ISTANA DIRAJA CHINA JADI INSPIRASI TEMA TAHUN BARU CINA DI SURIA KLCC

Taman lanskap yang indah lengkap dengan kolam kecil dipenuhi dengan tumbuhan teratai serta pohonan bunga sakura yang berkembang lebat di kawasan istana terasa seolah-olah berada di empayar zaman silam China.

IMG20220120172319 (2)

Gantungan tanglung-tanglung berona merah pula menambah seri persekitaran istana. Memang klasik sekali dekorasi sambutan Tahun Harimau di Suria KLCC sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Photo by Andy Kho
Photo by Andy Kho

Reka bentuk istana dan taman lanskap yang ditempatkan di Centre Court ini boleh dikunjungi dari 7 Januari hingga 13 Februari. Selain di Centre Court, reka bentuk dan gaya penataan empayar zaman silam China ini diteruskan hingga ke Aras 1 Ramlee Mall dan kesemua pintu masuk utama sesuai dengan kedudukannya sebagai lokasi berfoto yang strategik.

Rekabentuk istana replika di Centre Court mirip zaman kegemilangan sejarah China yang dikenali dengan kemajuan, inovasi dan mahsyur dengan kegemilangan kebudayaan. Istana China Kuno ini telah direkabentuk semula dengan teliti dengan setiap perincian diberi penekanan termasuklah ukiran batu berbentuk singa simbolik pengawal empayar, astaka taman bercirikan senibina China, kolam keratai, dan tanglung indah yang bergantungan.

IMG20220120172224 (2)

Terdapat juga sajian pancaran visual bunga-bungaan interaktif di dalam Istana yang terletak di Centre Court bagi menggambarkan kedatangan musim bunga di Hemisfera Utara.

Sudah semestinya pengalaman melalui halaman istana kuno ini mampu membangkitkan semangat perayaan. Manakala kesemua sudut yang dihias indah boleh diabadikan sebagai kenangan di dalam instragram. Dan lagi seronok, sebuah photoboothyang lengkap dengan mesin pencetak disediakan untuk pengunjung mengambil gambar kenangan bersama yang tersayang, kemudian gambar yang diambil, dicetak dan dibawa pulang.

Andy_Kho_8167 (2)

Di perkarangan pusat membeli belah pula, replika pagoda yang tertinggi di Malaysia kembali tersergam di Esplanade KLCC. Penampilan terakhir pada tahun 2020 telah berjaya meletakkannya di dalam Malaysia Book of Record sebagai replika pagoda yang tertinggi. Pelanggan dan pelawat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama struktur yang berdiri megah ini.

IMG20220120173719

Bagi menambahkan lagi keterujaan, pengunjung juga boleh menyaksikan tarian singa tradisional di Centre Court dan tarian Singa Akrobatik di Esplanade KLCC pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 Januari.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata,

“Setelah tidak berpeluang untuk meraikannya lebih dari dua tahun sebelum ini, kami sangat berbesar hati untuk mengembalikan semula keriangan dan keceriaan bukan sahaja terhadap centre court di pusat-pusat membeli belah kami, tetapi juga kesemua pihak yang berkepentingan seperti peniaga, pelanggan dan masyarakat sekeliling. Tahun Baharu Cina adalah waktu terbaik untuk mengucapkan selamat kepada semua dengan harapan tahun-tahun mendatang yang lebih baik bukan sahaja untuk kami, tetapi untuk seluruh negara. Bagi pihak pengurusan, saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua dan menasihatkan semua untuk kekal selamat dan patuhi semua SOP.”

Bagi mereka yang gemarkan ‘terapi’ membeli-belah, ‘Suria KLCC’s Shoppers Reward Programme’ akan menghadiahkan baucar membeli belah bernilai RM100 dan set ‘Angpow’ Suria KLCC untuk mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1500. Bagi mereka yang berbelanja sekurang- kurangnya RM3,000 pula akan mendapat ganjaran merupakan skarf EP YAYING yg bernilai RM999 setiap satu di samping Baucar tunai EP YAYING bernilai RM168.

