MENU SIGNATURE JADI PILIHAN PAKEJ BERBUKA PUASA DI DOUBLETREE BY HILTON KL

Jelajah Selera Makan Malam Bufet rangkaian Hotel Hilton diteruskan di Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

IMG20220308183205

Di Makan Kitchen, hidangan berbuka menawarkan pelbagai menu signature dengan lebih daripada 10 gerai gaya bazar yang menawarkan kepelbagaian menu mengguna bahan tempatan berkualiti premium daripada bahan-bahan mentah seperti daging, makanan laut sehinggalah rempah ratus untuk memberi rasa asli dan meningkatkan rasa enak pada hidangan yang disediakan.

Antara hidangan yang wajib dicuba di Makan Kitchen adalah:

IMG20220308183356

  • Kambing Golek Cef Zul

IMG20220308183322

  • Seafood Bakar-Bakar Cef Kelvin

IMG20220308184949

IMG20220308183651 (2)

  • Itik dan Ayam Panggang Cef Soon

Selain itu, Sup Kawah Meletup, Rendang Peha Kambing, Ayam Percik,  Baby Crab ’65’ Cef Sugu , Tandoori Cef Sukvir, serta Double Boiled Soup Cef Chong perlu dirasa dek kerana enak sekali.

IMG20220308182811 (2)

Dan yang paling patut anda cuba adalah Durian Tempura dan Apam Balik Crispy Cef Wing. Durian Tempura ini memang lain dari lain. Memang sedap dan makan sekali, pasti akan makan banyak kali! Begitu juga Apam Balik Crispy dengan DUA perisa iaitu jagung serta coklat. 

IMG20220308182903

Menu bufet akan bertukar setiap hari maka pengunjung dapat merasai menu berlainan setiap kali berbuka di sini.

IMG20220308183419

Menariknya, sambil menikmati hidangan berbuka puasa, anda juga dihiburkan dengan persembahan band secara langsung.

IMG20220308183844 (2)

Pakej berbuka puasa 2.0 di Makan Kitchen:

  • Bermula 3 April hingga 3 Mei 2022
  • Pukul 6.30 petang hingga 10 malam
  • Harga: RM188-Dewasa (bersih) dan RM98 untuk kanak-kanak umur 5 hingga 11 tahun (bersih)
  • Tempahan: Hubungi:03-21727272, email:KUTDT_FBReservations@hilton.com atau http://www.eatdrinkhilton.com

 

SENIBINA INDO-ISLAM JADI TARIKAN DI AVENUE K

Kecantikan seni bina Taj Mahal, India menjadi pilihan gaya dekorasi Hari Raya di Avenue K tahun ini, sesuailah dengan temanya “Raya Majestik”.

IMG_7041 (2)

Bahagian tengah pusat beli-belah ini penuh dengan warna-warna yang terang menjadikan suasana dan pengalaman beli-belah cukup seronok.

 

IMG_7381 (2)

Pintu gerbang beserta kubah berona biru pirus mewah dengan limpahan warna emas jadi tumpuan pengunjung yang ingin bergambar kenangan bersama keluarga setelah penat membli-belah.

IMG_7059 (2)

Kali ini bazar terbuka di Avenue K menawarkan pelbagai pilihan menarik seperti jualan tudung dan aksesori tudung oleh Anita Scarves, aneka kuih raya moden oleh Bread Talk, koleksi sarung tangan serta anak tudung oleh Vaytita, pakaian hari raya oleh Putera, Hollakidz dan banyak lagi.

IMG_7409 (2)

Selain itu, outlet-outlet dalam Avenue K seperti Max Fashion, H7M, Buttonscarves, Dressing Paula, Good2U, Cotton On turut menawarkan kepelbagaian pakaian untuk sambutan perayaan. 

IMG20220407162248 (2)

Bagi pengunjung yang berbelanja RM100 dengan maksimum  DUA resit, bakal membawa pulang sampul duit raya Avenue K dengan rekaan menarik, manakala jika berbelanja RM250 dan ke atas, bakal menerima mangkuk kaca eksklusif dari Avenue K berserta sampul duit raya. Jika anda berbelanja RM300 dalam TIGA resit pula, anda boleh menebus baucar bernilai RM50 daripada jenama terkenal Indonesia iaitu Buttonscarves dan jika berbelanja sehingga RM500, anda bakala menerima baucar Buttonscarves bernilai RM100.

Memang berbalo-baloi beebelanja di Avenue K kerana banyak tawaran hebat diberikan kepada pelanggan! Bukan itu sahaja, sambil membeli-belah, anda bakal dihiburkan dengan persembahan daripada The Heart of Malaysia, Gintagansa (States of Malaysia) dan Magika setiap hari Jumaat serta Sabtu bermula 8 April hingga 30 April. Demo kraf pula akan diadakan setiap hari Sabtu bermula 10 April hingga 1 Mei 2022.

Manakala pada 22 April nanti, pengunjung yang datang ke sini akan dihiburkan oleh Akademi Broadway yang akan menghiburkan dengan persembahan berbentuk muzikal yang bertajuk “A Taj of Eidul Fitr”. Persembahan ini akan berlangsung selama setengah jam dan akan mempersembahkan cerita mengenai Taj Mahal dan cerita cinta antara empunya Taj Mahal iaitu Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.

Bagi yang sukakan cabaran, anda digalakkan menyertai pertandingan “Cari & Kira Pelita” yang dianjurkan melalui laman Facebook Avenue K. Pertandingan yang sudhapun bermula ini bakal berakhir sehingga 8 Mei 2022. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mencari dan mengira jumlah pelita yang diletaakan di sekitar Atrium Avenue K ini. Tiada sebarang belian barangan perlu dilakukan untuk menyertainya. Mudah bukan? Dan anda antara LIMA pelanggan yang bakal membawa pulang baucar beli-belah dan makanan bernilai RM100.

Avenue K juga tidak melupakan mereka yang memerlukan perhatian sepanjang Ramadan ini. Pusat Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur menjadi tetamu jemputan khas Avenue K’ares pada 14 April lalu di mana kanak-kanak kurang bernasib baik ini dijamu dengan majlis berbuka puasa oleh KFC dan Max Fashion serta pemberian duit raya oleh Pengurus Besar Avenue K, Phang Sze Sze.

Masih ada banyak masa lagi untuk membuat belian untuk perayaan Hari Raya.Jadi jangan lupa datang ke Avenue K dan dapatkan pelbagai barangan yang diperlukan sempena sambutan Hari Raya tak lama lagi.

M SQUARE MALL PUCHONG SATUKAN PERSATUAN SENI MALAYSIA

Antara persatuan seni yang terlibat adalah Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Karyawan, Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Pertubuhan NGO Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS).

IMG20220407180254_01

Mereka bertemu dan bersatu dalam acara Bazar Ramadan dan Raya Warga Seni 2022 kerjasama Pink Bazar serta Jom Mall.

IMG20220407181034_01

Antara tujuan diadakan acara ini adalah untuk membantu anak-anak seni dan warga kerja belakang tabir industri hiburan menjana pendapatan sampingan sepanjang bulan Ramadan dan membantu mereka yang terjejas akibat kesan pandemik Covid-19 selama dua tahun ini.

IMG20220407181256_05

Fiesta Pink Bazar ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk FINAS, Koperasi Perdana Jaya, Millenium Land, Hotel Hilton Garden Inn Puchong, Kelab Motosikal 2fast Bikers Malaysia serta Dapur Pasak (Putra Amaris).

IMG20220407184408 (2)

Bazar Ramadan ini telahpun memulakan perniagaan sejak 3 April lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar.

Wakil penganjur iaitu Tiara Johar menyatakan bahawa acara ini turut memfokuskan kepada aktiviti bersama komuniti yang mana tema Pink Bazar itu sendiri adalah Industri Kreatif dan Komuniti. Maka banyak aktiviti yang telah dirancang antaranya sesi perkongsian dengan Pengarah daripada FDAM, pelakon dan penyanyi berkneaan industri kreatif kepada komuniti.

 
Pink Bazar ini akan berakhir pada 30 April nanti dan sepanjang bulan Ramadan ia dibuka daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

KEMPEN ‘MASK ON, SPREAD HOPE’ NEUTROVIS INGATKAN RAKYAT PAKAI PELITUP MUKA

Hari Raya tak lama lagi ni, Jom sambil menggayakan pakaian raya baharu, kasut baharu, beg tangan baharu, anda juga boleh bergaya dengan pelitup separuh muka premium NEUTROVIS Edisi Hari Raya iaitu dari Siri Jom Raya dan Siri Gaya Raya

Setiap siri Edisi Hari Raya ini pula datang dalam DUA rekaan berlainan dengan DUA warna berbeza iaitu :

Image 1

  • Gaya Raya (Lilac Dream & Royal Green)

    wEMUwLrbBUX1QtTo8mo4oQSVHxVYRHHYk1ULM1Ic (2)

  • Jom Raya (Blue Moon & Festive Green)

Image 2

Neutrovis telah memperkenalkan pelitup separuh muka Edisi Hari Raya ini pada majlis pelancaran kempen ”Mask On, Spread Hope” bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa memakai pelitup separuh muka demi menjaga diri dan yang tersayang sepanjang bulan Ramadhan dan membuat persiapan Hari Raya Aidifitri.

Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, diiringi oleh Ketua Setiausaha, Ybhg Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad.

Melalui kempen ”Mask On, Spread Hope” ini, Neutrovis beraspirasi untuk menjadi simbol harapan kepada rakyat Malaysia agar bersatu dalam menangani pandemik covid-19 melalui vaksinasi, penjarakkan sosial dan yang paling utama, memakai pelitup separuh muka yang efektif  selain mengamalkan SOP bagi memastikan keselamatan dan kesihatan keluarga serta sahabat handai semasa aktiviti ziarah menziarahi.

Kajian menunjukkan, terdapat ratusan titisan air bersaiz dari 20 hingga 500 mikrometer yang tersebar melalui udara setiap kali seseorang individu bercakap. Disebabkan virus Covid-19 tersebar melalui titisan air tersebut, pemakaian pelitup separuh muka gred perubatan dapat melindungi dan menghentikan penyebaran virus. Kempen ”Mask On, Spread Hope” ini bertujuan untuk mendidik orang awam tentang kepentingan memilih pelitup separuh muka yang tepat dan tahu akan perbezaan di antara pelitup separuh muka pakai buang dan pelitup separuh muka perubatan.

Apakah perbezaan antara pelitup separuh muka pakai buang dan pelitup separuh muka perubatan?

Pelitup separuh muka pakai buang hanya sesuai untuk kegunaan industri, yang mana ianya hanya bertindak sebagai penapis habuk, dan tidak mampu untuk menyekat penularan sebarang virus.

Pelitup separuh muka perubatan pula mempunyi kadar ’Bacteria Filteration Efficiancy’ (BFE) dan ’Particle Filteration Efficiancy’ (PFE) yang tinggi, mampu menyekat penularan virus dengan kemampuannya untuk menyekat bakteria bersaiz 1-5 micron dan menapis zarah bersaiz 0.1 – 1 micron.

Tahukah anda yang Pelitup Separuh Muka Premium jenama Neutrovis mengungguli kadar tersebut, dengan bacaan melebihi 98% BFE dan 96% PFE. Ianya juga lulus pensijilan CE dan memenuhi standard-standard EN14683.

Neutrovis memberi perhatian khusus tentang kebolehgunaan pelitup separuh muka mereka dengan getah telinga yang ultra lembut, disamping penggunaan fabrik ’non-woven’ premium ekstra lembut untuk mengurangkan iritasi kepada kulit, menjadikannya sesuai untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang. Neutrovis merupakan jenama anti-kuman khusus berstandard tinggi yang memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit sensitif dan mementingkan imej. Neutrovis berjanji untuk menawarkan produk yang efektif dan premium pada harga mampu milik.

Disebabkan ini, Neutrovis  menerima anugerah “Pelitup separuh muka paling banyak terjual dalam masa setahun” (Jumlah: 195,131,200 keping) oleh Malaysia Book of Records.

Kini, pelitup separuh muka diwajibkan untuk dipakai setiap hari, dan orang ramai menginginkan reka bentuk pelitup separuh muka yang bersesuaian dengan gaya penampilan mereka. Maka, Neutrovis telah memenuhi permintaan ini dengan menghasilkan pelitup separuh muka yang bergaya dan pada masa yang sama, ianya lulus untuk kegunaan perubatan yang mampu menyekat penularan Covid-19.

Neutrovis menawarkan kebebasan berfesyen kepada pengguna dengan memadankan topeng pelitup separuh muka dan pakaian mereka tanpa perlu khuatir kerana diri mereka dan orang yang mereka sayangi terlindung.

Image 5

“Kementerian dimandatkan untuk memberi peringatan kepada orang awam menjelang Hari Raya ini, supaya patuh dan bertanggungjawab dengan menggunakan pelitup separuh muka perubatan yang efektif pada setiap masa – terutamanya kepada pusat-pusat beli belah, pekerja bahagian peruncitan dan pengguna. Saya berharap, peringatan ini dapat memupuk persefahaman dan kerjasama dalam masyarakat dengan memakai pelitup separuh muka dan memberi harapan demi menjaga keharmonian negara & ekonomi. Hanya dengan kerjasama diantara semua pihak, kita dapat mengawal penularan pandemik ini. Pelitup separuh muka Hari Raya Neutrovis ini mengangkat semangat Hari Raya dengan warna dan corak bertemakan perayaan Aidilfitri. Jenama tempatan, Maystar Beauty telah mengambil langkah yang tepat dengan membolehkan para pengguna memadankan pelitup separuh muka dengan busana Raya mereka, memberi kebebasan kepada para pengguna untuk memilih sesuai dengan citarasa mereka”.-Menteri KPDNHEP, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Neutrovis juga dengan rasminya memperkenalkan Izzue Islam (Pelakon/Penyanyi/Hos) sebagai duta produk untuk Neutrovis Barrack Series (Rogue Green & Tartan Blue) manakala Azira Shafinaz (Pelakon/Penyanyi) sebagai duta produk untuk Neutrovis Earthly Brown Series (Dessert Storm & Sahara). Pemilihan ini bersesuaian dengan penjenamaan Neutrovis yang dinamik, bergaya dan innovatif.

Dengan semangat Hari Raya, Neutrovis menjalankan aktiviti kemasyarakatan mereka dan menyebarkan harapan dengan menyumbangkan sebanyak 100,000 unit Pelitup Muka Perubatan Premium kepada 7 buah rumah anak yatim dan pusat kebajikan di seluruh Malaysia. Di samping itu, Neutrovis juga turut menyumbangkan 50,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada lebih 20 buah syarikat media di Lembah Klang. Ini  sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bekerja keras dan menghadapi risiko demi menyampaikan maklumat kepada orang awam.

Antara pusat kebajikan yang menerima sumbangan menerusi kempen ”Mask On, Spread Hope” adalah:

  1. Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti)
  2. Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur
  3. Ibu Maryam Rumah Anak Yatim
  4. Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras
  5. Autism Cafe Project
  6. Pusat Jagaan Baitul Hidayah Puchong
  7. Pusat Jagaan Al Ghazaly Puchong

”Melalui kempen ”Mask On, Spread Hope” kami sentiasa memikirkan tentang keperluan pelitup separuh muka untuk rumah anak yatim dan pusat kebajikan. Sumbangan ini adalah cara kami berbakti kepada masyarakat dan dengan cara ini, kami dapat menyebarkan mesej harapan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada petugas media. Tugas yang mereka lakukan amat penting terutamanya pada masa yang mencabar ini, dengan menjaga keharmonian negara melalui liputan-liputan yang mereka laporkan. Kami tidak tahu adakah orang lain menganggap mereka ini sebagai petugas barisan hadapan, tetapi kami di Neutrovis mengiktiraf mereka sebagai wira”-Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, Zayn Puah.

Dengan harga RM34.90 sekotak yang mengandungi 50 unit pelitup separuh muka (RM0.70/unit), pelitup separuh muka Edisi Hari Raya Neutrovis boleh didapati di pelbagai kedai dan farmasi di seluruh negara, termasuk peruncit yang terlibat seperti Caring Pharmacy, Guardian, Watsons, Health Lane Family Pharmacy, AA Pharmacy, HTM Pharmacy, Sasa, Aeon, All Day Pharmacy, Sunway Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Alpro Pharmacy dan Straits Pharmacy di sepanjang tempoh perayaan ini, sementara stok masih ada.

Untuk Maklumat lanjut, sila layari https://www.neutrovis.com/ atau @NeutrovisMalaysia di Facebook.

PERKAMPUNGAN TRADISIONAL BATIK PENUHI RUANG DI AVENUE K

“Warna-Warna Aidilfitri” dengan pelbagai pilihan rekaan dan warna batik jadi tema Hari Raya di Avenue K bagi sambutan perayaan Hari Raya tahun ini.

top-view (2)

Perkampungan tradisional batik diabadikan di ruang utama pusat beli-belah terkenal ini dengan gerai-gerai jualan yang menjual aneka produk hari raya seperti pakaian raya, kuih-kuih raya moden dan klasik menambah lagi suasana kampung yang sememangnya menjadi rinduan perantau-perantau di kota yang tidak dapat beraya di kampung halaman masing-masing.

