53 OUTLET AEON TAWAR PRODUK THAI DI KEMPEN “THINK THAILAND”

53 outlet itu termasuk 33 Stor, 9 Max Valu dan 11 AEON Big di seluruh negara yang terlibat dalam kempen yang dianjurkan bersama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan (DITP) beserta Kedutaan Thailand.

OPENING CEREMONY AT AEON SHAH ALAM (2)

Kempen “Think Thailand” itu menawarkan barangan Harga Istimewa, selain memperkenalkan makanan Asli Thailand yang dibawa khas dari negara itu.Ia bermula pada 26 Mei hingga 15 Jun.

AIR_3941 (2)

Antara barangan yang ditawarkan dengan Harga Istimewa:

  • Jenama snek:Bento, Tao Kae Noi, Lay’s, Amae Me, Koh-Kae Peanuts, Pocky&Ladybird
  • Jenama Perisa:Ayam Brand, Roi Thai, King Rice & Tae Pee
  • Jenama Material:Pama, Serda & Jasmine
  • Makanan Segar:Mangga Thai, Jambu Thai, Laici Thai, Petai Thai, Jagung kecil Thai & Asparagus Thai

Manakala produk baharu yang diperkenalkan adalah:

  • Jenama snek: Vfoods, Jaxx, Bento, Makado
  • Jenama Minuman Sejuk: Tc Super & Taste Nirvana
  • Makanan Segar: Cili Merah & Hijau Thai, Halia Thai & Enoki Thai

Pengarah DITP, ENcik Worawan Wanwil memuji pihak pengurusan AEON dalam merangka pelan perniagaan yang strategik:

“AEON sudah menjadi rakan kerjasama strategik yang penting di wilayah ini. Mereka sentiasa menyokong dalam memperkenalkan makanan Thailand pada rakyat Malaysia meskipun pada waktu pandemik melanda”

Selain menyediakan gerai-gerai kecil yang menawarkan pelbagai barangan Thai, AEON turut mengadakan sesi memasak di LIMA outletnya iaitu AEON Puchong, AEON Shah Alam, AEON Bandar Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Wangsa Maju pada setiap hujung minggu bermula jam 3 petang hingga 4.30 petang. Bagi yang ingin mendapatkan beberapa petua memasak daripada cef-cef Thailand, bolehlah mengunjungi lima outlet ini.

Pengurus Bahagian Kanan untuk Makanan Mudah Rosak, Thomas Tan berkata:

Ini adalah kali ke-dua kami mengadakan kempen sebegini setelah mendapat sambutan meggalakkan tahun lepas. Meskipun Malaysia masih lagi dalam pergerakan terhad, tidak mematahkan semangat mereka yang ingin menikmati pelbagai makanan Thai. Tahun ini, kami membawa masuk tambahan barangan baru yang enak supaya dapat berkongsi dengan ramai orang. Dalam masa sama, kami akan memberi peluang pada pelanggan memenangi peluang berkunjung ke Thailand untuk dua orang. Kami sangat berbesar hati juga mempunyai hubungan yang erat bersama pengilang Thai, komuniti pertanian, eksporter dan Duta Thai yang membolehkan kami memperkenalkan kepelbagaian barangan Thai yang diterima oleh semua kategori masyarakat”

AEON ARTWORK

Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang beebelanja sebanyak RM50 dalam SATU resit antaranya:

  • 2 Tiket penerbangan Air Asia (penerbangan dua hala Malaysia-Thailand)
  • Pakej penginapan hotel di Thailand (1 bilik 2 Malam)
  • 10 baucer Thai Odyssey
  • 10 hadiah beg Tourism Authority Thailand
  • 20 hadiah baucer pilihan Thai-restoran Thai di Malaysia
  • 10 Hamper Besar bernilai RM300
  • 30 Hamper Kecil bernilai antara RM5-RM100

Untuk maklumat lanjut, layari:

#Aeonthinkthailand #AeonMalaysia

KERJASAMA SCARLET DAN STEVEN SUNNY CIPTA NAFAS BAHARU

Hasilnya, lahirlah koleksi rekaan pakaian yang tampil lebih moden, serba anggun dalam gaya yang cukup santai serta kasual #OwnWhatYouWear oleh penggaya fesyen tersohor ini.

IMG20211210105540 (2)

Steven Sunny memang dikenali di dunia fesyen kerana bakatnya yang serba boleh sebagai seorang jurusolek dan pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Scarlet SS 8

Rekaan Scarlet x Steven Sunny memberi nafas baharu pada jenama pakaian terkenal AEON CO. (M) BHD. iaitu Scarlet. Menariknya, rekaan ini dijahit tangan oleh Steven Sunny sendiri dan koleksi yang dihasilkan adalah EDISI TERHAD

IMG20211210101106

Tahniah AEON yang kini berani mengorak langkah ke hadapan menerusi kolaborasi dengan idol fesyen tersohor, Steven Sunny.

