ALHUMAIRA BUKA BUTIK PERDANA DI KL EAST MALL

Nak raya tak lama lagi ni, tak payah ke Bangi lagi untuk beli tudung Alhumaira sebab sekarang butik perdananya telah dibuka di pusat beli-belah KL East Mall. 

35 (2)

“Ini merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat Alhumaira untuk terus berkembang lebih maju. Dengan pembukaan butik ini juga, ia secara tidak langsung dapat memenuhi hajat penggemar fesyen Muslimah agar menyediakan rapian yang berkualiti tinggi dan menarik,” kata pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli.

IMG20220326111209

Dekorasi, gaya dalaman dan warna yang dilontarkan pada butik ini mengutamakan keselesaan para pengunjung yang datang membeli belah di pusat beli-belah ini dan menarik hati mereka untuk mengunjungi butik Alhumaira.

IMG20220326110909

Flagship store Alhumaira yang terletak di tingkat G2 mempunyai keluasan 1,800 kaki persegi dan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Cukup istimewa juga, kerana rekaan dalaman butik Alhumaira ini memberikan nafas tersendiri dengan mengetengahkan tema ‘seamless’ dan ‘elegan’.

IMG20220326111224

Malah, jenama ini juga tidak melupakan sentuhan feminin sebagai lambang identiti jenama fesyen Muslimah yang sofistikated lagi menawan.

Hani Elia menambah:

“Naik turun sesebuah perniagaan itu adalah lumrah. Namun, jangan mudah berputus asa dalam memberikan yang terbaik buat semua, terutama kepada keluarga Alhumaira dan juga penyokong Alhumaira selama ini. Keputusan saya untuk membuka cawangan butik di dalam pusat membeli- belah setelah kita menghadapi zaman pandemik COVID-19, ternyata bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Namun, kami di Alhumaira percaya bahawa
langkah ini merupakan permulaan bagi kejayaan pada masa hadapan. Saya percaya, pemilihan lokasi di dalam pusat beli- belah ini juga, tentunya memberi kemudahan kepada penggemar Alhumaira, juga untuk menarik minat orang baru untuk memilih jenama kami dan fesyen Muslimah yang kontemporari.”

Pembukaan flagship store Alhumaira telah diadakan pada 26 Mac lalu dengan disaksikan bukan sahaja penggemar setia jenama berkenaan, malahan juga kehadiran beberapa barisan Instafamous termasuk Duta Alhumaira sendiri iaitu Qasrina Qarim.

Hari pertama pembukaan Alhumaira telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung sekitar usia 20-an sehingga 50-an. Seawal jam 8.30 pagi lagi, pengunjung sudah beratur dan tidak sabar untuk merasai pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di butik Alhumaira ini.

Selain disuakan dengan pelbagai koleksi baharu dan lama, pengunjung juga dapat beramah mesra bersama para influencers Muslimah yang turut menghadiri majlis pelancaran ini.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disajikan buat para pengunjung, antaranya adalah pertunjukan koleksi Raya terbaharu, sesi penggayaan hijab bersama hijab stylist terkemuka, Didiyana Ehsan.

Tetamu yang datang juga dapat bergambar bersama Qasrina Karim dan pengacara majlis Dayah Bakar, disamping membabitkan diri dalam aktiviti ‘spin and win’.

IMG20220326111457

Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal.

Hadir dengan 2 jenis tudung iaitu printed dan plain, koleksi #SempurnaRaya2022 ini mempunyai lebih daripada 6 Barisan Nama yang di mana Alhumaira akan memperkenalkan satu persatu pada setiap minggu bermula pada awal bulan Mac lalu sehingga awal Mei depan, melalui media sosial Alhumaira.

Rata-rata pengunjung yang hadir berasa amat teruja kerana berpeluang menjadi pengunjung awal yang dapat membeli koleksi ini.

Terharu menyaksikan kunjungan yang amat menggalakkan ini, Alhumaira menyasarkan pembukaan butik di lokasi Shah Alam atau Setia Alam bagi memenuhi permintaan para penyokong di kawasan tersebut.

Alamat: Alhumaira,
G2-10, KL East Mall, 823,
Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s