Memandangkan sambutan raya tahun ini dapat disambut bersama keluarga, saudara-mara, jiran tetangga secara ‘penuh-penuh’ tidak seperti dua tahun lepas yang sunyi, kurang meriah dengan pergerakan terbatas, maka rangkaian pembekal bahan bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan inisiatif ini agar rakyat Malaysia dapat menyediakan pelbagai juadah raya dan kuih-muih enak untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
Inisiatif ini pastinya membantu Baker atau individu-individu yang biasanya membuat kek dan kuih sepanjang Ramadan untuk sambutan Hari Raya akan datang yang mana Program ‘Raya Penuh-Penuh’ ini termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas dan keperluan baking pada harga terendah di pasaran.
Mengumumkan inisiatif Raya Penuh-Penuh di superstore baharu BWY di Taman Tun Dr Ismail, Alexandre Rosso yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BWY berkata,
“Gabungan pandemik yang melanda dan impaknya terhadap rantaian bekalan global, kekurangan barang mentah dan tenaga kerja telah membawa kepada peningkatan harga barangan. Prihatin bahawa cabaran-cabaran ini memberi kesan terhadap perbelanjaan rakyat, BWY memanfaatkan skala besar yang ada padanya, serta hubungan baik yang terjalin dengan para vendor dan pengilang untuk memastikan harga barangan kekal pada harga mampu milik demi kepentingan pelanggan.
Dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada segenap kumpulan baker, kami menggunakan skala ekonomi yang ada, serta kemudahan pengeluaran dan pembungkusan sendiri untuk memastikan harga barang kekal berpatutan. Ini merupakan cara kami untuk memberikan jaminan kepada bakers di seluruh Malaysia untuk terus menyediakan sajian kuih-muih terbaik kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan tanpa berkompromi terhadap kualiti. Seterusnya memastikan musim membuat kuih tanpa gelisah kepada semua sepanjang Ramadan ini serta sambutan Hari Raya kelak.”
Jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif BWY ini termasuk bahan buatan kesukaan ramai, antaranya Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella.
Inisiatif harga ini juga melibatkan pengekalan harga 100 barangan asas dari produk keluaran jenama BWY sendiri serta mentega BWY yang terkenal, Ausicows Butter, ditawarkan pada harga RM7.90 bagi 250g dan merupakan harga yang paling rendah di pasaran.
Pada acara berkenaan, Rosso dan pasukan chef BWY telah memperkenalkan beberapa produk khas yang dikeluarkan dari rangkaian pembekal bahan bakeri, dengan pra-campuran unik “Nasi Lemak Crunchy Cookie”.
Pra-campuran yang mudah disediakan ini merupakan produk ke-52 dalam pilihan pra-campuran kek dan biskut popular BWY dan diperkenalkan di pasaran bertepatan dengan musim Hari Raya ini.
“Rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak, malah mereka boleh menikmatinya sepanjang hari! Chef-chef kami telah mendapat ilham daripada tabiat ini dan menjalani kajian untuk menerapkan keenakan rasa hidangan ini dalam bentuk biskut. Ramai ingin menikmati biskut ini lagi setelah merasainya,” kata Rosso.
Sebagai tambahan pada promosi harga “Jimat Penuh-Penuh” dan pra-campuran Nasi Lemak Crunchy Cookie, inisiatif “Raya Penuh-Penuh” BWY juga melibatkan “Tukar & Jimat”, satu kerjasama unik dengan penyedia kelengkapan dapur Innofood.
Para baker yang ingin menaik taraf mesin pengadun mereka boleh mendapatkan mesin baharu pada harga diskaun dan potongan harga melalui pertukaran dengan mesin lama.
Rosso berkata, kajian BWY mendapati kebanyakan pengusaha kek dan roti cuba untuk mendapatkan perkakasan yang lebih baik sebelum musim sibuk mereka.
“Kami ingin membantu bakers dalam persekitaran semasa dan membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik pada musim ini tanpa perlu risau akan kerosakan pada alatan yang digunakan atau perlu membuat kerja secara manual. Usaha sama dengan Innofood adalah satu lagi cara BWY mengambil berat terhadap keperluan pelanggan kami”
Elemen-elemen lain dalam inisiatif “Raya Penuh-Penuh” termasuk pemberian kurma dan sampul duit Raya secara percuma serta demonstrasi membuat kuih di cawangan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ‘Raya Penuh-Penuh’, promosi semasa Bake With Yen dan pelbagai resipi mudah, kunjungi mana-mana daripada 90 cawangan BWY di seluruh negara.
Ikuti Bake With Yen di laman Instagram dan Facebook, atau layari laman rasmi kami di http://www.bakewithyen.my
Leave a Reply