IMG20211210101317

Oleh itu, satu sesi eksklusif bersama Steven Sunny telah diadakan pada Jumaat lalu yang menampilkan koleksi Scarlet yang telah diberi nafas baharu di AEON Mid Valley Megamall dan disaksikan bersama wakil media dan penulis blog tempatan.

Bertemakan #OwnWhatYouWear, kolaborasi ini menampilkan 10 pilihan koleksi akhir tahun. Diperkenalkan sebagai koleksi peribadi, Scarlet x Steven Sunny memberikan kenyataan tentang pemakainya yang mengutamakan kesejahteraan serta menyayangi diri dalam menyerlahkan citarasa fesyen musim ini.

Selain keselesaan dan pakaian santai yang telah menjadi pilihan selama beberapa musim dan berpandukan gaya pandemic-stay-home, penggayaan ini menyampaikan apa yang diperlukan oleh pelanggan pada waktu ini. Gaya dan fesyen berubah dengan pantas untuk disesuaikan dengan pilihan gaya hidup selepas pandemik. Daripada peningkatan terhadap populariti pakaian aktif dan fit wear hingga kepada keperluan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, permintaan kini menuju ke arah fesyen yang mempunyai nilai-nilai terapeutik.

Ini merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu AEON CHERISH yang mempromosikan ketabahan dan kesyukuran serta mendorong rakyat Malaysia untuk menghormati dan menghargai apa yang paling penting dalam kehidupan ini sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 dan menyambut tahun baharu dengan lebih bersemangat.

IMG20211210111914

Kolaborasi yang sungguh menarik ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran, Low Ngai Yuen serta jemputan khas para pempengaruh. Terdapat juga demonstrasi tambahan di lokasi yang merupakan gabungan idea musim ini bersama rakan solek, Shiseido.

100 pasang koleksi akhir tahun istimewa Scarlet x Steven Sunny Edisi Terhad boleh didapatkan secara dalam talian atau pun di AEON Taman Maluri, Shah Alam dan Bandar Utama dengan harga yang berpatutan.

Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Steven berkata,

“Saya percaya setiap seorang dari kita mampu menunjukkan keunikan dalam diri masing-masing. Anda memiliki apa yang anda gayakan kerana anda merupakan edisi terhad diri anda sendiri. Saya berterima kasih kepada AEON atas usaha untuk memberikan kepada pelanggan apa yang mereka inginkan di masa yang mencabar seperti ini.”

Sempena pelancaran koleksi Scarlet x Steven Sunny ini, pelanggan berpeluang memenangi baucar AEON bernilai RM500 seorang apabila berkongsi gambar terbaik mereka memperagakan jenama Scarlet di Instagram mulai 3 Disember hingga 31 Disember 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari:

Laman Web: www.aeonretail.com.my

Facebook: www.facebook/aeonretail.com / www.facebook.com/MYAEONBiG/

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/www.instagram.com/myaeonbig/?hl=en

Twitter: @AEON_Malaysia

“Raikan 101 Hari Bersama AEON-Sama-Sama Lagi Best” Offer Savings For Raya

This new campaign are designed to offer major savings and value added experience for shoppers during Ramadhan and Hari Raya season!

dav

This integrated campaign which are a collaboration between AEON CO.(M), AEON BiG and AEON Credit Service will kick off on Friday, 20 March 2020 until 28 June 2020. It will be held across all AEON Retails stores including:

dav

  • 28 AEON Malls
  • 34 AEON Departmental stores
  • 22 AEON BiG stores
  • 9 MaxValu Prime stores
  • 74 AEON Wellness
  • 24 Daiso Specialty stores

“We are blessed to be able to share the FIRST ever joint initiative as AEON Group for our customers and community. We believe this campaign will not only benefit our customers with great savings and value added services, but also will benefit our SMEs, especially during this challenging market condition.” remarks Shafie Shamsuddin, Chief Executive Officer, AEON Retails (Malaysia).

The campaign which will be held throughout the country is also aimed at encouraging the usage of the AEON Member Plus (“AMP”) Card, the loyalty and prepaid card that can be used in both AEON CO. (M) and AEON BiG.

Yuro Kisaka, Managing Director of AEON Credit Service (M) Berhad said:

“In view of the current COVID-19, we have to be extra cautious in managing our day to day life and minimise the risks of the virus being spread through hands sucha as passing cash from one person to another. With AEON Member Plus card, we want to encourage shoppers to download and take advantage of the AEON Wallet fore ase of mind when it comes to making payment without having to make cash transactions or hold any cash in hand. As we are now in era of cashless society, AEON Member plus card and AEON Wallet provides fast payment and the convenience in any payment transactions putting our customers’s mind at ease every time they shop”.

AEON Group will spend RM1.2 million to continue to undertake major sanitisation and cleaning initiatives throughout the retail outlets and stores nationwide.

To signify the launch of the Campaign on 20 March 2020, an “All Night Sale’, a special event that will star at 6pm and end at 6 am the following day will be held at all AEON Malls, AEON Department stores, AEON Big (selected standalone stores), AEON Wellness and Daiso (franchised by AEON). The event will be streamed ‘live’ on AEON Retail Facebook with special celebrity appearances such as Diana Danilelle and Izzue Islam.

18 customers who spend the most during the ‘All Night Sale’, stand a chance to win great prizes such as:

  • 1st prize (x3): Sony 55″ 4k Android TV
  • 2nd prize (x5): Philips Vacuum Robot
  • 3rd prize (x10): Sharp Air Purifier

“We believe this campaign will be well received by the customers which formed part of our efforts to continually challenge ourselves to exceed our customers’ expectations.” concluded Shafie.

 

AEON Sambut Ulang Tahun ke-35 di Malaysia

Selama 35 tahun itu juga, AEON membangun dan berdiri kukuh serta teguh bersama-sama Malaysia.

Photo 4 (6)

Sebagai sebuah peneraju sektor peruncitan di Malaysia, mereka telah berjaya meraih kepercayaan masyarakat dan mengukir nama sebagai jenama yang diyakini.

Sempena dengan ulang tahun itu, AEON CO. (M) BHD. telah menganjurkan sebuah acara makan malam sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakan niaga dan ahli keluarga AEON di atas sokongan yang telah diberikan untuk memenuhi harapan dan impian di masa hadapan.

Photo 1 (19)

Berucap ketika majlis makan malam, Pengerusi AEON CO. (M) BHD. Datuk Iskandar Bin Sarudin, berkata,

“Semenjak ditubuhkan, AEON sentiasa membangunkan budaya korporat yang tersendiri dengan sentiasa memastikan “pelanggan didahulukan”. Sambutan pada hari ini menunjukkan bahawa sokongan yang tidak ternilai daripada para pelanggan dan kesetiaan ahli kami selama 35 tahun ini telah memberikan peluang untuk AEON pergi lebih jauh. Ibarat seperti rama-rama yang keluar daripada kepompongnya, kami telah terbang lebih tinggi dan berdiri lebih teguh daripada sebelumnya.”

Demi mengekalkan prinsip AEON, syarikat ini sentiasa melakukan perubahan dan menyesuaikan mengikut keadaan semasa dengan penuh keyakinan. AEON akan terus menumpukan perhatian terhadap keperluan pelanggan dengan menyediakan kemudahan dan kepuasan yang diperlukan. Secara tidak langsung dapat membantu AEON berkembang dan pada masa yang sama berbakti kepada masyarakat.

Bertemakan “Growing Together With You”, majlis makan malam ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah. Majlis ini turut diberi penghormatan dengan kehadiran Menteri Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr Xavier Jayakumar serta Pengerusi AEON CO. (M) BHD. YBhg Datuk Iskandar Sarudin. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan hebat dan menghiburkan Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid.

Mengulas lebih lanjut mengenai tema acara makan malam itu, “Growing Together With You”, Datuk Iskandar berkata, “Tema dan logo hari ini berkaitan dengan perjalanan yang kami tempuhi selama ini. Bagaikan rama-rama yang mahu hinggap di sekuntum bunga, begitu jugalah perjalanan kami yang mahu menuju ke jalan kebahagiaan. Lima tahun lepas, kami mulakan permulaan baru sempena ulang tahun ke-30 kami, dan sepanjang perjalanan ini, kami mengembangkan sayap bersama-sama sebagai simbolik kepada warna yang menjadikan kami hari ini.

“Kuning melambangkan matlamat kami untuk mengembirakan pelanggan dengan membeli- belah di AEON dan menikmati pelbagai tawaran dan penjimatan hebat. Magenta pula mewakili kesetiaan jenama untuk pelanggan menerusi faedah dan keistimewaan sebagai ahli AEON. Hijau untuk keamanan, layanan mesra yang mengiringi pelanggan semasa membeli-belah dengan tenang dan selesa di AEON.

Kesemua ini mewakili komitmen kami untuk berada di mana kami berada sempena ulang tahun ke-35 ini. Kesemua rama-rama bersatu menjadi sebahagian daripada bunga dan ianya simbolik kepada kejayaan AEON sehingga ke hari ini dan salah satu penghargaan terhadap sokongan pelanggan selama ini.

AEON bukan sahaja menumpukan sumbangan terhadap industri peruncitan Malaysia, malah menerusi aktiviti penanaman semula pokok, yang sudah menjadi tradisi mereka. Sebagai salah satu peruncit terkemuka, program ini telah melibatkan para pelanggan untuk menanam pokok secara sistematik supaya ia dapat memupuk penghargaan terhadap kepentingan alam sekitar dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat. Continue reading “AEON Sambut Ulang Tahun ke-35 di Malaysia”