DEKORASI RAYA SURIA KLCC GAMIT KENANGAN DI KAMPUNG

Terasa betul-betul berada di kampung halaman apabila melihat dekorasi sambutan Hari Raya di Centre Court pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur ini. Malah dekorasi dalaman juga menggamit kenangan balik kampung berjumpa dan berkumpul bersama datuk, nenek dan saudara-mara lain. Terubat rasa rindu di kampung!

klcc1

Dekorasi Hari Raya di Suria KLCC yang diinspirasikan dari Rumah Tradisional Melayu di negeri Terengganu ini boleh dilihat sepanjang kempen sambutan Hari Raya Suria KLCC yang telahpun bermula pada 16 April lalu sehingga 13 Mei 2021.

klcc4

Rumah yang dihiasi dengan atap bermotifkan batik di seluruh ‘Centre Court’ pasti mampu membawa pengunjung ke era sambutan raya serba sederhana suatu ketika dahulu. Ditambah pula dengan dekorasi sampingan suasana kampung termasuk sangkar ayam, buaian dan pangkin.

klcc2

Di pangkin ini, pelanggan boleh mencuba permainan tradisional yang disediakan seperti congkak, batu seremban dan lain-lain. Ruang yang dipagari keindahan cahaya pelita ini juga pasti dapat membangkitkan keseronokan menyambut perayaan kali ini, di samping menjadi latar belakang yang menarik untuk sesi fotografi terutama bagi mereka yang gemar muatnaik gambar mereka di media sosial.

Tema kempen, ‘Joyous Raya’ atau Riang Ria Raya di Suria KLCC kali ini penuh ganjaran kepada pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai terpilih di mana mereka berpeluang menebus sampul raya dan set hadiah eksklusif dari Bokitta sepanjang tempoh kempen.

Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd,

“Kumpulan Syarikat Suria KLCC sangat berbesar hati dapat menyambut kegembiraan dan kecerian Syawal yang bakal menjelma melalui pusat-pusat membeli belah kami. Dalam keadaan negara yang menuju pemulihan dari pandemik ini, Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa memainkan peranan sebagai tempat yang selamat untuk membeli belah dan menikmati juadah bersama sama. Kami juga akan berganding bahu dengan barisan hadapan yang tak pernah lelah sambil menyajikan tawaran menarik kepada pelanggan kami.”

Untuk menambahkan lagi keriangan dan keabadian kenangan, Suria KLCC juga menawarkan foto polaroid percuma di ‘photobooth’ yang disediakan untuk pengunjung. Cetakan percuma dan juga e-salinan terhad akan diberikan terus kepada mereka.

Sepuluh hari menjelang Hari Raya iaitu bermula 3 Mei, 100 peket kurma akan diletakkan di kaunter Concierge dari jam 5 petang hingga 7 petang untuk diberikan kepada pelanggan yang berpuasa. Ia terhad kepada 1 peket setiap pelanggan manakala bermula 6 Mei pula, Suria KLCC akan memperkenalkan ‘filter’ Instagram Hari Raya unik untuk membolehkan pelanggan menggunakannya untuk e-ucapan tersendiri.

Dalam suasana sambutan Hari Raya, Suria KLCC akan terus memberikan penghargaan kepada anggota barisan hadapan perubatan yang berjuang menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah. Pusat membeli-belah ini akan menyediakan juadah berbuka puasa, kuih raya dan lain-lain barangan keperluan peribadi berjumlah RM20,000 kepada anggota barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat berbuka puasa di rumah demi menjalankan tugas. Suria KLCC akan bekerjasama dengan peniaga makanan di dalam pusat beli-belah untuk menghantar terus pek makanan ke tempat kerja petugas-petugas ini sebagai sebahagian keceriaan sambutan Aidilfitri.

ALAMANDA PUTRAJAYA

Manakala di ‘Centre Court’ Alamanda pula, kempen penebusan sedang berlangsung sehingga 16 May 2021 berlatarbelakangkan dekorasi Hari Raya yang memaparkan keaslian warisan melayu melalui replika Rumah Kampung, negeri Terengganu.

Selain keindahan dekorasi yang bakal menjadi latarbelakang muat-naik di media sosial, pelanggan yang berbelanja RM500 atau lebih dalam maksimum 2 resit di mana-mana kedai terpilih juga akan menerima skarf eksklusif Noor Arfa Batik dari Terengganu berserta 1 set peket Raya Alamanda, sementara stok masih ada.

Dihiasi dengan elemen senibina dari Terengganu di ‘Centre Court’, ‘North Wing’ dan South ‘Wing’, setiap sudut pusat membeli-belah ini juga dihiasi dengan dekorasi Hari Raya yang pastinya menjadi latarbelakang yang menarik untuk peminat fotografi, swafoto atau sebaliknya.

Bagi meraikan persiapan awal Hari Raya, Pusat Membeli Belah Alamanda akan mengagihkan bubur lambuk sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan. 1000 bungkusan bubur lambuk akan diedarkan setiap hari pada 24, 25 dan 29 April dan kemudiannya pada 1 dan 2 Mei.

Bukan sahaja kepada pelanggan, Alamanda juga menghargai bakti yang dicurahkan petugas barisan hadapan. Oleh itu, Alamanda akan menyumbangkan barangan berupa kudapan dan bubur lambuk bernilai RM15,000 kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan juga kakitangan di Ibupejabat Polis Putrajaya.

MESRA MALL
Kanak-kanak di Mesra Mall, Kemaman akan merasakan suasana kehadiran Hari Raya dengan mengambil bahagian dalam pertandingan merekacipta Kad Raya ViKids yang kini sedang berlansung serentak dengan promosi perayaan bermula sekarang sehingga 12 Mei 2021.

Hanya dengan berbelanja sebanyak RM50 di mana-mana kedai khusus, ibubapa atau penjaga boleh mendaftarkan anak-anak mereka yang berumur daripada 4 hingga 12 tahun untuk pertandingan kelolaan ViKids, di mana anak-anak menyerahkan hasil seni mereka akan diadili berdasarkan undian para pengunjung dari 20 hingga 30 April 2021.

30 penyertaan terawal setiap hari akan menerima ganjaran dari ViKids and hasil seni 30 peserta yang Berjaya ke peringkat akhir akan dipaparkan di ‘Centre Court’ supaya pengunjung dapat menilai dan mengundi mereka. Pelanggan yang telah membuat penebusan di kaunter concierge adalah digalakkan untuk memilih 3 hasil tangan yang mereka gemari untuk menentukan para pemenang iaitu 10 hadiah saguhati bernilai RM50 dan 3 pemenang utama yang bakal menerima hadiah bernilai RM250.

Bagi meraikan kehadiran Hari Raya, Mesra Mall akan dihiasi dengan kehalusan seni rumah warisan Terengganu sebagai menghargai seni pertukangan terbaik di negeri itu. Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 dalam tidak lebih dari 2 resit di mana-mana kedai khusus layak menebus skarf premium Noor Arfa Batik yang menawan beserta peket Raya.

Sebagai sumbangan kepada masyarakat setempat, pusat membeli belah ini akan menjadi hos majlis berbuka puasa kepada anak-anak yatim di daerah Kemaman pada 2 Mei 2021. Pada majlis itu juga, anak-anak yatim dari sekolah yang telah dikenalpasti akan menerima Baju Raya yang ditaja oleh Mesra Mall, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain penaja.

Pada 29 April sempena sambutan Nuzul Quran, Mesra Mall akan mengedarkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di Darul Iman Training Centre and Hospital Kemaman.

Untuk info lanjut, layari:
Suria KLCC – http://www.suriaklcc.com.my / http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall Alamanda – http://www.alamanda.com.my / http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre Mesra Mall – http://www.mesramall.com / http://www.facebook.com/MyMesraMall

PrestoPay Adakan Bazar Raya Tanpa Tunai Buat Kali Pertama di Quill City Mall

Mudah gunakan PrestoPay ni. Tak payah pening kepala atau tercari-cari ATM yang berdekatan bila duit tunai kat tangan tak cukup.

Image 3 (2)

Pada 16 Mei lalu, PrestoPay telah melancarkan Bazar Raya Tanpa Tunai sulung sebagai persediaan sambutan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Image 2 (3)

Bazar berkenaan dianjurkan selama tiga hari di Quill City Mall KL sehingga 18 Mei 2019, menawarkan pelanggan dengan pilihan produk yang meluas merentasi pelbagai kategori dengan diskaun menawan sehingga 70% yang disediakan oleh lebih 30 peniaga.

IMG_20190516_115317

Di Bazar Raya Tanpa Tunai PrestoPay, para pelanggan berpeluang melihat pelbagai reruai pop-up yang dipilih khas seperti Kluang RailCoffee, Mon Cheri Essentials, SunQuick Juice dan Deka Electrical.

Reruai tersebut meliputi lebih lapan kategori berbeza yang merangkumi makanan dan minuman, peranti, pengembaraan dan hiburan, kesihatan dan kecantikan, barangan runcit, fesyen, sukan serta barangan elektronik kediaman bagi melengkapkan keperluan Raya pelanggan. Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati tawaran-tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 70% terhadap produk-produk terpilih.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Menjalani kehidupan tanpa tunai membolehkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar bagi kedua-dua peniaga mahupun pelanggan. Berbeza daripada penggunaan tunai secara fizikal, pembayaran tanpa tunai adalah mudah, selamat, terjamin, pantas serta menawarkan pelbagai diskaun dan pulangan tunai. Sehingga kini, 67% rakyat Malaysia menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti dompet mudah alih, kad debit dan kredit serta perbankan dalam talian. Malah, kami di Presto sentiasa berusaha untuk mendidik pengguna melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan acara yang mendekati mereka, seperti Bazar Raya Tanpa Tunai ini, bagi meningkatkan pendedahan dan memaparkan kemudahan yang disediakan melalui pembayaran tanpa tunai khususnya menerusi kaedah dompet mudah alih.”

PrestoPay menyasarkan jualan sehingga RM1 juta dan menjangka sejumlah 10,000 pelanggan akan menghadiri Bazar Raya Tanpa Tunai selama tiga hari di Quill City Mall KL. Bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah serta menggalakkan pelanggan untuk menyempurnakan pembayaran tanpa melibatkan tunai, bazar berkenaan juga bersifat terbuka untuk menerima kaedah pembayaran dompet mudah alih lain, khususnya Boost, WeChat Pay dan banyak lagi.

Rakan tuan rumah rasmi Bazar Raya Tanpa Tunai PrestoPay, Pengurus Pusat Quill City Mall KL, Alan Cheong berkata,

“Kami sentiasa mencari cara untuk menarik dan memberi manfaat kepada para pelanggan kami. Sehubungan itu, melalui perkongsian dengan PrestoPay untuk menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai ini, kami yakin dapat menyediakan para pelanggan dengan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar. Kami juga teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Presto dalam menggalakkan para pelanggan menggunakan peranti elektronik mereka dan memudahkan serta mempertingkat pengalaman membeli-belah di pusat beli-belah kami.”

Sepanjang acara tiga hari tersebut, pengguna yang kali pertama memuat turun dan mendaftar dengan Presto layak untuk memutarkan roda dan berpeluang memenangi sehingga 2,000 hadiah misteri harian setiap hari.

Di samping itu, PrestoPay juga akan menganjurkan peraduan Belanja dan Menang dengan menyediakan hadiah misteri kepada sembilan (9) individu yang paling banyak berbelanja sepanjang tempoh bazar. Ini bermakna, tiga (3) hadiah misteri akan diberikan kepada tiga (3) pengguna PrestoPay yang paling banyak berbelanja pada setiap hari.

PrestoPay telah diperkenalkan pada tahun 2018 dan merupakan sebuah dompet mudah alih unik yang boleh diakses menerusi aplikasi Presto, sebuah aplikasi pemasaran sosial tempatan berevolusi yang dikendalikan oleh PUC Berhad.

PrestoPay menawarkan pembayaran tanpa tunai yang mudah bagi transaksi peruncitan dalam dan luar talian, perkhidmatan nilai-tambah telekomunikasi prabayar, pembayaran bil, pemindahan tunai serta perkhidmatan nilai-tambah dan pengeluaran nilai bagi para pelanggan sebagai solusi pembayaran alternatif.

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi aplikasi App Store dan Google Play.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Presto dan dompet mudah alihnya, PrestoPay, sila layari laman web https://www.prestouniverse.com/presto.

Artistik Geometri ‘Radiance of Eid’ Serlahkan Sambutan Raya Avenue K

Sempena meraikan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba tak lama, pusat beli-belah Avenue K meriah dengan paparan artistik Geometri berwarna-warni.

IMG_20190516_181001

Pengunjung ke sini pastinya akan teruja dengan kehadiran paparan Geometri berbentuk bintang yang besar, tergantung di satu sudut di Atrium yang menghasilkan pencahayaan terang di segenap bazar berdekatan.

Diinspirasikan melalui corak-corak pada geometrik Islam, paparan artisitik yang mengambil tema ‘Radiance of Eid’ ini turut menyerlahkan gubahan-gubahan bunga tropika yang digabungkan bersama pada paparan tersebut, menjadikan ruang di Atrium berseri-seri dengan kehadiran bunga-bungaan dan warna-warna ceria yang dihasikan oleh paparan artisitik.

IMG_20190516_183608

Kehadiran bulan Ramadan 2019 bertambah seri apabila Avenue K meraikan 25 kanak-kanak dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia. Mereka dibawa membeli pakaian raya, diberikan duit raya dan juga menikmati hidangan berbuka puasa bersama-sama staf, media dan penyanyi Kaka Azraff yang sebelum itu menghiburkan tetamu yang datang dengan lagu hit beliau ‘Bawaku Pergi’, ‘Sibuk’ dan juga lagu raya.

Avenue K menawarkan pelbagai barangan yang boleh dibeli untuk sambutan hari raya melalui Pasar Seloka yang mana tahun ini, kembali dengan lebih besar dan lebih banyak gerai-gerai tempatan yang menjual produk-produk berkualiti tinggi dan juga lebih moden seperti pakaian, alat solek, aksesori fesyen, kuih-kuih raya dan banyak lagi agar pengunjung yang datang membeli-belah boleh mendapatkan produk yang terbaik untuk menyambut keriangan Aidil Fitri bersama-sama keluarga.

Print

Bagi pengunjung yang membeli-belah minimum RM250 di Avenue K (RM200 jika anda ahli kad AK Neighbours  ) dalam dua resit atau kurang, membolehkan anda menebus satu set sampul kad raya yang cantik, sementara stok masih ada.

Selain itu, anda juga boleh menikmati juadah percuma dengan pembelian minimum RM500 dalam maksimum 2 resit, di mana Avenue K akan memberikan baucar makanan ‘Buka Puasa’ bernilai lebih RM100. Baucar-baucar makanan itu meliputi Samba Brazilian Steakhouse, Kafe Juan Valdez, Nene Chicken, Baba Nyonya dan Wrap ‘N Roll.

Untuk memberi lebih banyak tawaran hebat sempena ‘balik kampung’, pengujung boleh memyertai pertandingan mingguan ‘Top Spender’ di mana anda berpeluang menjadi 30 pelanggan Avenue K yang memenangi Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad bernilai RM100. Bermula 10 hingga 27 Mei ini, 10 pemenang akan dipilih, maka bersedialah untuk terpilih sebagai salah seorang pemenang!

Bagi mereka yang suka mengambil gambar ‘selfie’, anda boleh menyertai Pertandingan Instagram ‘Jom Selfie’ dan berpeluang membawa balik hamper Raya eksklusif bernilai RM200 daripada Pasar Seloka dan Wondermilk. Maka, apa lagi, follow @avenuekmy untuk maklumat lanjut.

