Nikmati 50% Makan Tengah Hari di Best Western PJ

Wah dengan potongan diskaun sebanyak itu, berbaloi makan tengah hari di Kembali Kitchen , Hotel Best Western Petaling Jaya.

50% off alacarte 4.4.19

Tawaran itu adalah bagi menu Ala Carte di restoran Kembali Kitchen yang terletak di aras 6. Ia sah dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang setiap hari .

Menurut Pengurus Besar Hotel Best Western PJ, Encik Francis Alberto:

Tawaran 50 peratus ini diadakan untuk menggalakkan pengunjung menikmati makan tengah hari pada harga rendah bersama keluarga dan rakan-rakan.”

Untuk maklumat lanjut, hubungi Kembali Kitchen di talian 03-76102222 atau email ke info@bestwesternpj.com.my

 

Best Western Petaling Jaya Saji Bufet Makan Malam Sempena Ramadan

Jom beramai-ramai memeriahkan bulan puasa di sini. Memang berselera menikmati makanan yang disediakan.

IMG_20190417_131306

Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama lagi, hotel Best Western Petaling Jaya bakal menyajikan Bufet Makan Malam bertemakan ‘Selera d’ Kembali’.

IMG_20190417_131136

Hidangan bufet itu akan diadakan di restoran Kembali Kitchen yang terletak di aras 6. Bufet Makan Malam ‘Selera d’Kembali’ akan disajikan mulai 13 Mei sehingga 31 Mei demgan lebih daripada 100 juadah kegemaran ramai yang pastinya memenuhi kepelbagaian cita rasa pengunjung yang datang.

bufet makan malam

IMG_20190417_131139

IMG_20190417_131202

Sepanjang berlangsungnya bufet itu, Cef Amin akan menyediakan menu pilihan ramai seperti Gulai Daging Kawah, Telur Itik bersama Belimbing Masak Lemak Cili Padi, Ayam Percik Kelantan, Daging Rendang Tok, Paru Berlado, Pucuk Manis Masak Lemak, Sotong Masak Lemak Pucuk Ubi, Udang Mongolian, Ikan Masak Tikka, Daging Kambing Goreng Lada Hitam, Kambing Bakar, Ikan Bakar dan Sotong Masak Kalio.

IMG_20190417_131239

Cef Amin turut akan menghidangkan sajian istimewa iaitu Daging Salai Bersama Mangga Muda Masak Lemak Cili Padi yang semestinya akan membuat semua yang hadir kecur liur!

IMG_20190417_132039

IMG_20190417_132102

Hotel Best Western Petaling Jaya juga berkolaborasi dengan rakan niaga seperti Maxis, Hotlink dan Maybank. Bermula dari 1 Mei hingga 31 Mei 2019, pelanggan-pelanggan niaga berkenaan boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 40% untuk seorang dewasa. Diskaun hanya sah pada harga asal iaitu RM125 bersih. Pelanggan yang ingin menikmati diskaun ini boleh merujuk kepada aplikasi rakan niaga masing-masing untuk mengetahui terma dan syarat.

Harga bufet:

  • Dewasa-RM125 bersih
  • Kanak-kanak (5 tahun-12 tahun) & Warga Emas-RM62.50 bersih
  • Harga isitimewa-RM75 untuk Pembelian Awal + bonus percuma untuk 1 pax bagi pembelian untuk 5 pax
  • Promosi Pembelian Awal berakhir pada 30 April 2019

Hubungi:

  • Cik Wan Nabila di 019-7776079 atau Cik Vicky (019-7774140) untuk pembelian baucar
  • info@bestwesternpj.com.my
  • FB:bestwestern.pj
  • IG: bestwesternpj

Tambah Menu Raya dengan NONA Ketupat Palas Durian dan Ketupat Palas Pulut Hitam

Dua produk ketupat palas baharu ini pastinya menambah lagi kepelbagaian hidangan Ramadan dan Syawal tahun ini!

 

 

Ramadhan dan Hari Raya merupakan musim makanan dan kuih-muih bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam. Memandangkan musim perayaan bakal menjelang tidak lama lagi, ahli keluarga pasti sibuk dengan persiapan juadah di dapur. Sejajar dengan perubahan masa, kini rakyat Malaysia mencari penyelesaian yang membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga dan sahabat.

Salah satu juadah makanan yang ikonik dengan Ramadan dan Hari Raya ialah ketupat. Secara tradisionalnya, penyediaan ketupat memerlukan kemahiran menganyam dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk dimasak.

