KLUANG RAIL COFFEE DIPERAKUI SEBAGAI KOPITIAM KERETA API TERTUA DI MALAYSIA

Perakuan ini diberikan oleh Malaysia Book of Records sempena sambutan Ulang Tahun ke-84 kopitiam itu pada 18 Julai lalu.

220718 - JPG-1 (1)

Satu majlis penganugerahan dan penyerahan sijil  telah diadakan di kopitiam pertama yang dibuka pada tahun 1938 di Jalan Stesen, Kluang, Johor.

KLUANG-RAIL-COFFEE-scaled (2)

Imbasan sejarah pembukaannya, Kluang Rail Coffee di buka pada awal peperangan Dunia 2 dan telah mengalami detik-detik kepayahan sewaktu Tanah Melayu dijajah oleh British dan Jepun. Meskipun bakal membuka satu lagi cawangan di Kampung Masjid Lama, kopitiam asli yang dibina pada tahun 1909 ini terus menjadi bangunan peliharaan sejarah dan dengan kehadiran Kluang Rail Coffee ia menjdi sinonim sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong di Kluang.

Dibuka oleh Lim Luan Hee dengan pada masa itu hanya satu kati gula bersama beberapa tin susu sahaja yang ditawarkan, ia berfungsi sebagai kantin yang menjadi tumpuan masyarakat sekeliling dan pekerja kerajaan.

Pada masa itu, kereta api adalah pengangkutan utama dan penghubung bagi masyarakat di sana. Kedudukannya di kawasan yang strategik berdekatan dengan pondok polis, pejabat pos, pejabat telekom, hospital dan pentadbiran kerajaan menjadikannya ia tumpuan dan popular di kalangan kawasan itu apatah lagi ia menawarkan makanan pagi dan kopi seawal pukul 6.30 pagi. Dari semasa ke semasa, perniagaan ini berkembang sehingga berubah menjadi kopitiam atau kedai kopi di daerah Kluang. Ketika itu, Kluang Rail Coffee berada di bawah tadbiran anak Lim, iaitu Lim Heng Yong dan kemudiannya diwarisi oleh cucunya, Lim Jit Chen.

Mengimbas kembali memori lama, Lim Jit Chen atau Jack, menurutnya hidangan Hainan banyak dipengaruhi oleh cita rasa Inggeris dan Asia.

“Sebagai contoh, Inggeris menyukai roti bakar bersmaa jem sewaktu makan pagi. Pada masa Perang Dunia 2, harga jem yang diimpot sangat mahal, marjerin pula adalah barangan mewah. Jadi, sarapan di kopitiam bertukar kepada roti bakar dimakan bersama mentega dan kaya. Telur separuh masak pula adalah tambahan cita rasa Asia”

 Kluang Rail Coffee memang dikenali kerana kopi tradisional Hainan (yang dihasilkan daripada kopi Liberica yang ditanam secara tempatan) dan roti bakar dengan mentega bersama kaya.

Meskipun sudah lebih 80 tahun mengharungi cabaran dan dugaan bermula dari Perang Dunia 2 dan Merdeka, sehingga kepada Malayan Emergency, perniagaan kopitiam tidak terjejas malah terus komited menawar makanan dan minuman berkualiti dengan harga mampu pada komuniti sekeliling. Ia juga menjadi simbol keterangkuman budaya, berkembang mengikut masa demi memenuhi selera rakyat Malaysia.

“Nasi lemak bungkus yang dibuat oleh masyarakat tempatan adalah salah satu contoh.  Sebab itu kami berbangga menyatakan Kluang Rail Coffee adalah restoran Halal yang diiktiraf JAKIM. Meskipun perniagaan semakin berkembang, kami akan terus menyanjungi dan menghormati warisan yang ada dan ditonjolkan pada perkhidmatan kami kepada komuniti. Kluang Rail Coffee adalah tempat yang diwujudkan di kereta api dan kopitiam sebenar rakyat Malaysia. Inilah tempat yang menjadi tumpuan yang mengeratkan pelbagai bangsa hanya dengan kopi secawan selama 84 tahun. Maksudnya, perhubungan ini bukan sekadar makan dan minum tetapi pengalaman tetapi apa yang dirasai sesama pelanggan”

Pada 2008, Lim Jit Chen dan saudaranya, Lim Jit Tong bekerjsama mengembangkan lagi perniagaan dengan mempelbagaikan menu tempatan dan antara bangsa. Sehingga kini Kluang Rail Coffee beroperasi dengan EMPAT kopitiam di Kluang dengan lebih 70 pekerja mahir. TIGA lagi kopitiam terletak di Jalan Duku, Jalan Tasik dan Sri Impian, semuanya di daerah Kluang.

Kini, meskipun satu kopitiam baru sedang dalam pembinaan di Kampung Masjid Lama, kopitiam yang lama masih kekal menjadi bangunan bersejarah dan Kluang Rail Coffee masih menjadi tarikan pelancong di daerah Kluang. Adanya penganugerahan oleh Malaysia Book of Records ini, menjadikan sebagai tapak untuk mengembangkan lagi perniagaannya pada masa hadapan. 

“Kami telah mengharungi perjalanan yang epik daripada kecil kepada menghadapi pelbagai dugaan dengan kepuasan. Penganugerahan yang kasi terima hari ini adalah hasil daripada usaha dan sokongan berterusan daripada rakyat Kluang. Mereka juga berhak menerima pengiktirafan ini. Ini adalah salah satu rahsia terbaik di Kluang selama 84 tahun. Masa akan datang akan melibatkan pelbagai lagi hidangan di cawangan serata negeri dan juga mempromosikan Kluang sebagai destinasi tarikan pelancong””-Lim Jit Tong, Pengarah Kluang Rail Coffee Sdn Bhd.

Semuanya atas dedikasi dan komitmen Kluang Rail Coffee dalam menawarkan kopi dan makanan enak, membina hubungan bersama pelanggan dan memberi yang terbaik pada harga mampu milik.

Tahniah Kluang Rail Coffee atas pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: