KLCC, dengan situasi kelihatan lebih baik untuk tahun ini. Sudah tentu kami sangat teruja melihat pengunjung yang tidak putus-putus menikmati keindahan lampu-lampu dan dekorasi yang telah kami sediakan untuk mereka.

“Di musim perayaan ini, marilah kita bersama mengamalkan penjarakan selamat dan sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pandemik ini masih belum tamat. Yakinlah bahawa Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard untuk memastikan keselamatan semua.”

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Edit-4432a

Pengunjung di Alamanda Putrajaya juga di sajikan dengan ganjaran istimewa dari 27 November hingga 26 Disember sebagai sebahagian daripada program penebusan Krismas. Setiap hari hingga 26 Disember, 10 pembeli pertama yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam tidak lebih daripada 2 resit dari kedai khusus akan menerima bekas seramik edisi terhad.

Ibu bapa dengan keahlian VIKids juga akan menerima satu pas percuma untuk menaiki keretapi Polar Ekspress untuk seluruh keluarga sekiranya mereka berbelanja RM500 dan ke atas. Terdapat 800 pas percuma untuk diberikan di Centre Court sepanjang tempoh kempen kepada yang layak.

Kepada mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tidak lebih daripada 2 resit akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan baucar membeli belah Alamanda bernilai RM300, di samping menerima bekas seramik edisi terhad yang sama. Ahli VIKids juga akan menerima keistimewaan yang sama seperti yang telah dinyatakan.

Pembeli di Alamanda bukan sahaja akan dapat menikmati dekorasi yang bertemakan Polar Ekspress, mereka juga boleh menikmati pelbagai hiburan yang disajikan. Ini termasuklah persembahan klasik yang akan diadakan di Centre Court, dari pertunjukan silap mata, tarian bertemakan Krismas, persembahan Jazz hinggalah kemunculan Santa Claus pada hari Krismas.

MESRA MALL

2Image

Di Mesra Mall, Centre Court akan dihiasi dengan keindahan warna-warni sempena Krismas dari 1 hingga 25 Disember dimana kempen penebusan untuk pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam 2 resit dari mana-mana kedai khusus. Pembeli berhak menebus sebuah balang eksklusif serta merta. Bagi mereka yang berbelanja pada mana-mana hari Ahad dalam waktu kempen akan menerima ganjaran tambahan dimana, 50 pembeli pertama yang memenuhi syarat pembelian pada hari tersebut akan membawa pulang baucar membeli belah bernilai RM20.

Pada hari Krismas, Santa Clause akan membawa keceriaan kepada kanak-kanak dengan layanan istimewa. ‘Secret Santa’ juga akan memberikan kejutan kepada pembeli bertuah dengan baucar F&B bernilai RM10 pada pukul 2 petang hari yang sama yang boleh ditebus di Baskin Robbins/Secret Recipe/Boost Juice.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Seronoknya Santa Bercuti Musim Panas di Avenue K

Wah sambutan Krismas di Avenue K tahun ini memang berbeza sekali! Manakan tidak, saban tahun Santa Klaus akan meluangkan masa satu hari memberi hadiah, namun kali ini Santa akan merehatkan diri sampil beriadah musim panas di pusat beli-belah ini.

IMG_20201222_141811 (2)

Pengunjung yang datang membeli-belah boleh berjumpa Santa bersama isterinya, Puan Claus sedang berehat di ruangan santai di Atrium, Aras GF. Menariknya, Santa tidak lagi memakai pakaian sut berwarna merah yang memang sinonim dengan Krismas, tetapi memakai t-shirt gaya Hawai dan seluar pendek Bermuda di bawah pohon setinggi 15 kaki. Manakala kereta luncur pula digantikan dengan van gaya Camper Retro berona merah dengan sebatang pokok Krismas diikat pada bahagian bumbung untuk memudahkan Santa meletakkan pokok Krismas di mana-mana sahaja yang dirasakan sesuai sambil merasai suasana sambutan Krismas.

IMG_20201222_141843 (2)

Tidak jauh dari tempat istirehat pula, Gingerbread Man bersantai di atas permukaan air bersama rusa kepunyaan Santa lengkap dengan pakaian mandi! Memang berehat betul Santa, Puan Claus, Gingerbread Man dan Rudolph!

Disekeliling kawasan Atrium ini turut diletakkan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai produk sempena kedatangan Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi. Antara produk yang ditawarkan adalah biskut Famous Amos, kedai menjual hadiah dan barangan dekoratif  dari Living Cabin, peralatan kalis air dari Hypergear dan aneka jenis juadah yang enak daripada Village Grocer.

Avenue K juga telah menjemput pihak Malaysia Official Designers Association (MODA) membuka gerai jualan mereka sempena Kempen Kanser Payu Dara sambil membuat jualan amal. Jadi sambil anda membeli barangan di gerai MODA ini, anda juga dapat membuat amal kebajikan.

Bagi pengunjung yang datang membeli-belah sempena perayaan Krismas ini, mereka yang membeli RM200 dan ke atas dengan gabungan maksimum TIGA keping resit dalam hari yang sama di mana-mana kedai dalam Avenue K boleh menebus SATU tin Krismas AK yang berisi biskut. Jika anda membeli lebih daripada RM100 dalam SATU resit pula, anda boleh mendapatkan khidmat membalut hadiah. Pastinya anda dapat menjimatkan masa untuk membalut hadiah-hadiah untuk diberikan pada yang tersayang!

Banyak aktiviti yang disediakan untuk pengujung antaranya Nyanyian Caroling, Sesi Bergambar dan anda boleh berjumpa Santa dan pembantunya di sekitar Avenue K. Anda juga boleh menyertai pertandingan FB “Count The Surfboards” di mana anda perlu membantu Santa mengira aksesori papan luncur yang diletakkan pada pokok dan jika betul pengiraan anda, maka anda berpeluang memenangi hadiah istimewa yang disediakan oleh Avenue K. Tiada sebarang bayaran atau pembelian barangan diperlukan untuk memasuki pertandingan ini.

Apalagi, jangan lepaskan peluang berjumpa Santa dan krewnya di Avenue K sehingga 3 Januari ini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Maklumat lanjut, layari :https://bit.ly/32VpeXI

Kempen “Gifting Grateful” The Coffee Bean & Tea Leaf Tanam Rasa Kesyukuran

Krismas adalah masanya ahli keluarga dan rakan berkumpul meraikan suasana yang istimewa dan dalam masa sama menunjukkan penghargaan atas perkara-perkara baik yang telah berlaku sepanjang tahun, sama ada membeli hadiah yang bermakna untuk orang tersayang atau membawa mereka untuk menikmati hidangan menyelerakan seperti menu terbaharu musim cuti hanya di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia!

CB&TL Gifting Grateful (2)

“Kita seringkali terleka dengan kemeriahan musim percutian sehinggakan kita terlepas pandang akan erti sebenar sambutannya, iaitu rasa kesyukuran dan berkongsi masa dengan mereka yang dikasihi. Tahun ini, di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kami ingin menjemput anda untuk melangkah ke restoran kami, bersantai sambil menikmati hidangan musim cuti, membawa pulang rasa keraian cuti dengan set hadiah dengan perasaan bersyukur dengan kempen “Gifting Grateful” kami,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

IMG20191120143517

Idea ‘Gifting Grateful’ ini juga termasuklah usaha amal dalam membantu orang lain yang kurang bernasib baik, dari menjadi seorang sukarelawan kepada kutipan dana; selama bertahun-tahun CB&TL telah menjual Tag Hadiah ‘Caring Cup’ (RM2 setiap satu, RM8 satu set) bagi membantu komuniti yang memerlukan, selain projek tahunan yang menyokong usaha murni.

Minuman Perayaan Istimewa untuk Semua!

Bagi menyempurnakan suasana perayaan kali ini, CB&TL menyajikan menu edisi terhad menampilkan gabungan keseronokan baharu bersama dengan kegemaran klasik. Pencinta kopi boleh memilih daripada minuman Ice Blended® Salted Popcorn atau Double Chocolate Peppermint (kecil RM16.50, sederhana RM18), juga tersedia dalam minuman latte panas atau ais (kecil RM15.95, sederhana RM17.45). Terdapat juga Holiday Blend istimewa (kecil RM8.60, sederhana RM9.65) atau, untuk minuman yang lebih kuat lagi menyelerakan, cubalah Peppermint Nitro Latte (RM15.95)!

Bagi mereka yang lebih suka untuk pilihan yang berbeza, Pure Double Chocolate Peppermint dan Pure Red Velvet tersedia dalam Ice Blended® (kecil RM16.50, sederhana RM18) atau minuman koko panas (kecil RM15.95, sederhana RM17.45).

Untuk padanan seleksi minuman lazat ini, antara pilihan menu Holiday yang menyelerakan kini tersedia buat anda – pilihlah dari Comet’s Choc Cheesecake, kek keju ringan bercoklat dihiasi buah beri dan krim segar (RM13.95 setiap keping, RM139.90 untuk kek 1.1.kg), Rudolph’s Sleigh dengan krim coklat lazat, puf krim dan badam rangup (RM13.95 setiap keping); Dasher’s Snow Surprise yang boleh didapati dalam variasi kek buah, red velvet atau brownie (RM148 untuk kek 1.9kg); atau Classic Winter Log (RM13.95 untuk sekeping, RM139.90 untuk kek 1.3kg).

IMG20191120143731

Hidangan bermusim istimewa yang lain termasuk Prancer’s Passion, kek buah markisa dan mangga (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan kek), 101 North Pole gingerbread spice berbentuk rumah (RM125); Blitzen’s Stollen yang kaya dengan sultana, kayu manis dan marzipan (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan roti); Jolly Breadman (RM6.90 sekeping); dan Dancer’s Holiday Cookie, hidangan dengan tiga kali ganda coklat (RM6.90 untuk sekeping).

Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, peminat kini boleh membeli Sampler Gifting Grateful dengan lebih mudah, cara terbaik untuk berkongsi dan menunjukkan rasa penghargaan buat mereka yang tersayang dengan seleksi Classic Winter Log, Jolly Breadman, Tat Strawberi dan Comet’s Choc Cheesecake, semuanya hadir dengan saiz kecil yang senang dimakan, hanya RM99 untuk pek 20 keping!

Di samping itu, seleksi hadiah yang boleh anda berikan: serbuk kopi Holiday Blend dengan tiga panggangan berbeza (RM39 satu pek atau RM118 untuk Set Hadiah); set Hadiah Espresso (RM88); serbuk edisi terhad (RM40 setin); dan cawan dengan rekaan perayaan (RM48) serta botol tumbler (RM138).

Mulakan tahun ‘Gifting Grateful’ dengan promosi awal: diskaun 20% untuk kek Holiday, pek parti dan roti tradisional Holiday pilihan dengan kad CB&TL atau menerusi pesanan dalam talian sehingga 10 Disember 2019, dan nikmati potongan 30% untuk model terpilih Mesin ‘Single Serve’ CB&TL iaitu Bianca, Clio, Venus, Desto, Kaldi dan Contata sehingga 26 Disember!

Untuk maklumat lanjut tentang menu Holiday CB&TL, tawaran terkini, berita dan promosi, ikuti laman Facebook CB&TL http://www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau lawati website http://www.coffeebean.com.my.

 

IPC Hulur Bantuan Pada 100 Keluarga Sempena Kehadiran Krismas

“Chrismas in a Box” oleh pusat beli-belah IPC pastinya memberi sinar kebahagiaan kepada lebih 100 keluarga yang menyambut kedatangan Krismas

IMG 4

Perayaan Krismas di IPC tahun ini memang berbeza. Jika dahulu dilimpahi dengan serba kemewahan tetapi kali ini, pusat beli belah itu lebih memberi tumpuan dalam menghulurkan bantuan kepada lebih daripada 100 keluarga yang memerlukan.

Bantuan yang dimaksudkan adalah berupa sumbangan barang keperluan dapur, barangan alat tulis sekolah serta permainan dan IPC mensasarkan sumbangan bernilai kira-kira RM100,000.

Sebagai langkah awal,  IPC telah menyumbang sebanyak RM50,000.  Untuk mencapai matlamat RM100,000  itu, IPC memerlukan sumbangan bantuan daripada orang ramai.

Dengan mengambil tema”Christmas in a Box”, IPC telah menyediakan 4 jenis kotak hadiah yang akan disumbangkan kepada 100 keluarga tersebut, iaitu:

  1. Happiness Box-mengandungi permainan IKEA & alatan seni & kraf (RM25)
  2. Home Box-mengandungi barangan keperluan harian (RM48)
  3. Back-to-School Box-mengandungi peralatan sekolah (RM120)
  4. Care Box-mengandungi barangan keperluan harian + peralatan sekolah (RM168)

“Pusat beli-belah IPC lebih kepada memberi kebahagiaan kepada pekerja dan komuniti berdekatan. Setiap hari kami bertemu dengan pelbagai golongan yang berbeza latar belakang mengunjungi pusat kami. oleh itu kami mahu memberikan mereka kepuasan setiap kali berkunjung ke sini. Sebab itu, objektif utama kempen kami kali ini adalah untuk mengembangkan komitmen tersebut kepada mereka.

Setiap hujung tahun memang hari yang istimewa bagi kami di IPC, dan tahunini kami ingin memberi momen istimewa kepada 100 keluarga ini dan ingin berkongsi bersama kawan-kawan, rakan kongsi dan komuniti.” 

-Karyn Lim, Ketua Pusat IPC.

IKEA Damansara adalah rakan kongsi komersil pertama yang bekerjasama dalam kempen dengan membangunkan “Happiness Box”. Ia direka dengan mengambil kira barangan yang sering diterima kanak-kanak sewaktu Krismas. Sebab itu ia dipenuhi dengan permainan IKEA dan barangan seni serta kraf.

IPC turut memperkenalkan rakan kongsi lain yang terlibat iaitu:

  1. Restoran Absolute Thai-sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000
  2. Spotlight-sumbangan barangan keperluan rumah
  3. Kedai buku Popular-sumbangan perkakasan sekolah
  4. HOPE Worldwide Malaysia-mengetuai urusan logistik
  5. Bonsey Jaden-memberi maklumat kepada orang ramai

Kempen “Christmas in a Box’ bakal berakhir 27 Disember ini. Untuk membuat sumbangan, lawat booth HOPE Worldwide Malaysia yang terletak di Concourse, Aras G.

Maklumat lanjut, layari http://www.ipc.com.my