NONA, pengeluar makanan tempatan berbangga mempunyai sejarah paling lama dalam menghasilkan ketupat yang mudah dan sihat di dunia. Ia bukan sahaja memiliki rangkaian produk ketupat yang pelbagai, malah juga mempunyai Ketupat Mini, Ketupat Lemang, Ketupat Palas dan Ketupat Nasi Dagang.

Kini, DUA inovasi terbaru diperkenalkan dalam rangkaian produk ketupat iaitu :

  • Ketupat Palas Durian
  • Ketupat Palas Pulut Hitam.

Kedua-dua pproduk ini dilancarkan bertepatan dengan musim durian dan sambutan Hari Raya Hari Raya bakal disambut pada bulan Jun. Pengguna kini boleh menikmati pulut dan durian serentak di dalam produk Palas Durian.

“Kami memahami masa dan usaha yang diperuntukkan bagi menyediakan juadah. Oleh itu, NONA menawarkan penyelesaian yang mudah di dapur anda!” kata Pengurus Jenama, Sri Nona Industries Sdn Bhd, William Wee.

“Apabila tiba Hari Raya, masyarakat melayu pasti teruja. Kesempatan ini NONA membantu mengeratkan jalinan kasih sayang dengan hidangan yang bukan sahaja mudah disediakan, malahan lazat,” kata William lagi.

NONA, salah satu jenama generasi rakyat Malaysia yang menawarkan hidangan sejak tahun 1975. Urusan memasak menjadi lebih menyeronokkan dan kurang meletihkan. Bermula dari sahur, buka puasa dan hidangan Hari Raya, produk NONA sentiasa terhidang di atas meja.

NONA_01

Rangkaian penuh NONA Ketupat:-

  • Ketupat Mini-600g (RM6.40)
  • Ketupat Economy-780g (RM6.40)
  • Ketupat Mini-200g (RM2.10)
  • Ketupat Economy-260g (RM2.10)
  • Ketupat Mini 100s-1.9kg (RM17.25)
  • Ketupat Palas-22g (RM6.40)
  • Ketupat Palas Durian-22g (RM6.40)
  • Ketupat Palas Pulut Hitam-250g (RM6.40)
  • Ketupat Nasi Dagang-440g (RM6.40)
  • Ketupat Lemang-310g (RM6.40)

Spageti Segera Master Pasto Hanya Tiga Minit Sahaja Untuk Disediakan

Mesti penggemar pasta akan menggemari produk Spageti Segera dari Master Pasto ini lebih-lebih lagi mereka yang gemar berkelana ke luar negara kerana ia cepat dan mudah disediakan. Malah pasta segera ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan tidak sempat meluangkan masa untuk menyediakan hidangan.

Variety24-700x700

Dihasilkan oleh Lioco Food Industries Sdn Bhd yang berpusat di Pulau Pinang dan dirasmikan pada Oktober tahun lalu, pasta segera ini telah menerima sijil Halal.. Tanpa bahan pengawet, tanpa perasa tiruan dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk, pasta segera yang enak dan sihat ini datang dalam TIGA jenis iaitu:

  • Spageti Aglio Olio Chicken
  • Spageti Bolognese Chicken
  • Spageti Mushroom Cream Sauce

Sudah dimasak sepenuhnya, ia hanya perlu dipanaskan selama TIGA minit sahaja apabila ingin memakannya.

Pantas bukan?

Jadi pasta segera ini sangat sesuai di makan bila-bila masa dalam apa jua keadaan pun. Memandangkan bulan puasa pun bakal datang tak lama lagi, pasti produk ini boleh menjadi pilihan sama ada dimakan sewaktu berbuka puasa mahupun waktu sahur kerana ia mudah disediakan.

Secara peribadi, penulis lebih gemarkan Spageti Bolognese dan Spageti Mushroom kerana ia memang kena dengan cita rasa. Apa yang pasti, Spageti Segera ini akan dimasukkan dalam senarai makanan yang wajib dibawa untuk trip ke Korea Oktober nanti!

Penyediaannya yang mudah dan tidak leceh memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menikmatinya pada kadar cepat.

Ads1

Untuk maklumat lanjut mengenai produk hebat ini, layari:

 

Piza Daging Carik Tarikan Baharu Domino’s

Domino’s Pizza memperkenalkan tambahan terbaharu kepada menunya dengan rangkaian piza ‘Pulled-Meat’.

