PELITUP SEPARUH MUKA EMPRO LULUS UJIAN KECEKAPAN PENAPISAN VIRUS

Tahniah EMPRO!

Image 01

Syabas kerana menjadi satu-satunya jenama di Asia Tenggara dan PERTAMA seumpamanya lulus Ujian Kecekapan Penapisan Virus  ‘TÜV SÜD’

Image 04 a

Ujian Kecekapan Penapisan Virus (VFE) itu dikendalikan oleh pakar terkemuka dari Jerman iaitu TÜV SÜD’ Dengan kelulusan ujian itu, kadar pengeluaran pelitup separuh muka EMPRO dijangka meningkat bagi memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa.

‘TÜV SÜD’ merupakan simbol kepercayaan pengguna untuk mengenalpasti jenama yang telah melalui proses pemeriksaan teliti oleh pakar dalam memastikan sesuatu produk memenuhi piawai antarabangsa dari segi:

  • kualiti
  • keselamatan
  • kelestarian

Pelitup separuh muka EMPRO berjaya dalam Ujian VFE TÜV SÜD dengan mencapai permarkahan purata 99.9 peratus. Ini bermakna, pelitup separuh muka EMPRO amat efektif untuk menghalang zarah-zarah halus [purata saiz zarah (MPS) 3.0 ± 0.3 µm] dari memasuki atau keluar dari pelitup separuh muka tersebut, menjadikannya unggul daripada penilaian kecekapan penapisan bakteria dan penapisan zarah (BFE & PFE).

Image 02 a

Sebagai jenama yang mendapat pengiktirafan yang tertinggi dalam peranti perubatan di dunia, pemilik jenama EMPRO, Prof. Dr. Coco Alex bersyukur kerana dapat membawa pengiktirafan antarabangsa ke Malaysia, sebagai sebuah negara yang dipercayai dalam penghasilan pelitup separuh muka. Malaysia sudah pun dikenali sebagai negara yang menghasilkan sarung tangan pakai buang bermutu tinggi, dan dengan pengiktirafan ini, EMPRO akan terus berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pilihan dalam pengeksportan pelitup separuh muka berkualiti.

Pelitup separuh muka EMPRO mampu memenuhi permintaan global dan menjadi antara jenama terkemuka dunia, bukan hanya kerana keputusan VFE, tetapi juga kerana penggabungan ‘Aerofit Technology’ dan ‘Airlock Seal’ yang dipatenkan dalam penghasilan pelitup separuh muka mereka.

‘Airlock Seal’ memberikan perlindungan yang menyeluruh dari sebarang zarah-zarah dalam udara, dengan kekemasan rapi di bahagian sisi dan bawah pelitup separuh muka. EMPRO juga telah diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di Malaysia yang mampu menyediakan tahap perlindungan yang tertinggi iaitu ASTM Tahap 3. Walaupun secara umumnya, pemakaian pelitup separuh muka dengan tahap perlindungan tertinggi sering dianggap menyukarkan pernafasan, ini tidak berlaku dengan pelitup separuh muka EMPRO. Ini kerana, apabila pelitup separuh muka dipakai,  pengguna akan berasa selesa dan mudah untuk bernafas.

Prof. Dr. Coco Alex berkata,

“Sebagai jenama tempatan yang menghasilkan pelitup separuh muka pembedahan berpengkalan di Petaling Jaya, saya berasa bangga kerana mampu membangunkan jenama Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kami tahu banyak syarikat dari pelbagai negara cuba untuk melepasi ujian TÜV SÜD, tetapi masih banyak yang belum mencapainya. Saya pasti jenama kami akan berjaya di peringkat antarabangsa, memandangkan kami adalah antara yang terbaik di dunia.

Ia membawa kebanggan kepada saya untuk mewakili Malaysia dalam bidang ini, dan saya berharap pencapaian ini memacu pihak-pihak lain berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara perdagangan yang aktif dalam pelbagai industri, terutamanya dalam bidang perubatan. Kami di posisi yang baik untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengeksportan dan perdagangan di Asia Tenggara, dan kami lebih dari bersedia untuk menjadi pengedar pelitup separuh muka global, di samping China. EMPRO akan menjadi satu-satunya jenama pelitup separuh muka Malaysia berkaliber yang boleh didapati di farmasi-farmasi seluruh Asia Tenggara kelak,” 

Dengan peningkatan permintaan pelitup separuh muka pembedahan di peringkat domestik dan global, pengeluaran oleh kilang EMPRO meningkat 20 peratus pada suku akhir tahun lepas, setelah menyelaraskan operasi dengan norma baharu. Sehingga kini, pelitup separuh muka EMPRO dimanfaatkan sebaiknya di Switzerland, dan mereka mensasarkan untuk memperluaskan jangkauan mereka dengan menyediakan pelitup separuh muka mereka di farmasi-farmasi seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Keputusan Ujian TÜV SÜD menjadi bukti usaha EMPRO dalam mencapai misi mereka untuk melindungi masyarakat dengan pelitup separuh muka berkualiti tinggi dan diiktiraf. Mereka bersedia untuk mengambil peranan kepimpinan yang aktif dalam melawan pendemik dan memulihkan keselamatan di negara ini.

Pelitup separuh muka EMPRO boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka Malaysia termasuk Watson, SASA, Big Pharmacy, AA Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy dan sebagainya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: