KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC HULUR SUMBANGAN BANTU MANGSA BANJIR

Kali ini, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menyumbangkan barang keperluan kepada kakitangan dan pesakit di Hospital Kuala Lumpur  yang terkesan dengan banjir besar yang telah melanda di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

HKL_2

Antaranya pada 20 Disember lalu, Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya telah menyumbangkan barangan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya untuk membantu 168 kakitangannya yang terkesan akibat banjir yang melanda sebahagian Negeri Selangor seperti Dengkil, Kota Warisan, Banting, Bukit Changgang, Labohan Dagang, Shah Alam dan Warisan Bestari.

HPJ_7

Barangan yang disumbangkan termasuk makanan sedia untuk dimakan dan air minuman yang sememangnya sangat diperlukan selepas kejadian bencana alam seperti ini.

HKL_11

Pada 31 Disember pula, usaha Alamanda dilengkapkan dengan keprihatinan Suria KLCC yang telah menyumbangkan barangan makanan serta keperluan peribadi bernilai RM20,000 kepada mangsa banjir di Hospital Kuala Lumpur yang terdiri daripada pesakit dan kakitangan hospital itu sendiri yang tinggal di kawasan yang dilanda banjir seperti Sri Muda, Hulu Langat, Puchong, Shah Alam Dengkil, Gombak dan Jalan Ipoh.

HPJ_16

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Suria KLCC, Ameer Thajudeen kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr. Rohana Johan. Selain dari barangan makanan dan minuman, Suria KLCC turut menyumbangkan barangan keperluan peribadi, peralatan mencuci dan mandian memandangkan Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital yang paling sibuk dalam menangani pandemik Covid-19.

Dr. Rohana mengulas:

“Kami berterima kasih kepada Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang sentiasa menghargai anggota barisan hadapan perubatan ketika waktu sukar ini. Sumbangan ini tepat pada waktunya yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anggota barisan hadapan yang sebahagiannya begitu runsing dengan keadaan rumah mereka selepas dilanda banjir.”

Bersimpati dengan sebahagian rakyat Malaysia yang ditimpa musibah di penghujung 2021 dan permulaan 2022 ini, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC berkata,

“Kami sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan perubatan dan penduduk yang terkesan dengan kejadian banjir disaat mereka memerlukan. Kami sangat bersimpati dengan penempatan yang musnah akibat banjir ini ketika kita menantikan kedatangan tahun baru. Kami percaya usaha kami ini dapat diterima sebagai solidariti bersama mangsa banjir, di mana juga mereka berada. Di samping keadaan cuaca yang tak menentu, kami menyeru kepada semua untuk kekal selamat dan sentiasa siap siaga terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan awam.”

Sepanjang tahun lalu, Kumpulan Syarikat KLCC juga telah menyumbangkan barangan makanan sedia untuk dimakan kepada anggota barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: