Memang cukup teruja di kelilingi bunga-bunga beraneka warna dalam pusat beli-belah ini!
Pencahayaan berwarna-warni turut memeriahkan suasana di “Secret Garden” yang menjadi ruang persinggahan bagi mereka yang berminat mengambil gambar sekaligus menjadikannya latar foto yang popular di kalangan pengunjung.
Selain bunga-bunga gergasi mengelilingi “Secret Garden” ini, ia juga menempatkan beberapa pakaian dan beg tangan serta aksesori fesyen terkini yang mana pengunjung boleh menjadikannya sebagai sumber inspirasi untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah di kedai-kedai fesyen dan kecantikan yang terdapat di Suria KLCC ini sempena Kempen Fesyen dan Kecantikan yang sudahpun berlangsung pada 31 Mei lalu hingga 19 Jun nanti.
Sepanjang kempen ini, pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam maksima DUA resit di mana-mana kedai Fesyen, Kecantikan, Sukan dan Salun Kecantikan di Suria KLCC akan diberi ganjaran berupa baucar Suria KLCC yang bernilai RM50.
Manakala kedai fesyen dan kecantikan terpilih seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel dan PUMA pula akan menganjurkan pengaktifan dalam kedai dan tontonan produk eksklusif untuk mencipta pengalaman pembelian istimewa di Suria KLCC.
DERMA PAKAIAN TERSAYANG ANDA DAN TERIMA GANJARAN
Dengan kerjasama The Salvation Army, pembeli akan diberi ganjaran baucar tambahan dari kedai kedai terpilih apabila mereka menderma LIMA helai pakaian dan ke atas. Ini boleh dilakukan di Ramlee Mall, Tingkat 1. Pakaian yang dikumpul akan didermakan kepada The Salvation Army dalam masa seminggu selepas kempen tamat.
“Dengan hiasan yang meriah serta ganjaran fesyen dan kecantikan yang menarik di Suria KLCC, ini adalah masa terbaik untuk para pengunjung membeli belah di kedai kedai fesyen kegemaran mereka. Kempen ini juga memberi peluang kepada pembeli untuk menyumbang kepada tujuan yang baik dengan menderma pakaian tersayang mereka,” jelas Andrew Brien, Pengarah Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
The Salvation Army adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia. Organisasi ini mempunyai rangkaian perkhidmatan sosial yang komprehensif untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam komuniti. Selain membantu masyarakat dalam dermaan pakaian, mereka menyediakan rumah kediaman untuk kanak-kanak dan orang tua, asrama, perkhidmatan sokongan keluarga, jagaan harian, pusat tuisyen, pusat bantuan pelarian dan perkhidmatan bantuan kecemasan semasa krisis.
Leave a Reply