DEKORASI RAYA SURIA KLCC GAMIT KENANGAN DI KAMPUNG

Terasa betul-betul berada di kampung halaman apabila melihat dekorasi sambutan Hari Raya di Centre Court pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur ini. Malah dekorasi dalaman juga menggamit kenangan balik kampung berjumpa dan berkumpul bersama datuk, nenek dan saudara-mara lain. Terubat rasa rindu di kampung!

klcc1

Dekorasi Hari Raya di Suria KLCC yang diinspirasikan dari Rumah Tradisional Melayu di negeri Terengganu ini boleh dilihat sepanjang kempen sambutan Hari Raya Suria KLCC yang telahpun bermula pada 16 April lalu sehingga 13 Mei 2021.

klcc4

Rumah yang dihiasi dengan atap bermotifkan batik di seluruh ‘Centre Court’ pasti mampu membawa pengunjung ke era sambutan raya serba sederhana suatu ketika dahulu. Ditambah pula dengan dekorasi sampingan suasana kampung termasuk sangkar ayam, buaian dan pangkin.

klcc2

Di pangkin ini, pelanggan boleh mencuba permainan tradisional yang disediakan seperti congkak, batu seremban dan lain-lain. Ruang yang dipagari keindahan cahaya pelita ini juga pasti dapat membangkitkan keseronokan menyambut perayaan kali ini, di samping menjadi latar belakang yang menarik untuk sesi fotografi terutama bagi mereka yang gemar muatnaik gambar mereka di media sosial.

Tema kempen, ‘Joyous Raya’ atau Riang Ria Raya di Suria KLCC kali ini penuh ganjaran kepada pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai terpilih di mana mereka berpeluang menebus sampul raya dan set hadiah eksklusif dari Bokitta sepanjang tempoh kempen.

Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd,

“Kumpulan Syarikat Suria KLCC sangat berbesar hati dapat menyambut kegembiraan dan kecerian Syawal yang bakal menjelma melalui pusat-pusat membeli belah kami. Dalam keadaan negara yang menuju pemulihan dari pandemik ini, Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa memainkan peranan sebagai tempat yang selamat untuk membeli belah dan menikmati juadah bersama sama. Kami juga akan berganding bahu dengan barisan hadapan yang tak pernah lelah sambil menyajikan tawaran menarik kepada pelanggan kami.”

Untuk menambahkan lagi keriangan dan keabadian kenangan, Suria KLCC juga menawarkan foto polaroid percuma di ‘photobooth’ yang disediakan untuk pengunjung. Cetakan percuma dan juga e-salinan terhad akan diberikan terus kepada mereka.

Sepuluh hari menjelang Hari Raya iaitu bermula 3 Mei, 100 peket kurma akan diletakkan di kaunter Concierge dari jam 5 petang hingga 7 petang untuk diberikan kepada pelanggan yang berpuasa. Ia terhad kepada 1 peket setiap pelanggan manakala bermula 6 Mei pula, Suria KLCC akan memperkenalkan ‘filter’ Instagram Hari Raya unik untuk membolehkan pelanggan menggunakannya untuk e-ucapan tersendiri.

Dalam suasana sambutan Hari Raya, Suria KLCC akan terus memberikan penghargaan kepada anggota barisan hadapan perubatan yang berjuang menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah. Pusat membeli-belah ini akan menyediakan juadah berbuka puasa, kuih raya dan lain-lain barangan keperluan peribadi berjumlah RM20,000 kepada anggota barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat berbuka puasa di rumah demi menjalankan tugas. Suria KLCC akan bekerjasama dengan peniaga makanan di dalam pusat beli-belah untuk menghantar terus pek makanan ke tempat kerja petugas-petugas ini sebagai sebahagian keceriaan sambutan Aidilfitri.