IMG_8167 2

Astaka kayu setinggi 17 kaki dalam perkampungan tradisional batik menambah daya tarikan pada perkampungan tradisonal batik secara tak langsung menyemarakkan lagi sambutan hari raya yabg bakal menjelma tak lama lagi. Bagi yang sukakan dan rindu suasana desa tradisional boleh datang sambil mengabadikan kenangan bersama-sama keluarga dan teman-teman.

IMG_8078-A1

Pelbagai aktiviti dan promosi menarik sepanjang bulan Ramadan disediakan untuk pengunjung yang datang membeli-belah di Avenue K ini. Antaranya jika pengunjung berbelanja sebanyak RM250 sehari, mereka berpeluang bermain ‘Joyous Eid Extravaganza Claw Machine” yang menawarkan baucar-baucar bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi malah jika anda yang bertuah, anda boleh memenangi baucar bernilai RM1,000! Jadi jika anda mahir dengan permainan ‘claw machine’ ini.bolehlah mencuba kemahiran anda di sini.

RAYA 2021_1200x1200-02

Bagi yang ingin mendapatkan sampul raya eksklusif dari Avenue K, anda perlu berbelanja sehingga RM150 untuk mendapatkan sampul tersebut.

Selain itu, Avenue K turut mengadakan satu pertandingan FB yang dinamakan “Find The Missing Batik Piece” yang bakal berakhir pada 9 Mei nanti. Banyak hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan ini dan menariknya anda tidak perlu membuat sebarang pembelian untuk menyertainya.

Malam Tujuh Likur Tradisi Raya di Suria KLCC

Memang seronok apabila menjelangnya Malam Tujuh Likur lagi-lagi di kampung. Semua orang kampung gembira tak kira tua atau muda akan bersama-sama menyalakan panjut di sekeliling rumah. 

IMG_20190514_190458

Dan apabila pusat beli-belah terkemuka di KL, Suria KLCC meraikan sambutan Hari raya Aidil Fitri tahun ini dengan menghidupkan semula kenangan keseronokan malam 27 Ramadan, terasa seperti berada di suasana perkampungan yang terang-benderang dek pencahayaan panjut.

IMG_20190514_185000

Keindahan Malam Tujuh Likur bermula pada 14 Mei hingga 9 Jun di Suria KLCC. Bertemakan “Semurni Ikatan Seindah Lebaran”, ruang legar utama Suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni umpama sebuah pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur. Tarikan utama adalah replika istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan.

Replika istana itu dihiasi dengan pelbagai ukiran-ukiran halus yang menampilkan keindahan serta kekayaan seni bina masyarakat melayu. Gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi struktur binaan memberi impak yang sempurna terhadap replika istana lama itu.

Sebuah taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC yang pastinya akan memukau pengunjung dan pelancong yang berkunjung ke sini.

IMG_20190514_191012

Hari raya tidak hanya disambut oleh masyarakat beragama Islam kerana ia turut diraikan oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Oleh itu, Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC. Berketinggian 70 kaki, pengunjung boleh mengabadikan kenangan di replika tersebut sehingga 9 Jun ini.

Nikmati persembahan menarik sepanjang kempen 

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian drmaa mak Yong, tarian musikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional dari pelbagai negeri, tarian tradisional kanak-kanak. Dikir Barat dan persembahan silat bermula 14 Mei hingga 9 Jun.

Hulurkan bantuan

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Suria KLCC sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Melalui program “Share the Care”, Suria KLCC bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk meraih dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik mendapatkan bekalan makanan.

Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang peranan Food Aid Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan pertama yang didedikasikan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia. Suria KLCC menyasarkan untuk mengumpulan sekurang-kurangnya RM10,000 melalui sumbangan orang ramai.

Pengunjung hanya perlu menderma RM10 dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Food Aid Foundation untuk membeli makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong inisiatif Food Aid Foundation.

Untuk maklumat lanjut, layari www.foodaidfoundation.org

Dapatkan ganjaran eksklusif 

Nikmati ganjaran eksklusif apabila anda membeli-belah dari 10 Mei hingga 9 Jun di mana setiap pembelian minimum Rm1,000 dan ke atas dalam dua resit,anda akan menerima satu set bekas kaca kristal eksklusif dan sampul duit raya.

Bagi yang membeli-belah pada hujung minggu pula berpeluang menerima edisi terhad “Selendang kuala Lumpur” oleh dUCk Scarves dan sampul duit raya. Anda hanya perlu bebrelanja sebanyak RM3,500 dalam satu resit untuk menikmati ganjaran ini.

Bagi pembelian melebihi RM1,000 setiap hari termasuk hujung minggu, anda akan menerima satu borang penyertaan peraduan makan malam istimewa bersama Cef Sherson Liam. Lima pasangan yang terpilih akan menikmati hidangan yang disediakan oleh Cef Sherson di salah sebuah restoran yang disyorkan oleh beliau di Suria KLCC.

Maklumat lanjut, layari http://www.suriaklcc.com.my

WATSONS Lancar Video Raya ‘Ada Hati, Raya Menjadi-jadi’

Menampilkan Ayda Jebat, irama lagu yang didendangkan sangat menarik untuk dinyanyikan bersama sepanjang Syawal nanti.

main photo

Watsons Malaysia telah mengambil peluang sempena Ramadan ini untuk menggalakkan orang ramai agar menjadi lebih prihatin melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ sempena sambutan Aidil Fitri kali ini.

Kempen Watsons ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ telah bekerjasama dengan 30 rumah kebajikan di seluruh Malaysia dengan mendermakan pelbagai barangan jenama Watsons bernilai RM100,000 untuk membawakan keceriaan dan kegembiraan menjelang Hari Raya. Ia bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar turut mengingati golongan-golongan yang memerlukan.

photo2

“Bulan Ramadan adalah masa untuk kita saling memberi dan perbuatan itu sebenarnya dapat menyerlahkan ciri-ciri yang terbaik dalam diri seseorang. Kami mengambil peluang memberi sumbangan ini bukan sahaja kepada pelanggan setia Watsons, tetapi juga kepada masyarakat. Di Watsons, kami menggalakkan pelanggan kami agar “Tampil Hebat, Berasa Hebat” dan berasa hebat bukanlah merujuk kepada harta benda yang kita miliki, tetapi pengalaman yang amat bermakna untuk anda dan orang yang anda sayangi.

Bagi Aidil Fitri kali ini, misi kami adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’, kami berharap dapat menyebarkan keceriaan Hari Raya kepada para pelanggan kami dengan pelbagai promosi istimewa sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka membeli-belah di Watsons,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Wastons Malaysia dalam ucapan alu-aluannya kepada para tetamu.

Semasa pelancaran kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ Watsons, pihak media dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tradisional tarian zapin. Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ayda Jebat yang menghiburkan para hadirin dengan sebuah lagu istimewa, lagu raya Watsons.

Watsons Malaysia juga telah menayangkan video raya ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ yang menyampaikan mesej bahawa sekiranya kita mempunyai hati dan usaha, kita pasti akan melakukannya hingga menjadi nyata. Ianya berkisahkan tentang Ayda yang pulang ke kampung halamannya untuk bersama-sama beraya dengan keluarga tercinta.

“Kami amat teruja untuk melancarkan video raya istimewa berjudul ‘Ada Hati Raya Menjadi- jadi’ yang menampilkan Duta Watsons Ayda Jebat. Balik kampung sememangnya sinonim dengan sebarang perayaan di Malaysia, dan video ini menampilkan kelainan yang ajaib tentang perjalanan Ayda pulang ke kampung pada Hari Raya ini. Mesej yang penting dari Watsons untuk Hari Raya ini ialah tiada apa yang lebih penting atau indah dari saat-saat anda meraikannya bersama keluarga anda. Dan sudah pastinya Watsons menawarkan semua yang anda perlukan untuk anda menyambut Hari Raya,” kata Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia yang menerangkan tentang kempen kali ini.

Pelanggan Watsons akan menikmati pelbagai tawaran ‘istimewa’ Hari Raya seperti berikut:
● Promosi jualan Hari Raya sehingga 50% dari sekarang hingga 12 Jun di cawangan- cawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian – http://www.watsons.com.my
● 60 pemenang bertuah daripada ahli-ahli Watsons yang membuat pembelian berjumlah RM50 ke atas untuk mana-mana produk jenama Watsons berpeluang untuk menghadiri “Meet & Greet Session” bersama Ayda Jebat.
● Peraduan “Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi”:
Ahli Watsons yang membuat pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit termasuk salah satu jenama yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan mengimbas resit dan menghantar ke:

https://www.watsons.com.my/promo-rayacontest

Tertakluk kepada pembelian di mana- mana cawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian dari sekarang hingga 12 Jun 2019.

Maklumat lanjut boleh dapati di http://www.watsons.com.my

Artistik Geometri ‘Radiance of Eid’ Serlahkan Sambutan Raya Avenue K

Sempena meraikan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba tak lama, pusat beli-belah Avenue K meriah dengan paparan artistik Geometri berwarna-warni.

IMG_20190516_181001

Pengunjung ke sini pastinya akan teruja dengan kehadiran paparan Geometri berbentuk bintang yang besar, tergantung di satu sudut di Atrium yang menghasilkan pencahayaan terang di segenap bazar berdekatan.

Diinspirasikan melalui corak-corak pada geometrik Islam, paparan artisitik yang mengambil tema ‘Radiance of Eid’ ini turut menyerlahkan gubahan-gubahan bunga tropika yang digabungkan bersama pada paparan tersebut, menjadikan ruang di Atrium berseri-seri dengan kehadiran bunga-bungaan dan warna-warna ceria yang dihasikan oleh paparan artisitik.

IMG_20190516_183608

Kehadiran bulan Ramadan 2019 bertambah seri apabila Avenue K meraikan 25 kanak-kanak dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia. Mereka dibawa membeli pakaian raya, diberikan duit raya dan juga menikmati hidangan berbuka puasa bersama-sama staf, media dan penyanyi Kaka Azraff yang sebelum itu menghiburkan tetamu yang datang dengan lagu hit beliau ‘Bawaku Pergi’, ‘Sibuk’ dan juga lagu raya.

Avenue K menawarkan pelbagai barangan yang boleh dibeli untuk sambutan hari raya melalui Pasar Seloka yang mana tahun ini, kembali dengan lebih besar dan lebih banyak gerai-gerai tempatan yang menjual produk-produk berkualiti tinggi dan juga lebih moden seperti pakaian, alat solek, aksesori fesyen, kuih-kuih raya dan banyak lagi agar pengunjung yang datang membeli-belah boleh mendapatkan produk yang terbaik untuk menyambut keriangan Aidil Fitri bersama-sama keluarga.

Print

Bagi pengunjung yang membeli-belah minimum RM250 di Avenue K (RM200 jika anda ahli kad AK Neighbours  ) dalam dua resit atau kurang, membolehkan anda menebus satu set sampul kad raya yang cantik, sementara stok masih ada.

Selain itu, anda juga boleh menikmati juadah percuma dengan pembelian minimum RM500 dalam maksimum 2 resit, di mana Avenue K akan memberikan baucar makanan ‘Buka Puasa’ bernilai lebih RM100. Baucar-baucar makanan itu meliputi Samba Brazilian Steakhouse, Kafe Juan Valdez, Nene Chicken, Baba Nyonya dan Wrap ‘N Roll.

Untuk memberi lebih banyak tawaran hebat sempena ‘balik kampung’, pengujung boleh memyertai pertandingan mingguan ‘Top Spender’ di mana anda berpeluang menjadi 30 pelanggan Avenue K yang memenangi Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad bernilai RM100. Bermula 10 hingga 27 Mei ini, 10 pemenang akan dipilih, maka bersedialah untuk terpilih sebagai salah seorang pemenang!

Bagi mereka yang suka mengambil gambar ‘selfie’, anda boleh menyertai Pertandingan Instagram ‘Jom Selfie’ dan berpeluang membawa balik hamper Raya eksklusif bernilai RM200 daripada Pasar Seloka dan Wondermilk. Maka, apa lagi, follow @avenuekmy untuk maklumat lanjut.

Jika anda biasa mengguna aplikasi Grab pula, masukkan kod AKRAYA19 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 untuk 2 kali perjalanan pergi dan balik dari Avenue K (hanya untuk 1,000 perjalanan pertama). Penebusan diskaun ini bermula pada 10 Mei hingga 9 June sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan pelbagai tawaran hebat yang ditawarkan oleh Avenue K sepanjang Ramadan ini.

Kempen Girang Syawal Tiba 2019 MYDIN Tawar Pelbagai Promosi Sepanjang Ramadan dan Syawal

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), pengendali rangkaian peruncitan terkemuka di Malaysia berbesar hati melancarkan Kempen Girang Syawal Tiba 2019 yang melibatkan pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa menjelang Ramadhan dan Syawal.

