“Warna-Warna Aidilfitri” dengan pelbagai pilihan rekaan dan warna batik jadi tema Hari Raya di Avenue K bagi sambutan perayaan Hari Raya tahun ini.
Perkampungan tradisional batik diabadikan di ruang utama pusat beli-belah terkenal ini dengan gerai-gerai jualan yang menjual aneka produk hari raya seperti pakaian raya, kuih-kuih raya moden dan klasik menambah lagi suasana kampung yang sememangnya menjadi rinduan perantau-perantau di kota yang tidak dapat beraya di kampung halaman masing-masing.
Astaka kayu setinggi 17 kaki dalam perkampungan tradisional batik menambah daya tarikan pada perkampungan tradisonal batik secara tak langsung menyemarakkan lagi sambutan hari raya yabg bakal menjelma tak lama lagi. Bagi yang sukakan dan rindu suasana desa tradisional boleh datang sambil mengabadikan kenangan bersama-sama keluarga dan teman-teman.
Pelbagai aktiviti dan promosi menarik sepanjang bulan Ramadan disediakan untuk pengunjung yang datang membeli-belah di Avenue K ini. Antaranya jika pengunjung berbelanja sebanyak RM250 sehari, mereka berpeluang bermain ‘Joyous Eid Extravaganza Claw Machine” yang menawarkan baucar-baucar bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi malah jika anda yang bertuah, anda boleh memenangi baucar bernilai RM1,000! Jadi jika anda mahir dengan permainan ‘claw machine’ ini.bolehlah mencuba kemahiran anda di sini.
Bagi yang ingin mendapatkan sampul raya eksklusif dari Avenue K, anda perlu berbelanja sehingga RM150 untuk mendapatkan sampul tersebut.
Selain itu, Avenue K turut mengadakan satu pertandingan FB yang dinamakan “Find The Missing Batik Piece” yang bakal berakhir pada 9 Mei nanti. Banyak hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan ini dan menariknya anda tidak perlu membuat sebarang pembelian untuk menyertainya.
Leave a Reply