ALAMANDA PUTRAJAYA

Manakala di ‘Centre Court’ Alamanda pula, kempen penebusan sedang berlangsung sehingga 16 May 2021 berlatarbelakangkan dekorasi Hari Raya yang memaparkan keaslian warisan melayu melalui replika Rumah Kampung, negeri Terengganu.

Selain keindahan dekorasi yang bakal menjadi latarbelakang muat-naik di media sosial, pelanggan yang berbelanja RM500 atau lebih dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai terpilih juga akan menerima skarf eksklusif Noor Arfa Batik dari Terengganu berserta 1 set peket Raya Alamanda, sementara stok masih ada.

Dihiasi dengan elemen senibina dari Terengganu di ‘Centre Court’, ‘North Wing’ dan South ‘Wing’, setiap sudut pusat membeli-belah ini juga dihiasi dengan dekorasi Hari Raya yang pastinya menjadi latarbelakang yang menarik untuk peminat fotografi, swafoto atau sebaliknya.

Bagi meraikan persiapan awal Hari Raya, Pusat Membeli Belah Alamanda akan mengagihkan bubur lambuk sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan. 1000 bungkusan bubur lambuk akan diedarkan setiap hari pada 24, 25 dan 29 April dan kemudiannya pada 1 dan 2 Mei.

Bukan sahaja kepada pelanggan, Alamanda juga menghargai bakti yang dicurahkan petugas barisan hadapan. Oleh itu, Alamanda akan menyumbangkan barangan berupa kudapan dan bubur lambuk bernilai RM15,000 kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan juga kakitangan di Ibupejabat Polis Putrajaya.

MESRA MALL
Kanak-kanak di Mesra Mall, Kemaman akan merasakan suasana kehadiran Hari Raya dengan mengambil bahagian dalam pertandingan merekacipta Kad Raya ViKids yang kini sedang berlansung serentak dengan promosi perayaan bermula sekarang sehingga 12 Mei 2021.

Hanya dengan berbelanja sebanyak RM50 di mana-mana kedai khusus, ibubapa atau penjaga boleh mendaftarkan anak-anak mereka yang berumur daripada 4 hingga 12 tahun untuk pertandingan kelolaan ViKids, di mana anak-anak menyerahkan hasil seni mereka akan diadili berdasarkan undian para pengunjung dari 20 hingga 30 April 2021.

30 penyertaan terawal setiap hari akan menerima ganjaran dari ViKids and hasil seni 30 peserta yang Berjaya ke peringkat akhir akan dipaparkan di ‘Centre Court’ supaya pengunjung dapat menilai dan mengundi mereka. Pelanggan yang telah membuat penebusan di kaunter concierge adalah digalakkan untuk memilih 3 hasil tangan yang mereka gemari untuk menentukan para pemenang iaitu 10 hadiah saguhati bernilai RM50 dan 3 pemenang utama yang bakal menerima hadiah bernilai RM250.

Bagi meraikan kehadiran Hari Raya, Mesra Mall akan dihiasi dengan kehalusan seni rumah warisan Terengganu sebagai menghargai seni pertukangan terbaik di negeri itu. Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 dalam tidak lebih dari 2 resit di mana-mana kedai khusus layak menebus skarf premium Noor Arfa Batik yang menawan beserta peket Raya.

Sebagai sumbangan kepada masyarakat setempat, pusat membeli belah ini akan menjadi hos majlis berbuka puasa kepada anak-anak yatim di daerah Kemaman pada 2 Mei 2021. Pada majlis itu juga, anak-anak yatim dari sekolah yang telah dikenalpasti akan menerima Baju Raya yang ditaja oleh Mesra Mall, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain penaja.

Pada 29 April sempena sambutan Nuzul Quran, Mesra Mall akan mengedarkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di Darul Iman Training Centre and Hospital Kemaman.

Untuk info lanjut, layari:
Suria KLCC – http://www.suriaklcc.com.my / http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall Alamanda – http://www.alamanda.com.my / http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre Mesra Mall – http://www.mesramall.com / http://www.facebook.com/MyMesraMall

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: