Ia melibatkan kerjasama antara Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (Bioprocessing and Biomanufacturing Research Centre atau BBRC) dan syarikat bioteknologi PNT Research yang mana kedua-dua pihak akan berusaha meningkatkan keberkesanan bahan-bahan berfungsi dalam menyumbang ke arah masyarakat dengan penuaan yang sihat.
Kerjasama ini akan menyelami potensi mikroalga untuk mencegah tekanan oksidatif.
Tahukah anda apakah itu Tekanan Oksidatif?
Tekanan oksidatif biasanya dikaitkan dengan penyakit kronik seperti:
- barah
- kencing manis
- penyakit Alzheimer
- penyakit kardiovaskular
Tekanan oksidatif disebabkan oleh kelebihan radikal bebas dalam sel-sel tubuh dan boleh merosakkan sel, protein dan DNA. Ia membawa kepada penuaan pramatang dan semakin kerap berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penuaan, perubahan gaya hidup, tekanan dan pencemaran.
Bagi membantu mencari jalan penyelesaian, ketua BBRC Profesor Dr. Arbakariya Ariff mengetuai pasukannya untuk mengkaji mikroalga laut TetraSOD®, yang dianggap sebagai bahan berfungsi antioksidan yang paling berkesan dan berkhasiat.
“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan PNT Research, bermula dengan meningkatkan keberkesanan TetraSOD® (Tetraselmis chuii) dan diikuti dengan bahan-bahan berfungsi yang lain. Usaha ini akan mengurangkan risiko kesihatan yang dibawa oleh penningkatan umur, dan membolehkan orang ramai mencapai penuaan yang sihat, agar mereka dapat sembuh cepat dari penyakit dan mengurangkan risiko terkena penyakit kronik”-Dr. Arbakariya Ariff
Pengarah Urusan PNT Research, Lee Bin Hao mengatakan bahawa kerjasama dengan UPM adalah berlandaskan matlamat yang mudah tetapi jelas: untuk menghasilkan produk bahan berfungsi yang berkualiti dan berpatutan supaya dapat dimanfaatkan secara meluas oleh pengguna.
“Penduduk dunia semakin menua, dan Malaysia tidak terkecuali. Sebagai rakyat yang patriotik, kami ingin menyumbang kembali kepada masyarakat, bermula dengan TetraSOD®. Usaha kami akan dibangun berdasarkan landasan sains yang kukuh, dengan mengambil kira keperluan akademik, industri dan pengguna”
Turut hadir adalah wakil dari syarikat Sepanyol, Fitoplancton Marino yang merupakan peneraju dunia dalam pengeluaran mikroalga marin; DKSH dari Switzerland yang merupakan peneraju dunia dalam perkhidmatan pengembangan pasaran; dan Gelita, sebuah syarikat Jerman yang menerajui dunia dalam teknologi kolagen.
Perikatan Strategik Bersama:
1. Fitoplancton Marino
Pencipta TetraSOD®, syarikat bioteknologi laut Fitoplancton Marino, memuji kerjasama itu sebagai perkongsian yang akan menyuntikkan nafas baru dalam R&D bahan-bahan berfungsi.
Ketua pengarah Fitoplancton Marino, Carlos Unamunzaga, berkata:
“Kami berbangga melihat rakan kongsi kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka. Industri ini akan mendapat banyak manfaat dari kepakaran baru di Malaysia ekoran kerjasama antara UPM dan PNT Research. Fitoplancton Marino komited untuk bekerjasama dengan rakan perniagaan kami, berkongsi pengetahuan teknikal dan mencari kaedah untuk meningkatkan keberkesanan produk. Kami berharap dapat memperkuat pakatan strategik kami dengan PNT Research, untuk meningkatkan keupayaan dan potensi sains dalam memberikan kesihatan dan kesejahteraan. Kami yakin mereka akan mencapai kejayaan dengan UPM, yang merupakan antara terbaik dan kini menduduki tempat ke-28 universiti terbaik di Asia tahun ini”
2. DKSH
Penyedia Perkhidmatan Perluasan Pasaran terkemuka di dunia ini mengucapkan tahniah kepada PNT Research atas kerjasama dengan UPM.
Pengarah DKSH Asia Tenggara (Performance Materials, Indonesia, Malaysia & Singapore), Victor Liew, berkata:
“DKSH menikmati hubungan kerja yang kuat dengan PNT Research – berlandaskan matlamat bersama untuk memperkayakan kehidupan orang ramai – menyokong rakan perniagaan kami dengan dedikasi yang menggabungkan kebolehpercayaan Switzerland dan sikap boleh-lakukan (can-do attitude) orang Asia. DKSH berkongsi misi dan visi PNT Research dan sedia bekerjasama rapat dengan PNT Research dalam memberikan bahan-bahan berfungsi dan nutraseutikal berkualiti, kepakaran teknikal yang komprehensif dan penyelesaian yang canggih. Kami berbangga melihat rakan niaga kami mengembangkan kemampuan inovasi mereka”
3. Gelita
Syarikat nombor satu di dunia dalam penyelidikan kolagen, juga menyampaikan mesej tahniah.
Dalam perutusannya, pengurus perwakilan Gelita untuk Asia Tenggara, Louis Emmanuel Jaillon, menyatakan bahawa Gelita dan PNT Research komited untuk memacu inovasi produk bahan berfungsi serta menyatakan kesediaan Gelita untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama PNT Research untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai.
“Kami sedia berganding bahu dengan PNT Research untuk memperluas aplikasi bahan berfungsi”
Sariya Chubpailin, penyelaras perniagaan di Gelita Thailand, berkata:
“Kami yakin bahawa kerjasama antara UPM dan PNT Research akan memberikan sumbangan yang berguna untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan bagi orang ramai”
Mengenai PNT Research
PNT Research adalah syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan berfungsi serta nutraseutikal yang berteraskan sains. Ringkasnya, matlamat kami adalah untuk merealisasikan kesihatan dan kesejahteraan. Kelebihan kami adalah unit R&D yang lengkap dan menyeluruh. Dari awal, matlamat PNT Research adalah untuk menghasilkan bahan-bahan berfungsi dan nutraseutikal yang premium serta mudah diakses oleh pengguna. Pada masa yang sama, kami menyumbang ke arah kelestarian dan impak sosio-ekonomi yang positif.
Kerjasama serantau dan global kami mencerminkan komitmen kearah kecemerlangan dalam R&D bahan berfungsi dan nutraseutikal. PNT Research adalah anak syarikat Vii Biohealth Sciences, sebuah konglomerat bioteknologi yang beribu pejabat di Madrid, Sepanyol.
Mengenai Fitoplancton Marino
Misi Fitoplancton Marino adalah untuk mengkaji, membangun dan membekalkan produk berasaskan mikroalga dan bahan-bahan berfungsi yang menyumbang kepada peningkatkan kesihatan serta kualiti hidup yang baik kepada pengguna. Fitoplancton Marino membangunkan TetraSOD® untuk meningkatkan tindak balas fisiologi terhadap tekanan oksidatif, bagi meningkatkan prestasi dan pemulihan terutamanya untuk atlet dan mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Syarikat ini beribu pejabat di Sepanyol.
Mengenai TetraSOD®
TetraSOD® adalah ramuan paling lengkap dan komprehensif untuk kategori nutraseutikal Penuaan Sihat, serta merupakan sumber SOD yang paling padat di pasaran. Seiring usia kita, penghasilan SOD dalam badan kita semakin berkurang. SOD, bersama dengan catalase (CAT) dan glutathione peroxidase (GPx), adalah pelindung utama sel terhadap tekanan oksidatif yang merupakan penyebab utama penuaan. Pada masa yang sama, TetraSOD® juga mendorong homeostasis redoks yang diperlukan untuk kesinambungan pelbagai proses selular, termasuk reaksi pengurangan oksidasi. TetraSOD® juga mengaktifkan ‘NF-E2– related factor 2 (Nrf2)’, yang merupakan aliran tindak balas antioksidan dalam sel manusia.
Mengenai DKSH
DKSH adalah penyedia Perkhidmatan Pengembangan Pasaran yang terkemuka dengan tumpuan di Asia dan membantu syarikat untuk berkembang di pelbagai sektor (Business Units Healthcare, Consumer Goods, Performance Materials and Technology). Portfolio perkhidmatan DKSH merangkumi pensumberan, maklumat pasaran, pemasaran dan penjualan, e-Dagang, pengedaran dan logistik serta perkhidmatan selepas jualan. Disenaraikan secara terbuka di SIX Swiss Exchange, DKSH beroperasi di 36 pasaran dengan 33,350 pakar, menjana penjualan bersih sebanyak 11,6 bilion CHF pada tahun 2019. Dengan warisan Swissnya, DKSH telah berakar umbi di Asia Pasifik sejak tahun 1865. Unit Perniagaan Performance Materials DKSH mengedarkan bahan kimia dan bahan khas untuk makanan, farmaseutikal, penjagaan diri dan pelbagai aplikasi industri. Dengan 46 pusat inovasi dan ‘regulatory support’ di serata dunia, DKSH menghasilkan formulasi canggih yang mematuhi peraturan tempatan. Dengan kira-kira 1,100 pakar, Unit Perniagaan ini menjana penjualan bersih sebanyak CHF 1.0 bilion pada tahun 2019.
Mengenai Gelita
Kumpulan GELITA adalah peneraju pasaran global, menghasilkan protein kolagen di 23 kilang di pelbagai lokasi serata dunia, untuk digunakan dalam pembuatan makanan, farmaseutikal dan aplikasi teknikal serta peptida kolagen – untuk rawatan sakit sendi, pengurangan berat badan dan kegunaan pasaran kosmetik. Ibu pejabat kumpulan itu berada di Eberbach di Jerman. Pada tahun 2019 kumpulan ini mempunyai tenaga kerja 2,500 dan perolehan global sebanyak EUR 749 juta. Produk Verisol oleh Gelita terdiri daripada peptida kolagen tulen yang telah dihasilkan khas untuk memberikan keberkesanan tertinggi pada kulit manusia. Verisol merangsang sel fibroblas di dermis, yang meningkatkan pembaharuan dan pembaikan kolagen, elastin dan proteoglikan – semuanya penting untuk memberikan keanjalan kulit. Kesannya, lapisan epidermis diperkuat dari dalam dan kulit kendur dapat dicegah.
Leave a Reply