Tahniah Quill CIty Mall dan NSK Grocer atas pembukaan secara besar-besaran kedai runcit terbesar di bandar raya ini!
Memang ramai yang datang berkunjung tanpa putus-putus dan membeli-belah sewaktu majlis pembukaannya pada 8 Januari lalu.
Sempena pembukaan NSK Grocer, pelbagai promosi ditawarkan kepada pelanggan antaranya:
- pemberian baucar bernilai RM100 bagi 100 pelanggan pertama dengan 1 baucar untuik satu keluarga
- Satu kotak buah oren dengan berat 4kg kepada 1000 pelanggan yang pertama
- Percuma keahlian dan menerima baucar bernilai RM10
- Harga GEMPAK untuk barangan terpilih dalam pemberian waktu yang tertentu
Dengan membawa konsep kedai runcit moden baharu dan berinovatif, NSK Grocer menawarkan pelbagai produk premium yang mampu milik serta produk tempatan untuk warga kota.
NSK Grocer di Quill City Mall KL kini pastinya menjadi lokasi terpilih untuk membeli keperluan harian dan barangan runcit berkualiti memandangkan kedudukannya di tengah bandar raya yang menjadi tumpuan ramai.
Berkeluasan lebih 85,000 kaki persegi yang terdiri daripada bahagian makanan segar terbesar, bahagian barangan kering, bahagian borong dan deli, NSK Grocer @ Quill City Mall KL menggayakan konsep pertama seumpamanya yang memodenkan suasana pasar tradisional yang dilengkapi dengan persekitaran yang kemas dan selesa.
Sebagai kedai runcit terbesar dengan pilihan makanan segar yang paling luas di Kuala Lumpur, NSK Grocer bakal menjadi kedai runcit pertama oleh Kumpulan NSK yang menawarkan rangkaian produk premium berkualiti dan mampu milik dari seluruh dunia. Barangan yang ditawarkan termasuk pelbagai jenis barangan runcit, barangan isi rumah, ayam, hasil segar seperti sayur-sayuran, makanan laut seperti ikan, udang dan ketam pada harga yang berpatutan untuk lebih nilai kepada wang anda. Selain itu, pemilik perniagaan kecil juga boleh membeli barangan pukal di bahagian borong dengan pelbagai pilihan produk pada harga yang menjimatkan.
Encik Justin Liew, Naib Presiden Kanan Quill City Mall Retails Sdn Bhd berkongsi bahawa dengan memperolehi NSK Grocer yang pertama sebagai penyewa di Quill City Mall KL, ianya bukan sahaja satu kejayaan untuk pusat beli-belah itu, tetapi juga merupakan satu usaha strategik yang dibentuk untuk memenuhi permintaan pembeli hari ini yang arif lagi moden.
“Kami berbesar hati untuk memiliki NSK Grocer yang pertama sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall, dan kami berbesar hati untuk membawa pengalaman membeli-belah yang teristimewa dan menyeronokkan kepada pembeli moden masa kini. Sebagai salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Pusat Bandar Kuala Lumpur, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik dan memudahkan khas buat pembeli untuk mendapatkan keperluan harian mereka di satu tempat lalu menghasilkan destinasi membeli-belah yang ideal untuk semua. Kami yakin NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti yang kukuh untuk memenuhi keperluan orang ramai di Kuala Lumpur dan seluruh Lembah Klang.”
Encik Loh Teck Wah, Pengarah Eksekutif NSK Grocer (KL) Sdn Bhd pula menegaskan bahawa Quill City Mall adalah lokasi yang ideal untuk membuka cawangan baharunya yang pertama. Ini disebabkan lokasi strategik pusat beli-belah ini yang terletak di tengah-tengah bandar, ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis pelanggan yang berkunjung setiap hari, terutamanya pekerja pejabat, keluarga muda dan pelajar kolej di kawasan sekitar.
“NSK Grocer bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembekal produk premium berkualiti pada harga yang sangat berpatutan untuk orang ramai. Konsep inovatif terkini ini memenuhi keperluan setiap gaya hidup, dan kami percaya pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall KL akan menghasilkan pengalaman membeli-belah yang santai serta mendatangkan impak positif kepada orang ramai, terutamanya bagi mereka yang menetap atau bekerja di pusat bandar yang sentiasa sibuk maka memerlukan kedai runcit yang bersesuaian untuk mendapatkan keperluan harian mereka.
NSK Grocer berbangga kerana kami sentiasa menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif. Dengan penyediaan bahagian hasil segar yang terbesar, NSK Grocer memberi pelbagai pilihan kos efektif untuk setiap individu. Kami komited untuk sentiasa menyediakan hasil segar dengan bekerjasama rapat dengan semua pembekal utama kami dan memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kami.”
Nota:
- Anda boleh kunjungi NSK Grocer di LG-19-21 Lower Ground di Quill City Mall KL
- Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam
- Layari https://www.quillcitymall.com.my/
- Dihubungkan oleh Monorel. Stesen LRT tersekat adalah di Dang Wangi
Leave a Reply