Jam Fitbit Charge 5 terbaharu ini menyediakan Daily Readiness (dengan 6 bulan menjadi ahli premium) iaitu skor peribadi pemilik setiap hari yang akan membuat penilaian berdasarkan pada gaya kesihatan yang diambil, degupan jantung dan corak tidur, secara tak langsung membolehkan pemilik jamĀ membuat perancangan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum.
Ia juga dilengkapi dengan Pengesan Kesihatan melalui peralatan ECG yang membantu mengesan kadar kesihatan jantung pemakainya.
Pengimbas EDA pula membantu mengenalpasti pengurusan tekanan yang ada. Hanya mengambil masa TIGA minit sahaja, Pengimbas EDA akan mengesan sebarang tekanan si pemilik. Selepas tempoh itu, pemilik perlu mencari ruang ketenangan dan kemudian memberi respon tahap tekanan dengan berkongsi emoji yang diberikan.
Ia datang dalam TIGA rona iaitu:
Putih Lunar (Soft GoldĀ Stainless Steel)
Hitam (Graphite Stainless Steel)
Biru Keluli (Platinum Stainless Steel)
Melalui paparan skrin yang cerah dan tulisan yang terang, pemakai boleh melihat kadar tekanan oksigen, danĀ jumlah langkah yang telah dilakukan setiap hari.
Yang paling penulis gemari mengenai Fitbit Charge 5 adalah Sleep Tracking dan Sleep Score memandangkan penulis memang menghadapi masalah tidur malam. Dengan Sleep Tracking ini, ia akan mengesan tahap peratusan kualiti tidur seseorang itu sama ada nyenyak atau kurang nyenyak, waktu masuk tidur dan bangun pagi.
Menariknya, meskipun mempunyai banyak aplikasi di dalamnya, bateri jam ini tahan lama, iaitu 7 hari untuk tempoh penggunaan selama 168 jam. Jika anda terlupa untuk membuat pengecasan bateri apabila kadar bateri sudah semakin menurun, Fitbit akan menghantar emel yang menyatakan anda perlu membuat pengecasan bateri.
Setiap minggu, Fitbit akan menghantar emel yang memaparkan maklumat antaranya mengenaiĀ jumlah kalori yang terbakar, jumlah perjalanan, jumlah degupan jantung, dan jumlah aktiviti senaman yang dilakukan sepanjang minggu berkenaan.
Fitbit Charge 5 ini sememangnya bagus untuk mereka yang menjaga kualiti kesihatan dan gaya hidup mereka kerana ia membantu meningkatkan kadar kesihatan melalui ciri-ciri yang disediakan dalam jam kesihatan ini.
Pictures Credit:fitbit.com
#fitbitmalaysia #fitbit #fitbitcharge #fitbitwatch #fitbitcharge5 #fitbitcharge5fitnesstracker
Leave a Reply