Ketika musim perayaan ini, Suria KLCC meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan pengumpulan dana untuk Program Kesedaran Kesihatan Mental melalui penjualan “Suria Ribbon Pin” yang bermula sejak 2021 lagi. Pelanggan digalakkan untuk menyumbang ke arah usaha murni ini dengan membeli pin tersebut pada harga RM10 setiap satu yang terdapat di Concierge Suria KLCC. Semua kutipan akan disalurkan kepada NGO yang menerajui program kesihatan mental ini.

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

IMG20220126134239

Di Putrajaya pula, Pusat Membeli-belah Alamanda mengalu-alu kan kehangatan musim perayaan yang sama bermula 14 Januari hingga 6 Februari, di mana Centre Court Alamanda turut didekorasi dengan tema Istana DiRaja China. Centre Court dipenuhi dengan pohon Sakura yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan untuk diabadikan di dalam Instagram. Tanglung merah begemerlapan menghiasi laluan sepanjang North dan South Wings manakala bumbung ‘pushcart’ juga dihiasi dengan Ucapan Tahun Baharu Cina.

Pada hujung minggu pula, pengunjung akan dihiburkan dengan tarian singa akrobatik yang juga akan mengedarkan limau mandarin kepada penonton. Ianya juga akan disusuli dengan pertunjukan Wushu. Pada masa-masa lain, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan instrumental alat muzik tradisional cina.

Untuk hiburan beterusan, terdapat juga pertandingan chopstik atau penyepit dimana pengunjung akan diuji dengan kebolehan menyepit kacang menggunakan chopstik. Ianya terbuka kepada lapan orang dewasa setiap sesi dimana 3 pemenang akan dipilih pada setiap sesi, dengan setiap seorangnya bakal menerima Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM30.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam tidak lebih 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran berupa Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM 30 dan dulang makanan. Mereka yag berbelanja sekurang-kurangnya RM1500 dalam 2 resit dari kedai khusus berpeluang untuk memenangi lebih banyak ganjaran. Selain baucar fesyen dan dulang makanan, pembeli juga berpeluang memenangi samada Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM60 atau ‘Jute Bag’.

Ahli VIKids yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur 5 hingga 12 tahun untuk aktiviti seni dan kraftangan secara percuma, seperti topeng muka dan puppet naga kertas.

IMG20220126142133 (2)

Alamanda juga turut menzahirkan rasa prihatin dengan menjemput kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Sayang Kuala Lumpur & Selangor di Taman Kajang Perdana untuk lawatan ke Alamanda sambil menikmati makan tengahari dan menyaksikan pertunjukan tarian singa di Centre Court

MESRA MALL
Di Kemaman pula, kempen Tahun Baharu Cina Mesra Mall berlangsung dari 10 Januari hingga 2 Februari, dimana mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran baucar membeli-belah bernilai RM20.

Pada Sabtu, 22 dan 29 Januari, pembeli akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan berkaitan Tahun Baharu Cina seperti tarian singa akrobatik dan persembahan dram, serta penampilan artis Aneka Wajah dan “Dewa Kemakmuran” di Centre Court.

Bengkel kraftangan Kipas Tangan daripada kertas juga akan diadakan untuk ahli VIKids. Pada yang bukan ahli, mereka juga berpeluang mengambil bahagian dengan mendaftar sebagai ahli dengan bayaran hanya RM50. Seramai 6 peserta diperlukan bagi setiap sesi untuk 16 sesi yang dijalankan.

Untuk info lanjut, layari:
Suria KLCC – http://www.suriaklcc.com.my / http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall Alamanda – http://www.alamanda.com.my / http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre Mesra Mall – http://www.mesramall.com / http://www.facebook.com/MyMesraMall

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: