Menarik betul tema pakej Berbuka Puasa Hotel Hilton KL tahun ini.
Dengan tema ini, pelanggan yang datang berbuka puasa di Vasco boleh merasai pelbagai juadah dari 13 negara Asia yang terkenal seperti Ayam Gochujang di Korea, Manok Adobo di Filipina, Som Tam di Thailand, aneka hidangan Sushi, Ketam Cili di Singapura, Pulut Panggang Gadong di Brunei, Nai You Har di China, Sup Pho Bo di Vietnam, Cekodok Indonesia dan Malabar di India.
Selain juadah Asia, turut ditawarkan aneka makanan dan manisan Arab seperti Shawarma Kambing.
Juga juadah dari Turki seperti Barbosa, Konafa serta Baklava.
Makan malam bufet yang disediakan oleh Cef-Cef yang berpengalaman dan berkemahiran ini adalah antara sebahagian kempen “Jelajah Selera Bersama Hilton” yang diadakan di hotel-hotel Hilton seluruh Malaysia.
Makanan Malaysia yang ditawarkan pula adalah Ikan Patin Tempoyak Sungai Pahang, Masak Gulai Urat Keting Daun Salam, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Pak Kadok, Ikan Siakap Bakar Langkawi, Mi Rebus Tulang Rusuk dan manisan yang terkenal iaitu Serawa Durian.
Kesemua hidangan yang disediakan di Vasco mengguna bahan-bahan segar dan pastinya ENAK!
Kenyang makan, anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan hanya mengimbas kod QR yang disediakan di kawasan Vasco.
Maklumat pakej Kembara Asia:
- Bermula 2 April hingga 1 Mei 2022, pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam
- Dewasa-RM208 (bersih)
- Kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun-RM108 (bersih)
- Untuk berkumpulan, harga seorang RM198 (bersih)
- Hubungi 03-2264 2264 untuk membuat tempahan
- Emel:KULHI_FB@hilton.com
- Layari http://www.eatdrinkhilton.com
- Untuk membuat pembelian baucer Ramadan layari http://www.takeus-home/hilton-kl
Leave a Reply