Siri Jelajah Makan Malam Bufet Hotel Hilton turut berlangsung di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur yang terletak di Jalan TAR.
Keunikan utama hidangan bufet disini ialah ia diadakan di Rooftop 25 & Garden Grille yang terletak di aras 25, iaitu aras paling atas bangunan hotel ini.
Sambil berbuka puasa, anda boleh menikmati pandangan waktu senja di mana matahari melabuhkan tirainya hingga waktu malam persekitaran Kuala Lumpur yang diterangi pencahayaan yang cantik.
Menariknya hidangan bufet di sini turut menyediakan aneka hidangan BBQ yang terdiri daripada ayam panggang, daging panggang, stik Kambing, stik Angus, dan makanan laut panggang.
Sebanyak 15 jenis minuman disediakan untuk pelanggan yang berbuka puasa di sini antaranya moktel,fusion, minuman ringan, pelbagai jenis jus seperti Lychee Blue Hawaiian, Fizzy Iced Peach tea, Melon Sundown, Arabian Night, air tebu, air jambu batu, Milo Tarik dan banyak lagi.


Antara hidangan yang menyelerakan adalah Ayam Ungep, Shrimp Spageti Masak Lemak, Ikan Keli Masak Asam Pedas, Sayur Goreng Jawa, Lemang Asli, Burasak, Rendang Ayam, Serunding Ayam,
Maklumat pakej:
- RM149 seorang
- Bermula 8 April hingga 1 Mei
- Pakej Couple-RM298
- Pakej Keluarga untuk 2 Dewasa dan Kanak-kanak bawah 12 tahun-RM447
- Pakej 4 orang-RM596
- Pakej 6 orang-RM894
- Hubungi 603 2771 6888
- email KULMY_FB@hilton.com
- layari
- http://www.EatDrinkHilton.com
Leave a Reply