Jika anda biasa mengguna aplikasi Grab pula, masukkan kod AKRAYA19 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 untuk 2 kali perjalanan pergi dan balik dari Avenue K (hanya untuk 1,000 perjalanan pertama). Penebusan diskaun ini bermula pada 10 Mei hingga 9 June sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan pelbagai tawaran hebat yang ditawarkan oleh Avenue K sepanjang Ramadan ini.

Lulu Hypermarket Tawar Banyak Penjimatan Sempena Ramadan dan Hari Raya

Lagi beberapa hari sahaja nak sambut Ramadan. Tapi dek kekangan masa, tak sempat nak cari barang keperluan untuk sambut bulan puasa dalam masa yang singkat ni.

Kebetulan pula ada appoitment di kawasan Masjid Jamek, singgah sekejap di Lulu Hypermarket. Wah memang senang hati bila di sini sebab semua barang keperluan yang nak dibeli ada di hypermarket ini. Tak payah susah keluar masuk pasar raya yang lain.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.23 PM

Keperluan utama sepanjang bulan puasa semestinya buah kurma. Rambang mata juga nak membuat pilihan sebab Lulu Hypermarket menawarkan pelbagai jenis kurma dengan harga yang berpatutan.

 

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.41 PM

Memang sukar membuat pilihan memandangan Lulu Hypermarket ini memang terkenal menawarkan produk kurma yang berkualiti tinggi yang diimport dari seluruh negara. Antara jenis kurma yang ditawarkan adalah Ajwa, Kudhri, Mejdoul dan kurma premium yang lain.

WhatsApp Image 2019-04-27 at 11.29.01 AM

Tambahan pula Jualan Ramadan bakal bermula 1 Mei ini sehingga 10 Jun, maka harga barang yang ditawarkan di Lulu Hypermarket pastinya semakin murah. Jualan Ramadan ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati penjimatan belian sehingga 70 peratus diskaun bagi produk pakaian, kasut, beg tangan, elektronik/IT, telefon pintar, barangan keperluan rumah, perabot, permainan kanak-kanak dan bagasi.

Bukan itu sahaja, produk ‘basah’ seperti ikan dan udang, produk segar dan produk keperluan harian  juga ditawarkan pada harga penjimatan.

Lulu Hypermarket juga menyediakan aneka juadah tempatan, India dan Arab untuk pelanggannya. Bagi mereka yang tidak sempat menyediakan juadah di rumah, bolehlah datang membeli juadah-juadah yang disediakan.

WhatsApp Image 2019-04-27 at 11.28.58 AM

Selain Jualan Ramadan, Lulu Hypermarket juga menawarkan Bazar Raya di Ruang Promosi, Aras 2. Bazar Raya yang telahpun bermula dan bakal berakhir pada 21 Mei nanti menawarkan pelbagai barang menarik yang dijual pada harga promosi sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.58.10 PM (1)

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.59.34 PM

Antara barangan must-have yang ditawarkan di Bazar Raya adalah barangan elektrik dari jenama terkemuka seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi.

 

Turut ditawarkan di Ruang Promosi itu adalah barangn keperluan harian, barangan kelengkapan rumah, kasut dan juga bagasi.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.40 PM

Bagi yang sering membeli-belah pada hujung minggu, jangan lepaskan peluang membei barangan keperluan di Lulu Hypermarket kerana pasar raya ini turut menawarkan Promosi Mingguan.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.41 PM (1)

Pengguna boleh membeli barangan keperluan pada harga hebat. Memang berbaloi datang membeli-belah di sini, kerana banyak penjimatan yang anda dapat nikmati!

WhatsApp Image 2019-04-27 at 11.28.59 AM

Untuk melengkapkan keceriaan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri, Lulu Hypermarket mengadakan Peraduan “Dream Drive” sempena kejayaan Peraduan “Shop & Win” yang dijalankan pada tahun lepas.

Peraduan “Dream Drive” bakal menyediakan hadiah-hadiah yang menarik antaranya:

  • Hadiah Utama berupa 2 kereta Proton x70
  • Telefon Iphone 7
  • TV UHD LED
  • Baucar Lulu Hypermarket
  • dan banyak lagi

Cara penyertaan:

  1. Berbelanja sebanyak RM75 dan ke atas dalam satu resit pembelian di Lulu Hypermarket dan Department stor sewaktu tempoh promosi
  2. Dapatkan kupon Lucky Draw
  3. Isi maklumat yang diperlukan
  4. Masukkan kupon yang sudah lengkap dalam kotak yang disediakan

Pemilihan pemenang akan dilakukan dalam DUA sesi iaitu pada tarikh:

  1. 5 Julai
  2. 6 September

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan peraduan ini, boleh melayari pada Facebook, poster dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

GUARDIAN Malaysia Tawar 80 Set Hadiah Perayaan Serba Eksklusif

Memang rambang mata tengok aneka set-set hadiah Eksklusif sempena Krismas dan Sambutan Tahun Baru dari Guardian Malaysia ni. Packaging yang cantik, comel, menarik dengan warna-warna ceria memang rasa nak beli je semua!

(2nd from right) Wong Vai Chi, Head of Marketing and Promotions Guardian Malaysia and Michelle Yeap, Brand Manager Health and Beauty Own Brand Malaysia and Brunei (in black), posing with

Guardian Malaysia kini mencipta satu trend promosi untuk sambutan musim perayaan dengan set-set hadiah eksklusif dan menakjubkan, produk-produk berkualiti, pada harga yang sangat berpatutan serta mampu milik.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd,
Vai Chi berkata:

“80 set hadiah yang cukup menarik, praktikal dan berguna telah dipilih daripada beberapa jenama antarabangsa eksklusif Guardian dan Jenama Sendiri (Own Brand) yang melambangkan nilai hebat untuk wang. Terdiri daripada barangan kosmetik, beg, penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan tangan, set mandian, wangian, set berus dan banyak lagi, kami pasti anda akan menemui hadiah yang tepat untuk orang yang tersayang, keluarga, dan sahabat handai, tidak kira umur dan gaya hidup mereka.” 

Vai Chi turut menjelaskan bahawa Guardian telah membina reputasi selama bertahun-tahun dalam memenuhi keperluan pelanggan untuk produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Kami percaya para pelanggan akan gembira dengan pilihan, kualiti serta harga yang kami tawarkan. Kami telah berkembang dan kini merupakan peruncit utama dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Selaku pakar dalam kesihatan kecantikan, kami berbangga dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pelanggan. Set-set hadiah ini, yang merupakan siri kedua kami, adalah sejajar dengan polisi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan tanpa mengira apa jua musim!”

Promosi yang dinamakan ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ Guardian Malaysia ini telahpun bermula pada 29 November 2018 lalu di seluruh 430 stornya dan bakal berakhir pada 31 Disember 2018.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan apabila berkunjung ke stor, ‘Your Personal Guardian’ diwujudkan untuk membantu pelanggan memilih hadiah yang ideal untuk orang yang mereka sayang.

Mulai 10 Disember 2018, dapatkan khidmat ‘Your Personal Guardian’ yang boleh dikenal pasti dengan mudah dengan lencana yang mereka pakai. Jika anda buntu apa yang patut dihadiahkan untuk ibu saudara atau adik perempuan remaja anda, sila dapatkan cadangan hadiah daripada ‘Your Personal Guardian’. Setiap pelanggan yang membeli hadiah yang disyorkan oleh ‘Your Personal Guardian’ akan menerima beg membeli-belah percuma daripada Guardian.

Dan untuk kekal relevan dengan pelanggan dalam arus zaman yang sentiasa berubah, Guardian Malaysia akan melancarkan ‘Your Personal Guardian’ di Facebook Messenger pada bulan Disember. Ia bertujuan membantu dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mendapatkan hadiah yang sesuai untuk orang tersayang melalui kuasa chat.

Untuk maklumat lanjut tentang Guardian Malaysia, sila layari:

http://www.facebook.com/GuardianMalaysia

PRIMAVALET Buka Cawangan Baharu di Wangsa Maju

Ayuh, warga Wangsa Maju khasnya dan juga Kuala Lumpur!

Jangan lepaskan peluang berkunjung ke cawangan terbaharu PrimaValet iaitu hub fesyen terbesar di tanah air yang dibuka di Wangsa 118, berhadapan pusat beli-belah Aeon Big. Banyak diskaun dan promosi jualan ditawarkan untuk warga Wangsa Maju sepanjang bulan puasa nanti. 

dav

Malah pada hari pembukaannya, sebanyak 500 baju kurta Crown bernilai RM99 diberikan secara percuma kepada 500 pengunjung pertama yang hadir termasuk kanak-kanak dan remaja.

hdr

 

Turut hadir dalam majlis perasian itu adalah barisan ‘Stars of PrimaValet’ yang terdiri dari Alif Satar, Jannah Nick, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Amar Baharin, Amyra Rosli bersama Aqeef Anaqi. Majlis dimeriahkan lagi dengan kemunculan Nabil Ahmad sebagai pengacara.

IMG-20180512-WA0054

Seawal pagi, orang ramai sudahpun memenuhi lobi utama PrimaValet untuk mendapatkan promosi jualan murah sempena majlis pembukaan sambil berpeluang bertemu dengan selebriti kegemaran mereka.

Berkeluasan 10,000 kaki persegi untuk EMPAT lot kedai, cawangan PrimaValet ini memudahkan warga Kuala Lumpur terutamanya yang berdekatan seperti Wangsa Maju, Ulu Klang, Gombak dan sebagainya mendapatkan koleksi pakaian raya siap tanpa perlu pergi jauh ke Bangi.

Menurut Pengarah Urusan PrimaValet, Dr. Arshad:

“Cawangan PrimaValet Wangsa 118 akan menjual semua Koleksi Raya 2018, dari koleksi biasa sehinggalah ke koleksi premium. Setiap koleksi yang dijual di cawangan utama PrimaValet Ostia Bangi akan turut dijual di PrimaValet Wangsa 118 seperti koleksi baju Melayu dan Kurta PV Man, koleksi kurung PV Woman, koleksi PV Kids, koleksi Kurta Arjuna, koleksi Zoud serta koleksi eksklusif pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Kepada seluruh warga KL dan sekitarnya, koleksi PV Raya 2018 sememangnya direka dan dihasilkan untuk anda semua secara eksklusif. Kami mengutamakan kualiti kain, rekaan yang terkini dan elegan untuk memnuhi keperluan dan cita rasa pelanggan dari pelabagai kategori.”

Turut berkongsi berita gembiri ini adalah pemilik utama PrimaValet Wangsa 118, Encik Nik Muhd Amin Nik Mahamed yang berharap pembukaan PrimaValet Wangsa 118 ini dapat membuka mata warga KL untuk membeli-belah di ruang yang selesa dan tidak perlu bersesak-sesak.

“Saya percaya cawangan baru PrimaValet Wangsa 118 ini akan mendapat sambutan yang baik dari pelanggan di sekitar KL kerana mudah diakses iaitu menerusi lebuh raya DUKE, MRR2 atau AKLEH, serta mempunyai kawasan tempat letak kereta yang luas.”

Menurut Encik Nik Muhd Amin lagi, pihaknya memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membuka gedung pakaian itu.

Pembukaan cawangan Wangsa 118 ini bukan sahaja memberi tawaran istimewa kepada pelanggan sekitar KL malah membuktikan komitmen PrimaValet untuk menjadi pengasas pakaian siap walaupun baru setahun bertapak di negara ini.

Untuk maklumat lanjut, layari:

www.primavalet.com

Tel:03-89260764

https://m.facebook.com/PrimaValetOfficial/?locale2=ms_MY

http://www.instagram.com/primavalet

http://www.instagram.com/primavalet118