Hasilnya, lahirlah koleksi rekaan pakaian yang tampil lebih moden, serba anggun dalam gaya yang cukup santai serta kasual #OwnWhatYouWear oleh penggaya fesyen tersohor ini.
Steven Sunny memang dikenali di dunia fesyen kerana bakatnya yang serba boleh sebagai seorang jurusolek dan pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.
Rekaan Scarlet x Steven Sunny memberi nafas baharu pada jenama pakaian terkenal AEON CO. (M) BHD. iaitu Scarlet. Menariknya, rekaan ini dijahit tangan oleh Steven Sunny sendiri dan koleksi yang dihasilkan adalah EDISI TERHAD.
Tahniah AEON yang kini berani mengorak langkah ke hadapan menerusi kolaborasi dengan idol fesyen tersohor, Steven Sunny.
Oleh itu, satu sesi eksklusif bersama Steven Sunny telah diadakan pada Jumaat lalu yang menampilkan koleksi Scarlet yang telah diberi nafas baharu di AEON Mid Valley Megamall dan disaksikan bersama wakil media dan penulis blog tempatan.
Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. Diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, Scarlet x Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.
Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya pandemic-stay-home, penggayaan ini menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini. Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan fit wear hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik.
Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat.
Kolaborasi yang sungguh menarik ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen serta jemputan khas para pempengaruh. Terdapat juga demonstrasi tambahan di lokasi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido.
100 pasang koleksi akhir tahun istimewa Scarlet x Steven Sunny Edisi Terhad boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama dengan harga yang berpatutan.
Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Steven berkata,
“Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini.”
Sempena pelancaran koleksi Scarlet x Steven Sunny ini, pelanggan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang apabila berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram mulai 3 Disember hingga 31 Disember 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari:
Laman Web: www.aeonretail.com.my
Facebook: www.facebook/aeonretail.com / www.facebook.com/MYAEONBiG/
Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/www.instagram.com/myaeonbig/?hl=en
Twitter: @AEON_Malaysia
Leave a Reply