Photo 2

Diilhamkan oleh cita rasa barat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila menjamu selera dan merayakan detik-detik istimewa, piza ‘daging carik’ menawarkan cara paling menarik untuk menikmati kelazatan sajian makanan barat.

Photo 1 (1)

Majlis pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’ terbaharu Domino’s telah ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept Mall yang terletak di Ara Damansara.

Selaras dengan usaha untuk menghidangkan hanya yang terbaik kepada pelanggan, daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia dengan ciri-ciri yang menepati piawaian Domino’s telah dipilih sebagai fokus utama piza baharu ini.

Piza ‘Pulled-Beef’ baharu menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle yang lazat, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk memberikan rasa manis dan pedas yang pasti menambat selera anda. Rahsia kelembutan daging ialah prosedur memasak selama lima jam.

Penyediaan bahan bermula dengan proses memerap daging untuk meresapkan perasa ke dalam pori-pori daging, diikuti oleh proses ‘menggaul’ untuk ‘mengurut’ daging selama 15 minit. Daging kemudian dipanggang secara perlahan-lahan dalam ketuhar sekurang-kurangnya untuk lima jam sehingga daging berderai, sedia untuk disiat-siat atau ‘dicarik’.

Rangkaian produk terbaharu ini juga membawakan Piza ‘Pulled-Chicken’ baharu dibuat daripada daging dada ayam disiat-siat, digandingkan dengan sos Chipotle, tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi rasa manis dan perisa yang seimbang.

Disesuaikan dengan cita rasa barat, Golden Chicken Tenders baharu melengkapkan rangkaian piza. Isi ayam yang lembut terlebih dahulu diperap, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar (tidak pernah digoreng) hingga sempurna supaya setiap gigitan terasa rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia dihidangkan dengan Zesty Coleslaw baharu dibuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis dengan kuah limau masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.

Dalam ucapan di majlis pelancaran produk terbaharu Domino’s, Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata,

“Dalam usaha menunaikan tuntutan pengguna kami yang sentiasa berubah, kami berusaha untuk melakukan segala-galanya untuk memberikan tawaran terbaik dalam industri. Misi kami adalah untuk mencipta nilai menerusi segala titik hubungan pelanggan. Kami melakukan segala-segalanya dengan sedaya upaya kami, dari segi menawarkan pelbagai produk dalam menu kami mahupun menyediakan hiasan dalaman yang kontemporari dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami tetap fokus pada empat tunggak jenama kami, iaitu kehebatan produk, kehebatan perkhidmatan, kehebatan nilai dan kehebatan kemudahan. Ini termaktub dalam janji jenama kami. Oleh itu, Domino’s sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan menerusi setiap tunggak jenama di pelbagai titik hubungan pelanggan.”

“Sungguhpun kami beroperasi dalam industri Restoran Perkhidmatan Segera (QSR), ia tidak menghalang kami daripada menyediakan produk bermutu tinggi yang biasanya dihidangkan di restoran berkualiti tinggi. Kami bersungguh-sungguh dalam segala yang kami lakukan. Kerana itu, kami telah berusaha dan menghabiskan banyak masa untuk menjadikan ini satu realiti. Menu kami kini menawarkan lebih banyak pilihan daripada sebelumnya tetapi tetap mengambil kira kemampuan pelanggan. Kami bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan tetapi juga menawarkan produk bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi untuk dinikmati oleh pelanggan bersama mereka yang tersayang. Kami sentiasa mendampingi dan mendengar kemahuan pelanggan dan kami faham bahawa mereka mahukan bahan yang berkualiti. Pelancaran ini benar-benar mencerminkan janji baharu jenama kami ‘It’s All About You’ – untuk sentiasa menunjukkan kepada pelanggan bahawa kami menghargai mereka,” tambahnya.

Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata,

“Pelancaran pada hari ini menjadikan Domino’s Pizza sebagai QSR pertama di Malaysia yang menawarkan sajian daging carik dalam menu. Menawarkan produk baharu dalam menu nampak mudah, tetapi produk ini diilhamkan secara khusus dengan teliti untuk memastikan ia memberi pengalaman 5 bintang kepada pelanggan. Daging diperap dan dimasak perlahan-lahan selama berjam-jam untuk memastikan daging lembut, menyelerakan dan lazat untuk disajikan di atas piza. Kami berbangga menawarkan piza bermutu paling tinggi dengan penyediaan terperinci untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami.”

“Tiada yang dapat menyatukan keluarga dan kawan-kawan untuk menyambut perayaan selain daripada sajian makanan lazat di atas meja. Dengan Domino’s Pizza, setiap saat menjanjikan keceriaan dan keseronokan. Menjelang musim perayaan hujung tahun, kami dengan sukacitanya menawarkan bukan sahaja pilihan yang lazat tetapi lebih penting lagi, produk istimewa bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan dan ramuan berkualiti untuk dinikmati oleh pelanggan bersama keluarga tersayang. Pelanggan kami ialah sumber inspirasi kami. Kami sedar bahawa daging tarik yang empuk, lembut dan berair bukan murah dan tidak mudah didapati di pasaran. Oleh itu, sepanjang enam bulan proses pembangunan produk ini, kami berusaha gigih untuk memastikan kelazatan rasa dan juga ketepatan teksturnya supaya kami dapat menghidangkan piza paling lazat kepada pelanggan, kerana kami melakukan segala-galanya untuk mereka. Produk terbaharu ini benar-benar memperlihatkan komitmen kami dan janji baharu jenama It’s All About You,” jelasnya.

Untuk memperlihatkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa diutamakan, video baharu jenama ‘Its All About You’ telah juga dipertontonkan di majlis pelancaran produk.

Untuk mendapatkan lebih nilai, pelanggan boleh memilih Wild West Buddy Combo dengan mana-mana piza Pulled-Meat baharu pada harga hanya RM41.90 dan Wild West Super Combo pada harga hanya RM61.90. Di samping itu, pelanggan boleh menambah RM12.75 atau secara ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden Chicken Tenders baharu. Pelanggan boleh memilih tambahan RM6.50 untuk Zesty Coleslaw saiz Besar atau RM2.90 untuk Zesty Coleslaw saiz kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90.

Piza Pulled-Meat dan Golden Chicken serba baharu boleh didapati di restoran Domino’s Pizza di Malaysia Barat mulai 5 November 2018.

Pelanggan boleh mengunjungi restoran Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.

Rasai Pengalaman Seperti di Afrika Bersama Smoky PERI-PERI

Berasap, PEDAS tapi SEDAP!

Itu yang boleh dikatakan mengenai menu baru ayam panggang Smoky PERI-PERI Nando’s. 

Diilhamkan oleh gabungan ajaib warna-warni Afrika, warisan unik  dengan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, Smoky PERI-PERI yang ”super-natural’ terhasil. Dengan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik bersama sentuhan cili api PERI-PERI tersendiri Nando’s. Semuanya memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbekue yang hebat.

Mengikut PERI-ometer Nando’s. Smoky PERI-PERI ini lebih pedas daripada Lemon & Herba tetapi kurang pedas daripada rasa sederhanaya. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia menperkenalkan satu dimensi baru ke rangkaian ayam panggang Nando’s.

“Kami mahu memberi peminat kami satu rasa yang ajaib di musim ini dengan ayam panggang PERI-PERI kami. Selama bertahun-tahun kami telah cuba menghasilkan pelbagai resipi yang berlainan untuk mencari rasa istimewa yang akan memberi peminat kami sesuatu yang baharu yang dapat dinikmati dan kami memutuskan untuk mencuba dengan Smoky PERI-PERI. Ia memberi gabungan rasa hebat yang menarik dan unik tetapi sinonim dengan Nando’s pada masa yang sama.” kata Stephen Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s.

Sempena musim perayaan yang bakal diraikan tidak lama lagi, hidangan Smoky PERI_PERI boleh didpati pada harga RM99 untuk 4 orang.

Apa lagi, jom kunjungi Nando’s untuk merasai keenakan rasa Afrika ini.

Chicken Cheesy Bites Tambah Keseronokan Dengan “Siapa Kena the Spicy Bites”

Seronok mengunyah Chicken Cheesy Bites, tarikan terbaru ari Pizza Hut namun rupanya ada “Letupan rasa tersembunyi” yang tidak terduga!

Chicken Cheesy Bites

Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 Malaysia sekali lagi kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites. Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan – rakan.

Namun, tahukah anda?

Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah DUA gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya!

Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan, Pizza Hut siap menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial.

Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan DUA letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan!

Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata,

“Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.

Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”
GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti

Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL & GINCU Vol.2 yang menampilkan TIGA artisiaitu Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili di sambil mempamerkan masa riang bersama.

Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.

Perkara Akhir: Mari pastikan semua kena!

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan.

Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah:
● 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
● Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
● 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2

Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018.

Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.