PERSATUAN RUMAH KEBAJIKAN HAJAH KAMARIAH TERIMA SUMBANGAN DARIPADA ANGKASA

Sumbangan yang diberikan oleh Coop-Care ANGKASA adalah berupa pakaian sekolah dan barangan keperluan harian kepada Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah yang terletak di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

IMG20220921101912 (2)

Program Tanggung jawab Sosial Koperasi yang dijalankan di bawah Projek Barang Asas 100 (BA100) merupakan program yang ke-100.

IMG20220921100407 (2)

Barangan ini diserahkan sendiri oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada pengasas Rumah Kebajikan Hajah Kamariah, Puan Noorsidah Yahya.

 

IMG20220921102329 (3)

Berbeza daripada rumah kebajikan sedia ada, Rumah Kebajikan Hajah Kamariah ini menjadi ‘tempat transit’ atau Day Care yang menguruskan hal-hal kebajikan bagi lebih 40 orang anak-anak yatim sekitar Taman Medan.

IMG20220921102557 (2)

Seawal pagi, anak-anak ini akan datang bersarapan di rumah kebajikan itu sebelum menuju ke sekolah masing-masing manakala yang bersekolah di waktu petang pula, mereka akan menghabiskan masa senggang sehingga tiba waktu persekolahan.

Selain anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal yang menghadapi masalah kewangan mahupun bekalan makanan turut datang ke rumah kebajikan ini. Malah ada yang datang membantu menyediakan hidangan untuk anak-anak yatim ini.

Untuk makluman, sehingga ke hari ini, ANGKASA telah membuat sumbangan kepada lebih 20 kumpulan anak-anak yatim dan lebih 100,000 orang menerima bantuan sepanjang tahun 2022 ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s