SYARIKAT SURIA KLCC SAMBUT DEEPAVALI DENGAN MERIAH

Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang terdiri daripada pusat beli-belah Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall bakal turut serta menyambut pesta cahaya yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober 2022.

1a (2)

“Perayaan Deepavali adalah detik untuk menyambut ketibaan cahaya yang menjadi penyuluh hidup serta kebaikan sesama insan. Perayaan ini amat simbolik dengan kemeriahan, kegirangan dan juga kesyukuran akan kemuafakatan bersama setelah kita menempuhi cabaran yang baru sahaja berlalu” Ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Suria KLCC.

Kemeriahan Sambutan Perayaan Deepavali di Suria KLCC

004 (2)

Suria KLCC akan menyambut perayaan Deepavali selama 17 hari bermula dari 14 sehingga 30 Oktober nanti.

Hiasan taman yang mewah dan megah berlokasi di “Centre Court” tersedia untuk dikunjungi oleh pengunjung sepanjang tempoh tersebut.

2a (2)

Mereka yang datang ke Suria KLCC akan dirai dengan kehadiran burung merak berona ungu yang berdiri dengan megahnya dan gazebo tradisional masyarakat India yang bertakhtakan kepelbagaian bunga yang indah. Suasana sambutan perayaan juga lebih dirasai bersama iringan muzik Deepavali.

12a (3)

Kolam besaiz 20 kaki yang dihiasi dengan pencahayaan bergerak bersama-sama alunan muzik yang mengasyikkan dipertontonkan di tengah hiasan taman bagi mencerminkan keindahan suasana pesta cahaya ini. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman istimewa melalui ciri-ciri hiasan yang unik seperti lampu pelbagai warna yang akan bertukar warna apabila pengunjung menyentuh sensor yang tersedia.

Pada cuti hujung minggu yang terpilih, pembeli juga akan dihiburkan dengan tarian tradisional kaum India yang akan dilangsungkan di “Centre Court”.

07 (2)

Pelanggan setia juga berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah Suria KLCC (SKLCC) yang merupakan sebahagian daripada “Shoppers Reward Programme”. Pelanggan yang berbelanja RM600 ke atas melalui DUA resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima e-Baucar Beli-Belah SKLCC bernilai RM50.

Ganjaran Perayaan di Alamanda Putrajaya

14 (2)

Kediaman yang dihiasi dengan hiasan tradisional masyarakat India yang berwarna-warni dan hiasan Rangoli yang diterangi dengan Diyas menyambut pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 8 Oktober sehingga 24 Oktober 2022 sempena sambutan perayaan Deepavali.

Bagi tempoh perayaan kali ini yang akan dilanjutkan untuk 17 hari, pembeli dapat menikmati pelbagai tawaran menarik antaranya jika mereka berbelanja jumlah maksima sebanyak RM300 melalui DUA resit dari mana-mana kedai terpilih akan mendapat sepasang balang rempah ratus.

Bagi pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas, mereka berpeluang untuk menyertai “High Spender Rewards”.

3 (2)

Selain daripada berpeluang membawa pulang sepasang balang rempah ratus, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan baucar Alamanda yang bernilai RM50. Ganjaran ini terhad kepada 125 pembeli yang berbelanja RM1,500 ke ata, selagi stok masih ada.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: