Hidangan WOK HEY ini memang sesuai bagi mereka yang punya gaya hidup yang pantas dan selalu on-the-go!
Ini kerana kiosk berkonsep dari Singapura membawa konsep:
- kasual pantas
- mudah
- bawa pulang
- menawarkan hidangan goreng kilas Asia yang lazat
- berkhasiat
- harga berpatutan
- boleh diubahsuai mengikut citarasa
- mempunyai sentuhan moden
Kelazatan masakan idaman ini kini dibawa ke Malaysia agar dapat dinikmati oleh semua.
Diilhamkan oleh masakan gaya Kantonis, WOK HEY telah dicetuskan untuk mencipta tafsiran moden kepada makanan goreng kilas tradisional Asia dalam bekas khas yang menarik untuk dibawa pulang.
Sejak dibuka pada tahun 2017, WOK HEY berpegang dengan kepercayaan bahawa suatu hari nanti, goreng kilas Asia boleh menjadi segmen makanan arus perdana yang penting dalam kategori kasual pantas di seluruh dunia.
Dengan lebih 34 cawangan di Singapura, WOK HEY membuat penampilan sulung antarabangsanya di Sunway Pyramid pada pertengahan Januari 2022.
Terletak di aras LG2.43A, WOK HEY bersedia untuk memikat selera Malaysia dengan hidangan goreng kilas terbaik Singapura, yang mempunyai kelazatan “wok hei” sejati.
Kejayaan WOK HEY juga dibuktikan dan dihadiahkan dengan gelaran “Nasi Goreng Terbaik Singapura”, dan kemenangannya sebagai Jenama F&B Paling Inovatif (Berbilang Cawangan) daripada Persatuan Restoran Singapura pada tahun 2021.
Untuk menarik minat pelbagai pengguna, Konsep WOK HEY memastikan setiap hidangan menawarkan masakan ruji Asia yang lazat dan sihat iaitu nasi dan mi, sebagai hidangan utama. Ia kemudiannya disesuaikan untuk semua orang dan semua citarasa, dengan pelbagai pilihan dan gabungan bahan-bahan berkualiti. Ini termasuk bahan-bahan yang diperoleh dengan teliti daripada komuniti petani serantau dan beras yang dituai dari sawah padi yang merimbun di Jepun. Hasilnya, lebih 2,000 kemungkinan kombinasi makanan berkualiti tinggi, berpatutan dan segar, menarik minat semua selera dan citarasa Malaysia dengan setiap suapan keenakan WOK HEY.
Setelah mendapat sambutan yang hebat di Singapura, WOK HEY memutuskan sudah tiba masanya untuk menuju ke utara Singapura, membawa kelazatan goreng kilas ikonik ke tengah-tengah Malaysia. Berpegang teguh dengan cara tersendiri WOK HEY, tukang masak di cawangan Sunway Pyramid dilatih untuk mengekalkan taraf tinggi yang dicapai jenama itu di Singapura. Dapur terbuka membolehkan semua pengunjung mengetahui apa yang dimasukkan ke dalam setiap hidangan, sambil menyaksikan standard kebersihan yang tinggi bagi setiap hidangan, disediakan dengan peralatan dapur buatan khas yang mesra alam.
Selain itu, hidangan disediakan di dalam bekas yang direka khas agar sesuai dengan mereka yang ingin makanan pantas sambil mengekalkan kesegaran. Sehubungan itu, rakyat Malaysia boleh mendapatkan hidangan WOK HEY yang memenangi anugerah yang disediakan barisan cef berkemahiran tinggi dan konsisten, termasuk pilihan :
- Nasi Goreng Telur
- Nasi Goreng Shanghai
- gabungan Ramen dan Udon segar
“WOK HEY dibina atas kepercayaan bahawa masakan ruji goreng kilas Asia boleh menjadi segmen arus perdana dalam kategori kasual pantas di seluruh dunia. Setelah mencipta konsep yang terkemuka, moden dan digemari ramai di Singapura, kami tahu ini adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan jenama ini kepada negara-negara jiran kami. Kami menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mengusahakan bekalan, proses dan latihan kakitangan untuk memastikan kualiti yang terbaik mungkin di Malaysia. Kami berharap masyarakat tempatan akan sukakan masakan kami seperti mana kami sukakannya,” Jake Chia, Pengasas Bersama/ Pengarah WOK HEY.
Jika anda ingin menikmati kelazatan goreng kilas yang jauh merantau dari negeri Merlion sehingga berada di tanah raja rimba KL, bolehlah mengunjungi Sunway Pyramid.
WOK HEY juga bakal membawa keenakan masakannya kepada lebih ramai komuniti dengan pembukaan di Pusat Beli-belah 1 Utama pada Julai 2022 ini!
Untuk maklumat lanjut berkenaan WOK HEY, sila layari/hubungi:
- wokhey.my
- media sosial kami @mywokhey
- e-mel marcom@wokhey.my.
Maklumat Cawangan
WOK HEY. Sunway Pyramid,
Unit no. LG2.43A, 3,
Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Waktu operasi: 11 pagi – 10 malam
Mengenai WOK HEY
Diilhamkan oleh masakan gaya Kantonis, WOK HEY telah dicetuskan untuk mencipta tafsiran moden kepada makanan goreng kilas tradisional Asia dalam bekas bawa pulang.
Oleh itu, WOK HEY diasaskan pada tahun 2017 sebagai kiosk berkonsep moden, kasual pantas, mudah dibawa pulang yang menawarkan hidangan wok yang lazat, berkhasiat, harga berpatutan dan boleh diubahsuai mengikut citarasa. Dengan konsep yang mendapat perakuan halal, kami mampu memenuhi keperluan pelanggan dari semua lapisan masyarakat.
Kami amat percaya bahawa suatu hari nanti, masakan ruji goreng kilas Asia boleh menjadi segmen arus perdana yang penting dalam kategori kasual pantas di seluruh dunia. Kami mungkin bermula dari kecil, tetapi ia tidak menghalang kami daripada mempunyai impian besar: Untuk menjadi jenama perkhidmatan makanan kasual pantas Asia yang terkemuka, moden dan menarik yang sukakan apa yang kami masak, cara kami berkhidmat dan para pelanggan yang kami hidangkan, dan kami berhasrat untuk melakukannya semua ini sehingga berjaya. Satu demi satu wok.
Leave a Reply