Ya, kempen kutipan amal hasil kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON dan Shopee ini kembali lagi dengan memenuhi keperluan kembali ke sekolah bagi 333 pelajar sekolah rendah daripada keluarga ibu tunggal.
Memandangkan golongan ibu tunggal amat terkesan sewaktu pandemik lantaran mereka menjadi pencari rezeki utama , maka perbelanjaan anak-anak untuk kembali ke sekolah sedikit sebanyak memberi bebanan kerana perlu mengeluarkan perbelanjaan dengan sumber kewangan yang terhad.
Menyedari permasahan ini, Kempen Kembali Ke Sekolah kembali dengan LEBIH BAIK dan LEBIH BESAR bagi membantu memenuhi keperluan persekolahan 333 kanak-kanak yang kurang berkemampuan bagi sesi persekolahan 2022.
Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 disalurkan untuk memenuhi kelengkapan 333 pelajar ini yang meliputi:
- pakaian seragam baharu
- kasut
- stokin
- alat tulis
- kotak pensil
- pensil warna
Bagi ibu-ibu tunggal yang terlibat pula, mereka akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg manakala anak-anak turut menerima mainan lembut serta buku ilustrasi eksklusif oleh Emila Yusof.
Emila adalah seorang penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah. Beliau juga telah menghasilkan lebih 40 buku kanak-kanak antaranya siri Dina termasuk My Mother’s Garden, My Mother’s Kitchen, My Father’s Farm dan yang terbaharu adalah Dina’s Art Class.
TOP juga akan menghantar pek peribadi Kembali Ke Sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih sebelum sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi. Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.
Bersempena dengan Kempen Kembali Ke Sekolah ini juga, jenama itu telah memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (Covid-19 dan Influenza A) serta bakteria.
Sabun pencuci TOP Gentle Care ini diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit. Ia sesuai digunakan untuk untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula PH yang mesra kulit telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kulit ini mengguna 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care mengguna Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.
Semasa pandemik, TOP juga banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.
“Dalam kesukaran akibat pandemik, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga dapat turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal dan mengalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh penulis dan pengilustrasi terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah“-Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik Southern Lion Sdn Bhd.
Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki yang menceritakan perjalanan hidupan seharian bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan serta pakaian.
Buku edisi terhad ini akakn dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP manakala orang awam yang berminat dengan buku ini boleh membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam SATU resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion dan hantar resit pembelian ke WhatsApp 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah.
Untuk maklumat lanjut, layari:
- https://www.facebook.com/TOPdetergentMY
- http://www.southernlion.com.my
- talian 1800-88-0133
#sabunpencucitop #kempencerahikehidupanbersamatop
Leave a Reply