IMG_3564

Pelbagai aktiviti mengisi ruang sepanjang kempen antaranya peragaan fesyen pakaian Aidil Fitri yang menampilkan koleksi jenama Mikhail dan Mikayla yang merupakan jenama MYDIN sendiri.

59414283_588704114959879_821147573187248128_n

Kempen dengan kerjasama Sinar Harian ini turut menampilkan selebriti tempatan seperti Azad Jasmin dan Eira Syazira sebagai pengacara majlis bagi menambah keriangan kempen berkenaan. MYDIN turut mengumumkan pelakon cilik yang sedang meningkat naik, adik Qistina Raisah yang kini dilantik sebagai Duta MYDIN.

Promosi MYDIN Girang Syawal Tiba 2019 ini turut membabitkan koleksi baju raya lelaki, wanita, kanak-kanak dan sedondon selain pilihan kurma import, kuih raya dan pelbagai barangan rumah dan dapur. Turut terlibat barangan segar seperti ayam, ikan, sayuran dan pelbagai barangan lain dalam promosi ‘Hari-Hari MYDIN Murah’ yang telah bermula sejak 8 Mac yang lalu. Prihatin dengan bebanan kos sara hidup, MYDIN turut mengatur pelbagai tawaran lain bagi memastikan kepuasan pelanggan bebrelanja dengan kualiti produk yang sentiasa dijaga.

IMG_3800

MYDIN turut melancarkan tabung program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR, “MYDIN Prihatin” dengan bertemakan ‘Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan’. Usaha murni turut mendapat kerjasama rakan eksklusif MYDIN  iaitu platform e-Dagang terkemuka, Shopee.

Setiap nilai pembelian barangan jenama MYDIN sendiri di platform Shopee, sebanyak 20 sen akan disumbangkan ke tabung MYDIN Prihatin.

Syarikat pembekal terkenal seperti P&G, NONA, Sunquick, Enricos, Enaq, Coca Cola Malaysia, Gardenia, Trichy, Beras Juara, Antabax dan MAMEE turut terlibat dalam program CSR ini. Program ini menyasarkan golongan asnaf dan anak yatim berdaftar seluruh negara yang telah dikenalpasti.

Setiap belian antar 5 sen hingga 50 sen daripada jenama-jenama itu akan dikumpul dan disalurkan kepada rumah kebajikan yang dipilih mengikut negeri. MYDIN menyasarkan dana kutipan RM200 ribu dan agihan akan dilakukan sepanjang tahun ini.

MYDIN terus komited memberi kepuasan dan pengalaman kepada pelanggan setianya agr Aidil Fitri dapat disambut dengan lebih girang dan bermakna. MYDIN juga berharap promosi dan tawaran yang dirangka sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal dapat dimanfaatkan oleh pelanggan MYDIN dan berbelanja dengan bijak.

GUARDIAN Bawa 100 Kanak-Kanak Beli-Belah Sempena Raya dan Hadiri Iftar

 

32

100 kanak-kanak yang diraikan oleh Guardian Malaysia adalah dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

5

Empat selebriti terkenal tanah air iaitu Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana juga turut serta dalam sesi membeli-belah dan iftar istimewa bersama kanak-kanak tersebut.

Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman, yang mengetuai pasukan Guardian dalam menganjurkan acara tersebut di Pusat Latihan Kecemerlangan Dairy Farm di Bandar Kinrara berkata:

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia dimana menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah amat digalakkan. Dan setiap tahun, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian Malaysia akan memainkan peranan kami dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramadan ini, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membeli-belah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan ini.”

Selain daripada baucar RM100 untuk membeli-belah di Guardian dan Giant, dimana kanak-kanak ini boleh membeli barangan keperluan Hari Raya mereka, kami turut memberikan satu kejutan istimewa buat mereka!

Apa lagi kalau bukan kehadiran empat orang personaliti terkenal, yang mewakili kempen Hari-Hari Cun Guardian Malaysia, untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah kanak-kanak ini dan berkongsi tip-tip berguna tentang tawaran-tawaran hebat yang terdapat di Guardian.” 

Pasukan Guardian Malaysia dankeempat-empat selebriti turut berbuka puasa bersama-sama dengan kanak-kanak itu.

Jelas Shirley lagi, Guardian berharap agar kanak-kanak ini – lelaki dan perempuan, berusia diantara 4 hingga 17 tahun – akan membawa pulang kenangan yang manis, yang dikenang untuk selamanya.