“KEMPEN HARGA LAGI RENDAH LAGI LAMA” GIANT TAWAR PENJIMATAN HARGA SELAMA 6 BULAN

Wah kempen Giant kali ini memang sangat sangat BERBALOI LAGI MENJIMATKAN!!

giant 2

Bukan sahaja menawarkan HARGA RENDAH bagi barangan keperluan malah ia berlanjutan untuk tempoh ENAM bulan bermula pada 11 November 2021 sehingga Mei 2022!!

giant 4

Giant telah melabur 22juta untuk kempen terbaharu ini. Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu rakyat melawan inflasi. Penjimatan untuk jangka panjang pada 460 produk baharu, barangan segar dan runcit yang terpilih dilancarkan dengan purata penjimatan sehingga 20% dengan Harga Lagi Rendah Lagi Lama.

Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama!

giant 3

Giant sememangnya sinonim dengan nilai – dan kini ia mengukuhkan lagi kedudukan mereka dengan pelancaran Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama, dengan pelaburan sehingga RM 22 juta dalam pengurangan harga bagi ratusan barangan keperluan harian. Pelaburan ini adalah hasil daripada penyelidikan Giant tentang perkara yang paling penting bagi pelanggan, iaitu produk segar dan berkualiti pada nilai yang hebat bagi membantu mereka berjimat.

Ini bukanlah promosi jualan tergempar!!

Tetapi pengurangan harga jangka panjang bagi produk yang paling penting untuk pelanggan. Giant komited dalam mengekalkan harga rendah ini lebih lama supaya lebih ramai pelanggan dapat memanfaatkannya, memandangkan peningkatan inflasi dan tekanan kewangan yang dialami oleh kebanyakan keluarga yang terkesan akibat pandemik. Dengan Harga Lagi Rendah Lagi Lama, Giant memainkan peranannya dalam menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.

Pelanggan boleh melihat penurunan harga lebih 460 produk penting utama termasuklah barangan segar, runcit, penjagaan diri dan keperluan rumah. Antara barangan yang banyak dibeli termasuklah:

  • Bawang Putih -55sen/100g (sebelum kempen:75sen/100g)
  • Udang Vannamei (anggaran 60 ekor-70 ekor) -RM2.50/100g (sebelum kempen:RM3/100g)
  • Aneka Susu UHT DUTCH LADY (6x200ml)-RM7.50 (sebelum kempen:RM8.90)
  • Aneka Pelembut Fabrik DAIA (1.6L-1.8L)-RM5 (sebelum kempen:RM6.75)
  • Aneka isian semula sabun LIFEBUOY (2 x 850ml)-RM18.90 (sebelum kempen:RM20.90)
  • Ubat Gigi COLGATE Max Fresh Cool Mint (2 x 160g)-RM16 (sebelum kempen:RM21)
  • DUGRO 3/4 Biasa/Madu (850g)-RM22.95 (sebelum kempen:RM27.70)
  • HUGGIES Dry Pants Super Jumbo Pack S66+4/M60+4/L50/XL42/XXL36-RM28.90 (sebelum kempen: RM41.69)

Kualiti pada nilai hebat dengan jenama sendiri Meadows dan Giant yang memenangi anugerah

Untuk membantu pelanggan lebih jauh, GCH Retail (sebahagian daripada DFI Retail Group) melancarkan Meadows, jenama sendiri yang menawarkan makanan berkualiti tinggi dari negara-negara di seluruh dunia, dengan harga yang jauh lebih berpatutan daripada jenama yang setara, selalunya pada 20% lebih rendah.

Dicipta hasil daripada beribu-ribu ujian rasa yang dijalankan bersama pengguna, setiap produk dalam rangkaian Meadows telah dipilih khas dengan teliti dari negara-negara di seluruh dunia, dengan tumpuan pada kualiti, nilai dan persembahan. Meadows sudah pun menjadi jenama terkemuka di Giant, lebih popular daripada kebanyakan jenama antarabangsa yang terkenal.

Pelanggan yang mementingkan nilai juga boleh melihat pelbagai jenis keperluan rumah dengan harga rendah dan berkualiti seperti beras, minyak, telur dan bekalan pembersihan dengan rangkaian produk jenama Giant yang dipertingkatkan yang tidak menjejaskan nilai, kualiti dan kemudahan.

Harga dan nilai yang menakjubkan bagi produk jenama sendiri ini telah dicapai melalui perkongsian rapat dengan pembekal utama, petani dan nelayan untuk memastikan produk segar kekal sebagai tumpuan utama di kedai kami supaya pelanggan sentiasa boleh bergantung pada kualiti segar pasaran pada harga rendah dan nilai hebat setiap hari.

Chris Bush, Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group untuk Perniagaan Makanan Asia Tenggara berkata

giant 1 (2)

“Kami tahu ini adalah masa yang sukar bagi semua orang, dan pelanggan kami menghadapi pelbagai kebimbangan kos yang semakin meningkat, daripada jaminan pekerjaan kepada peningkatan kadar inflasi. Kami mempunyai sejarah panjang sebagai peruncit makanan terkemuka di Malaysia, dan kami kekal komited untuk menyokong pelanggan kami.

Ini merupakan pelaburan tunggal terbesar kami lebih satu dekad dalam menurunkan harga dan kami telah mendengar dan bertindak mengikut apa yang pelanggan kami maklumkan tentang perkara yang paling penting bagi mereka – harga yang lebih rendah dan nilai yang lebih baik bagi barangan keperluan yang paling banyak mereka beli, serta pengalaman membeli-belah yang positif. Saya berbangga untuk berkongsi bahawa kami melaksanakan komitmen ini, dan ini berikutan daripada kerja menyeluruh yang dilakukan pada awal tahun ini dengan penyegaran semula jenama bagi kedai Giant yang telah memberikan pelanggan kami pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan – tawaran baharu yang menarik ditambah dengan wajah baharu di dalam dan juga luar kedai.

Sambutan daripada pelanggan kami mengenai penyegaran semula jenama kami adalah luar biasa. Kami amat berbesar hati untuk menunaikan satu lagi janji Giant kepada pelanggan kami dengan HLRLLharga lebih rendah lebih lama, serta menyampaikan produk berkualiti yang mampu mereka beli, dan juga pengalaman membeli-belah yang hebat. Kerana di Giant, kami tahu bahawa “Kami sentiasa berusaha untuk memberi anda pengalaman terbaik di Giant”

Untuk maklumat lanjut mengenai Giant Malaysia, sila layari www.giant.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: